• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Dream Team 2009
Dipos oleh avid

Formation: 4-4-1-1

Description: Empat defender including dua orang full back. Kat bahagian midfield, aku nak dua orang cultured central midfielder. Mereka akan disokong oleh dua orang wide attacking midfielder (kanan dan kiri). Dibahagian serangan, aku akan letak sorang striker dan dibelakangnya aku akan letak striker sokongan (fast striker/attacking midfielder) di mana beliau akan main free role.

Goalkeeper

Shay Given (Man City)
Approx Value : 8 mil euro
Skang ni main untuk Man City. Keeper ni memang tangkas (agile) , takde masalah deal dengan cross, dan merupakan shot stopper yang macam celaka nyer hebat. Tak caya, tengok game Liverpool/Man Utd (aku tak ingat) yang team die masa tu (Newcastle) kena belasah 5-0. Kalau bukan pasal die, Newcastle dah kalah 11-0 dah.

Centre Back
Nemanja Vidic (Man Utd)
Approx Value: 20 mil euro
Aku benci dengan kenyataan yang dia ni budak MU. Tapi aku ngaku Vidic memang rocks! Prototaip Sol Campbell tahun 2002-2003. Solid. Suma cross ngan bola tinggi kat udara dia sapu.

Kolo Toure (Arsenal)
Approx Value: 8-10 mil euro
Aset penting kalau nak main push-up defending. Sangat laju dan memang berguna sekali-sekala bila naik attack. Mujarab digunakan lawan team yang pakai striker laju-laju.

Full Back

Rafinha (Schalke 04)
Approx. Value: 4 mil euro
Mesti korang ingat aku nak ambik Daniel Alves kan? Ha ha. Mamat ni pun prototaip Daniel Alves gak sebenarnya. Cuma lagi murah. Popularitinya agak mandom disebabkan main kat Bundesliga yang tak paymes tu dan skuad Brazil lagi suka pakai Daniel Alves yang lebih berpengalaman.

Gael Clichy (Arsenal)
Approx Value : 5-6 mil euro
Highly reliable. Defending mantap meskipun attacking minded. Yup, aku tau bile dia naik attack jarang dia bagi cross yang kacip-kacip untuk striker, tapi teknik cross tu boleh dipelajari. Die ni masih muda lagi pun. Positioning fullback antara atrribute penting untuk attacking full back dan die adalah fullback yang mempunyai attribute tu naturally.

Defensive Midfielder

Miguel Veloso (Sporting Lisbon)
Approx Value: 7 mil euro
Prototaip Owen Hargreaves tapi tak injury prone macam Owen Hargreaves. Kuat, badan tough, boleh tackle, boleh amik free kick, boleh buat long shot yang bagus. Apa lagi yang ko nak daripada sorang defensive midfield?

Centre Midfield

Fransecs Fabregas (Arsenal)
Approx Value: err...40-50 mil euro?
Tugas centre midfield adalah me-link up-kan bola dari defence ke bahagian attack melalui passing. Maknanya passing bagi calon posisi ni mesti accurate, first touch (touch selepas sahaja menerima pass) mesti kemas, mata mesti boleh nampak seluruh team mate di padang dalam masa kurang satu saat, body balance mesti tinggi supaya tak mudah jatuh bila diasak dan mesti kreatif mencipta peluang. Fabregas memang perfect.

Wide Attacking Midfielder

Andrei Arshavin (Arsenal)
Approx Value : 15 mil euro
Mamat ni aku akan suruh dia main belah kiri meskipun dia ni right footed. Sebab aku suka style dia yang gemar drift inside dalam kotak penalti dan buat shot, dribble sempoi-sempoi tapi boleh lepas marker, laju dan boleh shoot pakai dua-dua kaki. Paling best, dia ni boleh jadi playmaker dan mentaliti dia memang kuat. Johann Cruyff zaman moden.

Arjen Robben (Real Madrid)
Approx Value: 20 mil euro
Highly penetrative player. Kalo ko jadi defender, ko mesti rasa nak sabit je kaki dia. Aku akan suruh dia main kanan. Laju, sukar dijangka, meskipun agak tamak (ini kenyataan) dia boleh tarik perhatian defender untuk tackle dia (tu sebab dia selalu injured. Hehe) menyebabkan team aku dapat penalti, free kick atau defender tu dapat kad merah.

Support Striker

Steven Gerrard (Liverpool)
Approx Value: er...40-50 mil euro
Ha ha. Gerrard main support striker, kau...Cuba ko tengok camne Gerrard main role ni untuk Liverpool di bawah kendalian Benitez? Strong in the air, not shy to shoot (tu sbb selalu jadi match winner), layan tackle orang, dan bijak bergerak dalam kotak penalti. Pandai buat killer passing dan yang paling penting, mentaliti yang kuat. Ingat Camne dia inspire Liverpool yang terkincit 3-0 dengan AC Milan untuk seri 3-3 balik? Ingat camne dia inspire Liverpool yang main macam taik masa final FA Cup lawan West Ham tahun 2006? True genius on the pitch.

Striker

Razali Umar Kandasamy (Perak)
Approx Value: err...murah gile, sial...
Striker Perak ni memang best. Muda lagi. Aku tak yah susah-susah nak pakai Huntelaar ke, Wilson Palacios ke, Rooney ke. Sebab apa? Sebab player sekeliling dia suma power-power dah. Ha ha. Lagipun sebagai manager aku kena la naikkan nama Malaysia. Mana tau dia score 30 bijik satu season, Barca nak beli dia pulak.

Photo

Tuesday, February 24, 2009

pada 9:22 PM


-List these rules on your blog.

-Share 7 facts about yourself on your blog.

-Tell 6 unspectacular quirks of yours.

-Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to
their blogs.

-Link the person who tagged you.

Leave a comment for each blogger.

what is the purpose for tagging people this time, is only to know exactly who are my frens ..hehe

7 facts about me:

1. Music junkie. Camelia, Sex Pistols, Rancid, Kemuri, Plague of Happiness, The Ramones bla bla bla....

2. Tak suka shopping.

3. Boleh setelkan kiub rubik siap suma kaler under 3 minit.

4. Pantang gila babi orang ketuk pintu bilik aku macam babi.

5. Tak suka ulat bulu. Lemah lutut aku nengok.

6. Sebelum umur aku 14 tahun, satu lagu barat pun aku tak tau. Hitz.fm pun aku leh kata amenda tu?

7. Pemalu ngan pompuan. Betul....

6 unspectacular quirks (habit pelik) :

1. Suka lemaukan biskut. Biskut! Bukan keropok. Keropok lemau kucing pun tak nak.

2. Selalu berangan masa tengah mandi. Berangan jadi Brandon Routh la. Berangan jadi manager Arsenal la.

3. Suka ramas2 roti Gardenia sampai jadi seketul roti. Ha ha. Dan makan..Sedap!

4. Kebolehan tidur macam Nobita. Satu...dua...zzz....zzz.....

5. Style gelak aku berubah seiring dengan perubahan masa dan geologi.

6. Time kenduri aku selalu lepak kat bahagian basuh pinggan sebab...sebab...takkan aku nak lepak ngan makcik kopek bawang kot??

7 orang yang aku nak tag:

takde sapa2. haha.

Photo

Sunday, February 22, 2009

pada 10:26 AM


Mak, sori sangat-sangat sebab dah lama tak balik umah.

Aku tepon mak aku malam semalam. Mak aku tak sihat. Sigh.

Mak aku kata adik aku yang darjah dua tu dah makin kuat main. Belajo entah ke mana. Balik sekolah je main parit. Tangkap belalang. Siap la ko bila aku balik nanti, Mudin.

Aku nak stadi control. Test hari Senin. Tapi setan pemalas aku ni power sangat. So, aku delay sejam. Ha ha.

Bila aku pikir balik, diet aku kat UTM ni ayam je manjang. Ikan ada jual, tapi tengok style goreng aku dah tau ikan x fresh. Isi keras. Konfem beli time pukul 11am. Mata ikan dah merah-merah. Lalat hurung ke hulu ke hilir. Kucing pun reject, aku pikir.

Dari dulu aku nak gi kem tabligh. Tabligh tu pun dah beria nak bawak aku skali. Tapi takkan aku nak pakai jeans Levi's kot masuk perkampungan Sunnah? Baju melayu pun sehelai dua. Ha ha. So, aku tak pergi.

Hari ni aku tido 3 jam je. Pas main futsal, sembang pung pang pung pang ngan Fadh ngan Syafique jap sambil tengok Commando sampai pukul 3 lebih baru aku tido.

Apahal ramai no tak suka Halim? Ok, dia garang. Tak nah jumpa orang garang ke? Ramai orang bile jumpa masalah/benda yang tak menyenangkan (seperti berhadapan dengan orang garang) dorang suka mengelak dari masalah (merepot, lari kuar section lain). Sampai bile kita nak environment adapt dengan kita? Kenapa kita tak adapt sendiri dengan environment kita?

Fikir-fikir, na na na na na....

Photo

Saturday, February 21, 2009

pada 7:55 AM


1. Thank you, Allah. (and Bob for not turning up that night)


2. Satu-satu udang tu saya kopek kulitnya.

3. Sumpah saya lagi suka dengar Khairul mencarut daripada dengar session ni lagi.

4. Macam bro dengan wing man nyer. Ijal looked naive, doesn't he?

5. I like this pic! Ha ha. So innocent!

6. Ahguna(2 SKB) dan rakan-rakan bersama sugar daddynya.

7. Busana Muslimah rendezvous. Sopan but still looks appealing, though.

8. Too bad the Ainaa didn't win for her instinctive 'I'm-a-every-man's-dream' catwalk. It's awfully good!

9. Tengah tunggu mangsa untuk sesi fotografi bersama mereka yang seterusnya. Mengapa kau mesti jadi begini, Kimi?

10. Mangsa 1

11. Mangsa 2

12. ..Dah tua kutuk....tak sedor-sedor lagi!

BONUS PIC!!!

Selamat buat Lab Separation/ Chemical Reaction semua. Group saya cuti hari ni.

Photo

Thursday, February 19, 2009

pada 12:51 PM


It's been quite awhile since the last time I updated my blog. Urgghh...I wish if I have more than 24 hours a day. There's a lot of thing need to be accomplished in my daily life recently. The fact that I'm one of the members of some kind of 'educational trip' makes it even worse. But, I can't help it. I'm an instinctive person. I never plan my future (which is totally absurd, ha ha). Okay, I did plan it but I never really gave a damn care because life would be less challenging and adventurous, would'nt it?

I became a hell lot more busy, I don't SMS my GF every night anymore. I promised her I will catch her up as soon as I'm finishing my work, but eventually I will pass out afterwards. Poor little cutie. Lucky for me, she's an extraordinary girl. She has a tremendous respect and understanding on whatever I'm doing. What else you could ever hope from her? I'll never and ever be able to repay for what she've done to me. No no, wait. I guess I'll just have to get her a big-ass bear for her.

To make things worse, I'm broke already. Passport and flight ticket are evil. So does with Khairul (ha ha. No offense, man). But, this money problem doesn't get out of hand already, all thanks to my dad. He's been wonderful to me ever since I was born. By hook or crook, he'll always find a way to provide for me. Thanks, ayah...(sob sob). Ha ha....

And I miss my lil bro. Gosh...I hate UTM. Bagi cuti sikit nak mampos!

Photo

Tuesday, February 17, 2009

pada 8:20 PM


Petang hari itu indah. Aku menyarung jersi Perak FA RM 20 aku cemas-cemas. Hati aku gusar memikirkan aksi-aksi yang bakal aku terlepas. Oneng dan Beckham dah memekik-mekik dalam blok. Kucar-kacir aku dibuatnya. Cis, boleh lak boxer ni tersangkut-sangkut kat kaki time-time camni. Siap berpakaian riadah, aku melangkah keluar bilik.

"Suharto (Sly) mana?"

Oneng memekak lagi. Luar biasa sungguh semangat dia petang tu. Biasa nampak time-time camni la dia layan Smallville kat TV Singapore tuh. Oneng berasap. Sly tengah tengok Spambob sementara menunggu Smallville start.

"Woi, budak pompuan pun bole tinggal Smallville nak beriadah, Jom arr..."

Sly mengalah. Pok Cek yang kebetulan tengah tengok sama, terasa. Lima minit kemudian, diorang siap dah kat kawasan lapang tempat kami main bola sebab masing-masing maleh nak main bola jauh-jauh.

Siap bahagi team, perlawanan bermula. Macam biasa, aku main full back kanan. Ikut hati aku nak je main attacking midfielder, tapi disebabkan versatiliti aku dan kebolehan aku untuk baca game dengan baik, aku mengalah ke posisi Willy Sagnol. Aku satu team dengan Oneng selepas aku tadah tangan sama-sama dengan dia masa kami la li lat tali tamplom.

Oneng main winger kiri. Padahal right-footed. Konon-kononnya ala-ala Franck Ribery la tu. Kawasan kubu pasukan kami diserang. Oneng terpaksa turun membantu pertahanan. Dapat bola, Oneng clear jauh-jauh. Bola melayang....jauh....melayang....dan jatuh tepat atas pinggan nasi goreng cina sorang mamat Cina di warung sebelah padang bola kami. Cina tu panas. Kami bertempiaran lari.

"Wei, korang tak main bola ke?" Zol yang tengah main karom jadi pelik. Baru 5 minit main dah habis game.

"Nak tengok Smallville ni..Lana kan awek aku," Oneng jawab perlahan tapi bersahaja.

Sly ajak budak-budak yang main bola karate Oneng masa tu jugak..

Photo

Saturday, February 7, 2009

pada 2:27 PM


Menjejak Ambang 20-an
Dipos oleh avid

Aku genap 20 tahun hari ni.

Aku tau koma masing-masing busy. Takpe. Aku lanjutkan tarikh koma nak bagi hadiah/kad sehingga 7hb Februari..

Sebarang urusan surat-menyurat bole la dibuat ke alamat di bawah:
x1 206,
Kolej Tuanku Ghaffar Baba,
UTM,
81310 Skudai,
Johor Darul Takzim.

Photo

Thursday, February 5, 2009

pada 1:33 AM


Sepetang Bersama KBF
Dipos oleh avid

Petang Jumaat tu entah nape semangat aku lain macam. Letih baru balik sembahyang Jumaat tak hilang lagi. Penatnya mengalahkan siak masjid selepas moreh sembahyang terawih. Biasa time-time camni la best mimpi jadi manager Arsenal. Tapi bukan petang ni. Petang ni aku dah janji dengan budak-budak group Process Control aku nak discuss Case Study #2. Masuk library aku terasa macam budak-budak U macam drama Dunia Baru. Aku perasan pakcik yang duduk kat kaunter depan library tu dok usha-usha aku. Baju Inter Milan aku lawa kot, aku cuba sedapkan hati. Padahal tak pakai kad matrik.

Habis je pung pang pung pang berdiscuss, aku balik ngan Wan. Sebelum balik, aku ajak dia pekena teh dulu. Baru la retro sikit. Aku cari pisang goreng tapi satu kedai pun tak jual. Apa dia ingat bisnes pisang goreng runcit-runci, income pun runcit-runcit gak ke? Tu la. Bukak kedai tak kaji demand pelanggan. Ada ke petang-petang jual nasi ayam..

Habis pekena teh, Wan dengan tidak semena-mena ajak aku gi Jusco Bukit Indah yang baru bukak tu. Aku on je. Asyik-asyik aku turun nak main takraw petang-petang, takde orang turun je. Hambik ko. Aku gi window shopping. Budak perempuan kelas aku pun tau bersukan petang-petang. Silap-silap dorang dapat wakil UTM dalam acara main layang-layang.

Sampai Jusco, aku, Wan, Fadh ngan Toha gi usha suma kedai. Fadh usha awek skali. Dah siap usha, mesti mau bawak buah tangan sikit. Aku rembat kacang tanah. Kebetulan ada sale hari tu. Kira ok la. Dalam piramid makanan, kacang la yang kena makan paling banyak. Yang mamat tiga ekor ni pulak masing-masing beli asam. Asam? Pegi jauh-jauh beli asam je? Pastu kitorang masing-masing beli aiskrim. Makan berempat sama-sama satu meja. Sial. Macam Westlife makan aiskrim.

Habis gi Jusco, kitorang gi dinner dulu. Berempat. Sama-sama satu meja. Masing-masing makan macam ketua puak Jahiliyyah. Kecuali Fadh. Dia sangat bersopan. Civilized people la kononnya. Aku tengok macam pengantin pun ada.

Habis makan, kitorang decide on the spot nak main bowling. Kebetulan lak aku memang teringin benar nak main. First time, beb. Sebelum tu, layan pool sepapan dua dulu. Habis main, aku rasa bangga beb. Dua kali strike, beb. 1st time main aku hit 100++ pin. Frame 1 ngan 7 je spoil. Masuk longkang. Ala, Toha ngan Wan pun sama. Fadh je konsisten. Memang layak pun dia menang. Wa respek lu, Fadh.

Balik kolej dah pukul 2 lebih. Macam sialnya letih. Tapi at least aku ada story nak cite di hari tua nanti kepada cucu-cucu aku. Korang ndak cite korang tidur petang-petang masa belajar kat U kat cucu-cucu korang? Atuk/Nenek tak senonoh langsung..

Photo

Sunday, February 1, 2009

pada 3:00 AM


Popular Posts