• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Klasik 1998
Dipos oleh avid

Tahun 1998 merupakan tahun sibuk bagiku pada masa itu. Sebagai ketua kelas darjah 3 Maju, setiap pagi aku datang ke sekolah seawal 7 pagi untuk memastikan rakan-rakan sekelasku mematuhi jadual tugasan kebersihan kelas. Bukannya tugas yang mudah untuk aku memastikan mereka mematuhinya. Datang sekolah awal-awal asyik duk sembang pung pang pung pang pasal wrestling je. Tatapi aku maklum dengan keletah kekanak-kanakan mereka. Mereka masih mentah untuk gusar tentang tahap kebersihan kelas.

Satu hari, Cikgu Paoziah mengumumkan pertandingan keceriaan kelas di perhimpunan mingguan sekolah. Kelas yang terbersih akan mendapat hadiah hamper jajan. Aku syak Apollo Bar pun pasti ada pada hamper itu. Aku tak mendengar apa-apa dari mulut Cikgu Paoziah selepas beliau memperkatakan sesuatu tentang hadiah hamper jajan. Tanganku menggeletar menahan rasa tidak sabar untuk memegang penyapu. Tak pernah aku berasa begitu sejak kali terakhir aku menggunakan penyapu untuk memburu lalat di kenduri sunat (khatan) Padeli.

2 jam sebelum pengadilan kelas terbersih dibuat, aku orang paling sibuk. Hampir kesuluruhan kelas aku sapu. Hanya selepas dihalang oleh Penolong Kelas Zarina barulah aku berehat. Seluruh kelas bersorak memberikan sokongan.

************

"Kamu suma gotong royong ke sapu kelas?" Cikgu Kamariah bertanya sambil menikmati Roka.

"Tak. Ahmad yang sapu satu kelas" jawab Faizal dengan mulut penuh dengan Kabi. Tak sopan langsung.

Aku menikamati Apollo Bar tanpa mempedulikan dunia. Ya, aku tahu Cikgu Kamariah tengah usha aku dari jauh...

Photo

Thursday, July 30, 2009

pada 8:34 PM


Paranoia
Dipos oleh avid

Masuk kul 1 ni, Malaysia dah empat orang mati sbb penyakit epidemik sensasi masa kini : Influenza A oleh virus H1N1.

Kes dah beribu dah.

Aku bagi dua hinggit sapa pakai mask esok gi kelas. Even makcik cleaner pun.

Photo

Wednesday, July 29, 2009

pada 1:14 PM


Azam Semester Baru Saya
Dipos oleh avid

1. Takkan bangun lambat sampai pukul 11 am lagi.
2. Takkan ponteng kelas yang pukul 8am.
3. Bersukan sekurang2nya 4 kali seminggu.
4. Makan ikan sekurang2nya 1 kali seminggu.
5. Memperbaiki skill public speaking saya.
6. Bersikap positif dengan masa depan bola sepak Malaysia.
7. Menghafal semua nema Menteri Kabinet pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan kalau boleh sampai ke Timbalan Menteri dan Setiausaha Kementerian semua portfolio.
8. Bayar yuran cepat2.
9. Tidak bersedih apabila radio Malaysia menyiarkan lagu2 Indonesia.
10. Silent phone sentiasa apabila ke kelas supaya ringtone bodoh saya tidak didengari orang ramai.

Photo

pada 3:14 AM


Mak, Saya Nak Balik
Dipos oleh avid

Masuk hari ni dah 11 minggu aku tak jumpa mak aku. Gilo. Mengigil-gigil aku tahan geram nak cubit pipi adik aku vertically.

Masa pergi Thailand aku ada terfikir nak bagi souveneir kat budak-budak kelas aku. Tapi aku pikir " Ah...depa dah beso suma. Lantak koma lar...". Aku spent 750 baht yang aku peruntukkan untuk souveneir kat mak, adik ngan awek aku je. Aku bagi pin tudung fancy gile babi kat mak ngan awek aku diikuti ngan key chain tanah liat untuk adik pompuan, jersi MU siap ngan cop Rooney untuk adik laki aku ngan telur masin untuk mak aku. Balik nanti aku nak mak aku goreng telur masin tu. Goreng? Haa..Kat Thailand, telur masin dier boleh goreng. Yolk dier kaler merah macam tuala aku. Mahazmi kata telur masin goreng ada kat Kelantan. Tak tau la pulak aku.

Adik pompuan aku baru masuk matrik. Pakai duit serai yang aku tanam ngan bapak aku masa bulan 12 taun lepas. Pergh...sakit pinggang terbongkok-bongkok tanam anak serai pun terasa lagi. Belajar ler rajin-rajin. Senang-senang dapat JPA dok U nanti. Takde la menyusahkan aku bila aku kerja nanti. Ha ha ha.

Photo

Sunday, July 26, 2009

pada 5:16 PM


Sumber: Pipiyapong

Hahaha. Sorry suma.

Aku tengah nak kemaskini site aku setelah 3 bulan berhabuk aku tak sentuh. Ye la. Aku mana ada berukben macam korang.

Photo

Thursday, July 23, 2009

pada 12:21 PM


Popular Posts