• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Entri Seram Hari Ni
Dipos oleh avid

 
 

Lepas Ramsey ni kuar hospital, gua ingat nak bawak dia jalan-jalan kampung gua. Mancing udang sama-sama, lepak main gitar kat simpang jalan sama-sama, tolong Wak Hasan ajar budak ngaji sama-sama. Gua ajar dia bahasa Jawa. Ramsey ajar gua bahasa Welsh.

Iechyd da i chwi yn awr ac yn oesoedd, Ramsey!

Photo

Sunday, February 28, 2010

pada 4:02 PM


Baru dalam 5 minit sebelum entri ni ditulis, gua pergi Mobil belakang kolej isi minyak. Lepas peluk cium pak guard dan mengucapkan selamat, gua bergerak menuju Mobil. Sampai Mobil, gua ambik pam no.1 sebab adalah bodoh untuk menunggu lori habis isi minyak di pam no.2 sedangkan pam no.1 masih kosong.

Lepas tongkat motor, gua berjalan malas-malas ke kaunter. Bagi duit dan no.pam gua kat akak kaunter yang tengah bergosip dengan sorang lagi akak yang tengah susun rokok. Gua tengok kotak rokok zaman sekarang lawa-lawa belaka. Kotak Dunhill dah macam kotak minyak wangi. Kotak Nusantara dah macam kotak 'Nini Cokolat Celup, Celup-Celup'.

Sambil isi minyak, gua bersiul-siul lagu Bibir Merah Celati dendangan band terkenal Kuala Lipis, Primary. Burung turut bersiul sama. Sambil-sambil bersiul, gua check angin tayar. Tayar depan kempis dah sikit. Habis isi minyak, gua pergi ke pam angin. Ada akak kereta Kancil tengah isi angin tayar keretanya. Jadi, gua tunggu turn gua.

Bila akak kereta Kancil siap mengepam, dia bagi hos pam kat gua terus. Gua usha bacaan tekanan pam. 0 kPa/bar. Sejurus itu, Kancil akak tu meluncur laju meninggalkan stesen minyak. Gua naikkan bacaan tekanan kepada 210 kPa/30 bar sambil memikirkan apakah akak tu pam tayar keretanya pakai pam bola sepak selama ini. Atau barangkali akak tu pakai tayar mati berwarna merah kuning belang-belang kat Kancilnya sebelum ni.

Photo

Saturday, February 27, 2010

pada 11:24 AM


Hasil Taubat Nasuha
Dipos oleh avid

Buat kali pertama hari ni gua buat muka Abu Lahab depan pak guard. Masa dia buat sign 'pass' dan suruh gua teruskan perjalanan, gua buat muka tak puas hati kat brader pak guard tu. Gua buat muka macam ni masa jadi junior asrama, dah kena belasah malam-malam. 

Sehari sebelum tu, officer kolej datang masuk bilik time gua tengah tidur pukul 10. Pagi. Masuk-masuk dengan takde salamnyer, membuatkan niat gua untuk menghidang Milo panas dan biskut Boon Siew kepada tetamu bilik terus berkecai.

"Dah daftar letrik belum?"

Gua tunjuk resit daftar letrik gua yang tertampal kat board meja gua dengan jari hantu gua. Gua dengar tengahari tu jugak, brader officer tu makan ulam hati jantung tengahari tu kat Arked Meranti. 

Tak sangka seronok rasanya jadi pelajar berdisiplin.

Photo

Tuesday, February 23, 2010

pada 9:31 PM


Habis Terdesak Dah Ni
Dipos oleh avid

Buat masa sekarang, gua bizi lain macam. Sape-sape yang tinggalkan link kat chatbox dan commentbox tu gua appreciate sangat-sangat. Tengok la. Malam Maulud gua ingat nak terkangkang depan PC, pakai boxer sambil terkekeh-kekeh baca blog koma.

Photo

Monday, February 22, 2010

pada 6:18 AM


Caklempong
Dipos oleh avid



Dulu zaman punk rock gua, gua tak bape into jazz bass ni. Brader ni buat gua insaf. Lepas ni gua nak jual bass gua. Gua nak konsentret main caklempong. Ketuk gong sambil mesej-mesej makwe.

Photo

Friday, February 19, 2010

pada 7:05 PM


Dulu masa gua sekolah rendah, ada 5 kelas untuk setiap darjah. Setiap kelas macam gampangnya ramai. Satu kelas 40 orang. Sekor-sekor lak perangai siamang. Cikgu sakit jiwa. Tapi banyak-banyak kelas ni, ada satu kelas je yang cikgu takde hal nak jaga. Kelas top. 

Masuk darjah enam, kelas top-top ni dihuni murid-murid yang kononnya target utama 5A untuk sekolah. Kelas lain memang barai. Yang tak reti baca lagi pun ada. Yang menambah menolak tercungap-cungap lagi pun ada. Yang dah join geng curi basikal pun ada. Cikgu mengajar pun cincai-boncai. Sebab katanya, budak-budak ni bukan nak belajar pun.

Gua tak paham. Bukan ke sekolah tempat yang adil dan saksama untuk semua budak belajar? Bukan ke tujuan sekolah dibina adalah untuk mendidik budak? Sejak bila sekolah ditubuhkan untuk bersaing sesama sekolah untuk dapat no.1 UPSR peringkat daerah? 

Kenapa nak gred-gredkan kelas ikut pencapaian dalam peperiksaan? Kenapa tak campur je budak balik sekolah terus tuisyen dengan budak balik sekolah terus berkubang kat lombong dalam satu kelas? Kenapa tak campur je budak pandai dengan budak lembab dalam satu kelas?

Cikgu-cikgu cakap; ala..kang bercampur dengan budak-budak tak tentu hala kang, hanyut pulak budak pandai tu. Budak pandai terus pandai. Budak hanyut terus hanyut. Masuk sekolah menengah budak hanyut sekolah A berjumpa pulak dengan budak hanyut sekolah B. Berkawan. Hanyut sampai habis SPM. Mak bapak nak tegur dah tak bape nak luak dah. Dah remaja. Rebellious. 

Cikgu-cikgu pernah dengar peribahasa 'meluntur buluh biar dari rebungnya' tak? Pertama, cikgu kena seimbangkan kecemerlangan sesebuah kelas dengan kelas yang lain. Tak boleh ada kelas top, kelas bottom. Semua kelas kena seimbang. Kemudian, cikgu boleh senaraikan budak pandai sebagai mentor kepada beberapa budak lain. Mungkin cikgu boleh monitor sesi mentor-mentee mereka masa mereka belajar sama.

Cikgu kena cipta sense of belonging dalam satu-satu kelas tersebut supaya wujud persaingan antara kelas-kelas rather than persaingan dalam satu kelas saja. Cikgu bakar semangat asabiah kat budak-budak tu. Budak-budak mana nak kalah. Semua nak menang. Jadi, budak-budak boleh sedar tanggungjawab masing-masing dalam kelas untuk jadikan kelas mereka no.1.

Jadi, dengan ni semua budak dapat menikmati kualiti pengajaran yang setaraf. Takde lagi kes cikgu kelas bukan top masuk kelas, baca novel pop Alaf 21 sampai habis masa kelas. Budak-budak hisap rokok dalam tandas pun tak tau cerita.

 
"Tarik pelan-pelan..pastu himbus ikut hidung...macam buang hingus.."

Photo

Thursday, February 18, 2010

pada 12:32 PM


"Ko confirm ke nak buat ni?". Haadi Goyang masih ragu.

"Ala Goyang, rileks sudah..Macam ko buat sorang pulak..Kitorang rileks je..". Yazid Paragon cuba meniup motivasi pagi itu hari.

"Tah..Nanti nak exam kita mintak maap la kat dorang.." ujar Tot tanpa mengetahui kalau orang tak ikhlas maaf tak dikira cancel dosanya oleh Raqib dan A'tid.

Pagi tu, gua, Haadi Goyang, Yazid Paragon dan Tot ada misi. Misi pagi itu hari adalah sebahagian daripada pengisian aktiviti sebagai memenuhi syarat untuk lulus Kelab Bujang, kelab tak rasmi untuk budak-budak tak berkapel. Carta organisasi dah tampal kat board. Sebelah carta organisasi Puteri Islam. 

Kelab ni ada macam komunis juga. Karl Marx kelab ni Haadi Goyang la. Semua aktiviti kelab dijalankan secara subversif. Gerila. Tak main attack depan-depan. Nampak luar kelab ni nampak tak berbahaya. Nampak macam kelab anti-establishment yang lain. Silap besar nyah.

Siap berdoa apa semua, Tot mengetuai jentera serangan. Tot bukak pintu kelas pertama."Huarrrggghhh....!!! Ha ha ha ha..!". Gua, Tot, Yazid Paragon dan Haadi Goyang masuk hampir serentak dan mengkucar-kacirkan keadaan. Teko dengan Aizan nampak hangin.

Lepas gelak-gelak, masuk kelas kedua. Huaarrghhhh....!!! Kelas kucar-kacir. Tot baling-baling marker dekat Awe dengan Ira yang duduk satu meja kongsi buku Sejarah. Ira senyum sipu-sipu. Awe pasrah kepada takdir.

Masuk kelas ketiga, Fitri dan Anis senyum simpul macam pengantin bersanding. Yazid Paragon dah jadi orang asli dah masa ni. Entah bila dia belajar buat bunyi Angola macam tu gua tak tahu. Masuk kelas keempat, Fakhri yang tengah berdating dengan makwenya mengamuk. Gua syak dia baru lagi dalam scene dating-dating ni.

Habis aktiviti, kami disambut dengan meriah. Lepas ni, budak-budak bujang boleh stadi di kelas macam biasa tanpa perlu rasa kekok. Keahlian Kelab Bujang mencanak-canak naik sehingga dinaik taraf menjadi persatuan beruniform oleh pengetua.

Photo

Saturday, February 13, 2010

pada 10:15 AM


Gua: Err..En. Blur, En. Blur dapat tak surat saya?

En. Blur: Owh..awak yang call semalam tu ye? Err..sebenarnya semua surat yang sampai kat MERENG ni Pn. Banyak-Songeh yang uruskan. Awak cuba tanya dia dulu, ok?

Gua: Wokeh wokeh..
(Mendail MERENG semula)

Gua: Err..halo. Puan Banyak-Songeh, please..

Operator: Sebentar ya.

Tuut..tuuut...

Pn. Banyak-Songeh: Heloo ~

Gua: Helo..ni Puan Banyak-Songeh ke?

Pn. Banyak-Songeh: Ye, saya.

Gua: Puan, saya ada hantar surat semalam pasal saya punya pung pang pung pang. Surat tu sampai tak?

Pn. Banyak-Songeh: Ye, saya dapat. Tapi ada surat A dan surat B je kan. Awak hantar surat C nanti baru kami boleh proses permohonan awak tu.

Gua: Tapi bukan surat B dah nyatakan segala butir surat C ke?

Pn. Banyak-Songeh: Ye saya tau. Tapi disebabkan suara saya kiut dan saya sendiri banyak songeh, awak kena la hantar surat C tu, ok?

Gua: (Baling henpon ke anjing berdekatan)

Pn. Banyak-Songeh: Helo?? Helo??

Photo

Wednesday, February 10, 2010

pada 4:43 PM


Bosan menari-nari dengan binatang orang kat Pet Society, gua try track senior-senior gua masa sekolah dulu. Mana la tau Zaki Suhud yang belasah gua dulu keje mop lantai Pasaraya Billion ke, Zharif Ashikin fail SPM ke..Boleh gua gelak macam ketua puak Jahiliyyah kejap. Tiba-tiba gua teringat seorang brader ni. Gua type 'Badrul *****' kat kotak search. Peh, hidup lagi brader ni rupanya.

******

Adat sekolah gua dulu. Kalau budak Form 1 baru daftar, brader Form 3 akan usha adik angkat. Lepas menangis sedas-dua lepas mak gua tinggalkan gua kat asrama, gua bersiap pergi makan dan surau. Masa tu dah pukul 6pm. Masuk surau, gua duduk bersila kemas-kemas. Takut bersila tak kemas kang, ada senior tak puas hati. Gua tengok makin nak maghrib, surau makin ramai. Gua usha gelagat senior gua. Badan sekor-sekor besar nak mampus. Makin kemas gua bersila. Tak berani pulak nak tongkat dagu.

Lepas semayang, tiba-tiba gua terasa macam gua kena panggil. Gua toleh belakang. Ada brader suruh gua datang dekat dia. Sumpah gua rasa nak menangis masa ni. Apakah cara gua bersila menjengkelkan dia? Apakah muka gua menjengkelkan dia? Apakah butang baju melayu gua menjengkelkan dia? Bila gua bersila depan dia, brader tu salam gua.

"Nama aku Badrul. Panggil je aku Abg Bad. Apa nama ko?"
Peh! Mujur..Gua kenalkan nama gua. Bad panggil gua Ahmad. Dia kata mulai sekarang dia jadi abang angkat gua. Ada senior lain buat hal dengan gua, depa buat hal dengan Bad. You are my bitch now. Nobody mess with my bitch. Anybody mess with you, they mess with me. Keh keh. Lu jangan main-main. Bad punya tinggi ada 175cm lebih. Badan besar. Tak kurus tak gemuk. Aliran skinhead. Rambut tak pernah panjang seinci. Kat surau Bad selalu lepak kat belakang belah kanan surau dengan budak-budak skinheadnya.

 
Ni gambar paling dekat boleh gua kaitkan dengan Bad. (sumber Google)


Banyak benda Bad ajar gua. Kalau ke kelas, jangan bawak bekas pensel. Bawak sebatang pen Pilot letak poket cukup. Baru cool. Kalau bawak buku teks/log, jangan kepit je. Pusingkan buku tu atas jari. Baru cool. Kalau pakai tie, jangan ikat sampai atas. Londeh sikit buat gaya Cina kalah judi. Seluar uniform beli siap-siap kat koperasi, buang je. Pergi tempah kat Pang Fashion angkat seluar cut macam jeans punya. Ada walkman, jangan dengar Era, Radio Malaysia Negeri Sembilan punya. Dengar kaset ni ha... A.C.A.B, The Official. 

Bad main keeper team bola sekolah gua. Kalau ada match kat sekolah, Bad suruh gua steady belakang pintu gol kutip bola. Dia malas nak kejar. Kalau dia makan kat dewan makan, gua yang ambikkan buah tembikai lebih untuk dia. Gua yang ambikkan burger lebih untuk dia. Gua yang kutip tray dia lepas makan. Kat asrama, gua yang kena carikan dia megi. Gua yang kena carikan dia bekas megi. Gua yang iron-kan baju dia. Memang macam bitch. Semuanya untuk protection yang gua tak mintak pun. Ha ha ha.

Bila gua masuk Form 2, Bad kena blah sebab sekolah gua ada Form 1 sampai Form 3 je. Bad sekolah kat Muar gua dengar. Gua sedih sebenarnya bila Bad dah takde. Keh keh. Tapi kesedihan gua terubat bila Kak Epit jadi kakak angkat gua lak. Gua cerita siri lain. Ha ha ha.

Photo

Sunday, February 7, 2010

pada 2:46 PM


Porno Man Started It
Dipos oleh avid

Minggu yang suey. Gua bagitau kenapa:

1. Arsenal dirogol selama 90 minit di halaman rumah sendiri. Lebih meyedihkan, kejadian didalangi oleh ahli keluarga mangsa sendiri. Suspek, Manuel 'Porno-Man' Almunia, 32 dan Denilson 'Bapuk' Neves,22 dipercayai masih berlegar-legar di sekitar Ashburton Grove, utara London sehingga kini.
2. PC yang pundek menyebabkan banyak surat tak siap dan assignment tergendala.

3. Karenah birokrasi di MARA menyebabkan 2 bulan elaun gua tertunggak. Setakat ni, sumber karbohidrat gua adalah hasil ihsan protein dalam badan. Protein pulak gua dapat dari diet makan tali gitar setiap hari.

4. Keadaan bertambah buruk bila gua dalam fasa berhenti merokok sekarang ni. Gilo, setiap dua jam je lapar. 

5. Khamis (esok) gua ada dua test. Project Management dan Plant Design. Lepas dua test ni, gua nak pergi Balai Cerap atas bukit dan jerit 'Fuck you, Denilson' sampai mana-mana kapel yang make out kat situ lari bertempiaran. Kalau ada la.

6. Tayar motor belakang gua kena benam paku itu hari. Nasib pakai tubeless. Sebulan dua nanti baru gua fikir nak tukar.

7. Bisnes 'Yard Sale' gua terpaksa tangguh hari lain sebab tak cukup barang nak jual. Baru ingat nak buat hari ni untuk assignment Entrepreneurship. 

Habis. Crappy gila entry ni.

Photo

Wednesday, February 3, 2010

pada 3:51 PM


Popular Posts