• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

10 sebab kenapa gua suka tengok TV

10th - Cerita-cerita dokumentari berkualiti kat Discovery, National Geographic dan History Channel. I could literally live with these three channel being the only TV channel on earth. Man vs Wild, Dirty Jobs With Mike Rowe, What Ancient Did For Us (the list goes on).

9th - Kelibat Shebby Singh yang merepek dengan komen-komen anti-Arsenalnya. Piss off! Where's your turban?

8th - Sportcenter versi Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh Reen Shahwa dan Lisa Wong. Dan jangan lupa kelibat wartawan lokasi yang cakap Melayu macam tengah orgasm, Rashid Salleh.

7th - Siri drama setiap malam Sabtu di TV3 (kalau takde bola) sebab gua sedap kutuk. Gua tak paham. Kenapa drama Melayu mesti sedih-sedih dan melankolik belaka? Suami curang la..Mak mertua kejam la..Mak dera anak la...Mentua tak restu la..Kalau scene kat kampung je mesti ada lagu latar pakai seruling mendayu-dayu. Mak gua yang memang orang kampung true pun menyampah.

Kalau scene makan nasik kat kampung tu, lauknya dua jenis je. Alahai. Padahal orang kampung la paling meriah bab makan nasik. Kenapa tak buat drama yang moodnya lebih ceria, dengan humor berilmiah (bukan lawak drama-drama Astro Ria) macam Pi Mai Pi Mai Tang Tu? New-wave drama macam Blogger Boy, Dunia Baru nampak fresh dan bagus tapi sesuai untuk remaja je pulak. Mak gua mana minat. 

6th - Slot kartun TV9. Pukul 2 Dora Explorer. Pukul 3 Blue Clues. Pukul 4 Jimmy Neutron. Pukul 5 Spongebob. Ha ha ha. Gua biasa teman adik gua tengok dulu.

5th - Drama Indonesia untuk kutuk-kutuk lagi. Kalau ada scene terkejut je, kamera mesti nak close-up slow slow ke muka pelakon yang terkejut tu. Pastu, bibir pelakon mesti nak pink habis.

4th - Hallmark Channel untuk memahami jiwa raga perempuan. Keh keh..

3rd - Siri Motivasi Pagi. Dulu masa gua duduk asrama, pagi-pagi sedap layan sarapan sambil tengok siri TV3 ni.Yang gua ingat Fadzillah Kamsah punya turn hari Khamis.

2nd - Berita ekonomi. Gua sendiri pun takde la paham sangat. Tapi gua suka usha mata indeks komposit dan benda yang jalan-jalan kat skrin TV masa segmen ekonomi tu. Oh, indeks komposit Malaysia sekarang dah 1300 mata. Good for us!

1st - Scene Dewan Rakyat. Priceless.


Photo

Sunday, March 21, 2010

pada 4:18 PM


Dulu masa gua buat latihan industri, gua duduk kat salah sebuah asrama universiti berdekatan. Petang-petang, ada la scene riadah-riadah sikit. Ada yang main futsal gol batu seketul, ada yang main badminton melompat terkinja-kinja. Bukan jumping smash pun. Ada yang main basket shoot dinding blok.

Petang tu, niat hati gua nak jogging. Sambil-sambil tu, boleh buang lipid-lipid berkeliaran di perut ni. Lepas sarung baju dan seluar trek panjang gulung sampai lutut, gua start berjoging. Tiba-tiba, tengah-tengah berjogging, gua nampak ada bola takraw sebijik kat tengah-tengah court takraw.

Gua stop jogging dan berjalan menuju court tersebut. Gua timang-timang sedas dua. Dalam hati gua pikir, best gak kalau dapat test skill dengan budak Thailand ni. Hajat gua diperkenankan Tuhan. Lepas lima minit, 3 budak Thai datang nak main. Masing-masing dengan seluar pendek, baju lengan pendek. Sekor-sekor pakai kasut tapak merah. Peh, memang budak takraw tiga-tiga ekor ni, bisik hati kecil gua.

 Copek dari Google

Kitorang main 2 vs 2. Gua pair dengan salah sorang dari 3 orang tadi. Perlawanan berlangsung sengit walaupun tak main lipat-lipat sangat. Cuma ada sekali tu, gua terbagi bola mudah kat team lawan. Feeder dia ambik bola tu dan set bola cantik-gila-babi betul-betul atas net. Bola macam ni, semua killer sedap nak melipat. Tiba-tiba, killer dia naik. Libas bola lawa tadi. Bola yang dilibasnya landing betul-betul kat dada gua. Gua rasa air ketuban gua pecah.
***

Habis main, gua terus blah dengan perasaan keji dan hina. Taubat lepas ni gua tak nak main takraw dengan minah Thailand.


Photo

Thursday, March 18, 2010

pada 3:14 PM



Ok. 10 honest truths about me. Tag dari budak ni.

1. Humour junkie. You name it. Russell Peters, Jim Carrey, Jack Black, Steve Carrell, Neil Patrick Harris, Jason Segel, Chris Rock, Weird Al Yankovic and Pipiyapong. ...dan Razman juga.

2. Music enthusiast. Study untuk test 1 jam, study major scales, minor scales, octaves, arpeggio apa jadah suma ada dekat berejam-jam.

3. Family guy. Dah nak 4 tahun bersama gadis jelita a.k.a the ultimate-girl-next-door. Keh keh. Lagi 4 tahun boleh timang cucu (Okey, ayat last memang kencing).

4. History lover. Sumpah gua tak pernah tidur kelas Sejarah dan Siroh Annabawiyyah sekolah dulu.

5. Naib juara pertandingan syair peringkat sekolah tahun 2000. Tajuk syair 'Rentap Pahlawan Sarawak'. Hadiah buku rampaian lima bijik. Gampang betul.

6. Dulu masa 2004, gua ada buat tesis bertajuk 'Potensi Jerami Padi Dalam Mengawal Eutrofikasi' kat Fakulti Sains Alam Sekitar, UPM. Buat pertama kali di dunia, jerami padi digunakan. Berjaya. Tapi tak paten. Sengal.

7. Dilempang bapak gua pertama kali sebab balik lepas azan maghrib, ikut Mahindren berkubang kat lombong. Lepas tu gua merajuk tak nak makan. Kena lempang kali kedua. 

8. Mak gua tak pernah lempang gua. Kah kah.

9. Rekod tertinggi markah karangan Bahasa Melayu. Time tu darjah tiga. Karangan bertajuk 'Aku Sebatang Pokok Kelapa'. Dapat 98, kau....

10. Football geek. Ok, semua orang tahu.


Photo

Monday, March 15, 2010

pada 5:47 PM


Qada dan Qadar
Dipos oleh avid


Talk about 'takdir', huh? I came across this fabulous page while surfing the net for fun. Just so you know, it's been quite awhile since the last time I read a choose-your-own-adventure book. I used to skip recess back in primary school just to finish reading a stack of newly arrived adventure books because I can't afford a 50 cents nasi lemak. It's fun actually. Kinda playing a real RPG game in Gameboy. So, finding this page was kinda exciting.

So yeah, at least this is what the old man trying to say. There is no such thing as free will as your life has been literally streamlined by God. If you are a bad-ass criminal, that means the God wants you to be one. If you are still broke even after you work hard, you have nothing to be blamed but God. God fucking hates you. Err...sorry for the blasphemy.

Correct me if I'm wrong. I always think our life as a choose-your-own-adventure itself. By all means, every decisions is ours to be made but the consequences, effects and results are Gods. He knows a lot more than we are and whatever the final results are, it's the best for us. Even though I'm fucking broke right now (yeah, it's true), I know it's the best for me. I just have to move on, not moaning like a crybaby.

So, I guess I have to flip page 72 huh? Wait a minute, it doesn't matter! So, all my arguments are for nothing? Stupid adventure book...

Photo

Saturday, March 13, 2010

pada 3:35 PM


Sejak dari kecik gua dah suka rancangan realiti TV. Masa gua darjah satu, kat TV tengah hot cerita Joe Jambul. Gua tengok hadiah dia bukan main sedap. Pensel kaler besar yang 32 batang tu, set kaler magic. Peh..tapi masa gua darjah 3, Joe Jambul dah takde dah. Terhiris hati gua bila pagi ahad terpaksa tengok kartun bodoh dengan-kuasa-bulan-akan-menghukummu.

Masa gua Form 3, cikgu English gua; Miss Rose suka bersembang pasal AF tengah-tengah mengajar. Gua dan budak-budak lelaki lain yang masa tu tengok TV pun sebulan sekali dah rasa hulu gila. Apa-apa pun tak tahu. Lain la budak perempuan. Aspuri siap TV dengan Astro. Tapi gua tak 'into' sangat scene AF ni. Suara gua dah ada, cuma gua tak nak karier berzanji gua di kampung terganggu.

Habis sekolah, macam-macam rancangan realiti keluar kat Malaysia. Tapi sebijik pun tak menepati citarasa gua. Balik-balik pertandingan nyanyi sampai ada dua tiga benda sama. Bosan. Akademi Al-Quran gua tak join sebab gua takde songkok. Malaysian Most Beautiful dan Gadis Melayu gua tak join sebab gua tak cun. The Biggest Loser Asia gua tak join sebab confirm gua menang punya. Ada satu je yang gua betul-betul rasa nak join. 


Bab partner, gua tak decide lagi. Coursemate gua semua gagal imaginary audition jadi partner gua. Fadh naik kereta tunggang langgang. Bob sejak jual hotdog makin sibuk. Kimi dah nak kerja. Wan makin gemuk. Ijal boleh tahan tapi gelak kuat gila babi. Syafiq takde lesen kereta. Apatah lagi lesen memandu kereta international. Jadi tawaran terbuka kepada bloggers yang atletik, boleh main bola, suka Sid Vicious dan makanan kegemarannya, masakan ibu. Email gua.

Photo

Wednesday, March 10, 2010

pada 6:03 PM


Apa barang contest tangkap gambar melompat-lompat tak tentu hala, tulis esei seram semua. Hadiah cikai. Ni ha.. Sejuta USD hadiah dia. Lu bagitau Edmunds.com kenapa kereta Toyota accelerate tak tentu hala..BAM! Sejuta USD.. Mandi susu Dutch Lady tiap-tiap pagi. Boleh hire Fahrin Ahmad cuci badan lu tiap-tiap kali nak mandi.

Buat masa sekarang, details tentang pertandingan belum dapat tahu. Bulan depan dengar katanya. Tapi takkan tunggu bulan depan baru lu nak start pikir. Gua dah isi borang tempah makmal automotif fakulti mekanikal dua bulan. Tinggal nak ugut budak 4 flat mechanical je tolong gua.

Apa-apa hal, check this out. (Sumber: Boingboing. net)

Photo

Monday, March 8, 2010

pada 6:07 PM


Puaka Blogwalking
Dipos oleh avid


Gua syak brader ni berpuaka la. Gua tak ingat entah dah berapa kali dah gua baca blogger pompuan mimpi basah pasal dia.

Tak silap gua, last time gua mimpi artis tahun 2002. Pasal akak ni. Apa cerita gua mimpi pasal dia lu jangan tanya sebab gua stop tengok X-Files bila kelambu gua rabak kena makan semut masa baru habis PTS dulu..

Photo

Sunday, March 7, 2010

pada 4:04 PM


Dulu masa sekolah rendah sampai Form 3, gua dan rakan-rakan main ejek nama bapak. Nama bapak gua memang easy target budak-budak ni. Jumpa gua je nyanyi lagu raya. Jumpa gua je nyanyi lagu raya. Kejap-kejap Rafeah Buang punya lagu. Kejap-kejap Saloma punya lagu. Kejap-kejap M. Nasir punya lagu.

Masuk sekolah baru masa Form 4, stail dia lain skit. Ejek kaler kulit. Gua pun tak tau macam mana trend ni boleh start sampai budak surau pun ikut join sekali.

Budak kulit gelap ada geng sendiri. Namanya geng Carbon. Budak kulit putih pun ada geng sendiri. Tapi tak bernama. Budak perempuan tak join sebab takde orang pujuk punya kalau menangis. Gua geng kulit gelap. Setiausaha dua tahun berturut-turut.

Dalam geng Carbon, masing-masing ada nickname sendiri. Muru dipanggil Toure. Nuek dipanggil Djemba-Djemba. Ihsan dipanggil Eto'o. Gua dapat Eboue. Gampang betul. Nama nak Afrika je. Gua mintak Sol Campbell disanggah budak-budak lain.

Geng putih takde pulak nickname. Syamil tetap dengan Syamil. Takde pulak panggil Carrick. Kalau berjumpa, geng putih yang biasa start kutuk dulu. Biasa kalau ahli geng gelap jalan sorang-sorang, memang teruk kena. Pedih. Kalau nasib baik, ada la budak lain backup. Tapi disebabkan geng gua ni minoriti, biasanya budak lain buat-buat tak nampak.

Masuk U ni, budak-budak tak main kutuk-kutuk kaler kulit dah. Mana taknya, budak Afrika kemain banyak lagi sini. Cuma kadang-kadang, bila gua jumpa Muru atau Muru jumpa gua, kitorang memberi sapaan mesra.

"Hoi, makin putih nampak?"

Photo

Friday, March 5, 2010

pada 9:04 PM


Cuti hari tu, bapak gua yang tengah baca surat khabar tanya gua.

"Amenda Pesbuk tu?"

Menyedari bahana yang menimpa kalau bapak gua dapat taufik hidayah bukak Pesbuk dan add gua, gua jawab.
"Uishh..tu laman web tipu-tipu orang kat Internet tu. Ternak cacing apa jadah suma tu.."

Bapak gua angguk-angguk kepala tanda paham. Phew! Maut gua kalau bapak gua kerja pakar IT. Blog gua ni pun gua rasa bapak gua tak 'into' lagi.

***

Sejak dua menjak ini, inbox Pesbuk gua makin semak. Kemain ramai lagi yang promote login Pesbuk dapat RM100. Gua syak benda ni tengah panas. Gua usha nama syarikat. Gua google. Ha, ni yang gua dapat! Keh keh keh..



Gua ngaku gua pun ada join benda alah macam ni dulu. Ni buktinya. Dan gua ngaku nak dapat hasil benda alah ni bukan senang. Gua dapat RM500 lebih tu dulu pun sebab gua pakat dengan berbelas-belas lagi member gua buat 'loop' kitorang sendiri. Nak harap gua buat solo? Tak balik modal la..

Back in 2007, gua penah join investment scheme kat Forex America. Gua join under member gua. Tau-tau, company tu tutup. Website apa jadah pun dah hilang dah. Nasib baik member gua (yang juga orang atas gua) ni berperikemanusiaan. Duit untung yang dia dapat sebelum scheme ni tutup, dia guna untuk bayar balik modal gua.

Bagi gua, lu orang nak join benda-benda macam ni takde hal. Gua oki-doki je. Tapi lu orang kena ingat satu benda yang gua rasa paling penting kalau nak buat duit. Nak duit kena susah. Takde jalan mudah. Orang cakap buat duit tu mudah sebagai strategi untuk tarik perhatian je. Hey, nak merompak pun kemain susah apa? 

 

Photo

Thursday, March 4, 2010

pada 4:08 PM


Popular Posts