• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Periksa semester dah tiba. Itu hari, subjek English punya turn. Meskipun gua bengap dalam English, gua tak stadi apa-apa pun. Seingat gua, memang gua tak pernah stadi English. Gua cuma hapal tema, gaya bahasa dengan moral value novel Potato People sahaja. Phantom of The Opera gua tak layan.

Miss Rose, cikgu English kita orang sampai kat kelas. Hampir serentak, kita orang kemas-kemas meja dan bawak buku keluar kelas. Sambil menunggu kertas peperiksaan diedarkan, kita orang tunggu luar kelas.

Sambil-sambil tunggu luar, Mad Nor yang baru tumbuh janggut sejemput mengetuai bacaan doa sebelum periksa. Gua amin-amin je. Mata meliar ushar Miss Ida yang berjalan menuju ke kelasnya dari kereta. Ipin kat belakang gua dah cucuk-cucuk bahu gua.

Di kalangan pelajar-pelajar lelaki tingkatan dua yang rata-rata baru baligh, Miss Ida umpama mimpi menjadi nyata. Bagi mereka, Miss Ida sahajalah yang mampu membantu mereka memperbaiki English mereka. Dah la 'marking' pun tak 'strict'.

Gua dengar cerita, kalau lu orang pergi ke meja dia kat bilik guru, ada frame gambar tunjuk gambar dia dengan pakwe orang putih dia. Dia pun tak bertudung lagi masa tu.

Berbalik kepada cerita. Kehadiran Miss Ida tidak sukar dikenal pasti. Detakan kasut tumitnya ke lantai simen memang trademark dia. Kain belah dia pun trademark dia. Itu punya pagi, dia punya belah sampai ke peha. Miss Ida tampak tergesa-gesa ke kelasnya. Langkahnya panjang-panjang.

Gua mengaku mata gua bukan kat telapak tangan gua dah. Bukan gua je. Gua ushar Mad Nor pun ushar tengah doa-doa tu. Tiba-tiba..

"Woi..woi...mata tu...mata tu, Mad Nor.."

Sesi doa pagi itu dipecah dekahan tawa satu kelas. Dengar kata, Mad Nor clash dengan Norita sebab cerita ni.
P/S: Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Even though you guys are obviously underpaid, your good deeds shall not be forgotten.


Photo

Monday, May 17, 2010

pada 11:40 AM


Popular Posts