• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Let's talk about minyak, shall we?

Jika gergasi-gergasi syarikat minyak gagal menemui blok minyak terbaru untuk dikorek, dijangkakan dalam masa 40 tahun akan datang, bekalan petroleum dunia akan habis. Ini bermakna jika benar, pada tahun 2050-an kita akan menggunakan sumber tenaga baru. Apa-apalah, geotermal ke, solar ke, biofuel ke...anything!


Senario sekarang menunjukkan kita bahawa harga minyak sentiasa meningkat. Biasalah, bila permintaan melebihi pengeluaran produk, harga produk akan naik. Tambah-tambah dengan populasi penduduk dunia yang makin naik. Ini asas ekonomi. Itu sebab siapa cakap Petronas dan kerajaan tamak haloba sebab naikkan harga minyak, gua labelkan bangang. Dan perlu gua jelaskan kat sini, gua bukan pro-kerajaan whatsoever.


Sebab minyak nak habis, maka sebab itulah kita banyak dengar perkataan sustainable energy, biodiesel, solar energy, electric car, hybrid and whatnot sejak 10 tahun kebelakangan ni.


Di benua Eropah dan Amerika, negara-negara seperti Jerman, Brazil dan Amerika Syarikat sudah mula aktif menghasilkan biodiesel dan bioetanol dari sumber-sumber seperti jagung, canola, bunga matahari, soya dan tebu. 


Tetapi masalah timbul apabila majoriti pengusaha/petani sumber-sumber tersebut memilih untuk menjual hasil tanaman mereka kepada pengusaha biodiesel dan bioetanol. Ini menyebabkan harga makanan yang berasaskan sumber tersebut naik melambung kerana takde orang nak jual hasil tanaman mereka kepada pengusaha produk makanan. Semua nak jual kepada pengusaha biodiesel dan bioetanol sebab kapasiti pengeluaran biodiesel semuanya besar-besar sehingga 100000 metrik tan setahun (di Amerika) sedangkan kapasiti pengeluaran minyak masak hanyalah sehingga 100 metrik tan setahun.


Di Malaysia dan Indonesia, banyak kelapa sawit ditanam untuk memenuhi keperluan biodiesel  dan minyak masak dunia. Masalah timbul apabila pengusaha tanaman jagung dan soya menuding jari kepada Malaysia dan Indonesia atas isu 'deforestation'. Dapat pulak Indonesia yang bangang, yang pergi tanam kelapa sawit banyak-banyak sehingga harga minyak kelapa sawit jatuh. Ditambah pulak dengan Malaysia yang lembab nak menjelaskan hal sebenar tentang isu 'deforestation'. Akibatnya, satu Eropah dan Amerika boikot kelapa sawit.


Terima kasih kepada budak-budak biologi (ehem!), ada satu penyelesaian kepada semua isu ni. Jawapannya ialaha alga.


Ideanya ialah menternak alga dan mengekstrak minyak yang terkandung dalam alga. Minyak yang terkandung dalam alga Botryococcus braunii mempunyai persamaan dari segi fizikal dan kimia dengan minyak petroleum. Alga-alga dari species lain mempunyai minyak yang sama sifat fizikal dan kimianya dengan minyak sayuran lain seperti kelapa sawit, soya dan kacang-kacang lain. Dari minyak sayuran kita boleh buat biodiesel.


Ini bermakna, kita boleh menggunakan minyak dari alga sebagai bahan api kenderaan dan juga sebagai minyak masak.


Bagusnya alga ni, kita tak perlu tebang pokok untuk tanam alga. Satu hektar alga yang diternak menghasilkan beratus-ratus kali lebih banyak minyak dari sehektar tanaman kelapa sawit, soya dan lain-lain.


Tapi selagi kita masih paranoid dengan perubahan/revolusi teknologi, selagi itulah kita akan jadi pengguna teknologi. Bukannya pioneer dalam teknologi. Julai 2011 baru kita terhegeh-hegeh nak campur biodiesel dalam minyak petroleum (sedangkan Thailand dah buat sejak 2002), sampai kiamatlah kita jadi kuli Amerika.


Orang lain dah sibuk ternak alga, kita sibuk ternak lintah. Orang lain ternak laga, kita buang alga. Orang lain ternak laga, kita baru terhegeh-hegeh nak mandatorikan campuran biodiesel dalam minyak kenderaan. Apa benda yang merdeka? Jilat bontot depa, apa benda yang merdeka?



Photo

Monday, April 18, 2011

pada 10:31 PM


Labels:
,
,
,

Kerana saya seorang budak yang kuat berangan.

Cita-cita gua sentiasa berubah mengikut sesuka hati gua. Bermula dari angan-angan ingin menjadi juruterbang ketika di tadika (sebab di tadika gua, ada sebuah poster huruf 'P' untuk 'pilot' dengan gambar seorang pilot berkaca mata hitam berdiri dengan takburnya di hadapan kapal terbang) sehinggalah angan-angan ingin menjadi penulis siri komedi di TV.

Tapi kehidupan tak semudah dan seindah berangan.

#1 Kapitalis

Cita-cita ni tercetus semasa gua tengah ketagih dengan rancangan realiti TV 'The Apprentice'. Tapi tak pula gua nak jadi macam Donald Trump. Cuma gua rasa gua boleh buat sebab gua ada idea dan minat. Gua cuma perlu cari beberapa rakan kongsi untuk berkongsi modal yang juga menawarkan kepingan 'puzzle' yang terakhir untuk melengkapkan personaliti gua sebab gua rasa gua tak cukup 'persistent' untuk menjadi kapitalis.

Kalau mengikut angan-angan tu, gua mencipta 'brand' gua sendiri. Macam Colgate. Orang tak panggil ubat gigi. Macam Clorox. Orang tak panggil peluntur. Dan nama brand tu adalah 'Muzo'. Muzo ni adalah brand yang sinonim dengan mee segera dimana perencahnya di-sealed dalam 'edible sachet'. Maknanya, pengguna hanya perlu campak peket perencah terus dalam rebusan mee dan peket tersebut akan larut bersama-sama perencah kuah mee tersebut. Tak perlu kokak atau penat-penat cari gunting untuk bukak peket perencah. 

Disebabkan peket perencah tersebut diperbuat daripada polimer karbohidrat (macam plastik cekelat udang dan pil kapsul), maka peket perencah tersebut boleh dimakan. Maggi akan bankrap dan gua akan beli semua syer Maggi dan re-brand kepada 'Muzo'. Semua orang akan makan Muzo dan Maggi akan menjadi sejarah seperti Reebok.

#2 Jurulatih kelab bola sepak

Ini memang gua pernah pertimbangkan secara serius bila gua memenangi 3 trofi Champions League, 7 gelaran Bundesliga dan 7 trofi German Cup bersama Bayer 04 Leverkusen. Itu belum masuk European Super Cup dengan World Cup Championship lagi. Di England, gua merangkul 1 gelaran Liga Coca-Cola Championship bersama Scunthorpe dan 1 gelaran FA Cup bersama Birmingham. 

Ni bukan main save-save game sebelum masuk perlawanan beb. 

Gua juga fleksibel dengan aspek taktikal bola sepak. Selesa dengan formasi kegemaran 4411, gua juga boleh main 442, 433 Barcelona, 424 Invicible Arsenal, 4132, 442 Diamond sehinggalah ke formasi 3 pertahanan. Testimoni hebat macam ni kalau takde sekolah nak ambik gua jadi manager memang rugi gila lah. 

#3 Bintang rock

Sejak dari zaman mula-mula gua dengar Iklim sampailah sekarang. Bohonglah kalau takde orang yang berangan nak jadi artis. Haha. Kalau tak, masakan kat Malaysia sampai ada lima enam pertandingan sama pada satu-satu masa?

#4 Penulis

Semasa di sekolah, gua paling suka kalau ada homework esei. Haha. Gua tahu orang lain tak suka, tapi entah kenapa gua suka. Malah, homework English essay pun gua suka buat meskipun English gua memang menjengkelkan semasa di sekolah. 

Jadi, semasa di sekolah gua sentiasa membayangkan dah besar nanti gua menjadi penulis novel thriller macam Ramlee Awang Murshid, atau penulis kolum di surat khabar macam Astora Jabat, atau penulis bahagian Top Story di majalah Penthouse.

Jujurnya, gua menulis di blog lantaran menyedari hakikat bahawa gua takkan menulis sebgai mata pencarian rezeki hidup gua. Shit happens, y'know?

#5 Penerbit siri sitkom TV

Semasa kecil, gua suka menonton Pi Mai Pi Mai Tang Tu arahan Hatta Azad Khan. Tetapi gua tak tahulah sama ada Hatta Azad Khan dah nyanyuk bila gua dapat tahu dia juga mengarah filem Senario Asam Garam. Kualiti komedi dua produknya ni macam langit dan bumi.

Tetapi beberapa filem Afdlin Shauki banyak meyakinkan gua yang orang Malaysia taklah layan komedi slapstik sahaja. Orang Malaysia dah bijak. Mereka boleh layan komedi satira, parodi malahan geek comedy juga. Malangnya, Afdlin Shauki tak buat TV series. Natijahnya, kita dihidangkan dengan sinetron bodoh dan drama Kencana Holdings juta-juta yang tak habis-habis.

Jadi, gua tertunggu-tunggu bila Malaysia akan melahirkan Chuck Lorre versi Malaya sendiri? Atau mungkin Liz Lemon versi Malaya? Anyone?

Photo

Saturday, April 2, 2011

pada 2:18 PM


Labels:
,
,
,

Popular Posts