• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Sabtu lepas, gua baca artikel pasal blogger Hanis Zalikha dan emaknya yang juga merupakan blogger. Selain dari fakta yang mak dia nampak muda gila disebalik umur 45 tahunnya, gua takde benda sangat nak komen selain berangan-angan kalau-kalau artikel tu cerita pasal gua dan mak yang berblogging. Itupun kalau dia pandai la hal-hal komputer ni. Nak check SMS pun suruh adik gua buatkan. Keh keh.

Here's five things she might write if she were a blogger.

1. Kritikan makanan restoran/gerai-gerai

Satu benda yang mak gua suka sembang dengan gua adalah betapa tak sedap makanan luar. Bapak gua taubat beli kuih, nasik lemak, mee goreng untuk sarapan sebab mak gua mesti ada cadangan penambahbaikan. Mak gua jenis rela bangun pagi pukul 5.30 pagi, masak nasik lemak, sambal, kacang semua semata-mata tak nak bagi kami adik beradik makan nasi lemak luar yang disifatkannya 'entah pahape'.

Yang selalu menjadi mangsanya adalah makcik-makcik jual nasik lemak pagi-pagi, semua anney-anney restoran mamak di seluruh Malaysia, pengusaha-pengusaha kuih raya dan Adabi. Mak gua jenis rela suruh gua memandu 30 km ke Hutan Melintang untuk membeli serbuk kari Cap Penangkap Ikan daripada membeli serbuk kari Adabi di kedai sebelah rumah.

2. Cerita-cerita orang dahulu

Gua rasa semua orang tua suka buat benda ni. Tak terkecuali mak gua. Mak gua suka menceritakan pengalamannya yang perlu angkut air dari perigi, cuci lantai setiap hari untuk mengingatkan kami adik beradik betapa malasnya kami mengemas bilik. 

Ceritanya yang kerja mengambil upah mengutip najis musang di kebun koko di Bagan Datoh untuk membayar yuran SPM adalah untuk mengingatkan kami betapa perlunya untuk score dalam peperiksaan. Dan ceritanya melihat Pak Andak gua kena ikat di pokok sepanjang malam kerana balik lewat maghrib adalah untuk mengingatkan kami supaya balik rumah  sebelum azan Maghrib.

3. Seni

Mak gua jenis artistik juga sebenarnya. Semasa dia bersekolah, dia pernah melukis mural di dinding bangunan sekolah dan diberi upah seringgit untuk hasil kerjannya. Dan mak gua mempunyai tandatangan yang paling lawa pernah gua tengok sepanjang hidup. Dia juga expert bab-bab menganyam tikar dengan corak-corak yang tak pernah gua terpikir.

Jika dia ada blog, mungkin dia akan memberi petua dan tips-tips menganyam tikar, ketupat kepada anak-anak dara zaman sekarang yang malam rayanya dihabiskan dengan berSMS dengan pakwe daripada menolong maknya menganyam ketupat.

4. Resepi masakan tradisional

Benda-benda rare macam rendang tok, lepat labu, lempeng susu, lempok deghoyan, sambei deghoyan, tapai pulut, kuih bakor ni tak ramai dah tahu. Apatah lagi nak membuatnya. 

5. Selok-belok pertanian runcit-runcit belakang rumah

Mak Hanis Zalikha masa mudanya kerja model. Mak gua masa mudanya kerja FAMA, sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memasarkan hasil tuaian petani. Pengalamannya bekerja di FAMA membolehkan dia tahu selok-belok tanam-menanam sayur-sayur di belakang rumah dan cara untuk memasarkan hasil tuaian tanpa kena kencing dengan orang tengah.

Di belakang rumah gua sekarang ni, mak gua dah tanam ubi, daun kari, serai, cabai, labu, betik, kacang panjang, terung dan lidah buaya. Dengan hasil tanaman ni, mak gua dah jimat duit membeli sayur sikit-sikit dan pencuci muka. Pernah sekali hasil jualan labu mak gua melebihi hasil jualan pisang bapak gua. Padahal kalau nak banding dengan keluasan tanaman bapak gua, mak gua tanam labu tak sampai 1 ekar pun.

Photo

Tuesday, May 24, 2011

pada 12:46 AM


Labels:
,
,
,
,

Gua tertunggu-tunggu kot-kot ada entri/artikel yang akan mendedahkan asal-usul Hari Guru yang berkait dengan Kristian. Kalau ada, habislah iman gua sebab setiap tahun gua sambut Hari Guru walaupun dah habis sekolah. Hahaha #sarcasm.

1. "Engineer ni gaji pun besor. Keje pun pakai t-shirt dengan jeans jer. Keje pun senang dapat. Bila engineer ni kerja, mentari pun bersinar cerah, pelangi pun terbentang, burung pun berkicauan riang"

Ni lah benda yang gua dengar dari tadika sampailah sekolah menengah. Cikgu-cikgu gua melobi kerja engineer mengalahkan engineer sendiri. Hakikatnya, realiti kerja engineer di Malaysia ni sangatlah jauh bezanya dengan apa yang orang sangka. 

Engineer punya work load memang tinggi, itu memang gua tak nafi. Tapi untuk work load yang tinggi, engineer di Malaysia dibayar dengan gaji yang relatively rendah berbanding gaji engineer di luar. Dah la makwe pun tak ramai kat engineering department.

Jadi, nasihat gua kepada budak yang masih sekolah, janganlah mengada nak jadi engineer. Hahaha.

2. "Awak terasa bodoh tak?"

Ni adalah empat perkataan yang cikgu Sains cakap kat gua semasa gua dapat markah terendah dalam kelas semasa mid-semester test Tingkatan 2. Bagi orang lain, empat perkataan ni mungkin satu insult, tetapi memandangkan gua memang bodoh masa ni, gua pasrah.

Sejak dari peristiwa tu, gua sedar prestasi gua akan jadi bagus bila gua kena kutuk, marah, caci dan tegur kaw-kaw. I don't need people to pump rainbows up in my ass all the time.

3. "Kaum bapak-bapak ni muka je tenang masa balik kerja, dalam hati dia tu Tuhan saja yang tahu geloranya"

Golden. Memang kena sangat sebab bapak gua selalu buat muka tenang setiap masa. Bukan saja masa balik kerja, masa harga pisang turun pun dia buat muka tenang. Bila muka dia tenang, gua dan adik-adik gua suka-suki mintak duit beli benda bukan-bukan.

4. "Awak ada dua pilihan. Buat pembetulan dan stadi betul-betul atau isi borang ni..."

...kata pensyarah Fizik II gua bila gua fail dengan gemilangnya dalam salah satu kertas peperiksaannya. Semasa memulangkan kertas gua, dia mengepilkan sekali borang permohonan kerja jadi krew McD. Perangai sarkastik ala-ala Reader's Digest ni memang sampai sekarang gua ingat bisanya.

5. "Saya nasihatkan awak semua supaya jangan bagi saya frame gambar lagi tahun ni. Frame gambar saya sekarang ni lagi banyak dari gambar"

Disebabkan frame gambar la hadiah paling murah di supermarket, maka kebanyakkan guru dapat frame gambar pada tahun-tahun sebelumnya. Jadi, budak-budak kelas gua bercadang untuk buat satu kelainan.

Pada sambutan hari guru tahun 2003, kita orang buat 1 kupon untuk cikgu Sains; Cikgu Zaimah. Kupon tersebut berbunyi 'semua pelajar kelas 3 IR mendapat A dalam Sains untuk mana-mana mid-sem test pilihan cikgu". Sejurus mendapat kuipon tersebut, cikgu Zaimah terus gunakan kupon tersebut untuk mid-sem test seterusnya. Bermakna, semua budak kelas gua kena dapat A dalam ujian bulanan Sains berikutnya.

And yes, we did that. We studied like there were no tomorrow. And that was the best Hari Guru I've ever had.

Selamat Hari Guru!

Photo

Monday, May 16, 2011

pada 2:11 AM


Labels:
,
,
,
,

Honest to God, berikut adalah 5 subjek yang pernah mendapat dakwat merah dalam buku rekod pelajar gua semasa sekolah dahulu.


1. Fizik (bab Elektrik)

Gua boleh tahan lagi fizik bab-bab momentum, inertia, hukum newton kedua apa jadah semua tu. Yang paling gua tak tahan bila belajar cabang fizik yang paling celaka - elektrik dan elektronik.

Semasa gua belajar Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di tingkatan dua, bab yang kena hapal wayar merah, hijau, coklat dalam soket plug memang gua fail. Time buat projek KHB di tingkatan dua, semua budak kena siapkan projek elektronik. Jadi, kenalah gua main-main pateri timah atas circuit board ni. Saat paling memalukan tiba bila ada budak perempuan kelas gua siap habis pateri semua dahulu daripada gua. Masa ni, siapa pateri lagi lambat dari perempuan, sama hina tarafnya dengan kena smash di batang hidung bila bermain badminton dengan perempuan.

Dan gua masih tak minta maaf lagi dengan pensyarah subjek Fizik II semasa gua belajar pra-U dahulu sebab gua selalu kutuk dia "sebab belajar elektrik la, kepala dia botak cenggitu".

2. Matematik

Gua benci Matematik sehinggalah Cikgu Lily datang mengajar kelas gua di Tingkatan 3. Sebelum tingkatan 3, markah tertinggi yang gua pernah dapat dalam setiap peperiksaan matematik adalah 64%.

Bila menjawab soalan Matematik, gua akan jadi paranoid. Gua sentiasa tak yakin dengan pengiraan kali pertama gua. Setiap kali menjawab soalan, gua akan kira dua kali hanya untuk 'double check' jawapan gua. Satu persatu. Dan selalunya, jawapan pertama yang gua padam tu lah yang betul.

Semasa gua di Tingkatan 5, gua batalkan hasrat gua untuk mengorat seorang makwe di kelas gua bila gua dapat tahu dia tak pernah dapat rendah dari 90 bagi setiap kertas Matematik Tambahan dari Tingkatan 4 sehinggalah ke Tingkatan 5, termasuklah semasa kertas peperiksaan percubaan MARA (which is believe me, the most hardest, cruelest, cold-blooded exam bagi budak-budak emaresem).

3. Bahasa Inggeris

Percaya atau tidak, semasa gua di sekolah, English gua macam sakai. Grammar berterabur. Vocab terhad nak mampus. Preposition tunggang-langgang (sekarang pun). Speaking cam gampang. Listening cam gampang. Apatah lagi nak letak idiom bagai dalam karangan gua.

Gua terpaksa ulang baca dekat 5 kali untuk pahamkan ringkasan novel 'The Pearl' semasa di tingkatan 5. Ringkasan tu. Belum suruh baca yang full version punya.

Masa ni, kalau suruh buat karangan, vocab gua terhad kepada terma-terma bolasepak yang gua selalu ambik dari NST dan The Star, lirik-lirik Blink 182, Green Day, Sum 41, The Strokes, Weezer, Butterfingers, Rancid, Nirvana dan lagu-lagu pop kontemporari dari Hitz.fm.

4. Bahasa Arab

Masa gua di awal Tingkatan 3, siapa-siapa yang nak ambik Bahasa Arab sebagai matapelajaran tambahan dalam PMR kena ambil peperiksaan kelayakan. Dalam peperiksaan kelayakan ni, siapa yang dapat 40% ke atas barulah layak ambil Bahasa Arab dalam PMR.

Semasa peperiksaan kelayakan tersebut, ramailah budak yang datang. Adalah dalam 20-30 orang. Majoritinya orang Selangor dan Johor - yang rata-ratanya bersekolah agama dari darjah 1-6 temasuklah gua. 

You see, masa Tingkatan 1 dan 2 ada jugak diajar subjek Bahasa Arab. Tapi disebabkan majoriti budak gua masa tu tak bersekolah agama, jenis yang syok main pasir lepas balik sekolah pukul 1, level bahasa Arab yang diajar adalah level basic habis. Fi'el Madhi, Mudhorik, Amar semua tu. Benda tu gua belajar masa darjah 5 kot. Jadi, dengan bongkaknya gua boleh kata gua skor kertas Bahasa Arab semasa di Tingkatan 1 dan 2. Haha.

Bila gua asyik skor, dengan bongkaknya gua yakin gua boleh lepas benchmark 40% dalam peperiksaan kelayakan tersebut. As it turns out, level Bahasa Arab PMR jauh berbeza dari level Bahasa Arab paling tinggi yang gua belajar selama ni iaitu level darjah 6. Gua dapat 36% dalam ujian tersebut.

5. Pendidikan Muzik

Subjek ni diajar semasa gua darjah 5 dan 6. Sepanjang gua belajar subjek ni, gua hanya tahu main not BAG BAG GGAABAG (sila mainkan not ni untuk tahu macam mana pathetic dan depressing nya lagu ni) dan menulis not muzik (yang sekarang ni gua dah lupa langsung).

Satu hari, ada seorang budak baru berpindah masuk dalam kelas gua. Dahulunya dia bersekolah di Shah Alam. Satu hari, dia main lagu tema Tarzan (yang Zainal Abidin nyanyi tu) secara suka-suka semasa waktu rehat dengan rekorder nya. Satu kelas terkesima. Padahal, semua budak sekolah lama dia tahu main lagu tu dengan rekorder.

Sekarang ni, barulah gua terhegeh-hegeh nak belajar balik pasal muzik. Major scales, minor scales, pentatonic scales, octaves and whatnot. Gua bayangkan kalaulah gua pandai baca not muzik dari kecik dahulu, mungkin dah boleh masuk orkestra universiti dan sangkut makwe sekolah Tun Fatimah seorang. Hahaha!

Photo

Thursday, May 5, 2011

pada 2:24 AM


Labels:
,

Mesin Merentas Masa
Dipos oleh avid

Salah satu topik hangat dalam sains fiksyen adalah mesin merentas masa (time machine). Konsep time machine bermula sejak mendiang Herbert George Wells menerbitkan cerita 'The Time Machine' pada 1895. Sebagai manusia yang hidup pada era Victorian yang mengongkong kreativiti manusia, gua rasa imaginasi mendiang HG Wells mendahului manusia pada zamannya.


Secara teorinya, time machine boleh dicipta. Pertama sekali, kita kena tahu bahawa masa ni tak linear. Masa boleh jadi non-linear. Kalau ikut bahasa pasar, masa boleh dibengkokkan. Got it?

Sekarang, cuba korang bayangkan korang berdiri di tepi jalan yang sibuk dengan kenderaan. Kereta bergerak dengan pantas, lori bergerak dengan pantas, korang siap boleh rasa impak perolakan angin dari kenderaan yang laju, bukan?

Sekarang, cuba korang bayangkan korang bersiri atas menara 100 tingkat. Dari atas menara, kenderaan di jalan raya nampak bergerak sangat perlahan, bukan? Kita tahu sebenarnya kenderaan di jalan tersebut semuanya bergerak laju. Cuma nampak perlahan bila diperhatikan dari atas menara.

Fenomena ni menjelaskan yang masa ni tak linear. Masa boleh dibengkokkan dengan kehadiran tenaga yang cukup kuat. Dalam kes yang gua bagi tadi, tenaga yang terlibat adalah tenaga graviti bumi. Di tepi jalan, kita betul-betul atas permukaan bumi. Di atas menara pulak, kita berada 100 tingkat dari permukaan bumi. Jadi, tenaga graviti paling kuat berada jika kita betul-betul di atas permukaan bumi.

Masalahnya sekarang, tenaga yang sekuat graviti bumi hanya mampu mempercepatkan masa dalam sekitar puluhan saat sahaja. Untuk mempercepatkan masa, kita perlu tenaga yang berkali-kali ganda lebih kuat dari graviti bumi. How about that? Hahaha. Isn't that mind blowing or what?

Seriously, if you managed to find any kind of amusement from this factual jibber jabber, even a slight one, you know you're nerdy. Much like me.

Photo

Wednesday, May 4, 2011

pada 12:56 PM


Labels:
,
,

Gua taklah ikut sangat perkembangan perkahwinan Kate Middleton dengan William Arthur Philip Louis, apatah lagi menghayati keindahan gaun putih pengantin perempuan. Dari perspektif gua, perkahwinan mewah diraja ni macam nak 'rubbing it in my face' yang golongan ploletariat hanya layak tengok dan mimpi sahaja untuk berkahwin macam mereka. Haha.
Maybe, it's just me.

Jadi, agak menarik membaca entri ini dari perspektif seseorang yang memang mengimpikan perkahwinan ala fairytale ni. Meskipun ianya agak ironik bila blognya dibagi nama 'Not A Fairytale'. Haha. Dan, berikut merupakan lima benda yang gua belajar dari perkahwinan diraja tersebut.

1. Baju pengantin lelaki tak semestinya kena sepadan dengan pengantin perempuan.

Kenapa orang Melayu punya baju pengantin kena sepadan? Sepanjang hidup, gua pernah jumpa pengantin lelaki yang pakai baju pengantin berwarna pink, hijau dan macam-macam lagi kaler yang pelik-pelik. Dan gua bersimpati sebenarnya dengan brader-brader ni. Tak pakai pink karang, tak kahwin pulak.

Masa ni lah, benda yang kita belajar dari subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (aliran Ekonomi Rumahtangga) akan diaplikasikan. Dua warna yang sesuai, apabila disatukan akan nampak lawa. Merah dan putih. Khakis dan putih. Dan dari subjek ni jugaklah, gua tahu brader-brader black macam gua tak boleh pakai baju hijau, oren dsb. Haha.

After all, bukan ke perkahwinan ni penyatuan dua manusia yang berbeza? Bukan ke perkahwinan ni macam sekeping syiling dengan dua permukaan yang berbeza? Jadi, baju perkahwinan lain-lain warna ni boleh menjadi satu metafora pada hari perkahwinan.

2. Upacara bersanding adalah upacara merepek.

Bersanding yang asalnya dari adat perkahwinan Hindu merupakan upacara perkahwinan yang membazir masa, merepek dan paling tidak produktif. Jika dilihat tujuan asal bersanding adalah untuk memperlihatkan kehenseman dan kejelitaan pengantin kepada orang ramai.

Tapi bagi gua, idea memperlihatkan kejelitaan seorang pengantin dengan cara melabuhkan bontotnya di kerusi sepanjang hari (sitting on her ass) adalah merepek. Dalam budaya Barat, idea ni dipersembahkan dalam upacara tarian ballroom. Maybe it's just me, but I'd rather watch a newlywed couple dance with grace than a newlywed couple sitting on their their asses, acting like a pair of dolls or something.

3. China will copy anything. I mean, anything.

Gaun perkahwinan Kate Middleton direka oleh Sarah Burton dari syarikat Alexander Mcqueen. Dan harganya mencecah sehingga RM188,000. Lebih kurang 6 tahun gaji bapak gua.

Di Beijing, lebih 700 kilang baju perkahwinan  sudah mula kerja-kerja meniru gaun perkahwinan tersebut untuk dijual kepada orang kebanyakkan yang teringin nak kelihatan hot macam Kate Middleton. Tetapi macam barang tiruan China yang lain, gaun perkahwinan tersebut tidak akan dilengkapi dengan tiga kain dalam berenda, renda bersulam tangan menggunakan teknik 'carrickmacross' dan kain satin putih dari kualiti yang sama seperti Kate Middleton.

4.  "We're supposed to have a small family affair"

Itu yang diperkatakan oleh Prince William kepada Micheal Middleton, bapa Kate semasa berdiri di altar. William seperti yang ramai sudah maklum, tidak pernah berselindung menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kehidupan monarki dirajanya dan hidup seperti rakyat kebanyakan seperti ibunya, Diana. Satu ironi memandangkan ramai daripada kita berangan-angan nak jadi anak raja.

5. Prince William baru dapat lesen L


 

Photo

Tuesday, May 3, 2011

pada 6:39 AM


Labels:
,
,
,

Popular Posts