• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Prolog

Salah satu benda yang gua suka pasal diri sendiri selain dari fakta bahawa gua merupakan satu-satunya budak yang boleh timbang bola takraw lebih dari 20 kali tanpa landing kaki semasa sekolah menengah dahulu adalah fakta bahawa gua takde alergi.

Gua boleh melahap apa jua makanan laut macam ketua puak Jahiliyyah. Gua boleh makan peanut, kebal dari serangan serangga dan habuk. Semasa gua Form 4. gua pernah tengok sendiri apa seekor udang sambal boleh buat terhadap muka member gua. Gua memanjat syukur kepada Ilahi kerana boleh menghabiskan sambal udangnya pada hari itu.

Bab 1 - Hari sibuk

Jumaat lepas, gua agak sibuk di tempat kerja sampai takde can Kak Nani (bukan nama sebenar) untuk bercerita tentang hal ehwal rumahtangganya kepada gua. Gua punya sibuk sampai lepas sembahyang Jumaat gua terus angkat punggung masuk ofis balik. Takde duduk berwirid, semayang rawatib lagi dah. 

Sebelum masuk ofis, gua makan tengahari dulu. Gua cedok lauk sardin dan sayur kacang panjang itu hari. Rasa macam selipar.

Bab 2 - Orang belanja

Habis kerja, gua bersiap-siap balik rumah. Entah dari mana datang, Yus (bukan nama sebenar lagi) datang hulur lebihan muffin dua bijik kepada gua. Gua ucapkan terima kasih dan dengan sekali ngap, gua kunyah dua muffin itu sekaligus.

Bab 3 - Tidur terganggu

Malam itu, ketika tidur gua perasan ada sesuatu yang tidak kena. Gua kerap menggaru-garu kedua-dua peha dan lengan gua sehingga tidur gua terganggu. Gua bangun tidur pada hari itu dengan perasaan hambar. Sial, sabtu-sabtu pun kena kerja jugak.

Bab 4 - Aneh

Pada pukul 10 pagi, gua terperasan sesuatu yang aneh di lengan gua. Di sebalik kulit lengan gua (yang boleh la tahan putihnya kalau nak banding dengan muka gua), terdapat tompok-tompok merah yang gatal. Di pergelangan tangan gua, terdapat tompok-tompok merah yang membentuk nombor '7'. Sekali tengok cool pulak ada 'tatu' nombor 7. Keh keh.

Bab 5 - Bertambah teruk

Tengah hari itu, gua terus balik dan kait 2 bijik kelapa muda untuk diminum atas nasihat bos gua. Menurutnya, benda tu jadi sebab darah gua beracun. 

Bila petang, gatalnya makin menjadi-jadi sampai ke muka gatalnya. Badan tak usah cerita. Dah macam kera jadinya gua. Bila gua perhatikan muka gua di cermin kereta, gua nampak muka gua dah berbintat-bintat satu muka. Gatalnya memang macam celaka. 5-6 orang member gua kata ni sebab gua ada alergi dan gua kena mandi air garam.

Bab 6 - Mandi air garam

Malam semalam, gua bancuh air garam dua baldi besar untuk persiraman gua. Usai madi dua baldi air garam, gua jadi tenang seketika sambil melayan Kelantan lawan Terengganu di TV sambil mencarut kepada kualiti permainan yang rendah dan kualiti komentar Zainal Abidin Rawop. 

Gua tak tahulah mandi air garam ni betul-betul berkesan atau hanyalah kesan placebo, tetapi perlahan-lahan tompok-tompok merah di badan gua makin surut. Kecuali tangan gua yang masih bengkak dan sukar digenggam (in fact, gua menaip entri ni dengan tangan yang bengkak). gua rasa gua dah okay.

Epilog

Gua tak alergik dekat sardin sebab dah berkali-kali gua makan sardin sebelum ni. Tapi muffin si Yus ni gua takkan makan lagi. Untuk keselamatan masa hadapan, gua ishtiharkan gua alergik muffin.

Photo

Sunday, June 12, 2011

pada 12:05 PM


Labels:
,
,
,

Prolog

Gua belajar dari Barney Stinson, kalau gua nak jadi pekerja yang indispensable kepada majikan, gua kena ada identiti unik sendiri. Satu identiti yang memisahkan gua dengan pekerja lain. Dalam episod tu, Barney memberi contoh 'Food Guy' seperti yang dilakukan oleh seorang pekerja yang selalu membawa makanan kepada rakan sekerja.

Jadi, bos dan rakan sekerjanya memanggilnya the 'Food Guy'. Dan sememangnya dia pekerja yang indispensable. Kalau dia dipecat, siapa yang nak bagi makan free?

Bab 1: Mencari Identiti

Gua cuba mempraktikkan nasihat Barney di tempat kerja gua. Di ofis, gua tak boleh jadi the Food Guy kerana gua boleh bangkrap dengan hampir 7 orang bekerja di ofis gua untuk diberi makan. Gua hampir buntu memikirkan identiti apa yang gua nak jadi.

Bab 2: The Encyclopaedia Guy

Gua cuba menjadi the Encyclopaedia Guy. Setiap kali bersembang dengan rakan sekerja, gua cuba selitkan fun fact bagi setiap topik yang disembangkan. As it turns out, nobody likes a smartass. Gua dah jadi macam Buzzkill pulak dah. 

Tengah depa sedap-sedap mengutuk bos gua yang (seorang wanita Cina 30-an) memang suka multitask (sebab dia suka buat 2-3 kerja pada satu-satu masa), gua memberitahu adalah normal bagi perempuan untuk multitask sebab shaft yang menghubungkan hemisfera kanan dan kiri otak yang dipanggil corpus collasum lebih tebal di otak perempuan berbanding lelaki. Maka sebab itulah perempuan boleh memasak 2 lauk sambil bergosip sambil menjaga anak sambil membebel.

Oh God, I should've known.

Bab 3: Pencarian Identiti Lagi

Gua terus cancel jadi Encyclopaedia Guy. Jadi, gua terpaksa mencari identiti yang baru. Oh, boy.

Bab 4: Bersembang Dengan Akak

Satu hari, semasa gua sedang berehat-rehat sambil cuba mencatat rekod terpantas Minesweeper, seorang akak datang menyapa gua. Dari sapaan, kami bersembang panjang. Entah macam mana, dia boleh bercerita tentang suaminya yang liat nak berhenti rokok. Dari cerita liat berhenti rokok, akak tu melencong ke masalah suaminya yang jeles pasal gaji akak tu lagi besar dari gaji suaminya. 

Gua dengar, dengar, sengih sikit-sikit, angguk sikit-sikit, gelak sedas-dua, bagi cadangan mana yang perlu dan bila gua dah tak tahan, gua mintak izin nak pergi jamban.

Bab 5: Identiti Baru

Esoknya, akak tu datang cerita kat gua pasal gurau-senda antara dia dan suaminya pulak. Bila dia bercerita pasal gurau-senda, biadaplah kalau gua tak gelak. Jadi, gua gelaklah mana yang patut.

Esoknya lagi, akak yang lain pulak cerita pasal pengalaman dia berkapel dengan bekas pakwenya. Habis cerita pakwe pertama, cerita pakwe kedua pulak. Kemudian pakwe ketiga. Gua dengar sampai gua terpaksa buat simulation project gua di rumah.

Esok-esoknya lagi, akak yang lain pulak datang bercerita kat gua pasal pakwenya yang menggatal dengan perempuan lain. Kemudian dia bercerita pasal zaman remajanya yang tak pakai tudung, pakai ketat-ketat semua.

Epilog

Sekarang gua cuma perlu tunggu bos gua kompelin masalah rumah tangganya kepada gua sebelum gua boleh jadi indispensable. There's a 'Love Guru' in da house, baybeh!

Photo

Wednesday, June 1, 2011

pada 10:44 PM


Labels:
,
,
,
,

Popular Posts