tag:blogger.com,1999:blog-6419430854777346591.post3248628888626629137..comments2023-10-31T22:06:19.516+08:00Comments on Paradoks Kekampungan: 3 Sebab Kenapa Bola Sepak Malaysia Masih Munduravidhttp://www.blogger.com/profile/05995605357731595009noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-6419430854777346591.post-41621469690502632802014-10-16T01:28:06.822+08:002014-10-16T01:28:06.822+08:00Saya adalah seorang pemain bola sepak dan beberapa...Saya adalah seorang pemain bola sepak dan beberapa perkara dalam pernyataan anda adalah benar. Namun begitu, saya rasa sebab utama bahawa pemain cina tidak begitu ramai adalah kerana kami tidak diberi peluang yang sepatutnya. Daripada pengalaman saya semasa saya belajar di sekolah rendah, ada seglintir guru yang mengamalkan sikap pilih kasih. Saya dan beberapa kawan cina saya hanya diberi pilihan untuk menyertai kelab badminton atau ping pong. Di kawasan padang pula, pemain cina hanya bermain sendiri kerana tidak berani bergaul dengan pemain melayu. Lebih-lebih lagi, semasa saya kecil, apabila saya bermain bola dengan pemain melayu, mereka sentiasa sengaja mengejek saya disebabkan kaum saya serta sengaja bermain kasar dengan saya. Walau bagaimana pun, Ada sesetengah daripada mereka yang menerima saya. Kini, saya mewakili sekolah saya dalam pertandingan MSSD bawah 18 tahun. Dalam skuad saya, terdapat 4 pemain cina dan sekolah saya adalah antara beberapa sekolah yang mempunyai pemain cina dalam pertandingan MSSD. Saya harap sesiapa yang membaca komen saya tidak tersinggung perasaan dan menganggap saya seorang rasis. Saya tidak membenci mana-mana kaum serta menerima setiap orang sebagai manusia yang bertaraf sama tanpa mengira kaum dan bangsa Anonymousnoreply@blogger.com