• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Sungguh begik pakcik ini

Cite ni bukan cite baru. Aku ada tengok laporan khas pasal pak cik ni kat Edisi Siasat NTV7. Pas tengok, aku rasa nak lempar cucuk badak kat pak cik ni je. Biar pedas matanya kena inti cuk badak tu.

Bagi koma yang jahil pasal pak cik ni, ni la pak cik yang mengaku dia ni Rasul yang diutuskan untuk orang Melayu. Ngaku Surah Yasin diturunkan kepada dia. Putar belit ayat Al-Quran supaya kacip ngan ajaran sesat dia. Gilo.

Pengikut dia bukan runcit-runcitnya pengikut macam peminat Chelsea. Artis pun ada jadi pengikut dia weh. Masa pak cik ni didakwa di mahkamah, pengikut-pengikut dia sanggup ponteng keje nak beri sokongan kat pak cik ni di mahkamah. Ada sorang makcik ni (tua lebih kuang macam opah aku kat Bagan Datoh) siap jadi macam budak-budak lagi depan kamera wartawan semata-mata nak bela Rasul nyanyuk dia. Gini la lebih kuang dialog mak cik tu.

"Rasul kita dah janji kita syurga....ha....ha....rasul kamu dah janji kamu syurga ke???"

Wartawan blank. Mati akal nak jawab.

"Haa...hahahahaha....dia sendiri pun tak tau dak?" ujar makcik tu sambil disambut derai ketawa pengikut-pengikut yang lain (yang banyaknye makcik-makcik).

Well, hu ha hu ha kite pun, nampak pakcik ni tempeleng dia skali. Jangan lupa flag blog pak cik ni skali: Blog Pak Cik Kahar . Korang klik kat Hated/Violence.

P/S: JAIS wat apa? Hack la blog dia, sengal......

Photo

Wednesday, September 2, 2009

pada 12:28 PM


Sambut merdeka masa puasa ni macam....

1. Makan nasi ayam menyedari kat peti ais ada KFC.

2. Pakai WifiUTM sedangkan bapa anda tokey Cyber Cafe.

3. Log in Friendster sedangkan member sume dah lari ke Facebook.

4. Sokong Man Utd meskipun kelab itu kurang ternama.

5. Beristinjak menggunakan batu sedangkan air ada.

6. Naik kereta K-roll sedangkan kereta Wan ada.

7. Bersembang pasal Liverpool dengan Ong Hang Chee.

8. Berniaga MLM siap cakap lebat akan backup orang bawah padahal dia sendiri terkapai-kapai.

9. Makan McD biarpun menyedari duit kat bank ada RM50.53 sahaja.

10. Menyambut hari lahir ketika Hari Raya IdulFitri (ramai orang salah anggap Aidilfitri. Idulfitri maa...)

Photo

Tuesday, September 1, 2009

pada 11:09 AM


Sehari Bersama TNC
Dipos oleh avid

Satu pagi yang hening, tika burung berkicauan riang dan unggas mula menari-nari (unggas menari, huh?) aku berjumpa TNC dan konco-konconya.

Sedang TNC tengah pung pang pung pang bersembang depan meja yang aku duduk bersama konco-konconya yang cuma menuruti, tiba-tiba TNC panggil aku.

"Ha, nama siapa ni?" ujarnya sambil mengurut-ngurut jambang ala ala Kareem Abdel Jabbar nya.

"Err...Ahmad Muzammil"

"Sapa nama Timbalan Naib Canselor UTM?". Pergh! Soalan maut ni. Bagi la aku soalan biokimia tapi please.....bukan soalan ni.

"Err...err....saya mintak maaf. Saya tak tau"

"Nama dia pun kamu tak tau?? Mana satu dia ni?" soalnya sambil bersandar di kerusi. Ewah-ewah....

"Encik la Timbalan Naib Canselor".

"Sapa nama Dekan Fakulti kamu?". Cabai. Soalan maut lagi.

"Err.....tu pun saya tak pasti".

"Sapa nama Naib Canselor UTM?"

"Ok.....nama dia Zaini Ujang". Nasib baik aku selalu baca kolum dia kat Berita Hairan.

"Sebut nama dia betul-betul....Prof. Dato' Dr. Zaini Ujang. Tu la. Nama jer pelajar UTM. Nama dekan pun tak tau. Sebagai pelajar......bla...bla...bla....."

Gua malu siot.

P/S: Ala, tanya la Syafique ke....Fadh ke....dorang pun tak tau gak. Weh, baik koma hapal nama ngan pangkat-pangkat dorang. Mana la tau masa grad nak ambik ijazah nanti ada orang tanya.

Photo

pada 10:38 AM


Popular Posts