Dalam banyak-banyak spesies mamalia, aku paling takut pompuan. Pompuan asing. Buat apa aku nak takut dengan opah aku.. Pompuan ni bahaya. Boleh wat laki cool macam aku jadi gabra. Kalau cakap ngan budak pompuan, mata aku mesti lari pergi tengok alam sekitar punya lah. Tengok pokok-pokok berkicauan riang, tengok pelangi tersipu-sipu malu berkongsi keindahannya dan tengok pak cik janitor mop lantai pakai penyapu lidi. Eye contact aku ngan pompuan memang fail.
Tapi itu tidak menghalang hormon testeoron aku untuk menjalankan amanahnya. Sejak dari Darjah Dua, aku ada crush. Farahin (nama sebenar) namaya. Kelas Dua Abu Bakar. Masa upper form (F4, F5) lak crush ngan Beruang Koop (nickname sebenar gadis itu). Budak kelas aku gak.
Satu benda pasti pasal crush ni adalah you are the one who got crushed. Betul.. Farahin kata aku gila. Trauma kena reject tu memang sangat berjasa dalam penglibatannya menghalang aku daripada confess kat Beruang Koop 7 tahun kemudian.
Setahun selepas SPM, aku ada crush lagi. Gampang betul. Makwe SMS ni dah la cun. Tapi aku gamble. Kena reject pun aku pasrah je. Lagipun macam la dia tak tau lelaki skang makin sikit. Kahwin ngan gay kang baru tau. Aku gamble.
Happily ever after.
P/S: Beruang Koop kat Czech Republic skang. Wat medic. Good for her (Good luck, pal!). Farahin tak tau ke mana.
Beruang Koperasi
Dipos oleh
avid
Saturday, September 5, 2009
pada 11:40 AM
Sahur Malam Tadi
Dipos oleh
avid
Appetizer : Teh Tarik
Main Dish(es) : Nasi Goreng Thai
Dessert : Dunhill sebatang
Skang pukul 3.23pm. Perut aku kata sahur malam tadi solid.
Friday, September 4, 2009
pada 3:12 PM
Kepercayaan Tahyul a.k.a Superstitious
Dipos oleh
avid
Aku ada musuh. Namanya Test. Kadang-kadang dia saja je tukar nama jadi kuiz. Bapak Test namanya Exam. Datuk Test lagi la aku tak ngam. Orang panggil dia Final Exam. Adik Test pun macam celaka gak. Pop Kuiz orang panggil dia sebab dia ni fan MJ.
Seluruh anak beranak Test ni memang celaka. Kalau aku jumpa, dah takde senyum-senyum dah. Tu sebab aku sentiasa ready dengan senjata aku, Pilot Shaker 0.5. Ramai gak orang tak suka kaum kerabat Test ni. Tapi senjata mereka lopek. Staedler 2B lah.. Xiacao 0.5 lah... Pilot Shaker 0.7 lah...
Gila babi merepek. Biasa sebelum exam ni, aku ada satu rutin. Aku akan cuba tidak bersarapan. Aku suka perasaan menjawab kertas peperiksaan dengan perut yang berorkestra. Kruk...krek...kruk...krek.... Mampus la orang sebelah. Perut aku, bukan perut dia.
Masa aku lower Form (F1, F2, F3), budak kelas aku, Kordi (bukan nama sebenar. Serius!) suka pakai pensel tekan lopek Darjah Enam dia setiap kali exam/test/quiz. Dia kata pensel tu terlibat dalam kejayaan 5A UPSR nya. Masa aku Upper Form (F4, F5) lak, Harimau (bukan nama sebenar) akan pakai baju putih sekolah jenama Canggih setiap kali exam. Pernah sekali, baju tu dah masuk dalam baldi dah. Kira nak basuh malam tu la konon-kononnya. Tapi pagi esok ada exam Sejarah. Pagi esoknya, beliau ambik baju tu dari baldi dan terus menyarungnya. Berkedut seribu pun lantak lah. Bau hamis jangan cite lah. Makwe kelas nampak pun, gamble. Janji dapat B Sejarah.
Amacam? Seram tak?
