• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Gua: Err..En. Blur, En. Blur dapat tak surat saya?

En. Blur: Owh..awak yang call semalam tu ye? Err..sebenarnya semua surat yang sampai kat MERENG ni Pn. Banyak-Songeh yang uruskan. Awak cuba tanya dia dulu, ok?

Gua: Wokeh wokeh..
(Mendail MERENG semula)

Gua: Err..halo. Puan Banyak-Songeh, please..

Operator: Sebentar ya.

Tuut..tuuut...

Pn. Banyak-Songeh: Heloo ~

Gua: Helo..ni Puan Banyak-Songeh ke?

Pn. Banyak-Songeh: Ye, saya.

Gua: Puan, saya ada hantar surat semalam pasal saya punya pung pang pung pang. Surat tu sampai tak?

Pn. Banyak-Songeh: Ye, saya dapat. Tapi ada surat A dan surat B je kan. Awak hantar surat C nanti baru kami boleh proses permohonan awak tu.

Gua: Tapi bukan surat B dah nyatakan segala butir surat C ke?

Pn. Banyak-Songeh: Ye saya tau. Tapi disebabkan suara saya kiut dan saya sendiri banyak songeh, awak kena la hantar surat C tu, ok?

Gua: (Baling henpon ke anjing berdekatan)

Pn. Banyak-Songeh: Helo?? Helo??

Photo

Wednesday, February 10, 2010

pada 4:43 PM


Bosan menari-nari dengan binatang orang kat Pet Society, gua try track senior-senior gua masa sekolah dulu. Mana la tau Zaki Suhud yang belasah gua dulu keje mop lantai Pasaraya Billion ke, Zharif Ashikin fail SPM ke..Boleh gua gelak macam ketua puak Jahiliyyah kejap. Tiba-tiba gua teringat seorang brader ni. Gua type 'Badrul *****' kat kotak search. Peh, hidup lagi brader ni rupanya.

******

Adat sekolah gua dulu. Kalau budak Form 1 baru daftar, brader Form 3 akan usha adik angkat. Lepas menangis sedas-dua lepas mak gua tinggalkan gua kat asrama, gua bersiap pergi makan dan surau. Masa tu dah pukul 6pm. Masuk surau, gua duduk bersila kemas-kemas. Takut bersila tak kemas kang, ada senior tak puas hati. Gua tengok makin nak maghrib, surau makin ramai. Gua usha gelagat senior gua. Badan sekor-sekor besar nak mampus. Makin kemas gua bersila. Tak berani pulak nak tongkat dagu.

Lepas semayang, tiba-tiba gua terasa macam gua kena panggil. Gua toleh belakang. Ada brader suruh gua datang dekat dia. Sumpah gua rasa nak menangis masa ni. Apakah cara gua bersila menjengkelkan dia? Apakah muka gua menjengkelkan dia? Apakah butang baju melayu gua menjengkelkan dia? Bila gua bersila depan dia, brader tu salam gua.

"Nama aku Badrul. Panggil je aku Abg Bad. Apa nama ko?"
Peh! Mujur..Gua kenalkan nama gua. Bad panggil gua Ahmad. Dia kata mulai sekarang dia jadi abang angkat gua. Ada senior lain buat hal dengan gua, depa buat hal dengan Bad. You are my bitch now. Nobody mess with my bitch. Anybody mess with you, they mess with me. Keh keh. Lu jangan main-main. Bad punya tinggi ada 175cm lebih. Badan besar. Tak kurus tak gemuk. Aliran skinhead. Rambut tak pernah panjang seinci. Kat surau Bad selalu lepak kat belakang belah kanan surau dengan budak-budak skinheadnya.

 
Ni gambar paling dekat boleh gua kaitkan dengan Bad. (sumber Google)


Banyak benda Bad ajar gua. Kalau ke kelas, jangan bawak bekas pensel. Bawak sebatang pen Pilot letak poket cukup. Baru cool. Kalau bawak buku teks/log, jangan kepit je. Pusingkan buku tu atas jari. Baru cool. Kalau pakai tie, jangan ikat sampai atas. Londeh sikit buat gaya Cina kalah judi. Seluar uniform beli siap-siap kat koperasi, buang je. Pergi tempah kat Pang Fashion angkat seluar cut macam jeans punya. Ada walkman, jangan dengar Era, Radio Malaysia Negeri Sembilan punya. Dengar kaset ni ha... A.C.A.B, The Official. 

Bad main keeper team bola sekolah gua. Kalau ada match kat sekolah, Bad suruh gua steady belakang pintu gol kutip bola. Dia malas nak kejar. Kalau dia makan kat dewan makan, gua yang ambikkan buah tembikai lebih untuk dia. Gua yang ambikkan burger lebih untuk dia. Gua yang kutip tray dia lepas makan. Kat asrama, gua yang kena carikan dia megi. Gua yang kena carikan dia bekas megi. Gua yang iron-kan baju dia. Memang macam bitch. Semuanya untuk protection yang gua tak mintak pun. Ha ha ha.

Bila gua masuk Form 2, Bad kena blah sebab sekolah gua ada Form 1 sampai Form 3 je. Bad sekolah kat Muar gua dengar. Gua sedih sebenarnya bila Bad dah takde. Keh keh. Tapi kesedihan gua terubat bila Kak Epit jadi kakak angkat gua lak. Gua cerita siri lain. Ha ha ha.

Photo

Sunday, February 7, 2010

pada 2:46 PM


Porno Man Started It
Dipos oleh avid

Minggu yang suey. Gua bagitau kenapa:

1. Arsenal dirogol selama 90 minit di halaman rumah sendiri. Lebih meyedihkan, kejadian didalangi oleh ahli keluarga mangsa sendiri. Suspek, Manuel 'Porno-Man' Almunia, 32 dan Denilson 'Bapuk' Neves,22 dipercayai masih berlegar-legar di sekitar Ashburton Grove, utara London sehingga kini.
2. PC yang pundek menyebabkan banyak surat tak siap dan assignment tergendala.

3. Karenah birokrasi di MARA menyebabkan 2 bulan elaun gua tertunggak. Setakat ni, sumber karbohidrat gua adalah hasil ihsan protein dalam badan. Protein pulak gua dapat dari diet makan tali gitar setiap hari.

4. Keadaan bertambah buruk bila gua dalam fasa berhenti merokok sekarang ni. Gilo, setiap dua jam je lapar. 

5. Khamis (esok) gua ada dua test. Project Management dan Plant Design. Lepas dua test ni, gua nak pergi Balai Cerap atas bukit dan jerit 'Fuck you, Denilson' sampai mana-mana kapel yang make out kat situ lari bertempiaran. Kalau ada la.

6. Tayar motor belakang gua kena benam paku itu hari. Nasib pakai tubeless. Sebulan dua nanti baru gua fikir nak tukar.

7. Bisnes 'Yard Sale' gua terpaksa tangguh hari lain sebab tak cukup barang nak jual. Baru ingat nak buat hari ni untuk assignment Entrepreneurship. 

Habis. Crappy gila entry ni.

Photo

Wednesday, February 3, 2010

pada 3:51 PM


Popular Posts