• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Caklempong
Dipos oleh avid



Dulu zaman punk rock gua, gua tak bape into jazz bass ni. Brader ni buat gua insaf. Lepas ni gua nak jual bass gua. Gua nak konsentret main caklempong. Ketuk gong sambil mesej-mesej makwe.

Photo

Friday, February 19, 2010

pada 7:05 PM


Dulu masa gua sekolah rendah, ada 5 kelas untuk setiap darjah. Setiap kelas macam gampangnya ramai. Satu kelas 40 orang. Sekor-sekor lak perangai siamang. Cikgu sakit jiwa. Tapi banyak-banyak kelas ni, ada satu kelas je yang cikgu takde hal nak jaga. Kelas top. 

Masuk darjah enam, kelas top-top ni dihuni murid-murid yang kononnya target utama 5A untuk sekolah. Kelas lain memang barai. Yang tak reti baca lagi pun ada. Yang menambah menolak tercungap-cungap lagi pun ada. Yang dah join geng curi basikal pun ada. Cikgu mengajar pun cincai-boncai. Sebab katanya, budak-budak ni bukan nak belajar pun.

Gua tak paham. Bukan ke sekolah tempat yang adil dan saksama untuk semua budak belajar? Bukan ke tujuan sekolah dibina adalah untuk mendidik budak? Sejak bila sekolah ditubuhkan untuk bersaing sesama sekolah untuk dapat no.1 UPSR peringkat daerah? 

Kenapa nak gred-gredkan kelas ikut pencapaian dalam peperiksaan? Kenapa tak campur je budak balik sekolah terus tuisyen dengan budak balik sekolah terus berkubang kat lombong dalam satu kelas? Kenapa tak campur je budak pandai dengan budak lembab dalam satu kelas?

Cikgu-cikgu cakap; ala..kang bercampur dengan budak-budak tak tentu hala kang, hanyut pulak budak pandai tu. Budak pandai terus pandai. Budak hanyut terus hanyut. Masuk sekolah menengah budak hanyut sekolah A berjumpa pulak dengan budak hanyut sekolah B. Berkawan. Hanyut sampai habis SPM. Mak bapak nak tegur dah tak bape nak luak dah. Dah remaja. Rebellious. 

Cikgu-cikgu pernah dengar peribahasa 'meluntur buluh biar dari rebungnya' tak? Pertama, cikgu kena seimbangkan kecemerlangan sesebuah kelas dengan kelas yang lain. Tak boleh ada kelas top, kelas bottom. Semua kelas kena seimbang. Kemudian, cikgu boleh senaraikan budak pandai sebagai mentor kepada beberapa budak lain. Mungkin cikgu boleh monitor sesi mentor-mentee mereka masa mereka belajar sama.

Cikgu kena cipta sense of belonging dalam satu-satu kelas tersebut supaya wujud persaingan antara kelas-kelas rather than persaingan dalam satu kelas saja. Cikgu bakar semangat asabiah kat budak-budak tu. Budak-budak mana nak kalah. Semua nak menang. Jadi, budak-budak boleh sedar tanggungjawab masing-masing dalam kelas untuk jadikan kelas mereka no.1.

Jadi, dengan ni semua budak dapat menikmati kualiti pengajaran yang setaraf. Takde lagi kes cikgu kelas bukan top masuk kelas, baca novel pop Alaf 21 sampai habis masa kelas. Budak-budak hisap rokok dalam tandas pun tak tau cerita.

 
"Tarik pelan-pelan..pastu himbus ikut hidung...macam buang hingus.."

Photo

Thursday, February 18, 2010

pada 12:32 PM


"Ko confirm ke nak buat ni?". Haadi Goyang masih ragu.

"Ala Goyang, rileks sudah..Macam ko buat sorang pulak..Kitorang rileks je..". Yazid Paragon cuba meniup motivasi pagi itu hari.

"Tah..Nanti nak exam kita mintak maap la kat dorang.." ujar Tot tanpa mengetahui kalau orang tak ikhlas maaf tak dikira cancel dosanya oleh Raqib dan A'tid.

Pagi tu, gua, Haadi Goyang, Yazid Paragon dan Tot ada misi. Misi pagi itu hari adalah sebahagian daripada pengisian aktiviti sebagai memenuhi syarat untuk lulus Kelab Bujang, kelab tak rasmi untuk budak-budak tak berkapel. Carta organisasi dah tampal kat board. Sebelah carta organisasi Puteri Islam. 

Kelab ni ada macam komunis juga. Karl Marx kelab ni Haadi Goyang la. Semua aktiviti kelab dijalankan secara subversif. Gerila. Tak main attack depan-depan. Nampak luar kelab ni nampak tak berbahaya. Nampak macam kelab anti-establishment yang lain. Silap besar nyah.

Siap berdoa apa semua, Tot mengetuai jentera serangan. Tot bukak pintu kelas pertama."Huarrrggghhh....!!! Ha ha ha ha..!". Gua, Tot, Yazid Paragon dan Haadi Goyang masuk hampir serentak dan mengkucar-kacirkan keadaan. Teko dengan Aizan nampak hangin.

Lepas gelak-gelak, masuk kelas kedua. Huaarrghhhh....!!! Kelas kucar-kacir. Tot baling-baling marker dekat Awe dengan Ira yang duduk satu meja kongsi buku Sejarah. Ira senyum sipu-sipu. Awe pasrah kepada takdir.

Masuk kelas ketiga, Fitri dan Anis senyum simpul macam pengantin bersanding. Yazid Paragon dah jadi orang asli dah masa ni. Entah bila dia belajar buat bunyi Angola macam tu gua tak tahu. Masuk kelas keempat, Fakhri yang tengah berdating dengan makwenya mengamuk. Gua syak dia baru lagi dalam scene dating-dating ni.

Habis aktiviti, kami disambut dengan meriah. Lepas ni, budak-budak bujang boleh stadi di kelas macam biasa tanpa perlu rasa kekok. Keahlian Kelab Bujang mencanak-canak naik sehingga dinaik taraf menjadi persatuan beruniform oleh pengetua.

Photo

Saturday, February 13, 2010

pada 10:15 AM


Popular Posts