Berbalik ke tahun 1997, saya merupakan murid kelas 2 Maju yang ringan tulang. Saya tolong cikgu padam papan hitam, saya tolong cikgu hantar buku rekod kedatangan ke pejabat sekolah, saya tolong cikgu bawak buku kerja ke bilik guru. Tapi saya tak lah sampai tiap-tiap pagi pagi nak tunggu cikgu keluar kereta dan tolong angkat barang-barangnya. Pagi-pagi saya sibuk berlawan pemadam.
Tahun 1998, saya kantoi dengan Cikgu Kamariah sebab cakap 'Tony K**e' (merujuk kepada Tony Cottee, pemain bolasepak Selangor ketika itu) dan dihantar ke bilik Penolong Pengetua untuk sesi disiplin. Saya diberi amaran dan dilepaskan.
Sejak dari hari itu, saya menjadi lebih kurang macam 'model student'. Guru-guru mengaitkan saya dengan kesopanan dan kesusilaan dan di kelas pendidikan jasmani, saya selalu kena main bola di pasukan budak-budak gemuk, kurus yang tak cool. Jenis-jenis budak yang selalu kena rembat di muka. Tapi saya tak pernah kena rembat di muka.
Di sekolah menengah, aku termasuk dalam 'senarai-junior-yang-perlu-dibelasah' sebab senior kata aku suka buat muka tak puas hati bila mereka potong barisan di dewan makan. Dan pada malam Awal Muharam, dari pukul 2am sehingga azan Subuh, aku menjadi sayur. Satu-satunya benda yang aku bangga bila kena belasah ni adalah fakta yang aku tak report kejadian ni.
Di institusi pengajian tinggi semalam, gua bertekak dengan seorang pensyarah muda pasal sebuah projek. Ahli-ahli kumpulan gua yang lain duduk menikus. Hormat orang tua katanya. Fuck that shit! Gua hormat orang tua yang gua rasa memang berhak dihormati sahaja. He has to earn my respect. Certainly bukan dengan duduk di kelas dan baca slaid sahaja. Certainly bukan dengan menjawab soalan pelajar dengan soalan.
Ahli kumpulan gua semacam tak senang dengan apa yang terjadi.
Dan malam itu, sebelum tidur, gua imbas kembali insiden tersebut dan gua rasa tak buat apa-apa yang salah. Gua lebih suka kalau insiden tersebut dirujuk dengan terma 'intellectual discussion'. Dan saya membuat kesimpulan.
"Dude, you've come a looooong way..".

