• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Showing posts with label spongebob. Show all posts
Showing posts with label spongebob. Show all posts

Everbody Loves Babysitter
Dipos oleh avid

Sekitar bulan 5 hingga 7 tahun 2010, gua tengah cuti semester. Kebiasaannya, pada cuti-cuti panjang sebegini gua dikerah menjadi buruh paksa kebun serai dan pisang bapak gua. Tetapi gua bernasib baik kali ini kerana harga pisang jatuh ke 70 sen sekilo. Maka, bapak gua hilang minat bertani sementara.

Tuhan Maha Kaya. Tengah-tengah pasaran pisang yang merudum, mak gua dapat offer jaga anak orang kaya. Bagaimanapun, jaga anak orang bukan kerja senang nak-nak lagi bila mak gua kena masak, kemas rumah, sidai kain, bergosip dan sebagainya. Natijahnya, gua yang kena jaga anak orang kaya ni.

Ini menjelaskan keadaan kenapa gua tak update blog dua bulan. Dan ini juga membuktikan kualiti gua sebagai bakal bapa yang cemerlang sekaligus membuatkan tugas-tugas keibuan menjadi mudah bagi bakal isteri gua. Hahaha.

Gua bukanlah jenis yang mesra sangat dengan budak. Kali pertama gua dukung budak ni yang juga dikenali sebagai Onnie, ayat pertama yang keluar dari mulut gua adalah "What's up, dude..". Onnie membalas salam perkenalan gua dengan penampar di mata gua. Garangnya.

Bagaimanapun, menjadi babysitter bukan lah sesuatu yang asing bagi gua. Sejak 1997, gua dah ditugaskan basuh berak, tukar lampin adik gua. Buai adik gua sehingga tidur tatkala mak gua sibuk di dapur dan bapak gua sibuk menghisap rokok di buaian luar rumah. Gua juga berupaya menidurkan adik gua dengan alunan lullaby gua.

Zaman ni, gua punya lullaby lebih terarah ke lagu-lagu ketuhanan dan lagu taubat Raihan.

Namun, tugas gua kali ni agak berlainan kerana klien gua adalah seorang bayi perempuan.

Gua tak terlibat dalam scene memandikan dan menukar lampin Onnie kerana gua tak nak digelar Pakcik Avid yang creepy bila Onnie dewasa kelak. Tapi, hal-hal lain seperti membuai, memujuk, mengajar dan bermain memang gua buat.

Gua tak mahu digelar poyo, tetapi hakikatnya Onnie lagi gemarkan gua bermain dengan dia berbanding mak dan adik perempuan gua sendiri. Hahaha.

Kalau adik gua yang buaikan, tak pernahnya si Onnie ni tidur. Tapi hayunan buai gua dan alunan lullaby seperti 'The Beatles - I Saw Her Standing There' dan 'Jason Mraz - Clockwatching' seringkali berjaya melenakan Onnie.


Pada hujung bulan 6, keluarga Onnie berpindah ke Putrajaya. Masa mak Onnie datang ambik dia pada hari terakhir di rumah gua, gua cuba buat muka ganas masa gua babai dia dari jauh.



Testimoni pelanggan:

"When I crossed that room, and I held her hand in mine...zzzzzzzzz"

"Semua babysitter patut mencontohi Avid...!"

Photo

Tuesday, February 1, 2011

pada 7:44 PM


Labels:
,
,

Popular Posts