• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Disebalik kecoh-kecoh (hype) di Liga Super sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, bola sepak Malaysia masih tak ke mana sebenarnya. Sesiapa yang mengikuti bola sepak era awal 90-an pernah menikmati kemeriahan yang sama seperti sekarang. Kontroversi Tony Cottee, kehadiran Chris Kiwomnya, Laszlo Repasi dan Karl Heinz Weigang sama sebenarnya dengan kontroversi JDT dengan T-Team dan kehadiran Pablo Aimar, Luis Figuera dan Luis Cesar Jimenez. Prestasi pasukan kebangsaan Malaysia era 90-an dengan sekarang juga tak ke mana.

Ada sebabnya.

#1 - Pembangunan akar umbi yang tidak berstruktur

Biar gua jelaskan. Katakan ada seorang budak 7 tahun bernama Ramli. Sejak dari tadika lagi Ramli selalu memerhatikan abang-abang besar bermain bola di padang taman permainannya sambil bermain jongkang-jongkit. Kemudian, Ramli masuk darjah satu. Ketika itulah Ramli mula bermain bola sepak. Ramli bermain semasa kelas PJK, semasa cikgu takde di kelas dan selepas balik sekolah agama.

Semasa darjah 4, Ramli menghadiri sesi pemilihan skuad bola sepak sekolahnya. Ramli terpilih. Ramli mewakili sekolah di peringkat MSSD. Semasa darjah 5, Ramli mewakili daerah di peringkat MSSN. Semasa darjah 6, Ramli mewakili negeri di peringkat MSSM.

Apabila Ramli masuk ke sekolah menengah, Ramli sentiasa mewakili sekolah sehingga ke Tingkatan 5. Semasa di sekolah menengah, bakat Ramli menjadi kebanggaan sekolahnya. Ramai budak perempuan mintak kapel dengan Ramli. Walaupun Ramli berbakat besar, kadang-kadang je Ramli dapat mewakili daerah kerana pemilihan peringkat daerah dibuat oleh cikgu sekolah lain. Ramli tak pernah mewakili negeri kerana daerahnya selalu tersingkir awal semasa MSSN.

Selepas SPM, Ramli menganggur dan menjadi rempit di malam dinihari.

In parallel universe, Ramli plays for Man Utd apparently

Bandingkan dengan senario ideal bagi Ramli.

Ramli bermain bola sepak sejak darjah satu. Mewakili sekolah semasa darjah 4. Ketika Ramli dalam darjah 4, Ramli pergi ke pemilihan akademi bola sepak Sabak. Di daerah Sabak Bernam, ada dua akademi; Sabak dan Sungai Besar. Persatuan Bola Sepak Selangor ada juga buat pemilihan di Shah Alam, tapi dia pergi ke pemilihan akademi bola sepak Sabak kerana lebih dekat dengan rumahnya. Semasa di akademi, Ramli berlatih setiap hari selama 3 jam bermula jam 3 petang. Ramli tak pergi sekolah agama kerana akademi bola sepak Sabak ada buat kelas agama 3 jam pada hujung minggu anjuran JAIS.

Setiap tahun, Ramli mewakili sekolah dan akademi bola sepak Sabak. Selepas habis MSSD pada bulan Mac, Ramli mewakili akademi bola sepak Sabak dalam Liga Tunas Bola Sepak Selangor. Acara bola sepak dalam MSSN dan MSSM dimansuhkan. Liga Tunas Bola Sepak Selangor lebih kompetitif. Persaingan antara akademi Sabak dan Sungai Besar sehangat Newcastle dan Sunderland. Akademi Petaling Jaya pula akademi bola sepak paling terkaya di Selangor. Ada 56 akademi semuanya di Selangor; masing-masing mewakili DUN di Selangor.

Apabila umur Ramli menginjak 13 tahun, Ramli terus mewakili akademinya di Liga Remaja Bola Sepak Selangor pula. Apabila Ramli berumur 17 tahun, Ramli ditawarkan sesi pemilihan oleh Persatuan Bola Sepak Perak selepas direject oleh Persatuan Bola Sepak Selangor kerana fizikalnya yang kurus. Kawan-kawan Ramli yang tak dapat apa-apa tawaran terus bermain dengan akademi Sabak dalam Liga FAM.

#2 - Tidak mematuhi The 10,000 Rule

Dalam situasi ideal, Ramli bermain dalam Liga Tunas, Liga Remaja Selangor sejak berumur 10 tahun. Kemahiran teknikal Ramli setaraf pemain professional. Mengikut The 10,000 Rule, sesorang perlu berlatih selama 10,000 jam untuk membolehkannya menjadi pakar dalam bidang yang beliau berlatih. Ramli berlatih 3 jam sehari, 5-6 hari seminggu selama 7 tahun. Setiap tahun, Ramli bermain lebih 30 perlawanan setahun.

RvP practises 10,000 touches everyday since he was 9 at SBV Excelsior

Tetapi dalam senario bola sepak Malaysia ketika ini, Ramli hanya bermain maksimum 18 kali setahun. Itupun kalau Ramli mewakili sekolah, daerah dan negeri, bermain semua perlawanan dalam kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan akhir di MSSD, MSSN dan MSSM. Belum kira kalau-kalau Ramli tercedera, pasukan tersingkir awal dan macam-macam lagi faktor yang tidak boleh dikawal (nenek meninggal, kucing beranak etc).

Buku-buku seperti Gold Mine Effect (Rasmus Ankersen) dan Outliers (Malcolm Gladwell) menjelaskan mengapa banyak pemain bola sepak berbakat berasal dari Brazil, banyak pelari jarak jauh dari Ethiopia dan banyak pelari pecut dari Jamaica.

#3 - Sikap orang Melayu dan Cina selepas peristiwa 13 Mei

Agak radikal sebenarnya idea ni. Apa kena mengena 13 Mei dengan bola sepak?

Selepas peristiwa 13 Mei, 'keamanan' Malaysia tercipta dengan orang Melayu mengukuhkan kuasa mereka dalam politik supaya mereka kekal menjadi 'tuan' di Malaysia dan orang Cina seboleh-bolehnya mengelak dari bertentang muka dengan orang Melayu. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Tadaa...! Takde gaduh-gaduh lagi.
 
Cuba perhatikan. Pada mulanya gua salahkan sekolah vernakular sebagai punca orang Cina tak ramai main bola sepak. Tetapi gua silap. Selepas lepak dengan pak guard SJKC, gua dapati budak-budak Cina main juga bola sepak di padang sekolah mereka. Mereka sertai juga bola sepak MSSD (walaupun mereka selalu jadi kena belasah sekolah-sekolah lain).

Tetapi cuba perhatikan pula padang-padang taman perumahan atau mana-mana padang bola sepak awam. Hanya budak Melayu dan India yang rajin bermain. Budak Cina cepat-cepat balik rumah bila budak Melayu turun padang (seperti apa yang gua perhatikan semasa kecil dahulu).

Malaysia bukannya seperti di Amerika Syarikat. Di US, Brooklyn, Detroit dan Baltimore merupakan kawasan majoriti kulit hitam. New England kawasan orang kulit putih. El Paso, Texas kawasan orang Hispanic. Di Malaysia, di mana ada orang Melayu mesti ada komuniti orang Cina. Tiada komuniti Cina bermakna orang Melayu tiada bengkel motor, kedai runcit dan kedai hardware.

Ini bermakna, orang Cina pasti akan bertemu dengan orang Melayu sekurang-kurangnya sekali sehari. Tetapi mengapa mereka tidak turun padang bermain bola? Kerana mereka tidak berminat. Mengapa mereka tidak berminat? Kerana dari kecil mereka ditakut-takutkan oleh ibu bapa mereka, saudara mereka, kawan sebangsa mereka, kerajaan dan orang Melayu sendiri.

Jadi secara tidak langsung sentimen prejudis post-1969 ini telah menyingkirkan bakat-bakat bola sepak dari 27% populasi Malaysia secara automatik. Sedih kan?

Baca entri ini untuk buktikan hipotesis gua : Yong Kuong Yong

Photo

Thursday, February 27, 2014

pada 4:02 PM


Labels:
,
,
,

Ada sebabnya kenapa gua jarang menulis pasal perihal bola sepak meskipun bagi sesiapa yang mengenali gua secara peribadi, gua kaki bola sejati. 

Bila gua bercakap pasal kaki bola sejati, gua maksudkan benda pertama yang gua buat apabila melayari internet adalah bukak Guardian Football dan Telegraph dahulu. Gua baca Zonal Marking sebagai wadah bacaan mingguan dan mengambil nota sebagai tips untuk digunakan dalam FM 2012. Benda pertama yang gua check semasa tengok bola adalah tengok line-up pemain dan figure out taktik permainan kedua-dua pasukan dan menaakul keputusan perlawanan macam pundit. 

Senang kata, bila gua bercakap pasal bola gua bercakap dari pandangan seorang football nerd. Statistics, weakness, strengths, tactics, transfer rumours, contract details - you name it. Gua boleh bercakap tentang 4-4-2 berjam-jam. Gua boleh bercakap tentang Sergio Busquet dan Javi Martinez tentang posisi mereka dalam kelab masing-masing yang terhasil dari evolusi centre back. Gua berani katakan Zainal Raawop jauh lebih berpengetahuan dalam bola sepak berbanding Hasbullah Awang.

And nobody would've waste their time reading a nerd's blog. Dan itulah sebab gua tak menulis pasal bola sepak di blog.

Photo

Tuesday, May 22, 2012

pada 7:30 PM


Labels:
,
,

What Football Does to Men
Dipos oleh avid

Bola sepak adalah lebih dari sebuah permainan bagi lelaki. Well, at least that's what I think. Ianya dah jadi semacam gaya hidup. Ianya mempengaruhi dengan siapa mereka akan berkawan, dengan siapa mereka akan bertekak dalam perjalanan pulang dari mamak di kereta dan juga personaliti.

Tapi, kadang-kadang keputusan tidak memihak kepada pasukan pilihan mereka. I take a liberty to make a list of what this could do to men football fans.

#5 MIA

Benda pertama mereka akan buat bila pasukan mereka adalah menjauhi internet. So, they'll went MIA for awhile. Internet adalah bajingan kepada penyokong team-team kalah. Sedangkan melihat keputusan yang terpampang kat surat khabar pun dah perit, apatah lagi untuk:

1. Melawat Sokernet hanya untuk melihat ada artikel khas untuk menganjing pasukan kegemaran mereka.
2. Melawat forum. Sedangkan kena anjing dek kawan-kawan dunia realiti pun perit, apatah lagi dengan kawan-kawan dunia maya yang tak boleh mereka terajang.
3. Melihat tactical discussions di BBC Sport atau The Guardian tentang bagaimana pasukan mereka kalah.

#4 PMD

Bila pasukan mereka kalah, mereka akan jadi sedih dan murung buat 1-2 hari selepas hari kekalahan. Internet, berita sukan dan surat khabar menjadi musuh mereka. Mereka akan mengasingkan diri dari rakan-rakan yang hanya tahu menganjing. I called this Post-Match Depression (PMD).

Makan tak kenyang, mandi tak basah, belajar tak masuk, usha makwe semuanya jadi tak cun, naik kereta pun diterjahnya bonggol, main bola petang-petang pun dah lari 'tune' passing dan merembatnya dan sms makwe pun dah jadi jarang-jarang.

#3 No exams

Tak ada masa yang lebih buruk untuk menjawab peperiksaan dari hari selepas kekalahan pasukan kegemaran mereka. Study lah banyak mana, kalau malam sebelum peperiksaan mereka dihabiskan dengan menonton pasukan mereka kalah, peperiksaan tersebut akan menjadi bencana yang bakal menanti.

Gua pernah jumpa a mathematics ace dapat B+ dalam Matematik Tambahan semasa peperiksaan percubaan negeri bila Man Utd kalah kepada Villareal di Champions League 2005. Gua pernah jumpa seorang peminat Chelsea yang meraban pasal kekalahan Chelsea dalam sebuah karangan bahasa melayu yang harus dimulakan dengan ayat 'Aku terkesima melihatkan mimpi ngeriku menjadi kenyataan. Lututku menjadi lemah.'

Oh ya. Karangan Chelsea tu masih dapat A.

#2 Bad time for GF

Notes to football fanatics' WAGs. Sebagai isteri atau teman pacar kepada peminat bolasepak, korang patut tahu serba-serbi pasal bola sepak walaupun mereka tak suruh. Dan sila ambil tahu keputusan terkini pasukan kegemaran mereka. 

Kalau pasukan mereka menang, tak ada masa yang lebih sempurna untuk korang menghabiskan masa bersama. Tapi, kalau pasukan mereka kalah, jangan lah masa tu jugak kau nak buat perangai merajuk bagai.

#1 No distractions

Kadang-kadang, bila pasukan mereka kalah, mereka akan menyalurkan seluruh perhatian dan tenaga mereka kepada kerja. Mereka akan bergelumang dalam siri projek, tutorial dan discussion untuk mengubati luka mereka. After all, time heals everything. Jadi, boleh kata produktiviti kerja mereka meningkat dengan kekerapan pasukan mereka untuk kalah.

(Your experiences may differ)

Photo

Wednesday, March 2, 2011

pada 9:19 AM


Labels:
,

5 Sukan Maskulin
Dipos oleh avid

Lelaki tak jauh dengan perempuan, sebenarnya. Perempuan kalau nak tonjolkan feminisme, mereka akan jaga badan, jaga penampilan dan berkawan dengan kawan yang popular seberapa ramai yang boleh. Barney Stinson memanggil senario ini sebagai 'The Cheerleader Effect'.

Bagi lelaki yang tak ada rupa paras, mereka boleh compensate kekurangan mereka itu dengan sukan. Sukan menonjolkan kemaskulinan mereka. Bohong kalau ada lelaki yang cakap "Err..gua bersukan sampai wakil daerah ni ikhlas kerana Allah Taala". Hahaha.

Anyhoo, berikut adalah lima sukan yang budak lelaki selalu main demi kemaskulinan mereka.

1. Ragbi



Ragbi popular di sekolah menengah kecuali di Sekolah Kebangsaan King Edward, Taiping yang sudah bermain ragbi sejak sekolah rendah. Dan untuk pengetahuan ragbi-tards semua, ragbi sentuh tak sama dengan ragbi. 

Sukan yang dimainkan oleh 30 orang (15 pemain setiap pasukan) yang cuba membawa bola ragbi dengan 'backward passing' untuk melepasi garisan terakhir di kubu lawan ini dominan di kalangan budak lelaki sekolah menengah yang berbadan besar dan budak-budak otai. Dan di kelas, mereka adalah antara budak yang suka memekak. Dan sukan ni jarang-jarang disertai oleh budak-budak yang pandai main bola sepak.

Kemaskulinan mereka terserlah: sewaktu bergasak di tengah padang dan semasa balik dari sesi latihan dengan lumpur terpalit di serata badan dan muka sambil berjalan ramai-ramai dengan rakan sepasukan. Masing-masing buat muka 'alpha male' sebab main sukan ganas.

2. Bola sepak



Adalah bodoh kalau gua terangkan apa itu bola sepak.

Bola sepak selalu dimainkan oleh budak yang memang dari sekolah rendah dulu dah wakil sekolah main bola sepak. Mereka yang sembang lebat pasal bola sepak pun main jugak, tapi kebiasaannya kurang berbakat. Macam gua. Hahaha.

Biasanya pemain bola sepak sekolah mesti ada makwe. Yang striker je la. Yang main defend, kena tunggu sampai sekolah jadi juara baru ada makwe. Macam team kebangsaan kita.

Kemaskulinan mereka terserlah: sewaktu main dihadapan budak perempuan yang datang menyokong. Masa main ni, masing-masing buat muka budak ragbi. Masing-masing nak menjerit tengah padang. Masing-masing nak buat skil. Taktikal habis berterabur. Itu pasal sesebuah sekolah itu akan most likely kalah bila budak perempuan sekolah mereka datang menyokong.

3. Bola tampar



Masa gua sekolah dulu, sukan bola tampar adalah yang paling klasemen. Team bola tampar sekolah punya klasemen, sampai siap boleh main gelak-gelak masa final peringkat daerah.

Biasanya dianggotai oleh budak-budak panjang di sekolah, dan macam biasalah. Budak-budak panjang ni kacak-kacak belaka. Disebabkan mereka dah biasa menikmati adulation dari penyokong perempuan, mereka akan most likely menang kalau ada penyokong perempuan. Lagi ramai perempuan. lagi cepat game tu mereka habiskan.

Kemaskulinan mereka terserlah: sewaktu spike bola di atas net. Masa ni, kemahiran individualiti spiker ni akan menjadi penanda aras kemaskulinannya. Lagi tajam spike-nya, lagi macho dia di mata penyokong. 

4. Sepak takraw



Sepak takraw secara kebiasaanya dimainkan oleh budak kampung. Betul. Budak bandar boleh main jugak tapi memang cepatlah kalahnya. Buktinya, team gua kalahkan budak MRSM Langkawi dalam masa 10 minit. Hahaha. Tetapi kepoyoan itu tidak bertahan lama apabila team gua dibelasah oleh MRSM Balik Pulau pada suku akhir. Dua kali dada gua kena rejam. Hahaha.

Sepak takraw kurang popular di kalangan perempuan. Maka, mereka tidak berpeluang menonjolkan kemaskulinan mereka di hadapan peminat perempuan. Tetapi, mereka biasanya mendapat penghormatan dari budak-budak ragbi dan bola sepak kerana mereka tahu yang sepak takraw ni sukan art, sekaligus memaskulinkan budak-budak takraw.

Kemaskulinan mereka terserlah: sewaktu pemain membuat aksi akrobatik merejam bola di atas net. Itu je. Yang dua lagi tu, badut je. Hahaha.

5. Bola keranjang



Bola keranjang jarang dimainkan di kalangan sekolah Melayu. In fact, gua pun tertanya perlu ke ada polarization dalam sukan? Kenapa jarang kita nampak Chinese main bola sepak atau takraw dan jarang pulak kita nampak orang Melayu main bola keranjang?

Sukan bola keranjang adalah sukan yang unik. Kalau bola tampar lebih biased kepada pemain tinggi lampai, bola keranjang pula tidak. Kalau tidak, masakan Nate Robinson, Tyrone 'Muggsy' Bogues dan Avery 'Little General' Johnson boleh mencari makan di NBA League. 

Kemaskulinan mereka terserlah: sewaktu 'menari' di hadapan 3 pemain sebelum melakukan lay-in, membuat 'alley oop' yang diikuti oleh slam dunk dan melakukan 3-point shot semasa tinggal 3 saat sebelum permainan tamat.

Jadi, sukan maskulin apa pulak yang korang main?

Pic credit: Google Images

Photo

Tuesday, February 8, 2011

pada 7:44 PM


Labels:
,
,
,

1. Khairul Fahmi kena tembak laser, juga dengan laser kaler hijau, meskipun penyokong Indonesia bertegas mengatakan mereka tak akan menang dengan 'cara kotor' sebagaimana yang dilakukan Malaysia ketika menang 3-0.

2. Midfield yang dikemudikan oleh Safiq Rahim dan Amar Rohidan bermain agak teruk pada separuh masa pertama. Pressing tak jadi, passing tak jadi. 

3. Sepakan penalti Firman Utina mengingatkan kita kepada sepakan penalti John Mensah ketika Ghana tewas kepada Uruguay dalam suku akhir Piala Dunia 2010. Hanya 3 step yang diambil oleh kedua-dua pemain ketika mengambil penalti.

4. Siaran langsung perlawanan malam semalam banyak fokus kepada cewek-cewek Indon di seksyen penyokong. Dasar camera man gersang.

5. Kita memang main flat 4 defence ke ataupun fullback kita pancit sangat nak overlap winger kita?

6. Gol pertama Indonesia dihasilkan daripada kesilapan Razman Roslan yang nampaknya macam tak paham apa konsep zonal marking. 

7. Gol kedua Indonesia dihasilkan daripada kesilapan Kunanlan yang tak tutup space at the edge of right penalty box.

8. Firman Utina dianugerahkan pemain paling berharga dalam kejohanan. Menarik. Kapten pasukan yang miss penalty ketika final di kala pasukannya perlukan 4 gol untuk menang diberikan anugerah tersebut. Khairul Fahmi atau Safee Sali jauh lebih layak.

9. Commentator RTM dan tetamu jemputannya sucked ass! It's Ashaari pass that splitted the defence, not Safiq's! Tak ada yang lebih teruk dari melihat dua orang badut mengulas perlawanan.

10. Juara dapat USD100k sahaja?? Bapak sikit. Untuk kejohanan pada skala Asia Tenggara seperti begini, hadiah USD100k seumpama dapat hadiah buku rampaian pada sukan sekolah rendah.

***

Syabas team Malaysia. Last night's match was considerably good. Tapi banyak aspek yang perlu diperbaiki lagi. Jangan disebabkan kita menang piala dengan 100% anak jati Malaysia, kita mengabaikan talent pool kita di luar Malaysia. Menang tak menang, sultan bola kena turun jugak. Bagi jawatan tu kepada Pak Ghani Minhat.

Photo

Thursday, December 30, 2010

pada 10:06 AM


Labels:
,
,

Serbuk Gatal
Dipos oleh avid

Bapak gua pernah berpesan masa perlawanan hoki pertama gua mewakili sekolah. Kalau menang, ianya disebabkan oleh pasukan. Kalau kalah, ianya disebabkan oleh diri kau sendiri. Dalam perlawanan hoki pertama gua tu, sekolah gua dibelasah 7-2 oleh sekolah Tamil.


Pengalaman gua menjadi peminat Arsenal selama 10 tahun mengajar gua supaya jangan riak masa menang dan senyum gila babi masa kalah. Kena nganjing tu dah biasa dah. Keh keh keh. (Bila dah menang ni, gua memang tak suka riak-riak. Hahahaha)


Sepanjang build-up dua perlawanan final Piala AFF Suzuki menentang Indonesia ni, gua banyak ushar surat khabar pendukung ideologi 'Ganyang Malaysia' - Kompas. Lepas Malaysia menang 3-0 itu hari, baca Kompas edisi online ni dah macam baca Siri Penjelajahan Seluar Dalam Action Kamen. 


Masalahnya, semasa 'The Malaysia Cheat" laser tu dipancarkan ke muka pelakon porno Indonesia, Markus Haris Maulana, perlawanan serta-merta dihentikan. Selepas perlawanan disambung semula, tiada lagi laser kelihatan di kepala botak pelakon porno tersebut. 


Kebetulan pulak, lepas sahaja perlawanan itu disambung, Nurshahrul 'Pengantin' Talaha bermakyong di kawasan kanan kubu Indonesia dan gol bagi Malaysia. Dan penyokong Indonesia salahkan laser yang sudah tiada untuk gol tersebut. How about blaming your beloved 'timnas' for not putting 100% focus, huh?






Analoginya, gua tak study untuk peperiksaan esok paginya. Pada keesokan paginya, gua makan nasik lemak. Bila gua nak jawab periksa, gua mengantuk. Bila keluar result, gua salahkan nasik lemak. What the frak?


And guess what? Ada lagi 'punca kekalahan' Indonesia menurut Kompas. SERBUK GATAL!


p/s: Come on lads! Get stuck in for tomorrow!

Photo

Tuesday, December 28, 2010

pada 8:16 AM


Labels:
,

Menonton perlawanan bola sepak di TV merupakan acara wajib bagi peminat bola sepak yang rata-ratanya lelaki dan makwe kepada peminat bola sepak tersebut. Dan korang mungkin akan jumpa beberapa golongan penonton perlawanan bola sepak di TV yang korang rasa nak terajang. Ini mungkin antara golongan-golongan tersebut.

#1 Mat Afrika

Gua gelar golongan ni 'mat afrika' sebab perangai mereka sebijik macam budak-budak Afrika masa tengok bola malam-malam Sabtu di blok asrama gua. 

Biasanya, sebelum perlawanan mereka akan provok budak-budak team lain sekuat yang boleh. Gaya dah macam duduk stadium dah. Bila team dia score, dia akan berdiri depan TV, depangkan tangannya dan angguk-angguk kepala macam dia yang score. Babi sungguh perangai. Menyusahkan orang yang nak tengok balik replay goal tu.

Bila team dia kalah, dia emo tak tentu hala. Bukannya nak diam. Tendang-tendang kerusi, maki -hamun depan TV dan maki-hamun kawan/awek/isteri lepas kalah. Korang patut tengok apa reaksi budak Ghana UTM bila Luis Suarez block a certain goal pakai tangan masa World Cup lepas. Habis barai henset gua.

Yang tak Afrika tapi buat perangai ni, tetap Mat Afrika.

#2 Budak-budak 'Lame'

Golongan bola ni tengok bola macam tak nak tengok bola. Biasanya terdiri dari budak-budak yang tak berapa nak minat bola tapi terpaksa tengok sebab merasakan dirinya lame kalau tak tengok bola. Biasanya terdiri dari budak-budak chess. Haha.

Masa orang tengah tengok bola, masa tu la dia nak SMS makwe dia. Masa tu la dia nak main game hensetnya. Masa tu la dia nak tanya 'ofsaid' tu apa. Bila gol, golongan ni la yang akan mula-mula tanya:

"Sape score? Sape score?"

Americans are lame


#3 Orang Tua

Ni lagu satu golongan annoying. Biasanya, orang tua ni kenal 'star' team yang dia sokong je. Yang main defend semua dia tak ingat.

Masa orang tengah tengok bola, masa ni la dia nak kutuk player-player zaman sekarang mata duitan la, tahan bola tak betul la, budak-budak zaman sekarang untung la, Ghani Minhat la, Mokhtar Dahari la, Mehmet Durokovic la..

#4 Budak-budak Neutral

For fuck's sake, pick a side! Budak-budak macam ni nampak peaceful, composed, cool as cucumber masa tengok bola sebab dua-dua team dia tak sokong. Jadi, dia banyak gelak je bila tengok menber-membernya bertekak. Mana-mana team yang kalah pun, dia tetap win. 

Gua selalu masuk dalam golongan ni bila gua tengok Liga BBVA Sepanyol. Hahaha.

# Budak-budak FM

FYI, FM adalah singkatan kepada Football Manager, sebuah game simulasi pengurus kelab bola sepak yang popular. Peminat game ini sangat arif dengan nama pemain-pemain dan segala taktik dalam bola sepak.

Biasanya, masa perlawanan bola sepak, mereka akan bising pasal aspek taktikal dan perpindahan pemain. Suruh midfield closing down la, push-up la, pressing la, move into channel la. Haha. 

Disebabkan pengetahuan bola sepak nya yang superior, member-member yang lain akan senyap je. Mungkin kagum atau mungkin menyampah pasal tengok bola pun ada commentary track apa? Dan ini memang perangai gua. Hahaha.

p/s: For FM fans, I think Rajagobal played 4-1-3-2 formation last night with two forwards moving into channels every time the midfield players get a ball. Didn't you guys think the same?

Photo

Thursday, December 16, 2010

pada 12:32 PM


Labels:
,

Popular Posts