• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Showing posts with label provokatif. Show all posts
Showing posts with label provokatif. Show all posts

Alkisah ceritaranya macam ni.

Pada satu hari, ada sekumpulan pedagang menjual produk kecantikan yang diberi nama Double Stemcell Phytoscience. Nama produknya sangat mewah (fancy) sampai tak sempat diterjemah kepada bahasa Malaysia. Kumpulan pedagang ini memperkenalkannya kepada rakyat jelata. Rakyat jelata memperkenalkan produk ini kepada saudara-maranya pulak. Lama-lama, produk ini menjadi produk hangat kerana rakyat berfikir - "Kalau produk ni dah ramai orang beli, mestilah produk ni power. Lagipun sang penghibur jelata; Umie Aida pun pakai produk ni".

Tak lama kemudian, ada seorang cendikiawan yang sedang merantau di negara orang mengkaji produk ini. Cendikiawan ini berkata produk ini tidak seperti yang dikhabarkan. Produk ini mengelirukan rakyat jelata, katanya. Rakyat jelata berpecah belah. Sang raja nyenyak bersemayam di istana.

*****

1. "Beri apa yang mereka mahu"

..adalah cogankata pedagang. Sebagai pedagang, suka hati merekalah nak jual apa. Orang nak sampah, si pedagang jual lah Harian Metro. Orang nak jadi bodoh, si pedagang jual lah Utusan. Orang nak mati cepat, si pedagang jual lah rokok. Pendek kata, lantak lah apa yang si pedagang ni nak jual apa. Dah itu yang orang nak.



2. Kapitalisme adalah hutan belantara.

Kapitalisme adalah hutan. Jika anda mahu hidup dalam hutan, anda perlu bijak. Anda perlu tahu membezakan racun dan makanan. Jika anda lebih bijak lagi, anda potong pokok di hutan dan jualnya untuk sebuah kondo mewah. 

Dalam ekonomi kapitalis yang kita bernafas sekarang, anda perlu bijak sebelum membeli. Jika anda tidak pasti dengan sesuatu produk, buat kajian. Internet kan dah ada. Beli telefon besar-besar tapi tak manfaatkan untuk menambah ilmu. Patutlah anda tertipu. Dalam situasi macam ni lah pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris. Bukan semua maklumat boleh dapat dalam Bahasa Malaysia. Tengoklah jumlah karya ilmu yang diterjemah ke bahasa Malaysia. Terlalu sedikit jika dibandingkan dengan bahasa Indonesia. 

Jadi nak tak nak, anda kena kuasai bahasa Inggeris. Kalau tak, anda akan mati di hutan.

3. Bagi sesetengah orang hujah sains tak boleh lawan dengan taqlid buta mereka.



Anda bagilah seberapa banyak bukti empirikal yang saintifik, mereka akan jawab dengan dalil - tiada yang mustahil dengan kuasa Allah. Mereka ini golongan berbahaya. 

Mereka perlukan mukjizat, karamah, kejaiban untuk mengukuhkan kepercayaan mereka. Bagi mereka sunnatullah tidak mencukupi. Kehadiran partikel Higgs-Boson belum meyakinkan mereka untuk mempercayai kewujudan Tuhan mereka. Mereka perlukan timun yang tertulis kalimah Allah, pokok yang sujud, awan yang berbentuk keris, lembu yang ada kalimah Allah di badannya dan benda-benda magis seperti mayat yang bertukar menjadi babi semasa dikebumikan.

4. Mereka masih percayakan sistem MLM/piramid

Gua tak salahkan mereka mencari rezeki dengan sistem ini. Lagipun kita hidup dalam ekonomi kapitalisme. Mereka boleh berbuat apa-apa sahaja yang mereka mahu dengan duit mereka.

Jika produk ini dihentikan jualannya, yang paling teruk kena adalah orang-orang downlinenya. Dan biasanya orang-orang downline ni lah yang paling ikhlas berniaga. Niat mereka wajar dihargai dengan hasil jualan yang lumayan. Cuma yang tak bestnya, orang atasannya (upline) turut memperolehi hasil lumayan dari orang bawahannya. Tak kira macam mana lumayan hasil jualannya, orang atasannya tetap lebih kaya darinya.

5. Mereka tak mahu belajar dari sejarah

Sebenarnya, produk ini tak ubah macam kes tauge kencing, kapsul minda dan macam-macam lagi produk yang orang beli/boikot tanpa berfikir. Dalam kes stem cell ini, semua orang yang pernah belajar subjek Biologi tahu bahawa sebarang sel, tisu dan organ dari organisma lain tidak boleh dipindahkan sewenang-wenangnya ke organisma lain. 

Dalam kes pesakit Talasemia, sel tulang sum-sum waris pesakit perlu serasi (paras antigen leukositnya) dengan pesakit. Jika sel tulang sum-sum ibunya tidak serasi, ibunya tidak boleh menderma dan melakukan transplan walau sesayang mana pun dia terhadap anaknya. 

Apatah lagi melakukan transplan stem cell tumbuhan kepada manusia! Lagi satu, nak pakai produk ni kena buat transplan ke? Tak kan? Kalau tak pakai transplan, maknanya stem cell tu dah mati la....

Photo

Friday, February 21, 2014

pada 10:26 AM


Labels:
,
,
,
,
,
,
,

Entri ni ditulis untuk lelaki yang tengah dating supaya mereka tidak akan menulis status facebook yang menyerlahkan kebangangan kaum lelaki selepas kena dump.

 
1. Pompuan tu cantik tak?

Maksud sebenar: Buktikan kat saya yang awak tak tertarik dengan pompuan tu.

Soalan ni selalu ditanya oleh wanita di pusat membeli-belah ketika lepak-lepak dengan teman lelaki/suami mereka kerana kat situ lah banyak amoi-amoi lawa berkeliaran, ataupun ketika menonton filem yang dibintangi Scarlett Johansson, Jessica Alba atau Vanidah Imran (3 perempuan pertama yang terlintas dalam fikiran gua bila bercakap pasal perempuan lawa). Soalan ni biasanya akan muncul apabila anda tengah diam (tengah makan, tengok filem, berjalan tanpa bersembang) ketika bersama mereka.

Cara mengatasinya: Jawab 'No'. Simple. Tapi lagi mujarab kalau anda highlight kecantikan dia dan jadikannya sebagai benchmark ukuran kecantikan anda. Contohnya:

"No honey. She doesn't have your smile"
"Nope. She doesn't have your stunning eyes"




2. Saya ni gemuk/kurus tak?

Maksud sebenar: Beri saya pujian. Sekarang.

Versi lain soalan ni adalah 'how do i look?'. Percayalah, ini lah soalan paling kerap ditanya bila anda dalam hubungan romantis dengan wanita.

Cara mengatasinya: Jawab 'No' sentiasa. Dan backup 'no' anda dengan pujian tentang fizikal mereka. Lagi cantik kalau anda dapat cari seorang selebriti yang mempunyai bentuk fizikal sama dengan mereka meskipun mereka tak kenal siapa selebriti yang anda sebutkan tu. Dan pastikan selebriti tu sentiasa bertukar-tukar setiap kali soalan ni ditanya untuk mengelakkan jawapan basi.

"No honey. You look just like Kate Moss back when she was dating Pete Doherty" - jika dia kurus
"Na'uh. You look just like Kathy Bates in The Office" - sekiranya dia berisi


3. Apa citer hari ni?

Maksud sebenar: Tanya saya pulak supaya saya boleh complain pasal kerja/room mate/my bitchy friend.

Soalan ni sebenarnya komponen penting dalam mana-mana hubungan. Dengan kawan, bos, keluarga, isteri atau teman wanita. Cuma dalam hubungan suami-isteri dan bf-gf, kegagalan bertanyakan soalan ni secara harian akan menentukan nasib anda samada anda akan balik ke forevoralone.jpeg atau tidak.

Cara mengatasinya: Apabila anda bertanyakan soalan ni kepada si perempuan, biasanya jawapan dia akan melaungkau lebih dari 10 minit. Malah, anda patut bersyukur sekiranya dia berhenti bercakap selepas 10 minit. Oleh itu, stamina telinga perlulah dipantau dari semasa ke semasa. Pastikan anda angguk kepala setiap 5 minit dan lontarkan 'uh-huh' setiap 60 saat. Apabila dia berhenti seketika untuk mengambil nafas, berikan feedback mengikut konteks perbualan. contohnya:

"Itulah pasal...hisshhh" - sekiranya dia tengah mengumpat
"Tau takpe. sape tak bengang, kan..." - sekiranya dia tengah rage ffffuuuuu


4. Saya ada kawan ni. Dia tengah single. Awak ada kawan laki yang single tak untuk dia?

Maksud sebenar: Buktikan awak tak tertarik dengan kawan saya.

This is a classic matchmaker test. Ideanya adalah kalau anda suggest kawan anda yang hensem, dia akan tahu yang anda acknowledge kawan dia tu cantik sekaligus membuatkan anda fail soalan #1. Yes, girls are that crafty.

Cara mengatasinya: Suggest kawan anda yang tak hensem. Kalau perlu, create profile facebook palsu dengan nama yang anda suggest beserta dengan gambar Clint Howard sebagai gambar profile nya.


5. Hello boleh berkenalan?

Maksud sebenar: Hello. May I test you if you're jerk or not?

This is a classic decoy test. Test ni biasanya digunakan apabila anda date dengan perempuan yang banyak kali date dengan assholes. Test ni dijalankan dengan kerjasama kawannya, dengan menggunakan nombor telefon yang tak dicam oleh phonebook telefon anda. Kejayaan menangani test ni menentukan samada anda juga seorang seorang asshole ataupun her knight-with-the-shining-armor. Bagaimanapun, bagi lelaki, apabila test ni kerap dilakukan oleh teman wanitanya, ianya memberi pengesahan yang mereka tengah date dengan psycho, clingy and paranoid bitch.

Cara mengatasi: Balas call/sms itu dengan carutan. Lagi keji carutan tu, lagi bagus. Sekiranya banyak kali dia buat test ni, RUN. Buang simkad anda dan pindah ke Selatan Thai.

Photo

Friday, March 16, 2012

pada 10:30 AM


Labels:
,
,
,
,

Komedi Tiga Negara
Dipos oleh avid

Maharaja Lawak Mega (MLM) dah lama habis tapi baru-baru ni je gua berkesempatan untuk tengok siri rancangan tersebut. Meskipun gua dah tau siapa pemenangnya, gua tetap nak tengok kerana memang minat gua kepada rancangan komedi.

Semasa buzz MLM tengah panas, gua dengar-dengar cerita orang yang Mr. Os ada masuk. Sebagai anak kelahiran Perak, Mr. Os ni menjadi kebanggaan anak Perak. Tak banyak loghat Perak masuk TV masa zaman 80-an tetapi Mr.Os memecah tradisi tersebut.

Selain tu, gua dengar Bob Kuman pun masuk jugak. Terus terang gua cakap, Bob Kuman tersangat-sangatlah underrated. Orang cakap Sharifah Shahira tu lawak. Abon ni lawak. Fuck that shit! Figuratively, Bob Kuman makan Abon dan berak Sharifah Shahira. Ada satu scene dalam Jutawan Fakir yang melibatkan Bob Kuman yang gua ingat sampai sekarang sebab selalu buat gua pecah perut. Dalam scene tersebut, Bob Kuman cakap satu perkataan je. 

"Pendekkan".

Rowan Atkinson tak perlu melontarkan sebutir perkataan pun untuk buat orang gelak. Bob Kuman hanya sebut satu perkataan sahaja untuk buat gua teringat-ingat scene tersebut sampai sekarang. It takes a sheer class to make people laugh with barely speaking.


Berbalik kepada MLM, daripada apa yang gua tengok kebanyakkan comedy sketch yang ditunjukkan dari kebanyakkan kumpulan menunjukkan mentaliti penduduk tiga negara yang terlibat ni masih kolot, ortodoks dan kaku.

Pelawak dari Indonesia masih membuat lawak terhadap golongan minoriti. Orang genit disamakannya dengan monyet. The short man with funny voice dibuli-buli macam golongan kelas ketiga.

Yeah, torment the runt and have a laugh - What are we? 1930's society?

Pelawak dari Malaysia kebanyakkannya masih kolot, kaku dan tak berani bereksperimen. Pelawak yang banyak berlakon dengan drama-drama RTM masih buat lawak bodoh drama RTM. Pelawak yang hip sikit dan selalu muncul di TV3 pulak masih buat komedi slapstik ala-ala Senario yang dah basi sejak 2000.

Yang dari Singapura lagi merepek. Gua mengharapkan dah jadi negara maju ni, komedinya juga maju kehadapan. Tapi, macam Chef Wan - gua hanya ada dua adjektif untuk dua pelawak Singapura ni. Meroyan dan merepek. Menamakan kumpulan sendiri sebagai 'Gebu' hanya kerana mereka berbadan gebu sahaja dah menunjukkan yang status negara maju tak menjamin kemajuan paradigma masyarakat negara tu sendiri. Lepas ni apa pulak? Menamakan kumpulan sendiri 'Melayu' sebab semua ahli kumpulan orang Melayu?

Bagi gua, selagi kita masih membuat lawak terhadap golongan gemuk, genit, jalan kengkang, hitam dan golongan minoriti yang lain, selagi tu lah kita takkan maju. Selagi kita takut mengambil risiko untuk bereksperimen di luar comfort zone kita, selagi tu TV kita akan keluarkan drama-drama merepek.

Photo

Sunday, January 8, 2012

pada 10:22 AM


Labels:
,
,
,
,
,
,

Popular Posts