Malam semalam, gua menonton Misteri Nusantara, sebuah rancangan dokumentari mistik sekitar Nusantara - atau mengikut kata Cikgu Aziz, cikgu sejarah Tingkatan 3 gua - Malay Archipelago. Gua tak dapat menjelaskan sebab kukuh kenapa gua tengok rancangan tersebut memandangkan kebelakangan ni TV3 banyak menyiarkan benda-benda merepek seperti drama 3 Janji lakonan Liyana Jasmay.
Dalam episod malam semalam, krew Misteri Nusantara pergi ke sebuah kampung di Sabah untuk merungkai misteri 'bubu yang menari'. Menurut cerita asalnya, hanya penduduk kampung ni sahaja yang pandai buat bubu menari. Dan upacara ni katanya sudah lama tak dijalankan sehinggalah krew Misteri Nusantara singgah di kampung tersebut.
Secara asasnya, dalam upacara ini bubu tersebut perlu disediakan secara khas dari sejenis kayu buluh yang gua dah lupa namanya. Dan hanya seorang pakcik tua di kampung itu sahaja yang tahu membuat bubu tersebut. Setelah siap, bubu tersebut akan dibalut/dipakaikan dengan baju wanita yang telah meninggal dunia. Kemudian, bubu tersebut akan diasapkan dengan kemenyan sambil dibaca Yasin dan mantera jampi secara berterusan dan bubu tersebut akan menari dengan sendirinya.
Daripada apa yang gua tengok, upacara ni taklah se-mistik yang gua sangka. Asap panas yang dihasilkan kemenyan akan memenuhi ruang dalaman bubu (baju wanita bertindak sebagai insulator) dan akibatnya bubu tersebut boleh terangkat-angkat (hence dikatakan bubu tersebut menari).
Asap kemenyan yang panas akan memanaskan udara didalam bubu tersebut dan menghasilkan daya tujahan keatas kerana udara panas kurang mampat berbanding udara sejuk. Daya tujahan tersebut itulah disangka-sangkakan sebagai kuasa mistik yang menyebabkan bubu tersebut menari.
Gua tak kisah sangat dengan kesahihan tradisi orang kampung tersebut sebab mereka sendiri pun dah lama tak buat benda ni. Tapi apabila TV3 menyiarkan cerita yang membodohkan orang dari pagi sampai malam, sampai kat Buletin Utama pun nak membangangkan orang, gua tak tahu apa hala tuju TV3 sekarang.
Dan tak hairanlah mak gua layan Showdown malam-malam.
