• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Showing posts with label sabak bernam. Show all posts
Showing posts with label sabak bernam. Show all posts

Cerita Orang Bisnes Makanan
Dipos oleh avid

Semasa gua bersekolah di sebuah sekolah asrama di Negeri Sembilan (Tingkatan 1-3), hari yang gua paling tunggu-tunggu adalah hari Jumaat. Menu makan tengah hari setiap Jumaat adalah nasi ayam, ais krim kotak dan air sirap. Menu makan pada hari lain boleh dilupakan. Tetapi disebabkan gua bukan anak orang kaya, gua telan juga apa yang mak cik dewan makan masak.

Dewan makan itu terkenal dengan macam-macam kes. Ada kes bihun goreng lipas. Ada kes kuah kacang lauk katak. Murtabak plaster luka (bukan plaster luka baru ya). Bubur kacang merah dengan ulat putih kecil berenang-renang di dalamnya. Ayam tidak masak. Nasi tak cukup. Udang berbau. Sotong berbau dan lembik.

Sampaikan tahap, kalau anda dapat ayam tak masak tak payah bising buat laporan la. Benda dah biasa sangat.

*****

Bulan ini genap setahun gua terlibat dalam bisnes makanan. Lebih tepat lagi, genap setahun gua terlibat dalam bisnes kantin sekolah. Dalam masa setahun ni, gua banyak belajar beberapa perkara dalam penyediaan makanan bagi 1000 orang.

Semasa gua mula-mula masuk berkongsi modal dalam perniagaan ini, hasrat gua cuma satu. Menjadikan kantin gua 100% berlainan dengan dewan makan sekolah gua di Negeri Sembilan tu. 

Gua pastikan tiada nasi semalam yang dimasak semula. Gua pastikan kuah laksa dimasak baru setiap hari. Gua pastikan stok ayam disimpan secara sistematik dan digunakan sebelum berbau. Gua check semua hidangan di bilik guru makan sebelum dijual. Gua pastikan stor gua bebas dari lipas dan tikus.

Kalau ada nasi lebih, gua galakkan pekerja bagi lebih kepada pelajar. Kalau ada kuih lebih pun sama. Kalau ada air yang berlebihan, jangan simpan. Buang sahaja. Kalau ada ayam yang mempunyai telur lalat (akibat cara menyimpan yang salah), gua bagi kucing sahaja. 

Semuanya kerana gua tak nak budak-budak sekolah ni merasa apa yang gua rasa selama tiga tahun di Negeri Sembilan dahulu.

*****

Daripada apa yang gua belajar, bisnes makanan mempunyai margin yang rendah. Maksudnya untung jual nasi goreng tidaklah setinggi untung menjual emas. Tetapi untung yang sedikit itu berulang beratus-ratus kali dalam masa 1 jam. Dalam masa sejam, anda mungkin boleh menjual 1 unit rantai emas dan memperoleh untung RM150. Tetapi dalam masa sejam, anda boleh menjual 300 pinggan nasi goreng dan masih memperoleh untung yang sama kalau tidak lebih.

Apa yang gua nak katakan adalah; bisnes makanan boleh untung besar. Dengan pengurusan logistik bahan mentah yang cekap, anda boleh untung lebih lagi. Anda tak perlu main tipu dalam bisnes makanan.

Anda boleh untung walaupun anda tak habis nasi yang anda jual. Anda boleh untung tanpa kitar semula makanan yang anda jual tak habis semalam. 

Jadi persoalannya, mengapa ada lagi peniaga yang jual nasi lemak cup B, telur 1/4, timun senipis-nipisnya dan 3-4 helai ikan bilis pada harga RM2? Mengapa ada lagi orang yang menjual sandwich yang intinya tak disebarkan ke seluruh roti (kerana intinya terlalu sedikit)? Mengapa ada lagi peniaga yang menjual kerepek ikan bilis pada harga RM6 sepaket?

Satu akta perlu digubal bagi mengelakkan kejutan di awal pagi kepada penggemar nasi lemak. Kandungan nasi lemak perlu didedahkan kepada pengguna atau hukuman buang negara dikenakan kepada peniaga.
 
Mengapa mereka ini wujud? Alangkah baiknya jika mereka elok-elok kerja kerajaan dan biarkan orang yang ikhlas sahaja berniaga. Tempiasnya kena kat aku juga.

Photo

Monday, March 3, 2014

pada 10:05 PM


Labels:
,
,
,
,




Sudah 4 bulan Ahmad menjadi ketua kelas 3 Cemerlang. Ahmad ingatkan bila dia masuk darjah 3, dia boleh berlari-lari keliling kelas semasa cikgu pergi mesyuarat. Dia ingatkan dia boleh menyertai liga lawan pemadam yang dianjurkan oleh Ramzul semasa darjah 2 dahulu. Dia ingatkan dia boleh melepak di bawah pokok pisang sebelah kantin dan bersembang pasal wrestling yang dia tidak minat pun. 

Tetapi sekarang, Ahmad tidak boleh lagi.

Ahmad sudah menjadi ketua kelas. Entah mengapa Cikgu Kamariah terus melantiknya menjadi ketua kelas tanpa proses demokrasi. Ahmad terasa hak-haknya sebagai seorang kanak-kanak dicabul oleh seorang wanita tua.

Setiap pagi, Ahmad tiba di kelasnya pada pukul 7 pagi. Setibanya dia di kelas, dia akan memadam papan hitam dan menepuk-nepuk pemadam papan hitam di dinding luar kelasnya untuk menyingkirkan habuk kapur.

Kalau ada orang yang tak sapu sampah mengikut jadual tugas yang ditampal di belakang kelas, Ahmad kena menjadi garang kepada orang tersebut. Pada usia 9 tahun, memarahi kawan supaya mereka berbuat kebaikan adalah sangat tak cool. Mengajak mereka curi pemadam di kedai buku adalah cool

Sepertimana biasa pada hari Isnin, semua murid berhimpun di dataran untuk perhimpunan. Tetapi kerana Ahmad ketua kelas, dia kena duduk paling hadapan barisan sekali. Ahmad sedih. Dia tidak dapat main baling-baling batu kecil ke tudung budak perempuan. Dia tidak dapat menyanyikan parodi lagu Negeri Selangor dimana dalam satu liriknya berbunyi "Rakyat baling batu, bawah duli Tuanku".

Tetapi perhimpunan pagi hari itu lain sikit. Cikgu Fauziah Ibun mengumumkan bahawa hari ini ada pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas. Kelas yang menang akan dapat hadiah. Ahmad berhenti mendengar selepas perkataan 'hadiah'. Ahmad membayangkan yang liar-liar. Kelas 3 Cemerlang ada carpet. Kelas 3 Cemerlang cuti seminggu. Kelas 3 Cemerlang dapat pergi rombongan ke Cameron Higland percuma.

Sejam sebelum waktu rehat, semua guru berada di bilik mesyuarat. Mungkin itulah sebabnya Cikgu Fauziah Ibun membuat pertandingan tersebut fikir Ahmad 15 tahun kemudian. 

Semasa cikgu-cikgu bermesyuarat, Ahmad perhatikan tiada siapa pun yang ambil port pasal pertandingan itu.  Kelas 3 Maju tengah huru-hara. Kelas 3 Rajin tengah battle Digimon. Budak darjah 5 berlari-lari sepanjang koridor. Budak darjah 6 lepak di tandas ramai-ramai.

Ahmad memerhatikan kelas pimpinannya. Lantai tak bersapu. Langsir herot-berot. Meja cikgu senget. Meja murid berterabur bila Ramzul dikejar Syafikah yang hanya mahukan bekas penselnya balik. Ahmad tidak pandai menjerit. Jadi Ahmad cuba menyelesaikan hal itu dengan tangannya sendiri. Literally.

Ahmad tidak marah apabila budak-budak kelasnya tak tiow dengan pertandingan tersebut. Tetapi Ahmad marah apabila tiada budak-budak kelasnya yang mahukan hadiah tersebut. Ahmad menghalakan kemarahannya dengan mencapai sebatang penyapu di belakang sudut kanan kelas.

Disapunya kelas sehingga tiada habuk dan sampah kelihatan di lantai. Dengan kaki-kaki orang disapunya sekali. Kemudian, Ahmad mengelap tingkap pula sebelum mengemaskan meja cikgu. Disusunnya bunga di atas meja cikgu seperti yang dia lihat maknya selalu buat. Selepas itu, Ahmad menyusun satu demi satu meja budak-budak kelasnya. Disusunnya buku mereka kemas-kemas di bawah meja. Susunan meja juga diperkemaskannya. Zarina yang conscience nya tinggi tak macam budak-budak kelas lain membantunya menyapu lantai kelas yang kembali kotor selepas Radhiatun membuat sampah pemadam.

Sampai waktu rehat, Ahmad puas hati melihat keadaan kelasnya. Kemas, bersih dan teratur. Ahmad dan Zarina menyusun kerusi cantik-cantik sebelum keluar rehat.

***

"Kamu semua gotong-royong bersihkan kelas ke tadi?"

"Tak. Ahmad sorang yang sapu kelas semua" balas Zarina kepada Cikgu Kamariah.

Ahmad menikmati Apollo Chocolate Wafer seperti tidak mendengar apa yang Cikgu Kamariah tanya. Budak-budak 3 Cemerlang yang gampang tidak menolong Ahmad juga turut menikmati Apollo Chocolate Wafer yang dimenangi kelas 3 Cemerlang.

Photo

Saturday, February 15, 2014

pada 3:30 PM


Labels:
,
,
,

Oh great, he's still blogging.


***

2013 merupakan tahun yang menarik. Jika 2012 adalah tahun yang depressing, tahun 2013 adalah tahun yang penuh dengan optimis. 2013 adalah tahun gua melakukan apa yang gua nak buat. 


Pada Januari 2013, setelah berbulan-bulan mengecewakan kawan-kawan yang mengajak makan luar, tengok wayang, shopping tak tentu hala dan karaoke, gua berjaya mengumpul RM5000 yang gua perlukan untuk menjadi rakan kongsi bagi membuka kantin sekolah. Peluang menjadi rakan kongsi ditawarkan oleh seorang kenalan kampung yang turut belajar di UTM. (That's right uni kids. Don't befriends people from your own faculty only. Spread your horizon).

Pada bulan puasa 2013, dengan modal sebanyak RM800 gua membuka sebuah gerai di bazar Ramadan di Sungai Besar. Di sebelah kiri tapak gua merupakan tokan catering yang menyewa lapan tapak sekaligus. Di sebelah kanan tapak gua merupakan seasoned pasangan suami isteri yang dah berniaga air dan burger di bazar sejak 1990. Mereka menyewa dua tapak. Gua? Gua sewa sebijik tapak dan menjual samosa dan karipap. What the fuck was I doing?

Jika bazar Ramadan Sungai Besar merupakan arena WWE, gua adalah penggusti baru dari Mexico yang tarafnya lebih rendah dari Nacho Libre. Di sini, gua bersaing dengan The Rock, Stone Cold dan lebih menakutkan Big Show di sebelah kiri gua.

But still, I gave 4 decent unemployed people a job.

2. Jadi coach bola sepak.

Pada Februari 2013, semasa gua sedang memerhatikan latihan bola sepak sebuah sekolah menengah di padang sekolah mereka di Sabak Bernam, gua sedar gua tak boleh berhenti membebel pasal positiong sense defender mereka, space antara barisan midfielder dan defender mereka dan mengapa penyerang utama mereka perlu bermain sebagai playmaker.

With nothing to lose, gua mendekati cikgu mereka dan meminta izin jika gua boleh membantunya mengendalikan latihan bola sepak. Gua tipu dia gua ada pengalaman. Haha.

Kerja gua belum selesai dan akan gua sambung pada 2014. Mungkin gua perlu menangkap lebih banyak gambar tentang ini juga.

3. Membaca lebih banyak buku dan mula menulis buku.

Sehingga hari ini, gua sudah membaca 7 buku. Ianya masih kurang but hey, it's big leap daripada membaca Mastika dan Ujang sahaja. Buku terbaik yang saya baca tahun ini adalah ini:


Sehingga hari ini juga, gua sudah menulis 2 buku (or rather e-books) tentang perniagaan. Buku 1     Buku 2

4. Membakar jambatan 

Burn your bridges - Perbuatan membakar jambatan ini adalah kerja gila. Apabila tentera Sepanyol sampai di pantai teluk Mexico untuk menawan empayar Aztec, general mereka membakar kesemua kapal-kapal perang mereka. General mereka gila tetapi tindakan inilah yang membuatkan tentera Sepanyol tiada pilihan lain selain mengalahkan orang Aztec kerana mereka tiada jalan pulang!

Pada September 2013, gua menghantar surat resign kepada bos gua untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada kantin dan bola sepak. Sepatutnya gua kena bakar degree sekali tetapi memandangkan tangan bapak gua masih kuat lagi untuk melempang, gua tangguh dahulu. 

5. Belajar skill baru - gitar!

Jika sebelum ini gua main bass, sekarang gua boleh main gitar dan bass! Apa yang bermula sebagai langkah awal untuk mencegah penyakit Alzheimer bertukar menjadi minat. Dan gua mula membuat persiapan dengan mempelajari lagu-lagu penunduk wanita seperti More Than Words meskipun sampai sekarang gua tak boleh menyanyi sambil bermain. Plus, my voice croaks!

Photo

Monday, December 30, 2013

pada 11:49 AM


Labels:
,
,
,
,
,

Budak Sebelah Meja
Dipos oleh avid

Baru-baru ni, gua dapat tahu adik gua kehilangan kawannya yang pulang menghadap Ilahi. Lemas mandi parit belakang rumah, kata mak gua. Takziah gua ucapkan kepada keluarga mangsa. Siapa sangka, dah bertahun-tahun berkubang di parit belakang rumah, lagi 2-3 bulan nak PMR pulak dia lemas.

Mak gua cakap, allayarham ni kawan duduk sebelah meja dengan adik gua. Kawan duduk sebelah meja di kelas, dah tentulah rapat. Bila cikgu tak masuk, dengan budak sebelah meja la kita bersembang tak kira cun mana makwe duduk depan kita. Bila tidur di kelas, budak sebelah meja la yang tolong cover line. Bila makan roti, kat meja budak sebelah la kita sumbat plastiknya.

Kalau gua berada di tempat adik gua, gua tak tahu apa reaksi gua bila Adib Nasir (Form 1-3) atau Firdaus Sobri (Form 4-5) meninggal ketika kami masih belajar. Adib Nasir, meskipun dia poyo dengan markah Matematik nya yang lebih tinggi dari gua sepanjang masa, merupakan seorang budak yang selalu tolong gua dalam English. Firdaus Sobri pulak merupakan budak sebelah meja yang boleh kata tolong gua dalam semua subjek dan bertanggungjawab memastikan gua tak jadi Kunta Kinte dalam kelas gua.

Bila gua telepon adik gua, dia nampak tak terganggu. Belajar macam biasa. Makan banyak macam biasa. Tapi gua risau apa jadi bila sekolah bukak balik habis cuti nanti. Apa perasaan dia bila meja sebelah dia kosong atau bila ada asshole pindah meja dan duduk sebelah dia.

Setakat ni, gua bernasib baik kawan-kawan baik gua semua hidup-hidup belaka. Ada seorang kawan sekolah gua dah meninggal semasa latihan penerbangannya, tapi gua taklah rapat dengan allayarham. Semasa pemergian Wak Lem, pak cik faveret gua semasa raya 2 tahun lepas, gua menanganinya dengan menulis entri tribute di blog. Shit, nerd gila gua rasa tulis blog bila orang mati. Not that I didn't know I was already and I still am.

Kepada semua budak sebelah meja, terima kasih kerana bagi copy homework meskipun jawapan korang taklah betul sangat. Terima kasih kerana tidak memadam dengan hujung pemadam yang tidak diusik. Terima kasih kerana sedekah kertas kajang 2-3 helai sehari. Terima kasih kerana bagi pinjam liquid paper meskipun gua sendiri ada liquid paper yang yang lupa letak mana.

Photo

Thursday, June 7, 2012

pada 1:00 PM


Labels:
,
,
,

Abang Kena Mengalah
Dipos oleh avid

Jadi anak sulung, mak gua berjuta kali mengingatkan gua yang tua kena selalu mengalah. Kalau adik gua nak tengok kartun bodoh Hagemaru, gua kena mengalah. Kalau adik gua nak Ice Pong yang gua beli lepas save lima kupang yang gua save dari belanja sekolah petang, gua kena mengalah. Kalau adik gua nak ayam last kat mangkuk sup ayam, gua kena mengalah. Mula-mula gua mengamuk kena mengalah. Natijahnya, mak gua menyinga depan muka gua. Sumpah, dengar mak gua menyinga depan muka adalah perkara kedua yang gua tak ndak selepas dapat nombor belas-belas dalam peperiksaan. Pernah sekali gua dapat nombor 9 semasa darjah lima, gua tak dapat keluar main petang dekat sebulan.

Lama-kelamaan, gua dah terbiasa mengalah. Personaliti gua dah serupa Yahudi Amerika. Sentiasa mengelak konflik. Itu pasal tak banyak orang Yahudi merompak bank kot, tapi banyak yang merompak orang dengan menjadi akauntan. Gua menjadi lebih diplomatik. Dua kali gua dapat offer join debate team di sekolah menengah dan universiti, gua tolak mentah-mentah sebab gua diplomatik orangnya. Semasa tingkatan 2, seorang member kelas gua buat gua hangin. Daripada bertumbuk muka depan muka, gua buang bekas pensilnya ke dalam hutan belakang kelas.


Baru-baru ni semasa memandu di pesisir bandar Johor Bahru, seorang mamat yang tak reti parking parallel mencium bontot kereta gua. Ketika kejadian berlaku, gua betul-betul berada di hadapan kereta dan menyaksikan kejadian tu berlaku. Sekarang kalau brader lain berada di tempat gua, dia akan ambik nombor plat kereta mamat tersebut dan cuba menyelesaikan isu dengan meminta wang ganti rugi hasil body kereta yang calar dan catnya yang terkopek. Memandangkan gua brader yag diplomatik, gua buat-buat macam bukan kereta gua yang kena langgar. "Saya punya kereta parking hujung sana, macha.." ujar gua lalu berlalu pergi sambil berpura-pura ada orang call gua.

Kerja mengecat balik kereta gua memakan RM150. Calar sikit tapi kos tersebut patutnya bukan dari poket gua. Entah kenapa dalam kepala hotak gua semasa tu bermati-matian cuba mengelak konfrontasi ketika kejadian berlaku, gua masih berspekulasi. Mungkin ada kaitan dengan muka mak gua menyinga ketika kecil dahulu. Mungkin ada kaitan dengan fakta yang mamat tersebut tak mendesak untuk bayar ganti rugi. Shit, kalau dia insist nak bayar, dia mesti good Samaritan yang terakhir tinggal di JB. Atau mungkin ada kaitan gua sebenarnya penakut mengalahkan budak Pandu Puteri yang takut nak keluar khemah kencing tengah malam.

Shit, bila gua pikir kalau gua buat pekak badak masa mak gua menyinga 12 tahun dahulu, mungkin gua boleh jadi pembahas terbaik. Mungkin gua kerja lawyer untuk defendan kes Sosilawati kena bunuh raya tahun lepas. Mungkin gua dah ada 5 ex-girlfriends sekarang dan sedang dating the soon-to-be sixth daripada main teka-teka dengan rakan sekerja samada budak HR di pejabat single atau tidak.

Photo

Tuesday, June 5, 2012

pada 7:30 PM


Labels:
,
,
,
,
,

Dalam keluarga gua, hari ibu, hari bapa dan hari kanak-kanak sedunia tak pernah diraikan malah disebut-sebut pun. Malah, hari jadi bapak gua yang lepas disambut dengan makan ketam berlada yang dibeli dengan duit bapak gua juga yang akhirnya habis dalam perut gua juga. Pada hari jadi mak gua, gua meraikan dengan menulis sebuah entri di blog tentang mak gua yang mendapat kurang dari 10 komen dari strangers.

Kadang-kadang, bila gua baca surat khabar tentang hari ibu di mana anak bawak mak pergi shopping, pergi spa dan jalan-jalan bawak makan, gua terasa apa agaknya reaksi mak gua apabila gua buat benda serupa. Semasa hari ibu tahun lepas, gua menelefon mak gua untuk mengucapkan selamat hari ibu dan terpaksa mengharungi 2 minit awkward silence kerana tak pernah-pernah gua buat perangai ucap-ucap selamat kepadanya selama ni.

Keluarga gua bukan peminat amalan ucap-mengucap selamat. Benda ni untuk keluarga-keluarga kat pekan dan surat khabar, rasanya. Sebab sumpah gua rasa awkward gila sebut 'Selamat Hari Ibu, mak' kepada mak gua. Mungkin adik perempuan gua penah buat tapi bagi kami adik-beradik lelaki yang lain, gua berani jamin kami tak pernah buat. Heck, gua sendiri tak boleh nak panggil mak gua ibu, mami atau umi. Hahahaha.


Tapi what we lack in communication, we make up with action. Kami turun kebun tiap-tiap pagi ahad, bagi minum dan makan lembu setiap hari, kemas bilik setiap hari, tolong siang ikan dan sayur, tolong beli barang kat pasar, tak ubah setting color dan contrast TV, tolong pijak badan ayah, tolong tarik jari kaki mak dan belajar elok-elok supaya mak tak masukkan kami ke sekolah estet. 

Gua dah banyak kali cerita pasal mak gua kat blog seperti ini dan ini. Memang dah banyak kali dan gua takkan berhenti. Nora Roberts should write about her. Heck, Helen Keller should write about her even though she was only 3 when Ms. Keller died.

I wonder if people would buy a book about my mama. And I shall name it 'My Mama Is Awesome - even Barney pleads to be her wingman". Happy Mother's Day!

Photo

Friday, May 11, 2012

pada 8:00 AM


Labels:
,
,


Gua selalu jumpa pakcik ni di masjid Sg. Besar time maghrib. Selalu menyarung kain pelikat dan baju melayu kain satin bersama songkok tinggi, pakcik ni senang orang nak jumpa. Sebagai rakyat marhaen, gua merasakan adalah bagus bila wakil rakyat turun padang menjalani kehidupan sosial bersama rakyat.

Tapi bila dah claim duit untuk benda yang tak pernah dibuat pun untuk rakyat, gua merasakan bukan semua orang yang pergi jemaah di masjid hari-hari mempunyai niat yang sama dengan petani-petani sawah padi di kampung Peket 60 yang mengharapkan mereka boleh meraih hasil tuaian sekitar 8 tan, atau pekebun pisang di Simpang Lima yang mengharapkan pokok mereka tidak dijangkiti penyakit Moko.

Kalau mengikut siri drama Lie To Me yang dibintangi Tim Roth, senyum tersengih-sengih ketika disabitkan kesalahan adalah petanda the defendant got nothing to lose which means he won't be defending his Sabak Bernam parliament seat this coming election.

Gua takkan tipu kata gua marah dengan pakcik ni. Gua balik Sabak berapa kali je pun setahun. Mungkin anak muda yang bekerja tangkap ikan di Bagan Nakhoda Omar, ahli kariah Masjid Sg. Tengar atau penduduk yang menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Sg. Tengar lebih layak untuk marah dengan pakcik ni.

Photo

Thursday, March 1, 2012

pada 1:00 PM


Labels:
,
,
,

Rabu - Hari Kokurikulum
Dipos oleh avid

Rabu adalah hari kedua favourite saya selepas hari Jumaat sejak saya masuk darjah Lima dan mengharungi kokurikulum (koko) buat kali pertama. Di sekolah rendah, seseorang perlu mendaftar masuk tiga kelab untuk aktiviti kokurikulum (badan beruniform, persatuan akademik dan persatuan sukan). Saya mendaftar masuk menjadi pengakap sebagai badan beruniform saya kerana di sekolah saya, PBSM banyak disertai oleh budak-budak laki yang selalu kena rembat di muka bila bermain bola pada waktu rehat.

Hari koko di sekolah rendah memang ditunggu-tunggu. Setiap Rabu pada pukul 11 pagi, Cikgu Fauziah Ibun akan mengumumkan samada koko berjalan seperti biasa atau dibatalkan. Bila koko berjalan seperti biasa, saya tak perlu datang ke sekolah petang. Dan pada setiap Rabu pukul 3.30 petang, cerita Dash Yankuro akan disiarkan di TV3. Habis cerita pukul 4, barulah saya pergi koko.

Masuk sekolah menengah, priority utama saya adalah terus menjadi pengakap. Di sini, keahlian adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Saya rela masuk English Language Society (which was a nightmare for me at that time) daripada miss line Persatuan Pengakap.

Sepanjang saya menjadi pengakap, saya banyak berjalan dan bercamping. Itu sebab saya suka Pengakap. Saya pernah join jambori negeri, peringkat kebangsaan sehinggalah peringkat dunia di Thailand semasa darjah 6. PBSM mana ada pergi camping. Setahu saya, dorang punya aktiviti tahunan adalah tunggu tepi padang masa sukan tahunan sambil menghabiskan air sirap.

Masuk universiti, saya diberi satu pilihan daripada berpuluh-puluh kelab yang ada. Sepanjang dua semester berkoko, dua-dua semester saya pilih kelab sukan. Kelab bola tampar dan sepak takraw. Saya pilih kelab sukan kerana kelab sukan tak payah buat folio bagai dan setiap kali meeting, kami tak payah mula dengan ummul kitab al-Fatihah tapi terus main.

Cuma malangnya, sejak dari sekolah rendah sehinggalah universiti persatuan sukan gemar membatalkan koko. Kadang-kadang sebab hujan. Kadang-kadang sebab kunci stor hilang. Kadang-kadang penasihat persatuan sendiri yang pemalas nak mampus.

Meskipun sekarang saya dah takde koko dan kerja takde hari koko, saya tetap merindui koko dan menyayangi hari Rabu - hari koko.

Photo

Wednesday, February 29, 2012

pada 1:00 PM


Labels:
,
,
,
,
,

Sabak Bernam merupakan daerah yang paling utara di Selangor. Kegiatan ekonomi utama di daerah ni adalah pertanian seperti padi, pisang, kelapa dan lain-lain. Di daerah ini juga terdapatnya populasi orang Jawa yang besar selain Batu Pahat. Sabak Bernam tiada ikon yang terkenal di media massa (melainkan kalau korang anggap Khir Toyo sebagai ikon), tidak seperti Kuala Selangor yang boleh berbangga dengan Amri Yahyah nya.

Ini gambar paling 'Sabak Bernam' yang gua jumpa di Google.
  
Sejak membesar di daerah ini sejak berusia 4 tahun, gua dah lihat macam-macam benda berlaku. Bila gua cakap 'macam-macam', sebenarnya takde lah banyak mana pun. Dan banyak juga benda yang gua lihat ni bangang-bangang, sampai sekarang tak ubah-ubah kebangangannya.

1. Remaja yang hidup ala-ala London era 70-an cuma lagi bangang.

Selepas era Perang Dunia kedua, London merupakan sebuah kota yang bangang. Anak muda London pada ketika itu tidak dapat melihat masa depan yang cerah melainkan jika mereka dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Laungan 'No Future' sering dijadikan mantra golongan muda ketika itu. Begitu juga golongan muda Sabak Bernam era 2000 sehingga kini.

Ketika di sekolah rendah, mereka tiada masalah berkayuh tengah-tengah hari buta ke sekolah pagi dan sekolah petang. Tapi bila masuk sekolah menengah, dah ada motor pun boleh melencong ke cyber cafe pada waktu sekolah. Kalau lepas habis sekolah atau cuti, gua takde hal. Kalau main DOTA, gua takde hal. Ini main game bangang macam GTA, Fifa 2010 dan NFS.

Bila hujung minggu, mereka akan beramai-ramai naik bas Lower Perak bersama bakal-bakal bimbo (budak perempuan satu sekolah) untuk karaoke di Teluk Intan. Kalau budak London sedut heroin untuk high, budak Sabak Bernam minum coke campur panadol untuk high.

Yang duduk di kampung pulak, berhenti sekolah selepas PMR dan kerja kais pagi hisap Nusantara, kais malam dok mengepau rokok bapak. Ada duit lebih sikit, dihabiskan ke motor. Selepas beberapa tahun duduk kampung, mereka berhijrah ke bandar untuk kerja kais-mengais lagi. Selepas beberapa tahun duduk bandar, mereka balik kampung, berkahwin (melalui pinjaman peribadi) dan akhirnya jadi golongan nombor 2.

2. Pakcik-pakcik melepak di mapley siang malam.

Semasa gua kecil, gua perhatikan kebanyakkan golongan ni berumur 50 tahun ke atas. Pakcik-pakcik masjid, pakcik-pakcik pencen dan seangkatan dengannya. Tapi, kebelakangan ni populasi golongan ni bertambah dengan lambakan pakcik-pakcik 30-an dan 40-an.

Kebanyakkan mereka datang melepak semasa waktu kerja, lepas kerja dan lepas balik masjid. Mereka sudah berkahwin tetapi jarang-jarang lepak rumah kerana isteri mereka jadi gemuk selepas beranak anak keempat. Setiap pagi mereka akan menghantar anak mereka ke sekolah dan berpesan: "Belajar elok-elok..." tapi tak pernah tolong anak buat kerja sekolah dan folio kerana sibuk melepak di mapley.

Ketika hari menandatangani buku rekod pencapaian anak, mereka tak tergerak untuk bertanya kepada guru apa masalahnya anak mereka yang dapat nombor 20 dari 45 murid kerana baginya ia masih  memadai asalkan bukan nombor 45. Selepas menandatangani buku rekod anak mereka, lekas-lekas mereka bergegas ke mapley untuk secawan Nescafe tarik dan canai kuah kari kambing.

3. Tiada kedai buku sebenar.

Di daerah ni, ada banyak kedai buku. Banyak. Tapi kedai buku-buku latihan sekolah, buku teks, novel-novel PTS dan seangkatannya dan buku-buku agama je lah. Salah satu misi mustahil di daerah ini adalah mencari buku-buku berkualiti atau mengikut tafsiran tokey Kedai Buku Dewan Bahasa dan Pustaka di pekan Sg. Besar - 'buku orang puteh'.

Kalau itu masih belum cukup teruk, servis perpustakaan awam pulak macam gampang. Koleksi buku yang tak diupdate, koleksi majalah yang merepek, sistem peminjaman buku yang kuno dan tak efisyen dan tidak ketinggalan staf perpustakaan yang tak profesional.

Pernahkah anda lihat staf perpustakaan meninggalkan kaunter untuk tengok Raja Lawak di Youtube di blik komputer? Macam mana pulak dengan staf yang menguli doh kuih makmur atas talam di kaunter? Macam mana pulak dengan staf yang bukak perpustakaan pukul 10.45 am meskipun tertera di luar perpustakaan yang ia dibuka pada pukul 9 am?

4. Tiada tempat untuk anak muda bermuzik kecuali di simpang kampung masing-masing.

Kecuali pusat karaoke, daerah ini memang daerah yang tidak mesra pemuzik. Tiada kedai alat muzik, tiada studio jamming dalam jarak radius 70 km (paling dekat di Kuala Selangor) dan tiada kedai yang menjual muzik selain muzik dangdut, Bollywood dan pop era 90-an.

Akibatnya, anak-anak muda yang berjiwa estetika tiada tempat lain untuk mengasah bakat mereka selain di simpang jalan kampung pada petang-petang sehingga maghrib. Itupun buat sementara je sebelum mereka berhijrah ke Shah Alam dan berkerja di pasaraya Giant. Dan kini, simpang kampung menjadi checkpoint budak-budak rempit pula.

5. Pengguna jalan raya yang bangangnya nak dekat-dekat rednecks.

Sabak Bernam adalah kawasan yang pengguna jalan raya wajib lalu kalau mereka mahu menuju utara dari Klang tanpa menggunakan lebuhraya. Disebabkan di lebuhraya ada tol, kebanyakkan pemandu lori dan trailer menggunakan jalan-jalan utama di Sabak Bernam untuk ke destinasi mereka di utara dan menyimpan duit tol untuk melanggan pelacur di Taman Feri ataupun lain-lain.

Semasa gua kecil, gua sering makan asap dan debu-debu pasir dari lori-lori dan trailer yang memandu laju di jalan ketika mengayuh basikal ke sekolah. Kadang-kadang, gua terpaksa mengayuh dalam keadaan jalan yang berbau cilakak angkara lori-lori ikan. Paling menakjubkan, sehingga hari ni gua tak pernah dengar ada budak mati kena langgar trailer lagi.

Selain itu, Sabak Bernam juga merupakan tempat sesetengah orang Kuala Lumpur untuk shopping baju raya kerana dakwa mereka, Sabak Bernam ada banyak kedai kain jual murah-murah. Maka, trafik di Sabak Bernam memang terserlah kecelakaannya ketika musim raya.

Tak cukup dengan tu, adalah karenah pemandu yang memandu macam sial. Yang keluar simpang tak tengok kiri kanan, yang memotong lepas tu masuk simpang tiba-tiba, yang main langgar lampu merah dan tidak ketinggalan yang parking kereta macam cilakak.

Photo

Friday, February 3, 2012

pada 6:00 PM


Labels:
,
,
,

Popular Posts