• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Everybody Hates Abang Long
Dipos oleh avid


Chris Rock is right.


Jadi abang sulung memang seksa. Lagi-lagi, bila adik-adik perangai sekor-sekor macam celaka. Gua boleh kata Chris Rock bernasib baik sebab dia ada 2 orang adik je. Gua ada 4 orang adik. Bermakna gua kena deal 2 kali ganda masalah daripada Chris Rock. 

Masa gua kanak-kanak, gua deal dengan 3 orang adik. Adik no.4 gua lahir masa gua dah masuk asrama. Kalau nak banding dengan adik-adik, gua yang paling hitam. Adik-adik gua semua putih melepak. Perangai sekor-sekor pun lain-lain. 

Yang no.2 perempuan, tapi rebellious mengalahkan Johnny Rotten. Yang no.3 laki, kat rumah diam menikus, kat sekolah gila babi otai. Yang no.4 laki jugak, suka benda-benda klasik. Orang nak tengok kartun, dia tengok cerita P. Ramlee. Orang dengar HotFM, dia alih Klasik Nasional. Yang bongsu, kuat main malas belajar.

Kenapa gua cakap jadi abang sulung, payah? Here's why:

1. Setiap pagi sabtu, gua akan basuh tiga pasang kasut. Satu kasut gua, dua pasang lagi kasut adik-adik gua. Tengah gua terbongkok-bongkok menyental kotoran kasut dan stokin, dua adik gua ni terkangkang depan TV tengok kartun Mickey Mouse.

2. Tiap-tiap kali adik gua berak, gua la yang kena bukak pampers, basuh berak, cuci bontot depa. 

3. Nak pergi sekolah/padang permainan/masjid, gua kena bawak adik gua sekali naik basikal. Zaman kecik-kecik dulu, adalah sesuatu yang sangat-sangat tak cool bagi kanak-kanak lelaki macam gua untuk bawak basikal tapi adik duduk belakang. Tapi bawak member, takde hal punya. Keh keh keh.

4. Tiap-tiap kali waktu rehat sekolah, gua kena check adik gua kat kantin. Makan apa, beli apa, jangan kotorkan baju bla bla bla.

5. Yang paling tak best, bila pergi kedai adik-adik gua dapat jajan, gua kena mengalah. Kalau makan, gua dapat makan kepak ayam je. Adik-adik gua dapat dada, peha. Pernah sekali time makan sup, gua dapat kaki ayam je T_T.

Mak dan ayah gua selalu anggap gua dewasa (depa cakap: 'dah besar'). Bila gua tanya kenapa gua selalu kena mengalah, depa selalu kata gua dah besar. Gua kena mengalah. Masa kecik, gua tak paham kenapa gua kena mengalah. Gua marah dengan mak ayah gua. Bila marah, gua selalu merajuk sorang-sorang dalam bilik. Gua selalu terpikir yang mungkin gua ni anak angkat je. Itu pasal gua hitam. Itu pasal gua kena mengalah. Ha ha ha. 

Tapi, bila gua makin besar panjang, lain pulak halnya. Gua dapat makan dada ayam. Gua dapat conquer TV. Mak gua makin baik hati kat gua. Bapak gua sembang-sembang dengan gua pasal padi, serai macam kawan dia. Yang paling best, apa yang gua cakap, mak gua suruh adik-adik gua ikut. Ha ha ha. 

Tapi disebabkan gua dah terbiasa mengalah, gua takde hal bagi adik perempuan gua tengok Adamaya time gua tengah sedap layan Mega Engineering. Gua takde hal  bagi adik bongsu gua makan dada ayam memandangkan badannya kecik bebenar. Gua tak lah suka-suki suruh adik gua terjun masuk parit walaupun gua ada kuasa veto kat rumah. Masa ni lah, baru gua tahu kenapa mak gua suruh buat benda-benda kat atas masa gua kecik.

So, the next time you see any abang long, you gotta give them the big piece of chicken. They ate chicken's feet the whole time during their childhood, you know?

Photo

Sunday, October 17, 2010

pada 12:06 AM


Labels:

25 nyamuk:

October 17, 2010 at 12:38 AM
Permalink this comment

said...

yeahh setujuuu. tp bile da bsr2 mcm ni. adik2 plak kene mengalahh. adoiiii. abg suh masak megi? zzz terpaksa msk. adehh~

October 17, 2010 at 12:53 AM
Permalink this comment

said...

aaaa...gud brother la avid gunner oiii..

kaki ayam je dapat ekk..sian2..patutnye ko yang kurus..bukan adik ko..sebab dorang byk mkn isi..

October 17, 2010 at 12:57 AM
Permalink this comment

said...

AG.. Ko abang sulung.. Aku akak sulung.. Walau tak terase nikmatnya ada abang atau kakak, tapi nikmat ada adik-adik mengatasi segalanya.. Wah ayat aku.. Heeee.. :p

October 17, 2010 at 1:36 AM
Permalink this comment

said...

abg sulung aku seronok je jaga adik2 dia..haha

October 17, 2010 at 1:45 AM
Permalink this comment

said...

sedih gila hidup lu masa kecik

October 17, 2010 at 4:31 AM
Permalink this comment

said...

haha kena amek kursus politik rumah tangga lu ni.

October 17, 2010 at 4:40 AM
Permalink this comment

said...

Lu abang sulung ke pembantu rumah ni..hehek

October 17, 2010 at 8:07 AM
Permalink this comment

said...

@ cik akma
haha. everybody loves adik perempuan yang baik.

@ cik 18
sekarang gua pulak yg gemuk. damn!

@ farhanadr
haha. tolong la. ayat tak bole blah.

@ iyllienaz
malam2 kau dengar tak dia merajuk duduk bucu bilik sorang2?haha

@ hamzah ian
not exactly. i had my fair share of joy.

@ reverie
xtau lak rumah tangga ada politik.

@ fndrocka
haha. xtau ler.

October 17, 2010 at 8:11 AM
Permalink this comment

said...

wohh..ko memang abang terbaik la..sama cam abang aku.dah besar2 ni takde lain, kitorang nak tengok dia happy je:)

October 17, 2010 at 12:28 PM
Permalink this comment

said...

hahaha ko seorg abg yg bagus.
kalau abg aku?
HAMPEH!
kuat mengampu ade la..haha
tapi bila besar.kalau nak duit mintak dgn abg, dia bg sambil pejam mata.mintak rm10 da bagi 50..haha

October 17, 2010 at 12:45 PM
Permalink this comment

said...

Wak lu! Jangan harap. Hahahaha!

October 18, 2010 at 6:33 PM
Permalink this comment

said...

abg.. nak dukung...

October 18, 2010 at 10:27 PM
Permalink this comment

said...

perghh, besar pengorbanan ko bro
apepun, harap adik ko dapat hargai apa yg pernah ko buat utk depa

anak bongsu pun susah gak
apa nk buat smua dihalang dan agak terkongkong
tp semuanya utk kebaikan kita juga
yg penting understanding the situation

nice sharing bro

October 19, 2010 at 2:49 PM
Permalink this comment

said...

kenapa abg aku tak macam kau avid?

=(

October 19, 2010 at 3:32 PM
Permalink this comment

said...

abg gwa xderk la mcm lu...

tp ada yg besh dn xbesh nyer...

tp bila da besar..xtau naper gwa agk rapat ngan abg gwa

October 19, 2010 at 4:13 PM
Permalink this comment

said...

haish, sebak aku baca.

October 19, 2010 at 5:16 PM
Permalink this comment

said...

adik2 aku x pnh nk dgr ckp aku melawan je y tau nye.slalu sakitkan hati aku dan aku terpaksa bersabar dgn dorg.sedangkan masing2dah besar tp msh bergantung harap pd aku dn x tau nak berdikari.buatkan aku rasa nak lari je dari rmh sbb dah penat nak tanggung dorg sume...

October 19, 2010 at 7:00 PM
Permalink this comment

said...

abg aku x mcm kau. at least aku x rase dia mcm kau. aku x rase dia berkorban that much. instead, dia sebaliknye kot. guna sume kuasa veto yg ada utk order itu ini.

entah. tak sume abg long mkn kaki ayam ms kcik. and mine is just one of them.

October 20, 2010 at 3:40 PM
Permalink this comment

said...

aku pun sulong laki. tak berapa nak ganda macam lu sebab gua ada 1 pair adik aja.

tak berapa susah sangat nak jaga jaga macam lu. sebab gua ni garang.


keh keh.

October 21, 2010 at 11:17 AM
Permalink this comment

said...

@ faizalsulaiman
ko mmg adik yg murni la..hehe

@ Wanie-san
haha...adik aku mintak duit, xnahnya aku bagi..haha...

@ Paan Ovrtd
kuang hajo punya adik.

@ crazy_labelle
kena potong kaki ke ni?

October 21, 2010 at 11:26 AM
Permalink this comment

said...

@ penaberkala
right on, brother!

@ LUMUT
lu punya abg bkn jenis jenis suka tunjuk2 mcm gua kot..haha

@ eiffel
dh besar ni, mmg rapat skit nak banding time kecik. dah matang fikiran.

@ Tipah
ni cite lawak weh!haha

@ beautiful_rose
nope. jgn buat bnda tu. depa darah daging lu.

@ bukan penggoda
haha..gua rasa lu punya mak tak segarang mak gua kot..kalau gua buat camtu dah kena lempang dah..

@ Kuwe
hahaha..

lumut

October 22, 2010 at 8:28 AM
Permalink this comment

said...

tak bukan mcm tuh..xpela

October 22, 2010 at 11:49 AM
Permalink this comment

said...

ohh, maybe nih la perasaan abang gua masa kecik. haha! tapi bila gua da besar, gua jugak yang dapat kuasa veto. cmane? haha

October 22, 2010 at 5:45 PM
Permalink this comment

said...

@ lumut
i feel ya

@ f.a.r.a.h
rumah lu mmg macam majlis keselamatan PBB la...haha

November 15, 2010 at 11:52 PM
Permalink this comment

said...

i wish i could have a brother like u..perghh..memg abg yg baik..aku ade akak je sorang..die pn cm kau jugak..slalu mngalah ngn aku yg degil tahap super..hahahahaha..tp aku syg akak aku:)

Popular Posts