• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Showing posts with label nerdism. Show all posts
Showing posts with label nerdism. Show all posts

Brader A dan Brader B
Dipos oleh avid

Malam tadi, gua meraikan sambutan tahun baru dengan meleraikan pergaduhan antara dua rakan yang mengancam nak bunuh sesama sendiri atas sebab yang gua sendiri tak tahu. Semuanya bermula bila brader A terajang pintu bilik sebelah gua berkali-kali dari 11.20 pm sehinggalah 11.45 pm. Brader A tak jerit apa-apa pun. Cuma terajang pintu bilik brader B macam orang gila.

Bila brader B balik dan terserempak brader A di depan biliknya - menerajang pintu biliknya macam setan, brader B terkejut dan mula lari. Tak sempat brader B membuka langkah seribu, brader A meluru dan menerkam brader B. Tapi, tak sempat brader A nak belasah brader B, orang ramai meleraikan pergaduhan. Termasuklah gua yang bertanggungjawab memegang kaki brader A sambil berteriak Woa! Woa! Woa! berkali-kali.

Tahun 2012 tak banyak memberi rasa optimis kepada semua orang. Rakyat marhaen tak optimis yang kehidupan mereka akan bertambah baik ekoran krisis ekonomi Amerika pada 2008. Ekonomi masih tunggang-langgang. Tak stabil. Gua tengok ramai rakyat Singapura menyedari hakikat ni dan mula menyimpan dana kecemasan sebagai langkah berhati-hati pada tahun 2012. Semua dah plan nak kumpul duit untuk beli aset hartanah ketika ekonomi merudum (dijangka pada 2012) hanya untuk dijual balik ketika pasaran hartanah naik balik kelak.

Gua tahu ramai yang tak percaya mitos purba kaum Mayan, tetapi bila propaganda yang dunia akan berakhir pada 2012 dah dibuat sampai ke filem, sedikit sebanyak membuatkan orang jadi pesimistik tentang prospek 2012.

Pada tahun 2012 jugak dijangka akan diadakan pilihanraya umum. Dan buat pertama kali, gua layak untuk mengundi. Hanya belum daftar. Hahaha. Parti pimpinan kerajaan mengalami kemerosotan sokongan orang muda manakala parti pembangkang pulak tak lebih macam tin kosong. Parti tengah-tengah pulak (i.e KITA) yang kononnya dicanang-canang bakal menjadi parti alternatif yang besar; kini dah macam parti hari jadi Bob, murid tahun tiga yang takde kawan sebab Bob berak dalam seluar masa kelas Fekah di sekolah agama. Paling mengecewakan, parti KITA dah jadi balaci pembangkang pulak dah sekarang.

Setiap tahun, gua masuk ke tahun baru dengan tiada harapan atau azam. Orang cakap kita mesti kena ada azam supaya kita tahu mana kita nak tuju. You know what? Fuck that shit. Azam-azam seperti nak naik pangkat, nak cari calon isteri, nak berjaya itu ini - semuanya dah dikodkan dalam DNA manusia dari zaman Paleolitik sehinggalah sekarang. Manusia memang dikodkan untuk mencapai sesautu tanpa perlu di sebut-sebut sampai tak jadi buat.

Gua cuma rasa, idea berada di tahun baru memberi satu paradigma kepada kita yang kita boleh dapat satu 'permulaan baru'. Fresh start. Clean slate. Tapi kenapa kita tak bagi fresh start kepada diri sendiri setiap hari? Kenapa setiap tahun? Sebab kalau kita set azam kita secara harian (berbanding dengan setaip tahun), azam kita lebih kecil. Bila lebih kecil, lebih mudah tercapai. Bila mudah tercapai, kita jugak happy.

Sebagai contoh, hari ni gua berazam untuk update blog pada hari ni - mission accomplished. Gua happy. Tapi bila gua berazam pada tahun ni gua nak update selalu, gua rasa berat. It's doable tapi berat. Lantas, gua malas nak buat. Esok gua berazam taknak update. Jadi, kita tengok samada esok bakal menjadi hari cemerlang bagi gua sebagaimana hari ni.

Photo

Sunday, January 1, 2012

pada 12:34 PM


Labels:
,
,

Mesin Merentas Masa
Dipos oleh avid

Salah satu topik hangat dalam sains fiksyen adalah mesin merentas masa (time machine). Konsep time machine bermula sejak mendiang Herbert George Wells menerbitkan cerita 'The Time Machine' pada 1895. Sebagai manusia yang hidup pada era Victorian yang mengongkong kreativiti manusia, gua rasa imaginasi mendiang HG Wells mendahului manusia pada zamannya.


Secara teorinya, time machine boleh dicipta. Pertama sekali, kita kena tahu bahawa masa ni tak linear. Masa boleh jadi non-linear. Kalau ikut bahasa pasar, masa boleh dibengkokkan. Got it?

Sekarang, cuba korang bayangkan korang berdiri di tepi jalan yang sibuk dengan kenderaan. Kereta bergerak dengan pantas, lori bergerak dengan pantas, korang siap boleh rasa impak perolakan angin dari kenderaan yang laju, bukan?

Sekarang, cuba korang bayangkan korang bersiri atas menara 100 tingkat. Dari atas menara, kenderaan di jalan raya nampak bergerak sangat perlahan, bukan? Kita tahu sebenarnya kenderaan di jalan tersebut semuanya bergerak laju. Cuma nampak perlahan bila diperhatikan dari atas menara.

Fenomena ni menjelaskan yang masa ni tak linear. Masa boleh dibengkokkan dengan kehadiran tenaga yang cukup kuat. Dalam kes yang gua bagi tadi, tenaga yang terlibat adalah tenaga graviti bumi. Di tepi jalan, kita betul-betul atas permukaan bumi. Di atas menara pulak, kita berada 100 tingkat dari permukaan bumi. Jadi, tenaga graviti paling kuat berada jika kita betul-betul di atas permukaan bumi.

Masalahnya sekarang, tenaga yang sekuat graviti bumi hanya mampu mempercepatkan masa dalam sekitar puluhan saat sahaja. Untuk mempercepatkan masa, kita perlu tenaga yang berkali-kali ganda lebih kuat dari graviti bumi. How about that? Hahaha. Isn't that mind blowing or what?

Seriously, if you managed to find any kind of amusement from this factual jibber jabber, even a slight one, you know you're nerdy. Much like me.

Photo

Wednesday, May 4, 2011

pada 12:56 PM


Labels:
,
,

Kerana saya seorang budak yang kuat berangan.

Cita-cita gua sentiasa berubah mengikut sesuka hati gua. Bermula dari angan-angan ingin menjadi juruterbang ketika di tadika (sebab di tadika gua, ada sebuah poster huruf 'P' untuk 'pilot' dengan gambar seorang pilot berkaca mata hitam berdiri dengan takburnya di hadapan kapal terbang) sehinggalah angan-angan ingin menjadi penulis siri komedi di TV.

Tapi kehidupan tak semudah dan seindah berangan.

#1 Kapitalis

Cita-cita ni tercetus semasa gua tengah ketagih dengan rancangan realiti TV 'The Apprentice'. Tapi tak pula gua nak jadi macam Donald Trump. Cuma gua rasa gua boleh buat sebab gua ada idea dan minat. Gua cuma perlu cari beberapa rakan kongsi untuk berkongsi modal yang juga menawarkan kepingan 'puzzle' yang terakhir untuk melengkapkan personaliti gua sebab gua rasa gua tak cukup 'persistent' untuk menjadi kapitalis.

Kalau mengikut angan-angan tu, gua mencipta 'brand' gua sendiri. Macam Colgate. Orang tak panggil ubat gigi. Macam Clorox. Orang tak panggil peluntur. Dan nama brand tu adalah 'Muzo'. Muzo ni adalah brand yang sinonim dengan mee segera dimana perencahnya di-sealed dalam 'edible sachet'. Maknanya, pengguna hanya perlu campak peket perencah terus dalam rebusan mee dan peket tersebut akan larut bersama-sama perencah kuah mee tersebut. Tak perlu kokak atau penat-penat cari gunting untuk bukak peket perencah. 

Disebabkan peket perencah tersebut diperbuat daripada polimer karbohidrat (macam plastik cekelat udang dan pil kapsul), maka peket perencah tersebut boleh dimakan. Maggi akan bankrap dan gua akan beli semua syer Maggi dan re-brand kepada 'Muzo'. Semua orang akan makan Muzo dan Maggi akan menjadi sejarah seperti Reebok.

#2 Jurulatih kelab bola sepak

Ini memang gua pernah pertimbangkan secara serius bila gua memenangi 3 trofi Champions League, 7 gelaran Bundesliga dan 7 trofi German Cup bersama Bayer 04 Leverkusen. Itu belum masuk European Super Cup dengan World Cup Championship lagi. Di England, gua merangkul 1 gelaran Liga Coca-Cola Championship bersama Scunthorpe dan 1 gelaran FA Cup bersama Birmingham. 

Ni bukan main save-save game sebelum masuk perlawanan beb. 

Gua juga fleksibel dengan aspek taktikal bola sepak. Selesa dengan formasi kegemaran 4411, gua juga boleh main 442, 433 Barcelona, 424 Invicible Arsenal, 4132, 442 Diamond sehinggalah ke formasi 3 pertahanan. Testimoni hebat macam ni kalau takde sekolah nak ambik gua jadi manager memang rugi gila lah. 

#3 Bintang rock

Sejak dari zaman mula-mula gua dengar Iklim sampailah sekarang. Bohonglah kalau takde orang yang berangan nak jadi artis. Haha. Kalau tak, masakan kat Malaysia sampai ada lima enam pertandingan sama pada satu-satu masa?

#4 Penulis

Semasa di sekolah, gua paling suka kalau ada homework esei. Haha. Gua tahu orang lain tak suka, tapi entah kenapa gua suka. Malah, homework English essay pun gua suka buat meskipun English gua memang menjengkelkan semasa di sekolah. 

Jadi, semasa di sekolah gua sentiasa membayangkan dah besar nanti gua menjadi penulis novel thriller macam Ramlee Awang Murshid, atau penulis kolum di surat khabar macam Astora Jabat, atau penulis bahagian Top Story di majalah Penthouse.

Jujurnya, gua menulis di blog lantaran menyedari hakikat bahawa gua takkan menulis sebgai mata pencarian rezeki hidup gua. Shit happens, y'know?

#5 Penerbit siri sitkom TV

Semasa kecil, gua suka menonton Pi Mai Pi Mai Tang Tu arahan Hatta Azad Khan. Tetapi gua tak tahulah sama ada Hatta Azad Khan dah nyanyuk bila gua dapat tahu dia juga mengarah filem Senario Asam Garam. Kualiti komedi dua produknya ni macam langit dan bumi.

Tetapi beberapa filem Afdlin Shauki banyak meyakinkan gua yang orang Malaysia taklah layan komedi slapstik sahaja. Orang Malaysia dah bijak. Mereka boleh layan komedi satira, parodi malahan geek comedy juga. Malangnya, Afdlin Shauki tak buat TV series. Natijahnya, kita dihidangkan dengan sinetron bodoh dan drama Kencana Holdings juta-juta yang tak habis-habis.

Jadi, gua tertunggu-tunggu bila Malaysia akan melahirkan Chuck Lorre versi Malaya sendiri? Atau mungkin Liz Lemon versi Malaya? Anyone?

Photo

Saturday, April 2, 2011

pada 2:18 PM


Labels:
,
,
,

Blogs You Want To Check Out
Dipos oleh avid

Pertama sekali, ingin gua jelaskan punca gua tak update sekerap bulan-bulan lepas. Pertama, bulan-bulan lepas gua takde dua tiga projek kejuruteraan yang perlu dibuat dalam satu-satu masa. Kedua, orang lain pun sibuk agaknya, komen kat post gua pun makin kurang. Bukan blog gua sahaja, blog-blog lain pun sama. Jadi, motivasi untuk menulis is at its all time low.

Tapi meskipun gua tak update, gua masih baca beberapa blog yang berada dalam senarai must-read gua. Kebanyakkan blog ni kebiasaannya akan gua baca in a daily basis. Tak keterlaluan kalau gua katakan gua lebih kerap membaca blog dari membaca akhbar online. Dan gua rasa maklumat tersebar lebih pantas di blogosphere berbanding di laman web akhbar-akhbar utama Malaysia.

Berikut adalah senarai blog must-read gua yang mungkin tak cukup high profile lagi di kalangan blogger Malaysia:


Blog ni merupakan salah satu blog paling terawal di dunia. Dibangunkan pada 1999, blog ni menyajikan berita-berita terkini dari politik, ekonomi, sains dan teknologi yang terbaru setiap hari. Banyak material yang gua tulis diinspirasikan dari blog ni.

Membaca blog ni umpama menonton Discovery Channel di TV, sesuatu yang gua suka buat bila balik rumah sehingga membuatkan adik-adik gua yang nak tengok Hagemaru pasrah.


Blog ni ditulis oleh seorang blogger yang bernama Nami, yang juga penulis Terfaktab dan Sokerleaks. Di blog ni, Nami boleh kata update tiap-tiap hari. Tapi dia bukan update cerita bodoh hari-ni-saya-makan-mekdonel-dengan-makwe-keldai-saya. Dia update dengan entri isu-isu politik, sosio-ekonomi, falsafah, sukan dan kisah-kisah peribadinya dari perspektif dirinya.

Ulasannya ditulis dalam bahasa Melayu campur-campur English. Dan Englishnya memang atrocious. I can vouch that. Tapi yang penting isi entrinya memang mind-blowing. Penuh dengan idea meskipun ideanya masih sangat mentah (raw) dan adakalanya berbaur kontroversi. Blog ni merupakan satu bacaan yang baik kalau korang nak menyingkap dunia dari perspektif seorang liberal.

Kalau gua nak menubuhkan syarikat surat khabar, gua akan letak Nami di bahagian politik.


Blog ni ditulis oleh seorang blogger terkenal tapi low profile iaitu Lucius Maximus, yang juga pemulis kem Chelsea di Sokernet. Lucius jarang-jarang update, tapi sekali dia update hambik kau. Mind blowing.

Di blog ni, gua gerenti korang akan sentiasa belajar sesuatu yang baru setiap kali membaca satu-satu entrinya. Membaca blognya umpama membaca ensaiklopedia. Gua selalu tertanya-tanya, apa yang terjadi kalau gua duduk bersembang minum teh dengan Lucius. Dan setiap kali tu juga, gua nampak diri gua macam anjing yang terjelir lidah sebab terlalu mind-fucked dengan fakta-fakta Lucius.

Kalau gua nak menubuhkan syarikat surat khabar, gua akan letak Lucius di bahagian sukan.


Blog ni ditulis oleh seorang blogger yang juga merupakan guru bahasa Inggeris di MRSM Beseri - Cikgu Nani. 

Gua bermula sebagai pembaca siri cerita Nina di blog lamanya untuk memperbaiki bahasa Inggeris gua. Di blognya, dia selalunya menulis tentang isu sosial yang berlaku di sekelilingnya. Jadi, entri-entrinya kebanyakkannya kedengaran seperti entri rage. And trust me, you don't want to piss her off - sesuatu yang membuatkan entri kritikan sosialnya menjadi menarik dan melawakkan in a weird way.

Kalau gua nak menubuhkan syarikat surat khabar, gua akan letak cikgu Nani di bahagian sosial.


Blog ni ditulis oleh seorang pelajar post-graduate UTP - Mighty Jacksparrow. Blog ni sezaman dengan blog Obefiend tapi biasalah, you blog won't be famous as hell if you don't piss other people off. Blog ni agak mellow mungkin disebabkan ditulis dengan bahasa Inggeris yang mashaallah-bapak-berbunga-bunga nya. Dan secara kebetulan pulak, orang kita kebanyakkannnya tidur di kelas English semasa sekolah.

Blog ni sangat bagus sebab entrinya sarat dengan penjelasan terhadapa isu semasa dari perspektif kejuruteraan. Contohnya, masa isu kenaikan harga minyak, dia menjelaskan rasonalnya. Begitu juga dengan isu letupan loji nuklear di Jepun dan ura-ura bahaya hujan baru-baru ini. Dan macam biasalah, entri macam ni mana ada orang nak hargai. 

Kalau gua nak menubuhkan syarikat surat khabar, gua akan letak Mighty Jacksparrow di bahagian sains dan teknologi.


Gua tak tahu lah kenapa blog ni tak naik-naik. Gambar cun dah ada, entri pun mantap, tulis bahasa Melayu sudah, tulis English pun sudah. Tapi blog lain yang kerja tak habis-habis menepek gambar, isi takde - boleh pulak naik.

Gua cop blog ni bagus sebab membaca blog ni umpama membaca jurnal peribadi. Sesiapa pun berminat nak baca jurnal peribadi sesiapa, kan? Jurnal dengan diari tak sama. Dalam diari, berak pukul berapa pun korang boleh tulis, tapi dalam jurnal, korang akan menulis tentang kehidupan dalam perspektif dan analisis korang sendiri.

Kalau gua nak menubuhkan syarikat surat khabar, gua akan bagi Erine Roslan satu kolum untuk menulis tentang kehidupan; ala-ala kolum Piers Morgan di Daily Mail.

Dari tulisan penulisnya, Dark Half, gua boleh simpulkan blog ni wajib korang baca selepas korang singgah di blog penulis konservatif (#serbanistas) atau blog penulis liberal. 

Sebagai Muslim, gua cuba untuk mempertimbangkan sesuatu isu dari semua segi. Dan gua lihat brader dark Half menawarkan entri yang tak berat ke serbanistas sangat dan tak berat ke liberal sangat. Blog ni gua jadikan sebagai buffer moraliti gua.

Kalau gua nak menubuhkan syarikat surat khabar, gua akan letak Dark Half di bahagian muzik sebab gua suka review muziknya. Hahaha.

8. 9gag

Ini antara micro-blog yang terawal di Internet. Blog ni menyajikan gambar-gambar internet memes dan popular pop culture yang tengah hangat pada masa kini seperti rage guy, cereal guy, y u no memes, forever alone dan sebagainya. Blog yang sesuai untuk membunuh masa senggang.

Photo

Saturday, March 19, 2011

pada 11:59 AM


Labels:
,
,

Pergi Perpustakaan
Dipos oleh avid

Bab 1
Prolog
Pagi Sabtu itu seperti biasa, selepas bersarapan gua berbasikal keluar rumah untuk pergi ke perpustakaan dengan Muaz, Budi, Haziq dan Faizudin. Mak tak berapa gemar gua keluar rumah takut gua melencong ke mana-mana. Tapi, bila gua cakap gua keluar dengan Muaz, anak imam masjid Sabak, mak tak boleh nak cakap banyak.

Bab 2
Pergi ke Perpustakaan
Ritual hari Sabtu ini dimulakan dengan berkumpul di hadapan rumah Faizudin sambil menibai jambu air depan rumahnya. Lagi satu, Faizudin ni takde basikal. Jadi, dia akan tumpang basikal Haziq. Selepas siap berkumpul semua, kami bergerak menuju ke perpustakaan desa.

Bab 3
Decoy
Sesampainya di perpustakaan, cuma gua dan Muaz sahaja yang pergi masuk dalam perpustakaan. Tiga yang lain tunggu di luar sementara gua dan Muaz meminjam beberapa buah buku. Ya, rancangan pergi perpustakaan itu sebenarnya 'decoy' sahaja. Dan pinjam buku itu adalah bukti gua pergi ke perpustakaan.

Bab 4
Rancangan Sebenar
Lepas meminjam beberapa buah buku, kami berlima berbasikal menuju ke kampung Sepintas. Di sana, terdapat sebuah lombong peninggalan yang menjadi port mandi budak-budak sekitar pekan. Kami mandi sehingga matahari tegak di atas kepala.

Bab 5
Bergusti
Selepas agak-agak hari dah panas, kami berhenti berkubang dan bersiap untuk menuju ke Aspa pula. Di Aspa, kami akan menghabiskan 5 jam sehingga pukul 6-7 petang bermain permainan video konsol PS1. Game yang wajib main adalah game wrestling dan lawan-lawan Street Fighter. Rate main PS1 masa ni RM3 sejam. Dan duit RM15 ini kami save dari duit belanja sekolah kami berlima dari lima hari bersekolah. Jadi, setiap Sabtu, kami akan bayar RM15 untuk bermain PS1 secara gilir-gilir.

Bab 6
Epilog
"Cuba tengok abang kamu tu. Mana ada dia sibuk main game masa dia sekolah dulu.." bebel mak kepada adik darjah empat gua yang ketagih bermain PES di komputer rumah. Gua tulis entri ini untuk mengbersihkan guilty conscience gua.

Photo

Friday, February 25, 2011

pada 12:45 AM


Labels:
,
,

1. Finding Nemo (2003)
"Nemo, where the fuck have you been?"

2. Spiderman (doesn't care which version really)
"Spiderman...!! Watch out for rolled up Newspaper Man...!!"

3. Star Wars IV (1997)
"Use the force Luke, and if that doesn't work turn it off and turn it back on again"

4. Avatar (2010)
"Neytiri, I have to be honest to you. In my planet, I'm gay. And I kinda like your dad. But hey, I could still be your gay friend!"

5. Kick Ass (2010)
"Come on, Mindy honey? Be a big girl now. There's nothing to be afraid of. You don't wanna end up being like Halle Berry in Catwoman, do you?"

6. Karate Kid (2010)
"Take your pants off.."

7. The Twilight Saga: Eclipse (2010)
"Let's face it, Edward. I am hotter than you and you kinda look like a fag"



8. Inception (2010)
"Yeah, I was working on my totem actually. It's a beer bottle"

9. The Social Network (2010)
"This is what drives life at college. Are you having sex or aren't you? It's why people take certain classes and sit where they sit and do what they do. Stalking couldn't be much more easier!"

10. Scott Pilgrim vs. The World (2010)
"If we're gonna date, you may have to defeat my pimp, three obnoxious ex-boyfriends, my ex-lesbian partner back in college, my fascist father and my black mama"



p/s: The first three movie lines are from the video below. Check it out and it's hilarious. And it gave me an idea to write the rest lines for this piece.

Photo

Friday, February 4, 2011

pada 12:46 PM


Labels:
,
,

Dua tahun lepas, sewaktu kelas Mikrobiologi pensyarah gua ada bercerita tentang senario anak-anak orang Malaysia yang berpindah dan belajar di US. Sewaktu mereka di elementary school (1st - 5th grade), mereka dikategorikan pelajar cemerlang.

Guru-guru di sana kagum dengan kebolehan kanak-kanak negara dunia ketiga (satu ironi memandangkan Malaysia dah bergelar negara membangun sejak 1990) yang bukan sahaja boleh membaca seawal 3-4 tahun, malah mengira, menulis dengan baik berbanding kanak-kanak US yang lain.

Malah, pencapaian akademik kanak-kanak di US jauh lebih teruk jika dibandingkan dengan kanak-kanak di Asia dan Eropah yang lain. (Bukti)

Perbandingan pencapaian Matematik mengikut grade dan negara


Tetapi apabila kanak-kanak ini semakin membesar dan memasuki era sekolah tinggi dan universiti, pencapaian mereka dibayangi oleh pelajar US. Pelajar US mula menyerlah dan hasilnya kita boleh lihat di universiti dan pasca-universiti.

US menghasilkan lebih banyak nisbah saintis-per-penduduk berbanding kebanyakkan negara Eropah dan Asia yang lain (kecuali Singapura, Norway dan Sweden). Itupun sebab, Singapura banyak merekrut saintis-saintis tua yang dah bersara dari Eropah dan US.

Persoalannya, macam mana pencapaian akademik di US boleh meningkat sedangkan mereka teruk di sekolah?

Bagi gua, aset utama bagi sebuah negara bukanlah ribuan batch budak pandai yang dikeluarkan oleh universiti dan kolej setiap tahun, sebaliknya ribuan batch budak yang kreatif.

Budak yang kreatif dibesarkan dalam persekitaran yang menggalakkan perkembangan kreativiti mereka. Mereka akan banyak bermain, banyak membaca komik, bermain muzik, melukis komik, memikirkan cara untuk mengorat makwe dan bermain lagi.

Berbanding dengan norma masyarakat kita sekarang, mak-bapak sekarang lagi rela membayar RM300 sebulan untuk kelas tuisyen anak mereka berbanding kelas muzik atau kelas kaligrafi Cina. Mereka lebih rela menghabiskan duit mereka membeli bertan-tan buku kerja subjek daripada membeli komik.

Tak hairanlah bila disuruh melukis di kelas Pendidikan Seni, anak mereka akan lukis rumah kayu di tengah-tengah sawah dengan burung bodoh yang berterbangan dan matahari yang bersinaran terik. Kalau air, mesti diwarnakan biru. Padahal ada juga air yang berwarna merah, hijau, kuning dan sebagainya kerana air adalah spektrum.

Mereka sangkakan bermain muzik adalah membuang masa. Mereka mahukan anak mereka menjadi arkitek, peguam dan jurutera. Bukannya rock star. Padahal nak jadi arkitek, peguam dan jurutera yang bagus, anda perlukan otak yang kreatif. Malah, bermain muzik merangsang kebolehan improvisation (improv), satu skill yang hanya boleh diperolehi dari muzik.

Perhatikan Jepun. Mengapa korang rasa industri anime Jepun bernilai trilion US dollar kalau bukan kerana minat rakyat Jepun yang gemar membaca komik.

Korang bayangkan apa orang kreatif boleh buat dengan ilmu kedoktoran mereka. Dengan ilmu kejuruteraan mereka. Dengan ilmu sains mereka. 

Jadi, korang semua teruskan lah bermain congkak, bermain gitar, berkubang di parit, menulis, membaca komik dan melukis. And fuck paid tuition classes!

Photo

Wednesday, February 2, 2011

pada 8:57 PM


Labels:
,
,
,

Setiap Sabtu jam 7.30 malam di NTV7. Dari zaman kita kecik-kecik sampailah ke zaman 'saya-gay-saya-okay'. Doraemon tetap relevan dan klasemen di hati kanak-kanak. Power Rangers mungkin nampak awesome di mata budak-budak 90-an, tapi nampak bodoh di mata budak-budak sekarang. Tapi tidak bagi Doraemon. 

All right. Here we go. Here's five thing I learned from Doraemon.

#1 The Japanese have been poking with the idea of time traveling as a possibility

Yup. It's true. Di kala rakyat Malaysia masih berkira-kira teknik torehan getah yang mana paling banyak mengeluarkan susu getah, orang Jepun dah mula berkira-kira tentang kemungkinan pengembaraan masa.

Secara teorinya, kita hidup dalam dunia 4 dimensi. Bukan 3 dimensi seperti yang difahami orang ramai. Dimensi yang sering diketepikan adalah masa. 

Masa boleh dibengkokkan dengan kehadiran tenaga yang super. Buktinya, katakanlah kita berdiri di tepi jalan raya, masa yang diambil oleh kereta untuk sampai dari titik A ke titik B adalah 4 saat. Dan cuba kita perhatikan dari atas menara pula. Kita akan dapati masa yang diambil oleh kereta tersebut untuk sampai dari titik A ke titk B adalah lebih lama sikit dari 4 saat tadi. 

Saintis memberitahu masa yang diambil di tepi jalan raya lebih sekejap kerana dimensi masa dibengkokkan oleh tenaga graviti bumi. Lebih jauh kita dari graviti, lagi perlahan masa yang diambil.


Dalam cerita ni, Doraemon boleh mengembara masa dengan menggunakan kenderaannya. Tapi tak tau la pulak Doraemon pakai tenaga apa sampai boleh bengkokkan masa menjangkau beribu-ribu tahun.

#2 Ibu garang pemangkin anak soleh.

Nobita mungkin bangang di sekolah, tetapi hasil didikan tegas ibunya, Nobita membesar menjadi seorang lelaki dewasa yang awesome. 

Dah banyak kali Nobita mengembara ke masa depan untuk melihat masa depannya, dan Nobita sering dilihat menjadi seorang lelaki yang penting dalam kerjayanya dan jauh lebih awesome dari Nobita yang kecil. Semuanya kerana hasil didikan maknya yang garang, yang sentiasa berleter, dan sentiasa mengambil berat terhadap pelajaran Nobita meskipun dia adalah anak tunggal.

Dan mak-bapak zaman sekarang masih tertanya-tanya kenapa anak mereka romen anak orang di kebun kelapa sawit. Dah tu, siap salahkan cikgu tak tentu hala.

#3 Sizuka is a pseudo-jail bait




At the risk of being accused as a pedophile (which is believe me I'm not), I have to say that Sizuka is hot. Sizuka selalu muncul dalam adegan mandi dan Nobita selalu skodeng Sizuka mandi. Kadang-kadang, Nobita muncul tiba-tiba di tab mandi Sizuka (selepas menggunakan gadget Doraemon) dan menyebabkan Sizuka tersipu-sipu malu. Hahaha. 

Yang peliknya, kenapa Harian Metro tak pernah cover kes komik Doraemon yang ada tunjuk scene Sizuka ni? Bukankah Harian Metro ni akhbar yang mengambil berat cerita bogel-bogel ni?

#4 It's a good thing to be imaginative

Masa gua sekolah dulu, cikgu Sains gua haramkan semua murid-muridnya baca dan tengok Doraemon atas sebab gadget Doraemon hanyalah fiksyen semata-mata dan menggalakkan kanak-kanak supaya berangan. Sedangkan Albert Einstein pernah berkata:

"Imagination is more powerful than knowledge"

Malah, sebahagian gadget yang muncul dalam Doraemon sudah ada yang menjadi realiti. Contohnya, helikopter buluh yang dipakai oleh watak-watak dalam Doraemon untuk terbang.



Dan helikopter yang awesome ni boleh dibeli dengan harga 67,000 euros di sini.

#5 It's the nerd who gets the girl

Pada abad ke-22, Nobita dilihat berkahwin dengan Sizuka. It's a perfect ending for a guy who spent most of his life being bullied. Good things Sizuka isn't shallow, huh?


"We blame Chuck TV Series for this" - real nerdies




Photo

Tuesday, January 4, 2011

pada 9:00 AM


Labels:
,
,
,

Popular Posts