Showing posts with label walking encyclopaedia. Show all posts
Showing posts with label walking encyclopaedia. Show all posts
How to Be Indispensable to Your Employer
Dipos oleh
avid
Prolog
Gua belajar dari Barney Stinson, kalau gua nak jadi pekerja yang indispensable kepada majikan, gua kena ada identiti unik sendiri. Satu identiti yang memisahkan gua dengan pekerja lain. Dalam episod tu, Barney memberi contoh 'Food Guy' seperti yang dilakukan oleh seorang pekerja yang selalu membawa makanan kepada rakan sekerja.
Jadi, bos dan rakan sekerjanya memanggilnya the 'Food Guy'. Dan sememangnya dia pekerja yang indispensable. Kalau dia dipecat, siapa yang nak bagi makan free?
Bab 1: Mencari Identiti
Gua cuba mempraktikkan nasihat Barney di tempat kerja gua. Di ofis, gua tak boleh jadi the Food Guy kerana gua boleh bangkrap dengan hampir 7 orang bekerja di ofis gua untuk diberi makan. Gua hampir buntu memikirkan identiti apa yang gua nak jadi.
Bab 2: The Encyclopaedia Guy
Gua cuba menjadi the Encyclopaedia Guy. Setiap kali bersembang dengan rakan sekerja, gua cuba selitkan fun fact bagi setiap topik yang disembangkan. As it turns out, nobody likes a smartass. Gua dah jadi macam Buzzkill pulak dah.
Tengah depa sedap-sedap mengutuk bos gua yang (seorang wanita Cina 30-an) memang suka multitask (sebab dia suka buat 2-3 kerja pada satu-satu masa), gua memberitahu adalah normal bagi perempuan untuk multitask sebab shaft yang menghubungkan hemisfera kanan dan kiri otak yang dipanggil corpus collasum lebih tebal di otak perempuan berbanding lelaki. Maka sebab itulah perempuan boleh memasak 2 lauk sambil bergosip sambil menjaga anak sambil membebel.
Oh God, I should've known.
Bab 3: Pencarian Identiti Lagi
Gua terus cancel jadi Encyclopaedia Guy. Jadi, gua terpaksa mencari identiti yang baru. Oh, boy.
Bab 4: Bersembang Dengan Akak
Satu hari, semasa gua sedang berehat-rehat sambil cuba mencatat rekod terpantas Minesweeper, seorang akak datang menyapa gua. Dari sapaan, kami bersembang panjang. Entah macam mana, dia boleh bercerita tentang suaminya yang liat nak berhenti rokok. Dari cerita liat berhenti rokok, akak tu melencong ke masalah suaminya yang jeles pasal gaji akak tu lagi besar dari gaji suaminya.
Gua dengar, dengar, sengih sikit-sikit, angguk sikit-sikit, gelak sedas-dua, bagi cadangan mana yang perlu dan bila gua dah tak tahan, gua mintak izin nak pergi jamban.
Bab 5: Identiti Baru
Esoknya, akak tu datang cerita kat gua pasal gurau-senda antara dia dan suaminya pulak. Bila dia bercerita pasal gurau-senda, biadaplah kalau gua tak gelak. Jadi, gua gelaklah mana yang patut.
Esoknya lagi, akak yang lain pulak cerita pasal pengalaman dia berkapel dengan bekas pakwenya. Habis cerita pakwe pertama, cerita pakwe kedua pulak. Kemudian pakwe ketiga. Gua dengar sampai gua terpaksa buat simulation project gua di rumah.
Esok-esoknya lagi, akak yang lain pulak datang bercerita kat gua pasal pakwenya yang menggatal dengan perempuan lain. Kemudian dia bercerita pasal zaman remajanya yang tak pakai tudung, pakai ketat-ketat semua.
Epilog
Wednesday, June 1, 2011
pada 10:44 PMLabels:
cintan
,kerja wei
,life gua
,pengalaman
,walking encyclopaedia
Bagaimana Nak Kekal Menjadi Kuli
Dipos oleh
avid
Let's talk about minyak, shall we?
Jika gergasi-gergasi syarikat minyak gagal menemui blok minyak terbaru untuk dikorek, dijangkakan dalam masa 40 tahun akan datang, bekalan petroleum dunia akan habis. Ini bermakna jika benar, pada tahun 2050-an kita akan menggunakan sumber tenaga baru. Apa-apalah, geotermal ke, solar ke, biofuel ke...anything!
Senario sekarang menunjukkan kita bahawa harga minyak sentiasa meningkat. Biasalah, bila permintaan melebihi pengeluaran produk, harga produk akan naik. Tambah-tambah dengan populasi penduduk dunia yang makin naik. Ini asas ekonomi. Itu sebab siapa cakap Petronas dan kerajaan tamak haloba sebab naikkan harga minyak, gua labelkan bangang. Dan perlu gua jelaskan kat sini, gua bukan pro-kerajaan whatsoever.
Sebab minyak nak habis, maka sebab itulah kita banyak dengar perkataan sustainable energy, biodiesel, solar energy, electric car, hybrid and whatnot sejak 10 tahun kebelakangan ni.
Di benua Eropah dan Amerika, negara-negara seperti Jerman, Brazil dan Amerika Syarikat sudah mula aktif menghasilkan biodiesel dan bioetanol dari sumber-sumber seperti jagung, canola, bunga matahari, soya dan tebu.
Tetapi masalah timbul apabila majoriti pengusaha/petani sumber-sumber tersebut memilih untuk menjual hasil tanaman mereka kepada pengusaha biodiesel dan bioetanol. Ini menyebabkan harga makanan yang berasaskan sumber tersebut naik melambung kerana takde orang nak jual hasil tanaman mereka kepada pengusaha produk makanan. Semua nak jual kepada pengusaha biodiesel dan bioetanol sebab kapasiti pengeluaran biodiesel semuanya besar-besar sehingga 100000 metrik tan setahun (di Amerika) sedangkan kapasiti pengeluaran minyak masak hanyalah sehingga 100 metrik tan setahun.
Di Malaysia dan Indonesia, banyak kelapa sawit ditanam untuk memenuhi keperluan biodiesel dan minyak masak dunia. Masalah timbul apabila pengusaha tanaman jagung dan soya menuding jari kepada Malaysia dan Indonesia atas isu 'deforestation'. Dapat pulak Indonesia yang bangang, yang pergi tanam kelapa sawit banyak-banyak sehingga harga minyak kelapa sawit jatuh. Ditambah pulak dengan Malaysia yang lembab nak menjelaskan hal sebenar tentang isu 'deforestation'. Akibatnya, satu Eropah dan Amerika boikot kelapa sawit.
Terima kasih kepada budak-budak biologi (ehem!), ada satu penyelesaian kepada semua isu ni. Jawapannya ialaha alga.
Ideanya ialah menternak alga dan mengekstrak minyak yang terkandung dalam alga. Minyak yang terkandung dalam alga Botryococcus braunii mempunyai persamaan dari segi fizikal dan kimia dengan minyak petroleum. Alga-alga dari species lain mempunyai minyak yang sama sifat fizikal dan kimianya dengan minyak sayuran lain seperti kelapa sawit, soya dan kacang-kacang lain. Dari minyak sayuran kita boleh buat biodiesel.
Ini bermakna, kita boleh menggunakan minyak dari alga sebagai bahan api kenderaan dan juga sebagai minyak masak.
Bagusnya alga ni, kita tak perlu tebang pokok untuk tanam alga. Satu hektar alga yang diternak menghasilkan beratus-ratus kali lebih banyak minyak dari sehektar tanaman kelapa sawit, soya dan lain-lain.
Tapi selagi kita masih paranoid dengan perubahan/revolusi teknologi, selagi itulah kita akan jadi pengguna teknologi. Bukannya pioneer dalam teknologi. Julai 2011 baru kita terhegeh-hegeh nak campur biodiesel dalam minyak petroleum (sedangkan Thailand dah buat sejak 2002), sampai kiamatlah kita jadi kuli Amerika.
Orang lain dah sibuk ternak alga, kita sibuk ternak lintah. Orang lain ternak laga, kita buang alga. Orang lain ternak laga, kita baru terhegeh-hegeh nak mandatorikan campuran biodiesel dalam minyak kenderaan. Apa benda yang merdeka? Jilat bontot depa, apa benda yang merdeka?
Monday, April 18, 2011
pada 10:31 PMLabels:
isu semasa
,provokatif
,science and tech
,walking encyclopaedia
Fishy Pills
Dipos oleh
avid
Satu benda yang tak boleh dielakkan bila korang bergelar adik adalah bila kena banding-bandingkan dengan abang dan akak korang. Gua dah cerita pasal benda ni dalam entri bawah ni.
Walhal, sebenarnya perangai adik dengan abang lebih kurang serupa. Cuma mungkin paradigma pada dua zaman yang berbeza yang membezakan mereka. Pada zaman si abang, main game ni kena sorok-sorok. Main game ni dianggap kegiatan tak berfaedah yang tarafnya macam menghisap gam. Tapi pada zaman si adik, main game ni dah dianggap normal. Jadi, budak-budak dah tak berapa nak cover main game depan mak bapak.
Baru-baru ni, macam biasa gua buat panggilan mingguan ke rumah. Bersembang-sembang dengan mak, daripada tanya khabar, dengar mak mengomel pasal cili belakang rumah yang kecut-kecut, lembu ayah gua yang dah bunting sehinggalah ke laporan terkini perangai adik gua.
Sebagai mak yang sentiasa prihatin, mak agak risau bila adik gua tak berapa nak dan tengok buku di hujung minggu. Jadi mak mencadangkan supaya dibeli pil cerdas-minda-al tantawi-apa-kejadah yang harganya RM60 sebotol sabagai supplemen tambahan adik gua. Hendaknya adik gua jadi rajin dan pandai lepas makan pil tu.
***
Call me old-fashioned tapi gua tak berapa percayakan pil. Bila demam, makan panadol. Pening sikit, makan panadol. Sikit-sikit panadol. Bila belajar, makan pil cerdas-minda-al tantawi-apa-kejadah tu pulak. Sikit-sikit pil. Bagi gua, semua pil ni berfungsi dan dikatakan 'berkesan dan mujarab' disebabkan 'placebo effect' je.
Dalam satu ringkasan kajian yang gua pernah baca, lagi berwarna-warni pil tersebut, lagi powerful kesan placebo terhadap pesakit. (Rujukan)
Menurut database di WorldBank, antara negara-negara yang mempunyai paling ramai penyelidik dalam R&D adalah negara-negara Scandivania seperti Denmark, Sweden dan Finland. Dan ketiga-tiga negara ini juga tergolong dalam negara maju. (Rujukan)
Gua percaya semua kemajuan mereka ni ada kaitan dengan diet makanan mereka yang berasaskan makanan laut seperti ikan. Sama jugak dengan diet most east Asians yang berasaskan ikan. Ikan ada asid omega-3 yang penting untuk kelancaran pengaliran darah. Bila darah mengalir lancar di otak, aktiviti otak akan meningkat. Dari sini, kita boleh correlate the significance of fish diet with brain performance. (Rujukan)
This is a proven science fact dan gua masih tertanya-tanya kenapa takde penjual ikan yang mengeksploit fakta ni untuk membuat iklan di TV dan Harian Metro untuk memasarkan ikan mereka.
![]() |
| You've got to be shittin' me |
***
"Ah, tak payah susah-susah, mak. RM60 tu simpan buat beli stok ikan dua bulan. Goreng ke, buat kari ke..Lagipun pengasas pil cerdas minda tu dah kena tangkap polis dengan AC Mizal hari tu sebab tipu orang.."
"La...ye ker"
Monday, March 7, 2011
pada 1:41 PMLabels:
paradoks
,placebo effect
,science and tech
,walking encyclopaedia
How to A Tuition Class Ruins The World
Dipos oleh
avid
Dua tahun lepas, sewaktu kelas Mikrobiologi pensyarah gua ada bercerita tentang senario anak-anak orang Malaysia yang berpindah dan belajar di US. Sewaktu mereka di elementary school (1st - 5th grade), mereka dikategorikan pelajar cemerlang.
Guru-guru di sana kagum dengan kebolehan kanak-kanak negara dunia ketiga (satu ironi memandangkan Malaysia dah bergelar negara membangun sejak 1990) yang bukan sahaja boleh membaca seawal 3-4 tahun, malah mengira, menulis dengan baik berbanding kanak-kanak US yang lain.
Malah, pencapaian akademik kanak-kanak di US jauh lebih teruk jika dibandingkan dengan kanak-kanak di Asia dan Eropah yang lain. (Bukti)
![]() |
| Perbandingan pencapaian Matematik mengikut grade dan negara |
Tetapi apabila kanak-kanak ini semakin membesar dan memasuki era sekolah tinggi dan universiti, pencapaian mereka dibayangi oleh pelajar US. Pelajar US mula menyerlah dan hasilnya kita boleh lihat di universiti dan pasca-universiti.
US menghasilkan lebih banyak nisbah saintis-per-penduduk berbanding kebanyakkan negara Eropah dan Asia yang lain (kecuali Singapura, Norway dan Sweden). Itupun sebab, Singapura banyak merekrut saintis-saintis tua yang dah bersara dari Eropah dan US.
Persoalannya, macam mana pencapaian akademik di US boleh meningkat sedangkan mereka teruk di sekolah?
Bagi gua, aset utama bagi sebuah negara bukanlah ribuan batch budak pandai yang dikeluarkan oleh universiti dan kolej setiap tahun, sebaliknya ribuan batch budak yang kreatif.
Budak yang kreatif dibesarkan dalam persekitaran yang menggalakkan perkembangan kreativiti mereka. Mereka akan banyak bermain, banyak membaca komik, bermain muzik, melukis komik, memikirkan cara untuk mengorat makwe dan bermain lagi.
Berbanding dengan norma masyarakat kita sekarang, mak-bapak sekarang lagi rela membayar RM300 sebulan untuk kelas tuisyen anak mereka berbanding kelas muzik atau kelas kaligrafi Cina. Mereka lebih rela menghabiskan duit mereka membeli bertan-tan buku kerja subjek daripada membeli komik.
Tak hairanlah bila disuruh melukis di kelas Pendidikan Seni, anak mereka akan lukis rumah kayu di tengah-tengah sawah dengan burung bodoh yang berterbangan dan matahari yang bersinaran terik. Kalau air, mesti diwarnakan biru. Padahal ada juga air yang berwarna merah, hijau, kuning dan sebagainya kerana air adalah spektrum.
Mereka sangkakan bermain muzik adalah membuang masa. Mereka mahukan anak mereka menjadi arkitek, peguam dan jurutera. Bukannya rock star. Padahal nak jadi arkitek, peguam dan jurutera yang bagus, anda perlukan otak yang kreatif. Malah, bermain muzik merangsang kebolehan improvisation (improv), satu skill yang hanya boleh diperolehi dari muzik.
Perhatikan Jepun. Mengapa korang rasa industri anime Jepun bernilai trilion US dollar kalau bukan kerana minat rakyat Jepun yang gemar membaca komik.
Korang bayangkan apa orang kreatif boleh buat dengan ilmu kedoktoran mereka. Dengan ilmu kejuruteraan mereka. Dengan ilmu sains mereka.
Jadi, korang semua teruskan lah bermain congkak, bermain gitar, berkubang di parit, menulis, membaca komik dan melukis. And fuck paid tuition classes!
Mandarin As A Second Language (MESL)
Dipos oleh
avid
Kita tak boleh menafikan yang benua Asia sedang menikmati pertumbuhan ekonomi yang stabil dan peningkatan kualiti hidup. Buktinya, di Malaysia, internet bukan lagi salah satu kandungan dalam senarai kemahuan korang seperti konsol Playstation dan legging yang comel, sebaliknya dah masuk dalam senarai keperluan! Sama pentingnya dengan gula dan beras beb!
Video bawah ni menerangkan perkembangan ekonomi 200 negara dalam masa 200 tahun.
Sejak Parti Komunis China mengubah dasar ekonomi China (yang menyimpang dari idea asal sosialisme), China berkembang sebagai salah satu kuasa ekonomi yang berkembang pesat. Bermula sebagai pengeluar barangan tiruan yang tak berkualiti, China bereksperimen dengan ekonomi kapitalisme yang dunia (kita la tu) amalkan.
India pulak bermula sebagai kawasan pengilangan bahan kimia berbahaya bagi syarikat mega Barat. Segala operasi pembuatan dan pengilangan yang membabitkan risiko alam sekitar akan dilakukan di India.
India mungkin menghadapai antara bencana alam sekitar yang paling teruk di dunia (insiden Bhopal etc), tapi India mendapat manfaat dari aliran kemasukan wang pelaburan dari syarikat keji macam ni. Jadi, ini pulak cara India bereksperimen untuk mencari formula pertumbuhan ekonominya.
Sekarang, China dan India dah banyak belajar daripada eksperimen mereka. India mula ketatkan undang-undang bagi mengelakkan lebih bencana alam sekitar dan China mula menumpukan kualiti daripada kuantiti dalam produk eksport mereka.
Dirahmati dengan pasaran ekonomi yang luas (pasal penduduk di kedua-dua negara ni lebih 1 bilion), China dan India telah diramal oleh pakar ekonomi sebagai kuasa yang akan menyingkirkan dominasi UK dan US dalam ekonomi dunia.
Hans Rosling meramalkan India dan China akan mengambil alih kuasa ekonomi dunia pada 27 Julai 2048 (tengok video ke-2 kat atas). You know what this means, right?
No? It means bahasa pengantaraan dunia masa ni akan bertukar dari English ke Mandarin! (China lagi besar dari India, so China will trump over India. Hahaha). Nasib baik lah gua dah bersara dah masa ni..Dan gua tak expect karier baru gua sebagai imam masjid berdekatan memerlukan gua untuk berkhutbah dalam Mandarin.
North Korea vs South Korea
Dipos oleh
avid
OK. Gua tau majoriti budak sekarang takkan stay tengok Buletin Utama sampai pukul 8.40pm untuk tengok segmen dunia melainkan sport freaks macam gua yang menunggu segmen sukan yang hanya akan bermula pada pukul 8.45pm.
Disebabkan terpaksa segmen sukan bermula, gua terpaksa redah jugak segmen bisnes dan segmen dunia dalam Buletin Utama. Bila dah redah banyak kali, gua jadi minat pulak kat prestasi indeks komposit, pertumbuhan KDNK suku kedua negara dan hal perang-perang dunia.
Hari ini, dunia gempar (kecuali dunia Facebook sebab gua tengok Facebook tadi takde sorang pun freak out) pasal North Korea yang melancarkan serangan artillery ke Yeonpyeong dan membunuh 2 orang askar South Korea dan menyebabkan kecederaan terhadap 20 civillians yang lain.
![]() |
| Yeonpyeong selepas dibedil North Korea. Credit: The Guardian |
North Korea cakap depa dengar South Korea attack dulu. Padahal sebenarnya South Korea cuma buat live-fire drill sahaja. Hahaha.
Disebabkan serangan North Korea ni, South Korea dah pasang high level alert terhadap sistem keselamatannya. Depa dah bawak keluar F-16 jet fighters depa untuk balas serangan the North. Yeah, baby!!
![]() |
| This mafakka ranks 3rd dalam Top 10 Fighter Jets yang gua tengok dekat Discovery Channel! |
FYI, serangan ni juga membuatkan USA dalam situasi berjaga-jaga kerana South Korea merupakan sekutu kuat USA. In fact, USA masih menempatkan pasukan tentera mereka kat sempadan North - South Korea sebagai salah satu kekuatan tentera South Korea.
North Korea ni pulak dulunya bersekongkol dengan China dan Russia. Biasalah, member-member komunis dia. Tetapi, sejak Russia diambil alih oleh Stalin dan China bebas dari cengkaman Parti Komunis China, North Korea is pretty much alone right now. Serve you right, you fuckin' commies!
Penganalisis-penganalisi politik kata ni adalah taktik yang digunakan oleh North Korea untuk tarik perhatian dunia. Dengan taktik ni, PBB akan start negotiations dengan North Korea dan negara komunis ni akan dapat supplies dari ahli-ahli PBB to ensure their silence. Dasar whiny commies...
Jadi, kepada peminat-peminat drama-drama dan music scene Korea di luar sana, berdoalah demi keselamatan artis pujaan anda . Semoga mereka selamat-selamat hendaknya!
Tuesday, November 23, 2010
pada 11:58 PMLabels:
isu semasa
,pengumuman
,politik
,walking encyclopaedia
Everybody Loves The Nerds
Dipos oleh
avid
Masa gua tadika, gua cakap kat cikgu yang gua nak jadi pilot. Masuk sekolah rendah nak jadi doktor pulak. Bila gua tahu doktor kena kerja pagi-pagi raya, gua tukar nak jadi jurutera awam pulak. Hahaha. Gua tak decide cita-cita gua sampai lah gua habis SPM.
Masa kita budak-budak, kita tak tau apa jadah rupanya kerja sebagai angkasawan, peramugari, jurutera semua. Persepsi kita lebih melihat kepada pekerjaan apa yang paling 'cool' di mata kita. Itu sebab jugak lah, budak-budak zaman kita (90-an) cenderung nak jadi jurutera (pengaruh Mcgyver/Dash Yankuro), polis (pengaruh Joe Jambul/Cili Padi) atau mungkin saintis (pengaruh musuh power rangers yang cipta raksasa besar masa last-last tu).
Budak-budak zaman sekarang ni (2000-an) lebih kepada nak jadi angkasawan (pengaruh Syeikh Muzaffar) atau artis (pengaruh Tom Tom Bak, Idola Kecil). Gua tak salahkan budak-budak ni since rancangan TV sekarang ni dah tak macam dulu. Lagipun, gua dah bincang hal ni dalam entri yang ni.
All right. Let's take a look at these datas.
![]() |
| Perbandingan jumlah R&D researchers di Malaysia dengan negara-negara terpilih |
![]() |
| Peratusan degree yang dikeluarkan di universiti tempatan mengikut bidang |
![]() |
| Jumlah graduan vokasional dan teknikal di Malaysia |
Dalam graf pertama, korang boleh tengok bilangan penyelidik negara kita jauh ketinggalan dengan negara-negar maju yang lain. Singapore yang besar Melaka pun ada nak dekat 6000 jumlah penyelidiknya, berbanding Malaysia yang tak sampai seribu pun.
Dalam graf kedua, jumlah degree yang dikeluarkan di seluruh universiti di Malaysia banyak dari bidang yang kurang kritikal; Sastera (sori budak-budak Art!).
Dalam graf ketiga, jumlah graduan vokasional dan teknikal makin turun sedangkan populasi Malaysia semakin bertambah.
Ni semua budak-budak dari generasi Mcgyver beb! Gua tak tahu apa jadi bila budak-budak dari generasi Tom Tom Bak dah besar karang.
Menjelang 2020 nanti, Malaysia akan memerlukan banyak budak-budak sains, teknikal dan vokasional untuk pastikan ekonomi negara kita berdaya saing. Sape lagi nak isi vacancy ni selain dari rakyat Malaysia? Takkan korang nak tengok negara kita import saintis Nepal dan Bangla kot? Hahaha. Tak cukup dengan buruh, dengan saintis-saintis sekali nak kena import gak ke?
Bagi budak-budak oversea, balik la kerja Malaysia beb. Gua tau gaji kerja oversea lumayan. Tapi, macam gua cakap lah. Sape lagi nak tolong isi vacancy ni selain rakyat Malaysia sendiri? Duit boleh cari bila-bila, beb.
Bagi sesiapa yang ada adik-adik pulak, balik rumah korang brainwash la kepala otak adik korang. Momokkan fikiran dia orang dengan majalah sains. Paksa dia orang tengok drama The Big Bang Theory sampai habis tiga season. Kunci dan setup password untuk semua channel Astro kecuali channel 551, 552, 553, 554 dan 555. Channel 701 pun bukak la, kasi can. Hahaha.
Jika semua pihak memainkan peranan sewajarnya, insyaallah, negara kita akan banyak melahirkan nerds and geeks. LOL!
Kenapa Atuk, Nenek, Moyang dan Abah Mak Kita Kahwin Lama
Dipos oleh
avid
Being in a relationship is kinda like being in a band. Mula-mula, kita masuk je band entah apa jadah sebab kita fikir, yang penting kita dapat main muzik dan mengutip pengalaman. Bila dah lama lepak sama, kita akan nampak belang sebenar band mates kita. Then, masa ni la cabaran untuk kekalkan cohesion antara band mates kita bermula.
Gua suka idea brader gitaris/gila-babi-tinggi/belajar-di-UK/kacak/bijak-nak-mampus aka reverie malaya ni. Dalam satu entri brader ni, dia menterjemahkan dinamik hubungan antara lelaki dan perempuan dengan satu graf. Malangnya, brader ni tak lukis pulak graf tu. Jadi gua lukis la graf ni khas untuk pembaca-pembaca yang jenis visual learner.
Dalam hubungan lelaki dan perempuan, akan tiba satu masa dimana kita akan rasa annoyed (terganggu@menyampah?) atau mungkin marah dengan pasangan kita meskipun benda tu kecik. Masa fasa suka sama suka, benda tu kita tak nampak/pura-pura tak nampak sebab kita dibutai oleh sindrom 'wow-minah/mamat-ni-hot-la!'. Tapi tidak lagi bila hubungan sampai di fasa post-kapel/kawin.
Masa ni kita akan akan tau yang dia minat Justin Bieber. Masa ni la kita tau yang dia ni pengotor, pakai jeans tak basuh sebulan. Masa ni kita tau dia percaya Justin Bieber adalah lelaki walaupun hakikatnya Justin Bieber ni faggot. Masa ni kita tau dia tak pandai masak nasik. Masa ni kita tau dia beraspirasi nak anak 10 orang. Masa ni kita tau dia suka nyanyi lagu baby, baby, baby oh baybey...
Bila nak nampak belang, kita ada dua pilihan. Berterus terang dan bergaduh atau berdiam diri dan biarkan rasa menyampah tu membukit menggunung sampai meletup. Bila dah bergaduh atau meletup, kita ada pilihan lagi. Resolve our differences and start finding a common ground or we part ways.
Berbalik kepada simile ciptaan gua. Being in a relationship is kinda like being in a band. Lu orang kenal The Ramones? Bagi gua, this godfather of punk music is the perfect example of how to resolve our differences. Vokalisnya, Joey Ramone dan gitaris, Johnny Ramone adalah dua individu yang sangat kontra. They were always at opposite ends in every aspect of life.
Joey merupakan seorang yang ultra-liberal, ada je benda nak protes kat kerajaan, sentiasa melihat politik sebagai suatu yang corrupted. Manakala Johnny seorang yang ultra-konservatif, sentiasa sokong kerajaan, dari zaman Reagen sehinggalah zaman Bush Sr (bapak GW Bush). Nak tambah spice kat permusuhan mereka, Johnny curi awek Joey; Linda dan kahwin dengan Linda. Joey punya frust sampai banyak lagu dia cipta termasuklah yang paling notable, The KKK Took My Baby Away untuk menceritakan kesedihannya bila Linda tinggalkannya.
Dah gaduh apa cerita elok je depa stay dalam The Ramones dari 1975-1996?
Thay have 'the fix' of being The Ramones. Whenever they were performing as The Ramones, they'd just forget the differences and numb the pain of their differences by throwing a super kick-ass live show. Joey would sing the songs with his trademark hiccups and Johnny would play his guitar with super fast strumming style.
With 'the fix', Joey was not some loser who lost a girl and Johnny was not some bastard who stole Joey's girl. They were Joey Ramone and Johnny Ramone.
So, lu orang dah jumpa 'the fix' dalam hubungan lu orang belum?
"We were real. We were unique. We're like four unique individuals. It's a chemical thing. It's a strong chemical imbalance. Opposite attract and all that crap" - Joey Ramone
Why I Kissed Their White Asses
Dipos oleh
avid
Last Tuesday, me and my classmates were having a 'special' class. A 'Harvard Business School Case Study' class. Before the class, we were given a case study and briefed what we should do before the class. You see, we were given a case study about Exxon-Mobil's dilemma over its oil pipeline project in Chad and Cameroon and we were asked to make a decision whether Exxon-Mobil should or should not proceed the project.
The scenario: Back in 1990s, Chad was and is still one of the poorest countries in the world. So does Cameroon. There were oil fields in southern part of Chad and a lot of foreign oil companies had been interested to 'develop' oil-drilling operations in there. Eventually, ExxonMobil, Shell and Elf got the rights to drill the oil but environmentalist were all over them because the project would harm the environment. Shell and Elf bailed out from the project and tadaa...! Exxon-Mobil was on their own. The pressure from the persistent environmentalists' were mounting. Should they proceed with the project or not? Go.
Prior coming to that class, I did my fair share of readings. I was like "Woa..gila babi jahat ExxonMobil ni..". Tak sedar ke projek ni merosakkan alam sekitar, bla bla bla..But then I realized something. And to my surprise I never thought it would change my perspective in this case.
Chad is a landlocked country, which means it doesn't have any international port, which means it has a great disadvantages in economy because they can't have international trades. With civil wars spreading like a wildfire across the country, doing business in Chad is almost impossible. The infrastructures in Chad is so poor that it has only 165 miles paved road.
(Notice that Chad is called Ndjamena here: credit)
Having oil fields is almost like the next best thing ever happened to Chad. Finally, they have something worth to be exported. Being a poor country in an open, capitalist-minded economy, they need miracles like this to turn their fate around. It is estimated that they would be able to increase their GDP by 45-50% per year. With this, the quality life of Chadian would improved; with exception to the government's corruption practice of course.
As for environmental issues that were raised by many environmentalists, they could always hire environmental consultants from third parties to draw an outline for them. Abuse of human rights (especially to the aborigines, indigenous tribes) can be avoided by hiring anthropological experts from Peace Corps. Besides, should ExxonMobil had given up on this project, Sudan and Libya would take over the project anyway. And we can't be assured that these countries would do better job taking care of the environment; any better than these fully experienced global oil companies.
(ExxonMobil hired the late Dr. Ellen P. Brown as an anthropological expert to consult with the locals. It is known that she could speak Chad southern's dialect: Credit)
So, yeah. Basically, that's the reason and explanations why I kissed Exxon-Mobil's ass the other day.
p/s: Just so you know, eventually Petronas and Chevron formed a consortium with ExxonMobil for this project.
p/s: Just so you know, eventually Petronas and Chevron formed a consortium with ExxonMobil for this project.
Everybody Loves Dead Mosquitoes
Dipos oleh
avid
Kalau balik kampung embah (nenek belah bapak) gua, lu orang kena berlatih. Berlatih membunuh nyamuk dengan satu jari dan tenang tika diserang konco-konconya yang mahu membalas dendam. Gua belajar ilmu ni bila selalu tengok embah.
Kalau orang lain, bila nyamuk hinggap ditamparnya nyamuk sekuat-kuat yang boleh. Bila terlepas, macam sawan babi gayanya. Tapi embah tenang. Dibiarnya nyamuk landing sedap-sedap dulu, kemudian ditenyehnya dengan jari telunjuk. Ada penjelasan logik kenapa teknik embah mustajab.
You see, mata nyamuk ni macam skrin heat detector. Depa mana boleh tengok kaler-kaler macam mata kita. Tapi mata depa boleh kesan haba. Boleh nampak kaler merah macam heat detector. Kalau lu orang tampar nyamuk tu gila babi, kulit akan panas. Itu pasal, nyamuk suka attack sampai boleh jadi sawan babi. Tapi dengan teknik tenyeh satu jari, kulit masih tenang sepoi-sepoi bahasa.Tak caya, try.
Baru-baru ni, kerajaan mengumumkan untuk try kaedah 'genetically-modified (GM) mosquitoes' untuk memerangi denggi. Ok, what the frak is this GM mosquitoes?
GM mosquitoes ni terdiri daripada nyamuk-nyamuk jantan yang dibiakkan dan telah diubah gennya dan kemudiannya akan dilepaskan ke persekitaran sasaran. Nyamuk jantan ini kemudiannya akan ber-woohoo (yeah, gua main The Sim) dengan nyamuk betina. Nyamuk betina beranak, tapi anaknya mempunyai gen yang akan membunuh dirinya sendiri ketika muda. Generasi muda nyamuk akan merosot jumlahnya, dan manusia hidup dengan harmoninya.
Kerajaan rancang nak test kat Bentong dan Alor Gajah dulu (haha, pindah la cepat-cepat). Tapi kenyataan terbaru dari Kementerian Kesihatan mengatakan kerajaan masih 50-50 pasal keputusan melepaskan nyamuk-nyamuk GM ni. Katanya, National Biosafety Board tengah menilai projek ni.
Gua tak lah pesimis sangat dengan kaedah biological control ni. Tapi, biarlah dikaji secara mendalam dahulu. The Cartagena Protocol on Biosafety mencadangkan tempoh kajian minimum 10 tahun sebelum apa-apa organisma yang GM digunakan secara komersial.
Ingat, kerajaan takde rush nak guna nyamuk ni. Lagipun, best apa rotong-yogong bersihkan masjid, sekolah, dan taman perumahan? Boleh makan free.
Subscribe to:
Posts (Atom)












