• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Showing posts with label placebo effect. Show all posts
Showing posts with label placebo effect. Show all posts

Alkisah ceritaranya macam ni.

Pada satu hari, ada sekumpulan pedagang menjual produk kecantikan yang diberi nama Double Stemcell Phytoscience. Nama produknya sangat mewah (fancy) sampai tak sempat diterjemah kepada bahasa Malaysia. Kumpulan pedagang ini memperkenalkannya kepada rakyat jelata. Rakyat jelata memperkenalkan produk ini kepada saudara-maranya pulak. Lama-lama, produk ini menjadi produk hangat kerana rakyat berfikir - "Kalau produk ni dah ramai orang beli, mestilah produk ni power. Lagipun sang penghibur jelata; Umie Aida pun pakai produk ni".

Tak lama kemudian, ada seorang cendikiawan yang sedang merantau di negara orang mengkaji produk ini. Cendikiawan ini berkata produk ini tidak seperti yang dikhabarkan. Produk ini mengelirukan rakyat jelata, katanya. Rakyat jelata berpecah belah. Sang raja nyenyak bersemayam di istana.

*****

1. "Beri apa yang mereka mahu"

..adalah cogankata pedagang. Sebagai pedagang, suka hati merekalah nak jual apa. Orang nak sampah, si pedagang jual lah Harian Metro. Orang nak jadi bodoh, si pedagang jual lah Utusan. Orang nak mati cepat, si pedagang jual lah rokok. Pendek kata, lantak lah apa yang si pedagang ni nak jual apa. Dah itu yang orang nak.



2. Kapitalisme adalah hutan belantara.

Kapitalisme adalah hutan. Jika anda mahu hidup dalam hutan, anda perlu bijak. Anda perlu tahu membezakan racun dan makanan. Jika anda lebih bijak lagi, anda potong pokok di hutan dan jualnya untuk sebuah kondo mewah. 

Dalam ekonomi kapitalis yang kita bernafas sekarang, anda perlu bijak sebelum membeli. Jika anda tidak pasti dengan sesuatu produk, buat kajian. Internet kan dah ada. Beli telefon besar-besar tapi tak manfaatkan untuk menambah ilmu. Patutlah anda tertipu. Dalam situasi macam ni lah pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris. Bukan semua maklumat boleh dapat dalam Bahasa Malaysia. Tengoklah jumlah karya ilmu yang diterjemah ke bahasa Malaysia. Terlalu sedikit jika dibandingkan dengan bahasa Indonesia. 

Jadi nak tak nak, anda kena kuasai bahasa Inggeris. Kalau tak, anda akan mati di hutan.

3. Bagi sesetengah orang hujah sains tak boleh lawan dengan taqlid buta mereka.



Anda bagilah seberapa banyak bukti empirikal yang saintifik, mereka akan jawab dengan dalil - tiada yang mustahil dengan kuasa Allah. Mereka ini golongan berbahaya. 

Mereka perlukan mukjizat, karamah, kejaiban untuk mengukuhkan kepercayaan mereka. Bagi mereka sunnatullah tidak mencukupi. Kehadiran partikel Higgs-Boson belum meyakinkan mereka untuk mempercayai kewujudan Tuhan mereka. Mereka perlukan timun yang tertulis kalimah Allah, pokok yang sujud, awan yang berbentuk keris, lembu yang ada kalimah Allah di badannya dan benda-benda magis seperti mayat yang bertukar menjadi babi semasa dikebumikan.

4. Mereka masih percayakan sistem MLM/piramid

Gua tak salahkan mereka mencari rezeki dengan sistem ini. Lagipun kita hidup dalam ekonomi kapitalisme. Mereka boleh berbuat apa-apa sahaja yang mereka mahu dengan duit mereka.

Jika produk ini dihentikan jualannya, yang paling teruk kena adalah orang-orang downlinenya. Dan biasanya orang-orang downline ni lah yang paling ikhlas berniaga. Niat mereka wajar dihargai dengan hasil jualan yang lumayan. Cuma yang tak bestnya, orang atasannya (upline) turut memperolehi hasil lumayan dari orang bawahannya. Tak kira macam mana lumayan hasil jualannya, orang atasannya tetap lebih kaya darinya.

5. Mereka tak mahu belajar dari sejarah

Sebenarnya, produk ini tak ubah macam kes tauge kencing, kapsul minda dan macam-macam lagi produk yang orang beli/boikot tanpa berfikir. Dalam kes stem cell ini, semua orang yang pernah belajar subjek Biologi tahu bahawa sebarang sel, tisu dan organ dari organisma lain tidak boleh dipindahkan sewenang-wenangnya ke organisma lain. 

Dalam kes pesakit Talasemia, sel tulang sum-sum waris pesakit perlu serasi (paras antigen leukositnya) dengan pesakit. Jika sel tulang sum-sum ibunya tidak serasi, ibunya tidak boleh menderma dan melakukan transplan walau sesayang mana pun dia terhadap anaknya. 

Apatah lagi melakukan transplan stem cell tumbuhan kepada manusia! Lagi satu, nak pakai produk ni kena buat transplan ke? Tak kan? Kalau tak pakai transplan, maknanya stem cell tu dah mati la....

Photo

Friday, February 21, 2014

pada 10:26 AM


Labels:
,
,
,
,
,
,
,

Prolog

Salah satu benda yang gua suka pasal diri sendiri selain dari fakta bahawa gua merupakan satu-satunya budak yang boleh timbang bola takraw lebih dari 20 kali tanpa landing kaki semasa sekolah menengah dahulu adalah fakta bahawa gua takde alergi.

Gua boleh melahap apa jua makanan laut macam ketua puak Jahiliyyah. Gua boleh makan peanut, kebal dari serangan serangga dan habuk. Semasa gua Form 4. gua pernah tengok sendiri apa seekor udang sambal boleh buat terhadap muka member gua. Gua memanjat syukur kepada Ilahi kerana boleh menghabiskan sambal udangnya pada hari itu.

Bab 1 - Hari sibuk

Jumaat lepas, gua agak sibuk di tempat kerja sampai takde can Kak Nani (bukan nama sebenar) untuk bercerita tentang hal ehwal rumahtangganya kepada gua. Gua punya sibuk sampai lepas sembahyang Jumaat gua terus angkat punggung masuk ofis balik. Takde duduk berwirid, semayang rawatib lagi dah. 

Sebelum masuk ofis, gua makan tengahari dulu. Gua cedok lauk sardin dan sayur kacang panjang itu hari. Rasa macam selipar.

Bab 2 - Orang belanja

Habis kerja, gua bersiap-siap balik rumah. Entah dari mana datang, Yus (bukan nama sebenar lagi) datang hulur lebihan muffin dua bijik kepada gua. Gua ucapkan terima kasih dan dengan sekali ngap, gua kunyah dua muffin itu sekaligus.

Bab 3 - Tidur terganggu

Malam itu, ketika tidur gua perasan ada sesuatu yang tidak kena. Gua kerap menggaru-garu kedua-dua peha dan lengan gua sehingga tidur gua terganggu. Gua bangun tidur pada hari itu dengan perasaan hambar. Sial, sabtu-sabtu pun kena kerja jugak.

Bab 4 - Aneh

Pada pukul 10 pagi, gua terperasan sesuatu yang aneh di lengan gua. Di sebalik kulit lengan gua (yang boleh la tahan putihnya kalau nak banding dengan muka gua), terdapat tompok-tompok merah yang gatal. Di pergelangan tangan gua, terdapat tompok-tompok merah yang membentuk nombor '7'. Sekali tengok cool pulak ada 'tatu' nombor 7. Keh keh.

Bab 5 - Bertambah teruk

Tengah hari itu, gua terus balik dan kait 2 bijik kelapa muda untuk diminum atas nasihat bos gua. Menurutnya, benda tu jadi sebab darah gua beracun. 

Bila petang, gatalnya makin menjadi-jadi sampai ke muka gatalnya. Badan tak usah cerita. Dah macam kera jadinya gua. Bila gua perhatikan muka gua di cermin kereta, gua nampak muka gua dah berbintat-bintat satu muka. Gatalnya memang macam celaka. 5-6 orang member gua kata ni sebab gua ada alergi dan gua kena mandi air garam.

Bab 6 - Mandi air garam

Malam semalam, gua bancuh air garam dua baldi besar untuk persiraman gua. Usai madi dua baldi air garam, gua jadi tenang seketika sambil melayan Kelantan lawan Terengganu di TV sambil mencarut kepada kualiti permainan yang rendah dan kualiti komentar Zainal Abidin Rawop. 

Gua tak tahulah mandi air garam ni betul-betul berkesan atau hanyalah kesan placebo, tetapi perlahan-lahan tompok-tompok merah di badan gua makin surut. Kecuali tangan gua yang masih bengkak dan sukar digenggam (in fact, gua menaip entri ni dengan tangan yang bengkak). gua rasa gua dah okay.

Epilog

Gua tak alergik dekat sardin sebab dah berkali-kali gua makan sardin sebelum ni. Tapi muffin si Yus ni gua takkan makan lagi. Untuk keselamatan masa hadapan, gua ishtiharkan gua alergik muffin.

Photo

Sunday, June 12, 2011

pada 12:05 PM


Labels:
,
,
,

Fishy Pills
Dipos oleh avid

Satu benda yang tak boleh dielakkan bila korang bergelar adik adalah bila kena banding-bandingkan dengan abang dan akak korang. Gua dah cerita pasal benda ni dalam entri bawah ni. 

Walhal, sebenarnya perangai adik dengan abang lebih kurang serupa. Cuma mungkin paradigma pada dua zaman yang berbeza yang membezakan mereka. Pada zaman si abang, main game ni kena sorok-sorok. Main game ni dianggap kegiatan tak berfaedah yang tarafnya macam menghisap gam. Tapi pada zaman si adik, main game ni dah dianggap normal. Jadi, budak-budak dah tak berapa nak cover main game depan mak bapak.

Baru-baru ni, macam biasa gua buat panggilan mingguan ke rumah. Bersembang-sembang dengan mak, daripada tanya khabar, dengar mak mengomel pasal cili belakang rumah yang kecut-kecut, lembu ayah gua yang dah bunting sehinggalah ke laporan terkini perangai adik gua.

Sebagai mak yang sentiasa prihatin, mak agak risau bila adik gua tak berapa nak dan tengok buku di hujung minggu. Jadi mak mencadangkan supaya dibeli pil cerdas-minda-al tantawi-apa-kejadah yang harganya RM60 sebotol sabagai supplemen tambahan adik gua. Hendaknya adik gua jadi rajin dan pandai lepas makan pil tu.

***

Call me old-fashioned tapi gua tak berapa percayakan pil. Bila demam, makan panadol. Pening sikit, makan panadol. Sikit-sikit panadol. Bila belajar, makan pil cerdas-minda-al tantawi-apa-kejadah tu pulak. Sikit-sikit pil. Bagi gua, semua pil ni berfungsi dan dikatakan 'berkesan dan mujarab' disebabkan 'placebo effect' je.

Dalam satu ringkasan kajian yang gua pernah baca, lagi berwarna-warni pil tersebut, lagi powerful kesan placebo terhadap pesakit. (Rujukan)

Menurut database di WorldBank, antara negara-negara yang mempunyai paling ramai penyelidik dalam R&D adalah negara-negara Scandivania seperti Denmark, Sweden dan Finland. Dan ketiga-tiga negara ini juga tergolong dalam negara maju. (Rujukan)

Gua percaya semua kemajuan mereka ni ada kaitan dengan diet makanan mereka yang berasaskan makanan laut seperti ikan. Sama jugak dengan diet most east Asians yang berasaskan ikan. Ikan ada asid omega-3 yang penting untuk kelancaran pengaliran darah. Bila darah mengalir lancar di otak, aktiviti otak akan meningkat. Dari sini, kita boleh correlate the significance of fish diet with brain performance. (Rujukan)

This is a proven science fact dan gua masih tertanya-tanya kenapa takde penjual ikan yang mengeksploit fakta ni untuk membuat iklan di TV dan Harian Metro untuk memasarkan ikan mereka.

You've got to be shittin' me

***

"Ah, tak payah susah-susah, mak. RM60 tu simpan buat beli stok ikan dua bulan. Goreng ke, buat kari ke..Lagipun pengasas pil cerdas minda tu dah kena tangkap polis dengan AC Mizal hari tu sebab tipu orang.."

"La...ye ker"

Photo

Monday, March 7, 2011

pada 1:41 PM


Labels:
,
,
,

Popular Posts