Satu benda yang tak boleh dielakkan bila korang bergelar adik adalah bila kena banding-bandingkan dengan abang dan akak korang. Gua dah cerita pasal benda ni dalam entri bawah ni.
Walhal, sebenarnya perangai adik dengan abang lebih kurang serupa. Cuma mungkin paradigma pada dua zaman yang berbeza yang membezakan mereka. Pada zaman si abang, main game ni kena sorok-sorok. Main game ni dianggap kegiatan tak berfaedah yang tarafnya macam menghisap gam. Tapi pada zaman si adik, main game ni dah dianggap normal. Jadi, budak-budak dah tak berapa nak cover main game depan mak bapak.
Baru-baru ni, macam biasa gua buat panggilan mingguan ke rumah. Bersembang-sembang dengan mak, daripada tanya khabar, dengar mak mengomel pasal cili belakang rumah yang kecut-kecut, lembu ayah gua yang dah bunting sehinggalah ke laporan terkini perangai adik gua.
Sebagai mak yang sentiasa prihatin, mak agak risau bila adik gua tak berapa nak dan tengok buku di hujung minggu. Jadi mak mencadangkan supaya dibeli pil cerdas-minda-al tantawi-apa-kejadah yang harganya RM60 sebotol sabagai supplemen tambahan adik gua. Hendaknya adik gua jadi rajin dan pandai lepas makan pil tu.
***
Call me old-fashioned tapi gua tak berapa percayakan pil. Bila demam, makan panadol. Pening sikit, makan panadol. Sikit-sikit panadol. Bila belajar, makan pil cerdas-minda-al tantawi-apa-kejadah tu pulak. Sikit-sikit pil. Bagi gua, semua pil ni berfungsi dan dikatakan 'berkesan dan mujarab' disebabkan 'placebo effect' je.
Dalam satu ringkasan kajian yang gua pernah baca, lagi berwarna-warni pil tersebut, lagi powerful kesan placebo terhadap pesakit. (Rujukan)
Menurut database di WorldBank, antara negara-negara yang mempunyai paling ramai penyelidik dalam R&D adalah negara-negara Scandivania seperti Denmark, Sweden dan Finland. Dan ketiga-tiga negara ini juga tergolong dalam negara maju. (Rujukan)
Gua percaya semua kemajuan mereka ni ada kaitan dengan diet makanan mereka yang berasaskan makanan laut seperti ikan. Sama jugak dengan diet most east Asians yang berasaskan ikan. Ikan ada asid omega-3 yang penting untuk kelancaran pengaliran darah. Bila darah mengalir lancar di otak, aktiviti otak akan meningkat. Dari sini, kita boleh correlate the significance of fish diet with brain performance. (Rujukan)
This is a proven science fact dan gua masih tertanya-tanya kenapa takde penjual ikan yang mengeksploit fakta ni untuk membuat iklan di TV dan Harian Metro untuk memasarkan ikan mereka.
You've got to be shittin' me |
***
"Ah, tak payah susah-susah, mak. RM60 tu simpan buat beli stok ikan dua bulan. Goreng ke, buat kari ke..Lagipun pengasas pil cerdas minda tu dah kena tangkap polis dengan AC Mizal hari tu sebab tipu orang.."
"La...ye ker"
7 nyamuk:
March 7, 2011 at 2:11 PM
Permalink this comment
man, ive been your silent reader for quite sometime.
and finally i've responded to this.
nice one.
placebo effect vs al-tantawi crappy products - nice rhyme liao.
keep on write stuff like this. it's hard to find this kind of writings nowadays.
cheers!
March 7, 2011 at 4:35 PM
Permalink this comment
betul tu.. ambil makanan yg berkhasiat pun dah cukup.. xperlu nak telan pil bagai..
March 7, 2011 at 7:42 PM
Permalink this comment
hahaha
aku tergolong kalau demam (teruk), terus nak pi cari ubat..
tp makan pil untuk cerdas, aku kurang percaya disebabkan fakta yg kau sebutkan tu.mcm fakta ikan. diet ikan lebih baik dari ayam sebenarnya:)
March 8, 2011 at 8:28 PM
Permalink this comment
yeah,plecebo effect. tu pasal produk kesihatan penipu semakin galak di pasaran sbb manusia mudah tersaiko
yg aku pelik, yg byk menipu syarikat org islam. latest aku baca tentang toxic release foot patch. letak je foot patch tu atas permukaan gelas yg diisi air suam, tang2 tu jugak penuh toksik muncul kat patch tu..banyak btol toksik dlm air!kah3
March 10, 2011 at 8:05 PM
Permalink this comment
pil cerdas? aiyoo...
makan kismis terbaik, bro. boleh recommend kat adik tu nanti. satu, kandungan kismis tu sendiri bagus untuk kesihatan (makanan baik dalam Islam) and the best part is, amik tujuh biji sehari dan untuk setiap biji yg dimakan tu baca selawat. so, 7 biji kismis = 7 kali selawat sehari, dah dapat pahala zikir free dan keredhaan Allah. yayy...
*sbg testimoni, alhamdulillah it worked on me, dari skolah rendah lagi dah amalkan makan kismis & selawat ni... =D
March 12, 2011 at 8:35 PM
Permalink this comment
makan kismis sudey..tp benda ni kena jd rutin lah..kalau nak mkn kismis 7 biji sehari pun malas..pun mak yg kena hulurkan tiap2 pg..bole rajin ke pgg buku tu?
March 14, 2011 at 1:18 AM
Permalink this comment
ko dah bace ni? aku gelak gile babas!
http://naniscribbles.blogspot.com/2011/02/apa-salah-babi.html