• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Dari dulu sampai sekarang, gua mengaku gua ni agak couch potato jugak la. Lagi-lagi bila kena berderet cerita best kat TV. Gua tak nak cerita pasal ke-couch-potato-an gua. Tapi gua nak komplen pasal pengisian rancangan TV tempatan dan impaknya terhadap masyarakat.

Gua tak peduli apa orang-'sofistikated'-yang-claim-tak-tengok-TV-tapi-baca-buku-je cakap pasal golongan yang suka tengok TV macam gua. Bagi gua, tengok TV boleh jadi kegiatan berilmiah kalau kena caranya. In fact, masa gua bercita-cita nak jadi pengetua sekolah, gua beraspirasi nak tubuhkan kelab Televisyen sebagai salah satu badan beruniform. Pebesem (PBSM) gua mansuhkan.

Dulu-dulu masa kecik, gua suka tengok cerita Joe Jambul. Bagi adik-adik yang ahad paginya tengok kartun Ben 10, Joe Jambul ni satu 'game show' di mana 3 buah sekolah yang diwakili 2 orang murid akan berentap menguji ilmu logik, geografi, kajian tempatan, sains dan matematik dalam usaha menjejak watak virtual Joe Jambul dan rakan-rakanya yang keji. 

Setiap pagi ahad, lepas basuh kasut sekolah gua akan bersarapan depan TV sambil tengok Joe Jambul. Paling gua tak boleh lupa, bagaimana sekolah gua masuk rancangan tu dan kalah 1st round lagi sekaligus menepati ramalan awal yang 'sekolah kampung memang tak pernah menang Joe Jambul'. 

Yang gua persoalkan, kenapa RTM tak sambung dan renew Joe Jambul? Cerita ni sangat berpengaruh sampai membuatkan gua teramatlah suka subjek Kajian Tempatan dan Geografi sampai la sekarang. In fact, gua pernah terbaca majoriti budak yang lepas peperiksaan celaka - PTS darjah 3 di Malaysia, adalah terdiri dari penonton tegar Joe Jambul.

Kita fast forward ke zaman sekarang. Tom Tom Bak, Idola Kecil, Pondok-Pondok. What the frak? Cabaran ke-enam dalam wawasan 2020 menyatakan hasrat negara untuk membina masyarakat berfikiran sains (scientific-thinking). Kita ada kurang satu dekad dan adik-adik kita berangan-rangan nak masuk Idola Kecil semasa kelas Kajian Tempatan. 

Beralih kepada rancangan brader-brader akak-akak pulak. Ok. I might touch some nerves here by talking about this but some has to. Satu sebab kenapa gua kurang berkenan dengan sesetengah hasil produksi Malaysia (tak kira la filem, drama, TVfilm) adalah kerana kebanyakan hasil produksi ni menganggap seolah-olah rakyat Malaysia ni bodoh. Contoh:

1.Tema kebanyakan drama-drama tempatan yang membosankan. Isteri curang sebab suami sibuk kerja, suami curang, mak mentua jahat, cinta terlarang, kekasih lama merayu diterima cintanya balik, orang miskin dihina, samseng kapel dengan ustazah jadi baik.

2. Terlalu banyak cliche daripada pembaharuan idea. Mazlan Pet Pet dari dulu sampai sekarang dihantui imej Senario. Balik-balik buat trompet mulut tu. Orang gemuk masih dijadikan bahan lawak. Kalau makan kat rumah kampung, mesti makan nasi kosong ceduk kuah sikit-sikit. Suap nasik pun berterabur nasik kat lantai. Orang jahat mesti pakai jaket kulit.

3. Teknik camera shot yang sangat lesu. Kalau ada adegan cakap-cakap dalam kereta, kamera mesti dari seat penumpang belakang.

4. Sound effect dan lagu latar yang menjengkelkan. Gua hampir tak percaya masih banyak drama yang pakai sound effect yang sama dengan kartun 'Kacang' TV1 tiap-tiap kali ada babak lawak.

5. Skrip yang tak berilmiah, tak natural dan yeah, cliche. Orang suka tengok cerita P.Ramlee berkali-kali ada sebabnya. Salah satunya, dialog yang kedengaran natural. Bahlol, tolol, kepala hotak berjambul...

Look. Gua tak berilmu pun dalam bab-bab perfileman ni. Tapi gua tau apa yang gua nak. Gua nak pengarah-pengarah drama/filem tempatan lebih berani mencabar penonton Malaysia dengan menampilkan tema-tema yang fresh. 

Misalnya, buat drama pasal engineering. Untuk tarik penonton wanita, pakai lah pelakon kacak-kacak. Untuk tarik penonton kanak-kanak, tambah la watak kanak-kanak sebagai anak engineer ke.  Untuk tarik penonton yang tak paham engineering, penulis skrip kena lah kreatif untuk menggambarkan engineering ni sesuatu yang boleh difahami dengan menambah unsur humor dalam skrip. Untuk tarik penonton dari budak-budak sekolah, pakailah pelakon wanita yang cun-cun macam Lisa Surihani. Insyaallah, budak-budak sekolah, kanak-kanak bila ditanya 'apa cita-cita kamu?', mereka akan menjawab:

"Saya nak jadi engineer macam dalam drama _________ tu!"

Photo

Thursday, October 7, 2010

pada 9:38 PM


Labels:

16 nyamuk:

October 7, 2010 at 9:54 PM
Permalink this comment

said...

"In fact, gua pernah terbaca majoriti budak yang lepas peperiksaan celaka - PTS darjah 3 di Malaysia, adalah terdiri dari penonton tegar Joe Jambul." <---- HOLY SHEET! Was this even true???

TV slots nowadays sucks big time la. Astro kinda fucked us up, man. Reality programs? Kiss my arse. That's not even real. I mean, kau kurung harimau dalam kandang memang sah la dia duduk diam. WTH.

I missed Zizi Zulkifli so damn much. Jadi pengacara program kerohanian apa tah somewhere this year pun dah cukup buat aku hilang rindu suara unik dia.

Like my 'About Me' section says : "I'll stick to the 90's."

October 7, 2010 at 9:57 PM
Permalink this comment

said...

joe jambol...gile best...ingat lagi pujuk cikgu sbb nak join..

budk2 skrg tak diajar utk menjadi dewasa tetapi ajar utk terus menjadi kanak2..

Anonymous

October 7, 2010 at 10:39 PM
Permalink this comment

said...

huhuh..
ak suke joe jambul!!!!

said...

Kikiki.. Manushkan pebesem tu aku tak tahan.. Adessssss.. Tapi ape yg ko list kan tu memang ade betulnya.. Huhu.. :)

October 8, 2010 at 7:16 AM
Permalink this comment

said...

shit.

aku memula baca kau suke joe jambul dalam hati cakap.."wow!!aku pon suke gile joe jambull...ade geng ni!!!"

dan aku baca lagi ayat seterusnya dimana..."majoriti budak yang lepas peperiksaan celaka - PTS darjah 3 di Malaysia,adalah terdiri dari penonton tegar Joe Jambul."


hahahahhahaa...

aku nak gelak....

kau lepas PTS kan??so kita lepas peperiksaan celaka tuh sebab tgk joe jambul!!!

dan sekarang peperiksaan tuh dah dimansuhkan sebab joe jambul tak de lagi...so bebudak sibuk nak jadik joe JAMBU dengan masuk idola kecil,tom tom bak and whatsoever.................

cakap aje wawasan 2020...tapi usaha kebelakang.....whatashame!

kami mahukan joe jambul semula!!!!

October 8, 2010 at 10:26 AM
Permalink this comment

said...

nasib baik aku terlepas tahun PTS tu, memang awal-awal lagi dah tak nampak apa signifikannya PTS sebab darjah 4 tu la budak baru nak kenal subjek Sains, kalau skip darjah 4 bermakna tak dapat la basic Sains. ok enough said.

i have to agree with you, perfileman Malaysia memang lesu & lemah. tapi ada juga yang bagus betul, kebanyakan filem arwah Yasmin Ahmad memang berkualiti. filem/drama Khabir Bhatia or Afdlin Shauki banyak yang bagus-bagus. tapi filem keluaran pengarah/penerbit yg bagus2 jarang2 je keluar, maybe diorang lebih pentingkan kualiti daripada kuantiti.

anyway nak komen sikit tentang layout baru kau ni. tulisan kecil sangat la bro, kesian kat aku yg dah tua ni baca. dah la aku jenis suka baca setiap patah perkataan sampai habis.. tssk.. hope you don't mind..

October 8, 2010 at 10:30 AM
Permalink this comment

said...

tahun aku tak ada PTS.sib baik.hehe

anyway, joe jambul memang best rancangan yg baik utk mendidik selain sgt kreatif

October 8, 2010 at 5:15 PM
Permalink this comment

said...

husna hadzarami....

janganlah kata PTS langsung xde significant....aku rasa ade....

hehe...

tol x avid?

October 8, 2010 at 5:51 PM
Permalink this comment

said...

Lu jangan lupa tengok cerita ahmad durrah malam ni!

October 9, 2010 at 9:14 AM
Permalink this comment

said...

@ paan
betul. aku baca kat majalah kuntum. haha

@ meera^da cute..*_*
good point there

@ lelaki ini
i bet you do

@ farhanadr
thx

October 9, 2010 at 9:18 AM
Permalink this comment

said...

@ lumut
tu la pasal. wawasan 2020 ntah ke mana, budak2 ntah ke mana jadinya.

@ husna hadzarami
yup. aku nak mention director2 kreatif tu, tp jadi pjg sgt la pulak. haha.

haha. tulisan kecik sgt? ok, aku try la adjust utk ko sorang.

@ lumut
btoi2...bnyk significance nyer..hehe

@ fndrocka
xde tv nak ditengok.

October 9, 2010 at 11:44 AM
Permalink this comment

said...

gila rare joe jambul tu. hampir hampir gua terlupa.

kebanyakkan pengarah drama filem kita terlalu ikut skrip ala ala dalam buku sangat. ala ala dalam novel. nak relate dengan real life. haru boleh kira.

October 9, 2010 at 8:58 PM
Permalink this comment

said...

haha..bukan senang jadi engineer..

October 10, 2010 at 10:25 AM
Permalink this comment

said...

@ kuwe
baku tak hingat skripnya

@ iyllienaz
tepat. tp exciting.

Cob

October 11, 2010 at 12:49 PM
Permalink this comment

said...

I'm just a random visitor. I just want to say... YOUR POST IS VERY FUNNYLAAAAA HAHAHAHA

and true.

I studied film. Wished I was rajin enough to write scripts that cater to intelligent minds, like you, or mine, or those who loved Kopitiam.

I'm an east Malaysian, and yeah, Joe Jambul made quite an impact here too.

November 14, 2010 at 9:38 PM
Permalink this comment

said...

aku suka giler kot progrm nih, semangat siap rembat tong cat kat stor rendah , lukis peta dunia kat blakang klas.. tiapkali rehat je, prektis ngan member aku,..cukup bulan anta borang nk join...

..
..entah ada ke idok borang kitorng tuh..

Popular Posts