Sunday, February 7, 2010

Tak Mintak Abang, Dapat Abang

Bosan menari-nari dengan binatang orang kat Pet Society, gua try track senior-senior gua masa sekolah dulu. Mana la tau Zaki Suhud yang belasah gua dulu keje mop lantai Pasaraya Billion ke, Zharif Ashikin fail SPM ke..Boleh gua gelak macam ketua puak Jahiliyyah kejap. Tiba-tiba gua teringat seorang brader ni. Gua type 'Badrul *****' kat kotak search. Peh, hidup lagi brader ni rupanya.

******

Adat sekolah gua dulu. Kalau budak Form 1 baru daftar, brader Form 3 akan usha adik angkat. Lepas menangis sedas-dua lepas mak gua tinggalkan gua kat asrama, gua bersiap pergi makan dan surau. Masa tu dah pukul 6pm. Masuk surau, gua duduk bersila kemas-kemas. Takut bersila tak kemas kang, ada senior tak puas hati. Gua tengok makin nak maghrib, surau makin ramai. Gua usha gelagat senior gua. Badan sekor-sekor besar nak mampus. Makin kemas gua bersila. Tak berani pulak nak tongkat dagu.

Lepas semayang, tiba-tiba gua terasa macam gua kena panggil. Gua toleh belakang. Ada brader suruh gua datang dekat dia. Sumpah gua rasa nak menangis masa ni. Apakah cara gua bersila menjengkelkan dia? Apakah muka gua menjengkelkan dia? Apakah butang baju melayu gua menjengkelkan dia? Bila gua bersila depan dia, brader tu salam gua.

"Nama aku Badrul. Panggil je aku Abg Bad. Apa nama ko?"
Peh! Mujur..Gua kenalkan nama gua. Bad panggil gua Ahmad. Dia kata mulai sekarang dia jadi abang angkat gua. Ada senior lain buat hal dengan gua, depa buat hal dengan Bad. You are my bitch now. Nobody mess with my bitch. Anybody mess with you, they mess with me. Keh keh. Lu jangan main-main. Bad punya tinggi ada 175cm lebih. Badan besar. Tak kurus tak gemuk. Aliran skinhead. Rambut tak pernah panjang seinci. Kat surau Bad selalu lepak kat belakang belah kanan surau dengan budak-budak skinheadnya.

 
Ni gambar paling dekat boleh gua kaitkan dengan Bad. (sumber Google)


Banyak benda Bad ajar gua. Kalau ke kelas, jangan bawak bekas pensel. Bawak sebatang pen Pilot letak poket cukup. Baru cool. Kalau bawak buku teks/log, jangan kepit je. Pusingkan buku tu atas jari. Baru cool. Kalau pakai tie, jangan ikat sampai atas. Londeh sikit buat gaya Cina kalah judi. Seluar uniform beli siap-siap kat koperasi, buang je. Pergi tempah kat Pang Fashion angkat seluar cut macam jeans punya. Ada walkman, jangan dengar Era, Radio Malaysia Negeri Sembilan punya. Dengar kaset ni ha... A.C.A.B, The Official. 

Bad main keeper team bola sekolah gua. Kalau ada match kat sekolah, Bad suruh gua steady belakang pintu gol kutip bola. Dia malas nak kejar. Kalau dia makan kat dewan makan, gua yang ambikkan buah tembikai lebih untuk dia. Gua yang ambikkan burger lebih untuk dia. Gua yang kutip tray dia lepas makan. Kat asrama, gua yang kena carikan dia megi. Gua yang kena carikan dia bekas megi. Gua yang iron-kan baju dia. Memang macam bitch. Semuanya untuk protection yang gua tak mintak pun. Ha ha ha.

Bila gua masuk Form 2, Bad kena blah sebab sekolah gua ada Form 1 sampai Form 3 je. Bad sekolah kat Muar gua dengar. Gua sedih sebenarnya bila Bad dah takde. Keh keh. Tapi kesedihan gua terubat bila Kak Epit jadi kakak angkat gua lak. Gua cerita siri lain. Ha ha ha.

Wednesday, February 3, 2010

Porno Man Started It

Minggu yang suey. Gua bagitau kenapa:

1. Arsenal dirogol selama 90 minit di halaman rumah sendiri. Lebih meyedihkan, kejadian didalangi oleh ahli keluarga mangsa sendiri. Suspek, Manuel 'Porno-Man' Almunia, 32 dan Denilson 'Bapuk' Neves,22 dipercayai masih berlegar-legar di sekitar Ashburton Grove, utara London sehingga kini.
2. PC yang pundek menyebabkan banyak surat tak siap dan assignment tergendala.

3. Karenah birokrasi di MARA menyebabkan 2 bulan elaun gua tertunggak. Setakat ni, sumber karbohidrat gua adalah hasil ihsan protein dalam badan. Protein pulak gua dapat dari diet makan tali gitar setiap hari.

4. Keadaan bertambah buruk bila gua dalam fasa berhenti merokok sekarang ni. Gilo, setiap dua jam je lapar. 

5. Khamis (esok) gua ada dua test. Project Management dan Plant Design. Lepas dua test ni, gua nak pergi Balai Cerap atas bukit dan jerit 'Fuck you, Denilson' sampai mana-mana kapel yang make out kat situ lari bertempiaran. Kalau ada la.

6. Tayar motor belakang gua kena benam paku itu hari. Nasib pakai tubeless. Sebulan dua nanti baru gua fikir nak tukar.

7. Bisnes 'Yard Sale' gua terpaksa tangguh hari lain sebab tak cukup barang nak jual. Baru ingat nak buat hari ni untuk assignment Entrepreneurship. 

Habis. Crappy gila entry ni.

Saturday, January 30, 2010

Sudut Pidato - Apa Signifikannya Terhadap Kapitalis Macam Gua

Khamis itu hari, hari ngundi. Gua ingat pilihan raya tahun ni ada panas sikit daripada tahun-tahun lepas. Ada simbah-simbah cat kat moto orang, spray-spray bilik persatuan orang, lompat-lompat parti. Yang lain semua sama. Khamis ngundi, Selasa baru gantung poster. Poster semua black and white. Potostet. Tak true langsung. Habis gempak pun susun poster-poster bentuk nama calon besor-besor.

Sehari sebelum gua undi, gua dapat SMS list nama calon puak apa-jadah-tah. Disebabkan effort lain macam puak tu, gua undi 6 calon paling hensem/jelita dari puak depa. 4 calon lagi sengaja gua undi dari puak lain sebab gua tak nak semua kerusi kena sapu oleh puak sama. Lu bayangkan kalau perwakilan Dewan Rakyat semua orang satu parti. Pembangkang sangat-sangat diperlukan. Kalau tak, yang pegang kuasa ingat semua depa betul.

Gua syak politik kampus jadi mandom sebab takde sudut pidato. Zaman bapak gua belajar kat IPM, bapak gua cerita sudut pidato ni memang fenomena. Ibrahim Ali siap pernah kena tangkap ISA lagi. Kat situ, student bercakap pasal dasar kerajaan. Hal ehwal dunia. Hal Selangor menang Piala Malaysia. Makwe-makwe pun usha suami idaman kat situ. Brader-brader usha makwe kat situ. Gua desak bapak gua apakah bapak gua pun usha makwe gak kat situ tapi beliau menafikannya atas alasan "ah, buang karen je".

Sejak AUKU diperkenalkan, sudut pidato lesap. Student duduk bilik bucu-bucu baca buku. Kutuk kerajaan pun tengok line dulu. Hal ehwal dunia pun simpan sorang-sorang. Rajin baca tau la. Tak rajin baca, memang tak tau la. Citer Selangor kena belasah Perak dek hatrik Laszlo Repasi pun simpan di sudut hati. Industri usha-mengusha makwe pun terbantut. Tak hairan la ramai brader-brader usha makwe kat kafe dan library sahaja. Stail iklan Sunsilk tu. Dalam kelas, nak kena konsentret pulak.

Sekarang dah boleh balik. UM dah ada sudut pidato dah. UTM gua tak tau bila. Bila ada sudut ni, baru la calon pilihan raya boleh berkempen. Baru la gua boleh undi calon yang bole janji upgrade court takraw dan futsal. Calon yang boleh buang bonggol yang melampau-lampau banyaknya. Apa jadah simpang sebatu lagi, jalan straight pun nak pasang bonggol? Rosak bearing gua, pak gad nak bayor? Lagi penting, senang gua nak jual hotdog gua nanti.

P/S: Semalam gua tengok berita. Brader AdukaTaruna kena tangkap. Ceh, apa punya perangai la kutuk orang mati. Sedekah Al-Fatihah pun ada baiknya.

Monday, January 25, 2010

Klasik 2003 - Gua Rasa Ada Elok Gua Join Toreh Getah Itu Hari

Pagi itu, gua bangun awal. Bunyi crot cret crot cret selipar jepun Ciko memecah keheningan. Gua bukak pintu bilik. Ciko buat muka epilepsi tergigil-gigil keluar bilik air. Gua bukak seluar sukan ke-3 gua dan pakai tuala. Kadang-kadang, malas nak basuh gua pakai je buat tidur. Tido pakai boxer kang, sia-sia Maher lantik gua jadi Rakan Surau, sebuah badan keagamaan berprestij kat sekolah gua. Makwe pun tak berani flirt dengan budak-budak Rakan Surau ni.

Habis mandi, gua capai kain pelikat yang bapak gua sedekah. Masa bapak gua bagi, bau badan bapak gua pun kuat lagi kat kain tu. Gua pakai kain. Kemudian, gua pakai baju sekolah. Seluar nanti gua tukar lepas sarapan. Lagipun, apa jadah semayang subuh pakai kemeja, seluar siap ngan tie nyer? Sekular gila. Tak Rakan Surau la macam ni.

Dari asrama ke surau, jauh. Sepanjang berjalan ke surau gua boleh nampak pak cik toreh getah kat estet getah sebelah kanan jalan. Dulu masa baru masuk, gua ingat hantu apa la ada lampu bergerak-gerak. Tabah penoreh-penoreh ni. Kalau takde penoreh,bole bangkrap industri membuat ubat nyamuk lingkar.

Sampai surau, gua tengok baru bape kerat sampai. Ada sorang budak junior duduk bucu sebelah kanan. Tengah baca Quran. Ciko duduk belakang. Tengah refresh ayat hafazan. Gua nampak sign kepala Maher suruh gua azan. Gua patuh. Gua on amplifier. Gua on mikrofon. Gua dehem-dehem sedas dua. Gua baca-baca sikit sebelum azan macam bilal masjid kampung gua. Lalu gua azan.

Gua azan ada style Turki itu hari. Style Masjid Biru zaman khalifah Uthmaniyyah punya. Sampai haiya-ala-ssolah gua tarik ada dalam 20 harakat. Lenggok-lenggok taranum hijjaz pun dah keluar dah masa ni. Gua asyik dalam keheningan dan kesyahduan salju subuh. Gua feel beb. Gua feel.

Habis azan, gua baca doa habis azan. Maher datang dekat gua.

"Mana assolatu-hairum-minann-naum ko?"

Keh keh. Gua cuba buat muka kiut sebelum gua dipecat.
 

Saturday, January 23, 2010

"Pergi Kem Ibadah Boleh Pakai Levi's Ke?" Soal Pelajar Sangap Kepada Brader Tabligh

Hari ni genap setahun blog gua hidup. 23 Januari tahun lepas, gua bukak blog ni masa tengah lari dari program tabligh. Masa tu, dah ramai budak kelas gua dah ada blog. Kimi dengan blog stail Princess Diary-nya, Dayana dengan blog sinikalnya, Toha dengan blog syurga download-nya, Bye dengan blog 4-flat nya, Himdayah dengan blog suka-ati-aku-nak-update-bila nya dan K-roll dengan blog membebel-stail-mak-nenek nya.


Gua taknak kalah. Jadi gua buat gak. Niat gua nak cari kawan kat dunia blogger. Mana tau esok lusa gua boleh mintak tolong kat depa. Gua malas nak state satu-satu blogger yang gua kenal sepanjang satu tahun ni. Kang bila gua tak sebut, depa merajuk. Satu benda yang gua nak bagitau depa ni, gua follow depa ni sebab blog depa ada something distinctive yang gua dapat setiap kali gua baca blog depa. Bermakna, blog depa unik. Tu sebab pentingnya be-your-true-self attitude masa menulis blog.



Dua bulan pertama gua dalam blog, entri gua pendek-pendek. Gua masih tercari-cari stail yang paling gua selesa bila menulis. Tu sebab bila gua tengok balik entri lama tu, gua rasa nak minum racun rumpai je masa dua bulan tu. Mac dan April gua tak menulis sebab wifi kolej macam kuih pau atas peti ais rumah gua. Kejap ada kejap takde. Berukben gua tak layan.


Masuk bulan Mei dan Jun, gua langsung tak pandang blog. Masa tu gua tengah practical training kat Thailand. Internet cam gampang. Patut la indeks komposit Thailand masih bawah 800 mata. Balik practical training, gua mula aktif. Internet kolej cemerlang. Masa ni la gua buat banyak kawan blogger.


Gua tulis berdasarkan apa yang gua rasa, tengok, hidu, jilat dan raba-raba. Everything that revolves around my life. Masa gua buat entri pasal bola, ada budak kompelin tak suka gua buat entri bola. Tak kena sasaran kot gamaknya. Tapi, gua hantu bola. Apa cerita? Jadi, bila nak tulis pasal bola, gua lepas geram kat Sokernet. Ada satu artikel gua masuk situ. Terus Malaysia dapat emas Sukan Sea baru ni.


Gua juga dapat tahu lecturer gua pun baca blog gua dan budak-budak kelas lain. Dr. Halim, kalau lu baca blog gua sekarang ni, gua nak lu tau gua berterima kasih sangat-sangat sebab baca. Bila nak kahwin? 


Harapan gua, gua nak blog ni hidup sampai gua nazak. Gua harap koma pun sama. Jangan sebab follower sikit, komen entri sikit, koma give up. Jangan kompelin takde idea. Takde idea, pergi keluar bilik, pergi merayap. Pergi lihat dunia dan manusia. Banyakkan bergaul dengan orang. Jangan bergaul sesama clique je. Banyakkan membaca. Banyakkan berfikir daripada bersembang pung pang Fasha Sanda Nur Kasih semua. Comprende?