Bab 1
Prolog
Pagi Sabtu itu seperti biasa, selepas bersarapan gua berbasikal keluar rumah untuk pergi ke perpustakaan dengan Muaz, Budi, Haziq dan Faizudin. Mak tak berapa gemar gua keluar rumah takut gua melencong ke mana-mana. Tapi, bila gua cakap gua keluar dengan Muaz, anak imam masjid Sabak, mak tak boleh nak cakap banyak.
Bab 2
Pergi ke Perpustakaan
Ritual hari Sabtu ini dimulakan dengan berkumpul di hadapan rumah Faizudin sambil menibai jambu air depan rumahnya. Lagi satu, Faizudin ni takde basikal. Jadi, dia akan tumpang basikal Haziq. Selepas siap berkumpul semua, kami bergerak menuju ke perpustakaan desa.
Bab 3
Decoy
Sesampainya di perpustakaan, cuma gua dan Muaz sahaja yang pergi masuk dalam perpustakaan. Tiga yang lain tunggu di luar sementara gua dan Muaz meminjam beberapa buah buku. Ya, rancangan pergi perpustakaan itu sebenarnya 'decoy' sahaja. Dan pinjam buku itu adalah bukti gua pergi ke perpustakaan.
Bab 4
Rancangan Sebenar
Lepas meminjam beberapa buah buku, kami berlima berbasikal menuju ke kampung Sepintas. Di sana, terdapat sebuah lombong peninggalan yang menjadi port mandi budak-budak sekitar pekan. Kami mandi sehingga matahari tegak di atas kepala.
Bab 5
Bergusti
Selepas agak-agak hari dah panas, kami berhenti berkubang dan bersiap untuk menuju ke Aspa pula. Di Aspa, kami akan menghabiskan 5 jam sehingga pukul 6-7 petang bermain permainan video konsol PS1. Game yang wajib main adalah game wrestling dan lawan-lawan Street Fighter. Rate main PS1 masa ni RM3 sejam. Dan duit RM15 ini kami save dari duit belanja sekolah kami berlima dari lima hari bersekolah. Jadi, setiap Sabtu, kami akan bayar RM15 untuk bermain PS1 secara gilir-gilir.
Bab 6
Epilog
"Cuba tengok abang kamu tu. Mana ada dia sibuk main game masa dia sekolah dulu.." bebel mak kepada adik darjah empat gua yang ketagih bermain PES di komputer rumah. Gua tulis entri ini untuk mengbersihkan guilty conscience gua.

10 nyamuk:
February 25, 2011 12:56 AM
Permalink this comment
adik lu tak cukup bijak untuk cover ketagihan dia.
btw, adik lu baca blog lu beb?
February 25, 2011 1:04 AM
Permalink this comment
hahahhhaa........
budak2 sekarang tak pandai nak cover2 lor....
February 25, 2011 1:06 AM
Permalink this comment
erk.
macam terbaca diri sendiri pulak.
em.
adik aku terlalu kerap dibandingkan dengan aku walhal...
aku lagi sampah.
February 25, 2011 1:41 AM
Permalink this comment
Hahaha.
Dasar anak jantan!
Kalo betol2 pgi library tu memang miracle lah tu.
Hahaha.
XD
February 25, 2011 12:41 PM
Permalink this comment
hahahahah... klaka...
rugi la aku xde adik... x bleh nk di banding2kan... tapi mak aku slalu membandingkan aku yang suka panjat pokok dan tendang bola dgn anak jiran aku yang selalu hidup dgn buku sekolah...
February 25, 2011 6:00 PM
Permalink this comment
Gua xde adik. Hahahahaha!!!
February 25, 2011 6:15 PM
Permalink this comment
HAHAHAHAHA~~ kelakar lah entri nie.
sian adik ko... mesti die rasa abang nya dulu pesen nerd je.... ULAT BUKU LA SANGAT!
February 26, 2011 3:41 PM
Permalink this comment
hantu punye abg..tak pasal jee...
February 28, 2011 11:37 PM
Permalink this comment
bagusnye abang...
tapi perangai abg sebonarnye mcm hareeemmm jugeeee...opsss
March 2, 2011 3:02 AM
Permalink this comment
papehal, ilmu cover diri tu penting walaupun kita sama sampah je dgn adik badik yg lain..haha