• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Showing posts with label makanism. Show all posts
Showing posts with label makanism. Show all posts

Cerita Orang Bisnes Makanan
Dipos oleh avid

Semasa gua bersekolah di sebuah sekolah asrama di Negeri Sembilan (Tingkatan 1-3), hari yang gua paling tunggu-tunggu adalah hari Jumaat. Menu makan tengah hari setiap Jumaat adalah nasi ayam, ais krim kotak dan air sirap. Menu makan pada hari lain boleh dilupakan. Tetapi disebabkan gua bukan anak orang kaya, gua telan juga apa yang mak cik dewan makan masak.

Dewan makan itu terkenal dengan macam-macam kes. Ada kes bihun goreng lipas. Ada kes kuah kacang lauk katak. Murtabak plaster luka (bukan plaster luka baru ya). Bubur kacang merah dengan ulat putih kecil berenang-renang di dalamnya. Ayam tidak masak. Nasi tak cukup. Udang berbau. Sotong berbau dan lembik.

Sampaikan tahap, kalau anda dapat ayam tak masak tak payah bising buat laporan la. Benda dah biasa sangat.

*****

Bulan ini genap setahun gua terlibat dalam bisnes makanan. Lebih tepat lagi, genap setahun gua terlibat dalam bisnes kantin sekolah. Dalam masa setahun ni, gua banyak belajar beberapa perkara dalam penyediaan makanan bagi 1000 orang.

Semasa gua mula-mula masuk berkongsi modal dalam perniagaan ini, hasrat gua cuma satu. Menjadikan kantin gua 100% berlainan dengan dewan makan sekolah gua di Negeri Sembilan tu. 

Gua pastikan tiada nasi semalam yang dimasak semula. Gua pastikan kuah laksa dimasak baru setiap hari. Gua pastikan stok ayam disimpan secara sistematik dan digunakan sebelum berbau. Gua check semua hidangan di bilik guru makan sebelum dijual. Gua pastikan stor gua bebas dari lipas dan tikus.

Kalau ada nasi lebih, gua galakkan pekerja bagi lebih kepada pelajar. Kalau ada kuih lebih pun sama. Kalau ada air yang berlebihan, jangan simpan. Buang sahaja. Kalau ada ayam yang mempunyai telur lalat (akibat cara menyimpan yang salah), gua bagi kucing sahaja. 

Semuanya kerana gua tak nak budak-budak sekolah ni merasa apa yang gua rasa selama tiga tahun di Negeri Sembilan dahulu.

*****

Daripada apa yang gua belajar, bisnes makanan mempunyai margin yang rendah. Maksudnya untung jual nasi goreng tidaklah setinggi untung menjual emas. Tetapi untung yang sedikit itu berulang beratus-ratus kali dalam masa 1 jam. Dalam masa sejam, anda mungkin boleh menjual 1 unit rantai emas dan memperoleh untung RM150. Tetapi dalam masa sejam, anda boleh menjual 300 pinggan nasi goreng dan masih memperoleh untung yang sama kalau tidak lebih.

Apa yang gua nak katakan adalah; bisnes makanan boleh untung besar. Dengan pengurusan logistik bahan mentah yang cekap, anda boleh untung lebih lagi. Anda tak perlu main tipu dalam bisnes makanan.

Anda boleh untung walaupun anda tak habis nasi yang anda jual. Anda boleh untung tanpa kitar semula makanan yang anda jual tak habis semalam. 

Jadi persoalannya, mengapa ada lagi peniaga yang jual nasi lemak cup B, telur 1/4, timun senipis-nipisnya dan 3-4 helai ikan bilis pada harga RM2? Mengapa ada lagi orang yang menjual sandwich yang intinya tak disebarkan ke seluruh roti (kerana intinya terlalu sedikit)? Mengapa ada lagi peniaga yang menjual kerepek ikan bilis pada harga RM6 sepaket?

Satu akta perlu digubal bagi mengelakkan kejutan di awal pagi kepada penggemar nasi lemak. Kandungan nasi lemak perlu didedahkan kepada pengguna atau hukuman buang negara dikenakan kepada peniaga.
 
Mengapa mereka ini wujud? Alangkah baiknya jika mereka elok-elok kerja kerajaan dan biarkan orang yang ikhlas sahaja berniaga. Tempiasnya kena kat aku juga.

Photo

Monday, March 3, 2014

pada 10:05 PM


Labels:
,
,
,
,

Taugeh Kencing
Dipos oleh avid


Secara jujurnya, gua dah dengar mitos ni lama dah. Sejak gua mula belikan mak gua ikan dan sayur di pasar sejak darjah 5 pada 1999. Jadi, gua rasa info dari 'pegawai-opis-aku-yang-pernah-buat-lawatan-ke-pusat2-penanaman-taugeh-dibeberapa-negeri-tertentu-yg-diusahakan-oleh-cha ya nun alip' ini adalah info yang lapuk tapi masih di recycle untuk menunjukkan betapa kejinya 'cha ya nun alip' dan betapa mulianya orang 'bumiputera'.

First of all, taugeh tak ditanam sebaliknya dicambah (germinated). Jadi, memanggil tempat membuat taugeh sebagai 'pusat penanaman taugeh' bukan sahaja menunjukkan penulis artikel tak pernah tengok orang buat taugeh malah menunjukkan kebangangan beliau yang klasik apabila menulis artikel rasis sebegini.

Kedua, taugeh tak menyimpan air okay. Apatah lagi menyimpan air yang digunakan semasa proses percambahannya. Taugeh bukan macam pokok baobab. Taugeh menggunakan air untuk proses percambahan bukan untuk disimpan. Besides, who the fuck wants to eat urinated bean sprouts? I highly doubt any human in the face of earth, even the fellow Chinese would drink another man's pee, let alone his/her own pee. Well, except you're Bear Grylls, of course.


Taugeh yang putih dan rangup dihasilkan apabila taugeh direndam dan dicambah dalam keadaan gelap. Itu sebab orang cambah taugeh di tong yang diletak dalam bilik gelap. Manakala, taugeh yang kekuningan, cepat layu dan kurang rangup yang didakwa dihasilkan oleh 'Bumiputera' pula dihasilkan apabila taugeh dicambah dalam keadaaan terang (sumber).

Bagaimanapun, taugeh 'Bumiputera' yang dicambah dalam keadaan terang mempunyai lebih banyak nutrtional value berbanding taugeh yang dicambah dalam keadaan gelap. Tetapi, orang jarang buat dalam keadaan terang sebab taugeh boleh jadi kering dan sape la yang bodoh sangat nak beli taugeh yang layu dan kuning di pasar?

Gua tampil mempertahankan taugeh atas nama penggemar taugeh yang selalu meminta maknya masak sayur taugeh dan kucai goreng (kucai - satu lagi mangsa mitos kononnya cina kencing kat sayur ni) apabila balik rumah. Dan lagi satu, please stop eja Cina dengan huruf jawi seolah-olah macam orang cina ni context-impaired orangnya?

Popular Posts