• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Showing posts with label what if. Show all posts
Showing posts with label what if. Show all posts

Cerita Orang Bisnes Makanan
Dipos oleh avid

Semasa gua bersekolah di sebuah sekolah asrama di Negeri Sembilan (Tingkatan 1-3), hari yang gua paling tunggu-tunggu adalah hari Jumaat. Menu makan tengah hari setiap Jumaat adalah nasi ayam, ais krim kotak dan air sirap. Menu makan pada hari lain boleh dilupakan. Tetapi disebabkan gua bukan anak orang kaya, gua telan juga apa yang mak cik dewan makan masak.

Dewan makan itu terkenal dengan macam-macam kes. Ada kes bihun goreng lipas. Ada kes kuah kacang lauk katak. Murtabak plaster luka (bukan plaster luka baru ya). Bubur kacang merah dengan ulat putih kecil berenang-renang di dalamnya. Ayam tidak masak. Nasi tak cukup. Udang berbau. Sotong berbau dan lembik.

Sampaikan tahap, kalau anda dapat ayam tak masak tak payah bising buat laporan la. Benda dah biasa sangat.

*****

Bulan ini genap setahun gua terlibat dalam bisnes makanan. Lebih tepat lagi, genap setahun gua terlibat dalam bisnes kantin sekolah. Dalam masa setahun ni, gua banyak belajar beberapa perkara dalam penyediaan makanan bagi 1000 orang.

Semasa gua mula-mula masuk berkongsi modal dalam perniagaan ini, hasrat gua cuma satu. Menjadikan kantin gua 100% berlainan dengan dewan makan sekolah gua di Negeri Sembilan tu. 

Gua pastikan tiada nasi semalam yang dimasak semula. Gua pastikan kuah laksa dimasak baru setiap hari. Gua pastikan stok ayam disimpan secara sistematik dan digunakan sebelum berbau. Gua check semua hidangan di bilik guru makan sebelum dijual. Gua pastikan stor gua bebas dari lipas dan tikus.

Kalau ada nasi lebih, gua galakkan pekerja bagi lebih kepada pelajar. Kalau ada kuih lebih pun sama. Kalau ada air yang berlebihan, jangan simpan. Buang sahaja. Kalau ada ayam yang mempunyai telur lalat (akibat cara menyimpan yang salah), gua bagi kucing sahaja. 

Semuanya kerana gua tak nak budak-budak sekolah ni merasa apa yang gua rasa selama tiga tahun di Negeri Sembilan dahulu.

*****

Daripada apa yang gua belajar, bisnes makanan mempunyai margin yang rendah. Maksudnya untung jual nasi goreng tidaklah setinggi untung menjual emas. Tetapi untung yang sedikit itu berulang beratus-ratus kali dalam masa 1 jam. Dalam masa sejam, anda mungkin boleh menjual 1 unit rantai emas dan memperoleh untung RM150. Tetapi dalam masa sejam, anda boleh menjual 300 pinggan nasi goreng dan masih memperoleh untung yang sama kalau tidak lebih.

Apa yang gua nak katakan adalah; bisnes makanan boleh untung besar. Dengan pengurusan logistik bahan mentah yang cekap, anda boleh untung lebih lagi. Anda tak perlu main tipu dalam bisnes makanan.

Anda boleh untung walaupun anda tak habis nasi yang anda jual. Anda boleh untung tanpa kitar semula makanan yang anda jual tak habis semalam. 

Jadi persoalannya, mengapa ada lagi peniaga yang jual nasi lemak cup B, telur 1/4, timun senipis-nipisnya dan 3-4 helai ikan bilis pada harga RM2? Mengapa ada lagi orang yang menjual sandwich yang intinya tak disebarkan ke seluruh roti (kerana intinya terlalu sedikit)? Mengapa ada lagi peniaga yang menjual kerepek ikan bilis pada harga RM6 sepaket?

Satu akta perlu digubal bagi mengelakkan kejutan di awal pagi kepada penggemar nasi lemak. Kandungan nasi lemak perlu didedahkan kepada pengguna atau hukuman buang negara dikenakan kepada peniaga.
 
Mengapa mereka ini wujud? Alangkah baiknya jika mereka elok-elok kerja kerajaan dan biarkan orang yang ikhlas sahaja berniaga. Tempiasnya kena kat aku juga.

Photo

Monday, March 3, 2014

pada 10:05 PM


Labels:
,
,
,
,

Oh great, he's still blogging.


***

2013 merupakan tahun yang menarik. Jika 2012 adalah tahun yang depressing, tahun 2013 adalah tahun yang penuh dengan optimis. 2013 adalah tahun gua melakukan apa yang gua nak buat. 


Pada Januari 2013, setelah berbulan-bulan mengecewakan kawan-kawan yang mengajak makan luar, tengok wayang, shopping tak tentu hala dan karaoke, gua berjaya mengumpul RM5000 yang gua perlukan untuk menjadi rakan kongsi bagi membuka kantin sekolah. Peluang menjadi rakan kongsi ditawarkan oleh seorang kenalan kampung yang turut belajar di UTM. (That's right uni kids. Don't befriends people from your own faculty only. Spread your horizon).

Pada bulan puasa 2013, dengan modal sebanyak RM800 gua membuka sebuah gerai di bazar Ramadan di Sungai Besar. Di sebelah kiri tapak gua merupakan tokan catering yang menyewa lapan tapak sekaligus. Di sebelah kanan tapak gua merupakan seasoned pasangan suami isteri yang dah berniaga air dan burger di bazar sejak 1990. Mereka menyewa dua tapak. Gua? Gua sewa sebijik tapak dan menjual samosa dan karipap. What the fuck was I doing?

Jika bazar Ramadan Sungai Besar merupakan arena WWE, gua adalah penggusti baru dari Mexico yang tarafnya lebih rendah dari Nacho Libre. Di sini, gua bersaing dengan The Rock, Stone Cold dan lebih menakutkan Big Show di sebelah kiri gua.

But still, I gave 4 decent unemployed people a job.

2. Jadi coach bola sepak.

Pada Februari 2013, semasa gua sedang memerhatikan latihan bola sepak sebuah sekolah menengah di padang sekolah mereka di Sabak Bernam, gua sedar gua tak boleh berhenti membebel pasal positiong sense defender mereka, space antara barisan midfielder dan defender mereka dan mengapa penyerang utama mereka perlu bermain sebagai playmaker.

With nothing to lose, gua mendekati cikgu mereka dan meminta izin jika gua boleh membantunya mengendalikan latihan bola sepak. Gua tipu dia gua ada pengalaman. Haha.

Kerja gua belum selesai dan akan gua sambung pada 2014. Mungkin gua perlu menangkap lebih banyak gambar tentang ini juga.

3. Membaca lebih banyak buku dan mula menulis buku.

Sehingga hari ini, gua sudah membaca 7 buku. Ianya masih kurang but hey, it's big leap daripada membaca Mastika dan Ujang sahaja. Buku terbaik yang saya baca tahun ini adalah ini:


Sehingga hari ini juga, gua sudah menulis 2 buku (or rather e-books) tentang perniagaan. Buku 1     Buku 2

4. Membakar jambatan 

Burn your bridges - Perbuatan membakar jambatan ini adalah kerja gila. Apabila tentera Sepanyol sampai di pantai teluk Mexico untuk menawan empayar Aztec, general mereka membakar kesemua kapal-kapal perang mereka. General mereka gila tetapi tindakan inilah yang membuatkan tentera Sepanyol tiada pilihan lain selain mengalahkan orang Aztec kerana mereka tiada jalan pulang!

Pada September 2013, gua menghantar surat resign kepada bos gua untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada kantin dan bola sepak. Sepatutnya gua kena bakar degree sekali tetapi memandangkan tangan bapak gua masih kuat lagi untuk melempang, gua tangguh dahulu. 

5. Belajar skill baru - gitar!

Jika sebelum ini gua main bass, sekarang gua boleh main gitar dan bass! Apa yang bermula sebagai langkah awal untuk mencegah penyakit Alzheimer bertukar menjadi minat. Dan gua mula membuat persiapan dengan mempelajari lagu-lagu penunduk wanita seperti More Than Words meskipun sampai sekarang gua tak boleh menyanyi sambil bermain. Plus, my voice croaks!

Photo

Monday, December 30, 2013

pada 11:49 AM


Labels:
,
,
,
,
,

Abang Kena Mengalah
Dipos oleh avid

Jadi anak sulung, mak gua berjuta kali mengingatkan gua yang tua kena selalu mengalah. Kalau adik gua nak tengok kartun bodoh Hagemaru, gua kena mengalah. Kalau adik gua nak Ice Pong yang gua beli lepas save lima kupang yang gua save dari belanja sekolah petang, gua kena mengalah. Kalau adik gua nak ayam last kat mangkuk sup ayam, gua kena mengalah. Mula-mula gua mengamuk kena mengalah. Natijahnya, mak gua menyinga depan muka gua. Sumpah, dengar mak gua menyinga depan muka adalah perkara kedua yang gua tak ndak selepas dapat nombor belas-belas dalam peperiksaan. Pernah sekali gua dapat nombor 9 semasa darjah lima, gua tak dapat keluar main petang dekat sebulan.

Lama-kelamaan, gua dah terbiasa mengalah. Personaliti gua dah serupa Yahudi Amerika. Sentiasa mengelak konflik. Itu pasal tak banyak orang Yahudi merompak bank kot, tapi banyak yang merompak orang dengan menjadi akauntan. Gua menjadi lebih diplomatik. Dua kali gua dapat offer join debate team di sekolah menengah dan universiti, gua tolak mentah-mentah sebab gua diplomatik orangnya. Semasa tingkatan 2, seorang member kelas gua buat gua hangin. Daripada bertumbuk muka depan muka, gua buang bekas pensilnya ke dalam hutan belakang kelas.


Baru-baru ni semasa memandu di pesisir bandar Johor Bahru, seorang mamat yang tak reti parking parallel mencium bontot kereta gua. Ketika kejadian berlaku, gua betul-betul berada di hadapan kereta dan menyaksikan kejadian tu berlaku. Sekarang kalau brader lain berada di tempat gua, dia akan ambik nombor plat kereta mamat tersebut dan cuba menyelesaikan isu dengan meminta wang ganti rugi hasil body kereta yang calar dan catnya yang terkopek. Memandangkan gua brader yag diplomatik, gua buat-buat macam bukan kereta gua yang kena langgar. "Saya punya kereta parking hujung sana, macha.." ujar gua lalu berlalu pergi sambil berpura-pura ada orang call gua.

Kerja mengecat balik kereta gua memakan RM150. Calar sikit tapi kos tersebut patutnya bukan dari poket gua. Entah kenapa dalam kepala hotak gua semasa tu bermati-matian cuba mengelak konfrontasi ketika kejadian berlaku, gua masih berspekulasi. Mungkin ada kaitan dengan muka mak gua menyinga ketika kecil dahulu. Mungkin ada kaitan dengan fakta yang mamat tersebut tak mendesak untuk bayar ganti rugi. Shit, kalau dia insist nak bayar, dia mesti good Samaritan yang terakhir tinggal di JB. Atau mungkin ada kaitan gua sebenarnya penakut mengalahkan budak Pandu Puteri yang takut nak keluar khemah kencing tengah malam.

Shit, bila gua pikir kalau gua buat pekak badak masa mak gua menyinga 12 tahun dahulu, mungkin gua boleh jadi pembahas terbaik. Mungkin gua kerja lawyer untuk defendan kes Sosilawati kena bunuh raya tahun lepas. Mungkin gua dah ada 5 ex-girlfriends sekarang dan sedang dating the soon-to-be sixth daripada main teka-teka dengan rakan sekerja samada budak HR di pejabat single atau tidak.

Photo

Tuesday, June 5, 2012

pada 7:30 PM


Labels:
,
,
,
,
,

Last Sunday was a great day. My former roomate was getting married with the same girl he used to torture me every night with hours-long conversation over phone in our room after I got dumped, I met my old friends and catched up with each other, I ate tons of free food and I made friends with a bunch of strangers I met during and after the wedding. It was odd to call it great day though especially after watching Arsenal and Perak lost their recent league games.

But anyway, here are 5 things I learnt at wedding

1. Gotong-royong is a dying tradition

Gotong-royong or gejobos as the Javanese call it is in fact a dying tradition nowadays. There are no:

1. Buying onions, potatoes, dried chillies, bunga lawang, jintan manis and all those spices from our mom's favorite grocery store.
2. Neighbours who will lend some of their kuali kawah, blender, senduk, stove, chopping board and even their freezer for our mom.
3. Kids in the neighborhood who will be helping our dad sending meals with a talam, cleaning tables and washing dishes for 20 bucks.
4. Makcik-makcik who will come to our house as early as Thursday to start peeling the onions, potatoes and cleaning the chickens and the beef.

It's sad really because remember how we used to write essays like 'Kepentingan Semangat Gotong-Royong' back in primary school and we were writing how the spirit of gotong-royong is best displayed in wedding?

2. Traditional food couldn't be more scarcer.

Back in the olden days, tapai pulut was the top delight of any traditional Javanese meal. I'm not even talking about tapai ubi. Tapai ubi is more like the uglier brother of tapai pulut. It tastes awfully sour, the texture is bland and it looks like baby food and to make it even worse, it is often packed in plastic case.



I went to many weddings (especially Javanese weddings) in pursuit of the sweet and sour taste of tapai pulut but to no avail. It all make sense. How in the world would the catering company prepare tapai pulut for a wedding? No, they can't.

Now, tapai pulut is in danger to extinct - just like Malayan tiger, keroncong band and discette. Even the best slices of original Sunkist oranges, Californian apples, corn pudding, sirap lengkong and tapai ubi won't match with the worst tapai pulut, I give you that.

3. Wedding makes you question yourself

Wedding gives you a harsh reality check. You would be happy for them first, but as soon as you are back to your normal, single life you wonder if you would find 'the one'. You wonder if you'd get to meet her before your belly become more and more similar to your dad's (unless your dad happened to have a nice flat, muscular abs). You wonder if she's pretty as you would imagined. You wonder if you should be dating instead of stalking on some random chicks in another wedding that isn't yours.

4. Getting in touch with your roots

Nowadays, young generations are not very keen to practise their descendant's tradition. The Kayans are no longer wearing their neck coils, the people from aborigine tribes are no longer storing their ancestor corpes in a case and the Javanese and Banjar youngsters are no longer speaking the languange.

I gotta say, my Javanese is still not very impressive. I could speak in a specific occasion, but not in a daily conversation. Whenever I find myself speaking in Malay instead of Javanese to another older Javanese at a wedding, I feel ashamed. I feel like I'm the douchebag that speaks fake Cockney accent in Adibah Noor's taxi in a Hari Raya TV ad (remember?). So, from now on I will take initiative to learn Javanese so that I could speak and curse in Javanese like a Majapahit sailor.



5. Flannel shirt is back


I'm not one to talk about fashion but what happened last Sunday was not a coincidence. Almost every guy in the the wedding (aside of the bride and his bridesmaid of course) were wearing flannel shirt as if we were in Sonic Youth's concert. Few years ago (especially during early 90's), everyone is wearing a flannel shirt to almost everywhere. But since the decline of grunge music, flannel shirt become kinda like something an oldfag would wear. But I guess it's coming back now.

If you're bored to death in a wedding, try counting flannel shirts instead of sheeps.

Photo

Tuesday, April 3, 2012

pada 1:00 PM


Labels:
,
,
,
,
,
,

Kerana saya seorang budak yang kuat berangan.

Cita-cita gua sentiasa berubah mengikut sesuka hati gua. Bermula dari angan-angan ingin menjadi juruterbang ketika di tadika (sebab di tadika gua, ada sebuah poster huruf 'P' untuk 'pilot' dengan gambar seorang pilot berkaca mata hitam berdiri dengan takburnya di hadapan kapal terbang) sehinggalah angan-angan ingin menjadi penulis siri komedi di TV.

Tapi kehidupan tak semudah dan seindah berangan.

#1 Kapitalis

Cita-cita ni tercetus semasa gua tengah ketagih dengan rancangan realiti TV 'The Apprentice'. Tapi tak pula gua nak jadi macam Donald Trump. Cuma gua rasa gua boleh buat sebab gua ada idea dan minat. Gua cuma perlu cari beberapa rakan kongsi untuk berkongsi modal yang juga menawarkan kepingan 'puzzle' yang terakhir untuk melengkapkan personaliti gua sebab gua rasa gua tak cukup 'persistent' untuk menjadi kapitalis.

Kalau mengikut angan-angan tu, gua mencipta 'brand' gua sendiri. Macam Colgate. Orang tak panggil ubat gigi. Macam Clorox. Orang tak panggil peluntur. Dan nama brand tu adalah 'Muzo'. Muzo ni adalah brand yang sinonim dengan mee segera dimana perencahnya di-sealed dalam 'edible sachet'. Maknanya, pengguna hanya perlu campak peket perencah terus dalam rebusan mee dan peket tersebut akan larut bersama-sama perencah kuah mee tersebut. Tak perlu kokak atau penat-penat cari gunting untuk bukak peket perencah. 

Disebabkan peket perencah tersebut diperbuat daripada polimer karbohidrat (macam plastik cekelat udang dan pil kapsul), maka peket perencah tersebut boleh dimakan. Maggi akan bankrap dan gua akan beli semua syer Maggi dan re-brand kepada 'Muzo'. Semua orang akan makan Muzo dan Maggi akan menjadi sejarah seperti Reebok.

#2 Jurulatih kelab bola sepak

Ini memang gua pernah pertimbangkan secara serius bila gua memenangi 3 trofi Champions League, 7 gelaran Bundesliga dan 7 trofi German Cup bersama Bayer 04 Leverkusen. Itu belum masuk European Super Cup dengan World Cup Championship lagi. Di England, gua merangkul 1 gelaran Liga Coca-Cola Championship bersama Scunthorpe dan 1 gelaran FA Cup bersama Birmingham. 

Ni bukan main save-save game sebelum masuk perlawanan beb. 

Gua juga fleksibel dengan aspek taktikal bola sepak. Selesa dengan formasi kegemaran 4411, gua juga boleh main 442, 433 Barcelona, 424 Invicible Arsenal, 4132, 442 Diamond sehinggalah ke formasi 3 pertahanan. Testimoni hebat macam ni kalau takde sekolah nak ambik gua jadi manager memang rugi gila lah. 

#3 Bintang rock

Sejak dari zaman mula-mula gua dengar Iklim sampailah sekarang. Bohonglah kalau takde orang yang berangan nak jadi artis. Haha. Kalau tak, masakan kat Malaysia sampai ada lima enam pertandingan sama pada satu-satu masa?

#4 Penulis

Semasa di sekolah, gua paling suka kalau ada homework esei. Haha. Gua tahu orang lain tak suka, tapi entah kenapa gua suka. Malah, homework English essay pun gua suka buat meskipun English gua memang menjengkelkan semasa di sekolah. 

Jadi, semasa di sekolah gua sentiasa membayangkan dah besar nanti gua menjadi penulis novel thriller macam Ramlee Awang Murshid, atau penulis kolum di surat khabar macam Astora Jabat, atau penulis bahagian Top Story di majalah Penthouse.

Jujurnya, gua menulis di blog lantaran menyedari hakikat bahawa gua takkan menulis sebgai mata pencarian rezeki hidup gua. Shit happens, y'know?

#5 Penerbit siri sitkom TV

Semasa kecil, gua suka menonton Pi Mai Pi Mai Tang Tu arahan Hatta Azad Khan. Tetapi gua tak tahulah sama ada Hatta Azad Khan dah nyanyuk bila gua dapat tahu dia juga mengarah filem Senario Asam Garam. Kualiti komedi dua produknya ni macam langit dan bumi.

Tetapi beberapa filem Afdlin Shauki banyak meyakinkan gua yang orang Malaysia taklah layan komedi slapstik sahaja. Orang Malaysia dah bijak. Mereka boleh layan komedi satira, parodi malahan geek comedy juga. Malangnya, Afdlin Shauki tak buat TV series. Natijahnya, kita dihidangkan dengan sinetron bodoh dan drama Kencana Holdings juta-juta yang tak habis-habis.

Jadi, gua tertunggu-tunggu bila Malaysia akan melahirkan Chuck Lorre versi Malaya sendiri? Atau mungkin Liz Lemon versi Malaya? Anyone?

Photo

Saturday, April 2, 2011

pada 2:18 PM


Labels:
,
,
,

Paradoks Seksualiti
Dipos oleh avid




Gua pernah dengar rakaman ceramah Ustaz Ismail Kamus pasal Alam Jin. Dalam ceramah tu, Ustaz Ismail Kamus kata khunsa dan pondan lahir apabila suami mendatangi isteri ketika haid. Dalam Islam, keadaan semasa haid mengundang jin. Ini menyebabkan jin turut serta melakukan threesome dengan suami isteri tersebut.

Well, gua tak pasti sama ada persenyawaan sperma boleh berlaku atau tidak semasa haid. Ye la, sebab masa haid, ovum akan keluar bersama endometrium yang melekat di dinding uterine sebagai darah. I don't know. Mungkin Ustaz Ismail Kamus maksudkan 'di ambang haid'. 

Katakan lah, kita bertaklid dan mengambil keputusan untuk berpegang dengan apa yang Ustaz Ismail Kamus katakan tadi. Ini bermakna seksualiti 'songsang' budak-budak gay ni adalah kesalahan mak bapak mereka. I mean, siapa suruh mendatangi isteri ketika haid?

Dan kenapa kita perlu hentam budak-budak gay yang memang naturally dilahirkan sebagai gay? Kenapa kita perlu samakan mereka dengan kaum Nabi Lut? Sape kita untuk suka-suki judge orang? I mean, after all it's their parents who made them for who they are.

Katakan lah pulak kita bertaklid, dan mengambil keputusan bahawa Ustaz Ismail Kamus salah. Budak-budak gay ni ada pilihan dalam menentukan seksualiti mereka. Cuma, depa ni je mengada-ngada nak jadi gay. 

Untuk golongan macam ni, gua ada dua soalan:

1) Do you think being gay is a choice? If yes, move on to Question 2
2) When do you choose to be straight?




Did you see the paradox here? 


p/s: Gua konfius sama ada Ustaz Ismail Kamus ni betul atau memang budak-budak gay ni yang 'pilih' untuk jadi gay. Jadi, gua nak bertaklid dengan enta-enta semua la ni..keh keh keh..

Photo

Tuesday, December 21, 2010

pada 9:41 AM


Labels:
,
,
,
,

Salah satu kegemaran gua bila gua bosan tak buat apa macam tunggu bas bodoh, tunggu nasi goreng cili padi siap atau berjalan ke library sorang-sorang adalah buat brainteaser sendiri. Salah satu brainteaser yang gua suka main adalah game yang gua panggil - What If.

Masa gua tunggu bas bodoh pagi semalam, gua tertanya. What if there were no nuffnang, innity and stuff for bloggers? What if blogging is just for the sake of sharing infos and ideas, free from the oppression of capitalism? Maknanya, bloggers takkan dibayar untuk ber-blogging. Maknanya blogging hanya terhad kepada tujuan untuk berkongsi maklumat dan idea.

Kalau blogger dibayar untuk ber-blogging, satu komoditi yang diperdagangkan adalah trafik. Analoginya, kalau berniaga jual lembu, penjual lembu dibayar kerana dia ada komoditi iaitu lembu. Untuk untung banyak, penjual lembu kena dapatkan lembu banyak-banyak untuk dibayar dengan banyak. Tapi, dalam kes blogging, untuk dapat duit banyak-banyak, kena dapatkan trafik banyak-banyak untuk dibayar dengan banyak.

Gila babi banyak gua cakap 'banyak'. Banyak banyak banyak.

Nak dapatkan trafik pulak, ada macam-macam cara. Tapi, yang paling senang, mudah dan pantas adalah update blog sekerap yang boleh. Kalau boleh lagi kerap dari update status Facebook. Tapi, satu masalah pulak timbul. Banyak entri 'sampah' yang di-published.

Contohnya entri nsfw (e.g entri lucah, 18sx etc.) tapi cover-cover kononnya entri tu gimik (rujuk blog brader Hisham dan Obefiend untuk buat entri nsfw tanpa gimik bodoh), entri mencarut stail Azwan Ali, entri merendah-rendahkan perempuan, entri hentam lelaki macamlah semua lelaki berperangai macam kat drama-drama Kencana Holdings TV3, entri hentam kerajaan padahal tak bagi cadangan penyelesaian, entri malam-ni-saya-beli-nasi-goreng-hmmm-sedapnya dan entri pakai bahasa gedik.

Pendek kata, entri yang 'pointless' tapi di-publish jugak sebab nak update blog sekerap mungkin dan dapat 'big fat cheque' dari nuffnang. 

Bayangkan bila takda nuffnang. Blogging dah tak jadi 'obligation'. Ada idea bagus, tulis. Tak ada idea, get a life sampai dapat idea bagus. Kualiti entri jadi keutamaan berbanding kuantiti entri. Blogging akan jadi lebih 'indie'. Blogwalking akan jadi lebih ikhlas. Trafik blog jadi parameter untuk ukur kualiti entri. Zaman sekarang ni, korang taip je 'melayu bogel' kat tajuk entri, confirm dapat hit berjuta-juta kat Google. Hahaha.

Gua tau. Gua tau. Gua pun pasang nuffnang. Sape tak nak duit, beb? Sikit-sikit pun jadi la. Cuma gua takkan compromise prinsip gua dengan duit. Seboleh-bolehnya gua mengharapkan setiap entri yang gua tulis dapat bagi input kat korang. Kalau ikut hati, nak je gua ubah paradigma satu masyarakat Malaysia!

So guys, what if there were no ads to pay for your blogging? Would you still blog or what?


Photo

Friday, November 12, 2010

pada 6:22 AM


Labels:
,

Popular Posts