• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

POLITIK

Dalam buku teks sejarah, seorang personaliti sejarah yang gua paling benci adalah Sultan Mahmud Shah. Bagi gua, dia adalah sultan yang bodoh, tidak adil, perasan tak hingat dan mudah dikencing dan dimanipulasi oleh musuh.

Semasa zaman pemerintahannya, dia membunuh orang tanpa usul periksa, perasan nak kahwin dengan Puteri Gunung Ledang (watak mitos rasa-rasa gua), dan merupakan penyebab empayar Melaka jatuh. Dia beruntung kerana mempunyai Tun Perak yang bijak sebagai Bendahara dan Hang Tuah sebagai laksamana. Kalau tak, dengan kerajaan Demak pun boleh tumbang.

Semua orang tahu apa akibatnya kalau sesebuah organisasi diketuai oleh pemimpin bodoh. Pemimpin bodoh tak fikir orang bawah melainkan dirinya sendiri dan kroni-kroninya. Pemimpin bodoh adalah punca budak-budak letak frasa 'a big fuck to all politicians' atau 'POLITIC S.U.C.K.S' (stail mengada-ngada) di ruang 'political view' dalam Facebook mereka.

***

EKONOMI

Dalam ekonomi, kronisme adalah virus. Virus tidak akan bertindak serta-merta. Simptom penyakit mungkin lambat kelihatan berbanding serangan bakteria, tetapi kesannya terhadap kesihatan sangatlah celaka. 

Mengapa hanya ada satu syarikat sahaja yang menyediakan perkhidmatan limosin di KLIA sedangkan ada tujuh syarikat berbeza yang menyediakan perkhidmatan limosin di lapangan terbang JFK? 

Mengapa hanya satu kedai sahaja yang boleh menjual top-up di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan sehinggakan Celcom Centers pun tak dibenarkan menjual top-up?

Kronisme mungkin tak dapat dielakkan dalam ekonomi kapitalis tetapi boleh dikawal. Tanpa kronisme, persaingan meningkat. Bila persaingan meningkat, peniaga akan berlumba-lumba menawarkan harga dan servis yang terbaik. Yang untungnya pelanggan. Asalkan takda santau-menyantau antara peniaga lah, yang pastinya.

***

SOSIAL

Industri hiburan negara mungkin mempunyai banyak penyanyi, tapi kebanyakkan mereka takde kualiti. Cipta lagu pun tak reti, alih-alih mengharapkan M. Nasir dan Ajai. Lagu pun balik-balik pasal putus hati, cinta, cinta dan cinta. Bak kat Loque dalam lagu 'Tentang Tentang' - cinta sana, cinta sini, aku gila geli.

Gua rasa kita perlukan banyak lagu yang membawa mesej sosial macam lagu Monoloque atau Ana Raffali dengan Mior apa tah tu.

Selepas membaca resolusi Paan, gua tak sabar menunggu lagu Ku Pujuk-Pujuk Ku Bawa Lari versi K-Pop yang lebih radio-friendly untuk membuat debut di arena mainstream.Tapi, kita kena tunggu Paan kurus dulu, katanya.

Photo

Friday, December 31, 2010

pada 11:19 AM


Labels:
,
,
,

1. Khairul Fahmi kena tembak laser, juga dengan laser kaler hijau, meskipun penyokong Indonesia bertegas mengatakan mereka tak akan menang dengan 'cara kotor' sebagaimana yang dilakukan Malaysia ketika menang 3-0.

2. Midfield yang dikemudikan oleh Safiq Rahim dan Amar Rohidan bermain agak teruk pada separuh masa pertama. Pressing tak jadi, passing tak jadi. 

3. Sepakan penalti Firman Utina mengingatkan kita kepada sepakan penalti John Mensah ketika Ghana tewas kepada Uruguay dalam suku akhir Piala Dunia 2010. Hanya 3 step yang diambil oleh kedua-dua pemain ketika mengambil penalti.

4. Siaran langsung perlawanan malam semalam banyak fokus kepada cewek-cewek Indon di seksyen penyokong. Dasar camera man gersang.

5. Kita memang main flat 4 defence ke ataupun fullback kita pancit sangat nak overlap winger kita?

6. Gol pertama Indonesia dihasilkan daripada kesilapan Razman Roslan yang nampaknya macam tak paham apa konsep zonal marking. 

7. Gol kedua Indonesia dihasilkan daripada kesilapan Kunanlan yang tak tutup space at the edge of right penalty box.

8. Firman Utina dianugerahkan pemain paling berharga dalam kejohanan. Menarik. Kapten pasukan yang miss penalty ketika final di kala pasukannya perlukan 4 gol untuk menang diberikan anugerah tersebut. Khairul Fahmi atau Safee Sali jauh lebih layak.

9. Commentator RTM dan tetamu jemputannya sucked ass! It's Ashaari pass that splitted the defence, not Safiq's! Tak ada yang lebih teruk dari melihat dua orang badut mengulas perlawanan.

10. Juara dapat USD100k sahaja?? Bapak sikit. Untuk kejohanan pada skala Asia Tenggara seperti begini, hadiah USD100k seumpama dapat hadiah buku rampaian pada sukan sekolah rendah.

***

Syabas team Malaysia. Last night's match was considerably good. Tapi banyak aspek yang perlu diperbaiki lagi. Jangan disebabkan kita menang piala dengan 100% anak jati Malaysia, kita mengabaikan talent pool kita di luar Malaysia. Menang tak menang, sultan bola kena turun jugak. Bagi jawatan tu kepada Pak Ghani Minhat.

Photo

Thursday, December 30, 2010

pada 10:06 AM


Labels:
,
,

Serbuk Gatal
Dipos oleh avid

Bapak gua pernah berpesan masa perlawanan hoki pertama gua mewakili sekolah. Kalau menang, ianya disebabkan oleh pasukan. Kalau kalah, ianya disebabkan oleh diri kau sendiri. Dalam perlawanan hoki pertama gua tu, sekolah gua dibelasah 7-2 oleh sekolah Tamil.


Pengalaman gua menjadi peminat Arsenal selama 10 tahun mengajar gua supaya jangan riak masa menang dan senyum gila babi masa kalah. Kena nganjing tu dah biasa dah. Keh keh keh. (Bila dah menang ni, gua memang tak suka riak-riak. Hahahaha)


Sepanjang build-up dua perlawanan final Piala AFF Suzuki menentang Indonesia ni, gua banyak ushar surat khabar pendukung ideologi 'Ganyang Malaysia' - Kompas. Lepas Malaysia menang 3-0 itu hari, baca Kompas edisi online ni dah macam baca Siri Penjelajahan Seluar Dalam Action Kamen


Masalahnya, semasa 'The Malaysia Cheat" laser tu dipancarkan ke muka pelakon porno Indonesia, Markus Haris Maulana, perlawanan serta-merta dihentikan. Selepas perlawanan disambung semula, tiada lagi laser kelihatan di kepala botak pelakon porno tersebut. 


Kebetulan pulak, lepas sahaja perlawanan itu disambung, Nurshahrul 'Pengantin' Talaha bermakyong di kawasan kanan kubu Indonesia dan gol bagi Malaysia. Dan penyokong Indonesia salahkan laser yang sudah tiada untuk gol tersebut. How about blaming your beloved 'timnas' for not putting 100% focus, huh?






Analoginya, gua tak study untuk peperiksaan esok paginya. Pada keesokan paginya, gua makan nasik lemak. Bila gua nak jawab periksa, gua mengantuk. Bila keluar result, gua salahkan nasik lemak. What the frak?


And guess what? Ada lagi 'punca kekalahan' Indonesia menurut Kompas. SERBUK GATAL!


p/s: Come on lads! Get stuck in for tomorrow!

Photo

Tuesday, December 28, 2010

pada 8:16 AM


Labels:
,

Paradoks Seksualiti
Dipos oleh avid




Gua pernah dengar rakaman ceramah Ustaz Ismail Kamus pasal Alam Jin. Dalam ceramah tu, Ustaz Ismail Kamus kata khunsa dan pondan lahir apabila suami mendatangi isteri ketika haid. Dalam Islam, keadaan semasa haid mengundang jin. Ini menyebabkan jin turut serta melakukan threesome dengan suami isteri tersebut.

Well, gua tak pasti sama ada persenyawaan sperma boleh berlaku atau tidak semasa haid. Ye la, sebab masa haid, ovum akan keluar bersama endometrium yang melekat di dinding uterine sebagai darah. I don't know. Mungkin Ustaz Ismail Kamus maksudkan 'di ambang haid'. 

Katakan lah, kita bertaklid dan mengambil keputusan untuk berpegang dengan apa yang Ustaz Ismail Kamus katakan tadi. Ini bermakna seksualiti 'songsang' budak-budak gay ni adalah kesalahan mak bapak mereka. I mean, siapa suruh mendatangi isteri ketika haid?

Dan kenapa kita perlu hentam budak-budak gay yang memang naturally dilahirkan sebagai gay? Kenapa kita perlu samakan mereka dengan kaum Nabi Lut? Sape kita untuk suka-suki judge orang? I mean, after all it's their parents who made them for who they are.

Katakan lah pulak kita bertaklid, dan mengambil keputusan bahawa Ustaz Ismail Kamus salah. Budak-budak gay ni ada pilihan dalam menentukan seksualiti mereka. Cuma, depa ni je mengada-ngada nak jadi gay. 

Untuk golongan macam ni, gua ada dua soalan:

1) Do you think being gay is a choice? If yes, move on to Question 2
2) When do you choose to be straight?




Did you see the paradox here? 


p/s: Gua konfius sama ada Ustaz Ismail Kamus ni betul atau memang budak-budak gay ni yang 'pilih' untuk jadi gay. Jadi, gua nak bertaklid dengan enta-enta semua la ni..keh keh keh..

Photo

Tuesday, December 21, 2010

pada 9:41 AM


Labels:
,
,
,
,

Poyo Guys Aren't Glorious
Dipos oleh avid

So, let's just say you're working on a project with a couple of friends. As per usual, the project's workload is divided into smaller parts. Everybody have their own part to do. And yahtzee! Finally the project is done. Everybody's happy. But, there are some of 'em who fucked you up by saying:


"Meh, your job is a piece of cake. My obese grandma could've done that."

I was born as the eldest son in my family. That means I was trained to put up with my younger siblings bitchiness and take it like a real gentleman. That means no hollering, no fighting and no biting your younger siblings. I always got told by my mom that 'abang sulung kena mengalah dengan adik-adik'.

And when I grow up, I became a much more diplomatic and pretty peaceful. There's this one time I apologized to my senior after he threatened me for reporting a case of which he stole my walkman and my 'Take Off Your Pants and Jacket' cassette. I live to this day to curse myself for that.

I blew up an offer to join the university's debate team (no judgement here, please) from one of the members because I think I can't even win arguments with any of my friends, let alone to win a frickin' debate with established jerk-off debaters out there.

When I was on a takraw team, some shallow dudes would always undermine the role of 'feeder' which happens to be my position. When I was on kompang team, some of the 'abang-abang' who play the fancy beat labelled me and my mates who plays the 'belalu' beat as 'not important'.

And as for now, I'm being undermined by a lot of obnoxious guitarists for my niche instrument - bass. Yeah, I always get that 'you have only 4 strings to handle', 'you can't be heard', 'you play bass just because you can't play guitar a.k.a guitard' stereotypes. 



Take a look at 1:10-1:27 to see how fucked up this song was without the bass guitar


And as expected, yeah, I put up with all of that craps.


Well my point is, as tempting as it is to be at center of attention, sucking up the glory of your team, getting girls crazy over your guitar solos, maybe you should show a little appreciation to 'the other guys' who play their 'not important' part in the name of the team. Give credits where it's due.

Photo

Monday, December 20, 2010

pada 10:00 AM


Labels:
,
,

Kita tak boleh menafikan yang benua Asia sedang menikmati pertumbuhan ekonomi yang stabil dan peningkatan kualiti hidup. Buktinya, di Malaysia, internet bukan lagi salah satu kandungan dalam senarai kemahuan korang seperti konsol Playstation dan legging yang comel, sebaliknya dah masuk dalam senarai keperluan! Sama pentingnya dengan gula dan beras beb!


Video bawah ni menerangkan perkembangan ekonomi 200 negara dalam masa 200 tahun. 


Sejak Parti Komunis China mengubah dasar ekonomi China (yang menyimpang dari idea asal sosialisme), China berkembang sebagai salah satu kuasa ekonomi yang berkembang pesat. Bermula sebagai pengeluar barangan tiruan yang tak berkualiti, China bereksperimen dengan ekonomi kapitalisme yang dunia (kita la tu) amalkan.

India pulak bermula sebagai kawasan pengilangan bahan kimia berbahaya bagi syarikat mega Barat. Segala operasi pembuatan dan pengilangan yang membabitkan risiko alam sekitar akan dilakukan di India. 

India mungkin menghadapai antara bencana alam sekitar yang paling teruk di dunia (insiden Bhopal etc), tapi India mendapat manfaat dari aliran kemasukan wang pelaburan dari syarikat keji macam ni. Jadi, ini pulak cara India bereksperimen untuk mencari formula pertumbuhan ekonominya.

Sekarang, China dan India dah banyak belajar daripada eksperimen mereka. India mula ketatkan undang-undang bagi mengelakkan lebih bencana alam sekitar dan China mula menumpukan kualiti daripada kuantiti dalam produk eksport mereka.

Dirahmati dengan pasaran ekonomi yang luas (pasal penduduk di kedua-dua negara ni lebih 1 bilion), China dan India telah diramal oleh pakar ekonomi sebagai kuasa yang akan menyingkirkan dominasi UK dan US dalam ekonomi dunia.


Hans Rosling meramalkan India dan China akan mengambil alih kuasa ekonomi dunia pada 27 Julai 2048 (tengok video ke-2 kat atas). You know what this means, right?

No? It means bahasa pengantaraan dunia masa ni akan bertukar dari English ke Mandarin! (China lagi besar dari India, so China will trump over India. Hahaha). Nasib baik lah gua dah bersara dah masa ni..Dan gua tak expect karier baru gua sebagai imam masjid berdekatan memerlukan gua untuk berkhutbah dalam Mandarin.


Photo

Friday, December 17, 2010

pada 11:56 AM


Labels:
,
,

Menonton perlawanan bola sepak di TV merupakan acara wajib bagi peminat bola sepak yang rata-ratanya lelaki dan makwe kepada peminat bola sepak tersebut. Dan korang mungkin akan jumpa beberapa golongan penonton perlawanan bola sepak di TV yang korang rasa nak terajang. Ini mungkin antara golongan-golongan tersebut.

#1 Mat Afrika

Gua gelar golongan ni 'mat afrika' sebab perangai mereka sebijik macam budak-budak Afrika masa tengok bola malam-malam Sabtu di blok asrama gua. 

Biasanya, sebelum perlawanan mereka akan provok budak-budak team lain sekuat yang boleh. Gaya dah macam duduk stadium dah. Bila team dia score, dia akan berdiri depan TV, depangkan tangannya dan angguk-angguk kepala macam dia yang score. Babi sungguh perangai. Menyusahkan orang yang nak tengok balik replay goal tu.

Bila team dia kalah, dia emo tak tentu hala. Bukannya nak diam. Tendang-tendang kerusi, maki -hamun depan TV dan maki-hamun kawan/awek/isteri lepas kalah. Korang patut tengok apa reaksi budak Ghana UTM bila Luis Suarez block a certain goal pakai tangan masa World Cup lepas. Habis barai henset gua.

Yang tak Afrika tapi buat perangai ni, tetap Mat Afrika.

#2 Budak-budak 'Lame'

Golongan bola ni tengok bola macam tak nak tengok bola. Biasanya terdiri dari budak-budak yang tak berapa nak minat bola tapi terpaksa tengok sebab merasakan dirinya lame kalau tak tengok bola. Biasanya terdiri dari budak-budak chess. Haha.

Masa orang tengah tengok bola, masa tu la dia nak SMS makwe dia. Masa tu la dia nak main game hensetnya. Masa tu la dia nak tanya 'ofsaid' tu apa. Bila gol, golongan ni la yang akan mula-mula tanya:

"Sape score? Sape score?"

Americans are lame


#3 Orang Tua

Ni lagu satu golongan annoying. Biasanya, orang tua ni kenal 'star' team yang dia sokong je. Yang main defend semua dia tak ingat.

Masa orang tengah tengok bola, masa ni la dia nak kutuk player-player zaman sekarang mata duitan la, tahan bola tak betul la, budak-budak zaman sekarang untung la, Ghani Minhat la, Mokhtar Dahari la, Mehmet Durokovic la..

#4 Budak-budak Neutral

For fuck's sake, pick a side! Budak-budak macam ni nampak peaceful, composed, cool as cucumber masa tengok bola sebab dua-dua team dia tak sokong. Jadi, dia banyak gelak je bila tengok menber-membernya bertekak. Mana-mana team yang kalah pun, dia tetap win. 

Gua selalu masuk dalam golongan ni bila gua tengok Liga BBVA Sepanyol. Hahaha.

# Budak-budak FM

FYI, FM adalah singkatan kepada Football Manager, sebuah game simulasi pengurus kelab bola sepak yang popular. Peminat game ini sangat arif dengan nama pemain-pemain dan segala taktik dalam bola sepak.

Biasanya, masa perlawanan bola sepak, mereka akan bising pasal aspek taktikal dan perpindahan pemain. Suruh midfield closing down la, push-up la, pressing la, move into channel la. Haha. 

Disebabkan pengetahuan bola sepak nya yang superior, member-member yang lain akan senyap je. Mungkin kagum atau mungkin menyampah pasal tengok bola pun ada commentary track apa? Dan ini memang perangai gua. Hahaha.

p/s: For FM fans, I think Rajagobal played 4-1-3-2 formation last night with two forwards moving into channels every time the midfield players get a ball. Didn't you guys think the same?

Photo

Thursday, December 16, 2010

pada 12:32 PM


Labels:
,

Cikgu Biasa Yang Luar Biasa
Dipos oleh avid


Ini adalah pengalaman saya ketika belajar di sebuah sekolah rendah luar bandar di Selangor. Selama 2 tahun berturut-turut, saya belajar di sebuah kelas 'target 5A' (konon-kononnya la) yang dihuni 42 murid. Sedangkan kelas yang 'bukan target 5A' dihuni sekitar 30 lebih murid sahaja.

Dalam kelas yang besar sebegini, tak dinafikan kelas kami lah yang paling bising bila tiada cikgu. Bila ada cikgu pun kelas kami bising juga. Oh, lupa. Guru kelas kami ketika kami belajar di kelas 5 dan 6 Cemerlang adalah Puan Sharifah.

Ketika itu, tugas guru sangatlah berat dan banyak. Tiap-tiap pagi, guru kelas kena salin nama murid satu-persatu dalam buku kedatangan. Kasihan Cikgu Sharifah. Dah la kelasnya ada 42 budak. Kena tulis nama satu-satu. Tambah memilukan, perangainya yang gemarkan kecomelan makin membebankan tugasnya bertambah apabila beliau siap hias-hias buku kedatangan pelajarnya dengan highlighter, colour magic bagai.

Selain itu, Cikgu Sharifah juga bertanggungjawab menceriakan kelasnya. Ye la. what do you expect kalau kita suruh budak 11 tahun hias kelas? Mau nya dikerat gambar N'sync dan ditepek kat dinding kelas. Jadi, Cikgu Sharifah lah yang buat pinggan-pinggan kertas tulis tarihk hari jadi kami sorang demi sorang. Dan dia jugak lah yang tepek pinggan-pinggan tu kat dinding kelas sorang-sorang.

Kadang-kadang, bila ada cikgu lain yang pregnant, Cikgu Sharifah lah yang pergi substitute mereka. Kasihan kami bila melihat Cikgu Sharifah yang terpaksa mengajar Pendidikan Seni sedangkan pada hari-hari biasa beliau mengajar Sains. Ianya bagaikan melihat Albert Einstein mengajar membuat kerepek ubi pedas. Kontra sungguh.

Selain itu, Cikgu Sharifah juga merupakan guru penaung Persatuan Puteri Islam, Persatuan Sains, rumah Biru dan jurulatih pasukan bola jaring sekolah. Natijahnya, Cikgu Sharifah kena tulis buku laporan tiap-tiap persatuan yang dinaunginya, dan kena buat kertas kerja tiap-tiap kali pasukan bola jaring sekolah nak keluar bertanding.

Ini tak termasuk tugas beratnya demi memastikan 42 murid 'target A' nya mencapai gred sasaran A dalam subjek Sains UPSR. Dah la masa ni Digimon tengah 'naik'. Makin berat tugasnya untuk meyakinkan anak-anak muridnya supaya tumpu perhatian semasa kelas Sains, bukannya 'battle Digimon' senyap-senyap bawah meja ketika kelas berlangsung.

Bagi guru-guru biasa dan normal, mereka akan komplen hal ini kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengenai hal ini. Mujurlah, Cikgu Sharifah ni seorang yang luar biasa. Segala tugas dibuatnya dengan gemilang. Kalau Cikgu Sharifah bukan luar biasa?

***

Gua sokong cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Besides, teachers are being underpaid for loads of work they are doing right now.

p/s: Saje je kalah pagi tadi..hehe

Photo

Tuesday, December 14, 2010

pada 7:25 AM


Labels:
,
,
,

Ampun Tuanku. 18 tahun duduk Selangor, patik tak terlepas dari membuat kesalahan di bumi Selangor. Well, at least that's what I think.


#1 Nyanyi lagu negeri Selangor versi derhaka


"Allah bantutkan usia Tuanku
 Rakyat baling batu
 Rakyat buli Tuanku

 Bahagia selama-lamanya
 Aman dan sentosa
 Kalau Tuanku tak adaaaaaaaaa......"



Zaman patik sekolah dulu, patik adalah antara penyanyi tetap lagu negeri versi ini semasa perhimpunan sekolah. Disebabkan lirik ni hanya diketahui oleh budak-budak lelaki darjah 5 dan 6 sahaja, maka seringkali nyanyian kami ditenggelami oleh nyanyian dari budak-budak skema yang lain. 


Biasanya sambil menyanyi ni, kami tak boleh mengelak dari gelak sebab seriously, lirik ni memang lawak dan catchy. 


Apa yang menariknya, lirik ni diketahui oleh majoriti budak sekolah Selangor dari zaman patik sampai lah sekarang. Barangkali terpengaruh dengan semangat 'God Save The Queen' Sex Pistols gamaknya. Ampun Tuanku.


#2 Tak mengaku anak negeri Selangor meskipun dah merempat nak dekat 18 tahun di Selangor


Yang ni memang patik tak boleh nak terangkan. Patik lebih senang mengaku sebagai anak Perak sebab Perak merupakan negeri tanah tumpah darah patik. Perak negeri tempat patik lahir dan patik berbangga dengan segala isi pelusuk negeri Perak. 


Kalau orang tanya "tuan hamba asal mana?", patik akan jawab "Perak" tanpa ragu-ragu. Kalau patik lahir di Highbury pulak, patik akan jawab "utara London" serta-merta. Ampun Tuanku.


#3 Tak menyokong sebarang team sukan dari Selangor


Team bola Selangor memang klasemen dari dulu lagi. Tapi, patik tak terpengaruh mahupun teruja menjadi peminat pasukan bola sepak Selangor kerana patik cenderung menyokong pasukan 'dark horses' seperti pasukan negeri kelahiran patik; Perak.


But, if it makes you feel any better, patik sentiasa menyokong pemain keturunan Jawa di pasukan Selangor. Ampun Tuanku.


#4 Mempertikaikan status negeri maju Selangor


Tahun 2005, Selangor diisytiharkan sebagai negeri maju pertama di Malaysia. Patik yang duduk di wilayah paling hulu di Selangor sangat-sangat lah tak setuju. Supermarket paling gempak kat tempat patik adalah Billion. 7-11 pun takde lagi masa tu. Internet pun RM2 sejam lagi. 


Bila patik besar, barulah patik paham yang Sabak Bernam tak ubah macam Texas di Amerika Syarikat. Kalau Texas di-urban-kan oleh arus modenisasi seperti di Chicago, maka hilanglah identiti ke-Amerikaan Amerika Syarikat.


Ampun Tuanku.


#5 Mempersoalkan birthday Sultan Selangor yang selalu jatuh pada hari yang dah memang cuti dah


Oh silap. Ini kesalahan bapak patik, bukan patik. Dia menghabiskan 30 minit bersarapan bersama keluarga di pagi Sabtu yang cemerlang dengan mengomel pasal benda ni. Ampun Tuanku.


Walau apapun salah patik, Tuanku...patik tetap sayang Selangor dan patik suka duduk di wilayah bawah junjungan Tuanku sebab ianya aman sentosa, permai, hijau dan tenang.


p/s: Enak dibaca sambil diiringi muzik Butterfingers - Daulat Tuanku.

Photo

Saturday, December 11, 2010

pada 11:29 AM


Hikmah Surah Al-Waqiah
Dipos oleh avid

Ni cerita member gua. Nama dirahsiakan atas dasar hormat terhadap kawan. Okay, namanya Malik dan beliau berumur 24 tahun.

***

Perjalanan pulang Malik dari rumah aweknya ditemani perasaan resah. Sejak bertunang, sudah beberapa kali Malik diminta oleh bapak aweknya untuk makan malam bersama keluarga aweknya. Dan sudah beberapa kali itu jugaklah Malik menolak atas alasan 'ada hal' kepada bakal bapak mentuanya.

Bukanlah Malik tak sayang aweknya. Kalau tak, masakan pula dia beria nak ikut aweknya pindah Serdang dan cari kerja baru. Dekat sikit nak dating, ujar Malik.

Malik mengelak kerana Malik sedar jemputan bakal bapak mentuanya itu bukan sekadar untuk melahap makan malam keluarga aweknya. Malik tahu masa itu lah dia akan dinilai, dihakimi oleh mak bapak mentuanya dari segi agama, adab makan, adab pergi tandas, adab lepas makan dan adab bersendawa.

Dikalangan rakan-rakannya, Malik terkenal dengan makan stail Abu Lahabnya, sendawa stail Abu Jahalnya, dan kencing stail cina mabuknya. Malim juga agak liat kalau dimintak jadi imam.

Tapi sejak berkapel dengan aweknya, Malik banyak berubah. Makan dah beradab. Sendawa pun dia potong kecil-kecil jadi sendawa sikit-sikit. Kencing pun dah rajin balik rumah. Cuma bab semayang Malik tak banyak ubah. Masih dengan perangai semayang Maghrib pukul 8 suku nya.

Nak dipendekkan cerita, satu hari Malik terima juga pelawaan bapak mentuanya itu. Dia datang rumah aweknya pukul 6 lebih seperti yang disuruh bapak mentuanya.

Bila masuk maghrib, Malik disuruh jadi imam. Bergegar badan Malik bila melangkah ke depan jadi imam. Kakinya jadi tak stabil. Tapi digagahnya juga. 

Pada rakaat pertama, Malik baca surah Al-Waqiah yang dihapalnya seminggu lepas khas untuk hari-hari istimewa seperti hari itu. Lancar Malik membacanya meskipun dadanya macam nak pecah.

Bila masuk ayat yatuufu-alaihim-wildaanum-mukhalladuun, Malik jadi blank. Malik lupa apa ayat seterusnya. Dia cuba memerah otaknya tetapi setelah 13 tahun menonton porno, otaknya terlalu keras untuk diperah. Setelah agak lama terdiam, Malik cancel baca Al-Waqiah dan baca Inna-a'toina pulak.

Masuk rakaat kedua, Malik cuba baca surah yang panjang sikit dari Inna-a'toina tetapi otak Malik bercelaru. Agak lama dia berpikir nak pilih surah apa. Blank sangat, dibacanya Inna-a'toina sekali lagi. Bakal bapak mentuanya tergelak dan terus batal semayang. Akibatnya, semua orang kena semayang maghrib balik.

***

Selamat pengantin baru, Malik. Pesan Malik kepada budak bujang macam gua, jangan beria hapal Al-Waqiah untuk impress bapak mentua.

Photo

Thursday, December 9, 2010

pada 11:57 AM


Labels:
,

Drawing A Future
Dipos oleh avid

I mentioned to you guys that I have a dominant right brain. Which means, I'm more inclined to art, languages and philosophy. And if I were living in ancient Greek time, you would see me hanging out with Plato, Socrates and Heraclitus, making fun and bullying the hell of Aristotle, Galen and Pythagoras.

I guess that explains why I sucked at Math but always came out top in Bahasa Melayu, why I love writing essays, and why I love doing a favorite pastime of mine; drawing.

When I was a kid, I always draw orang lidi, cars, houses and tractors in my father's books. I would draw these stuffs in any blank page in his Hamka and agama books I could find in my dad's reading room. Surprisingly, he didn't mind at all.

In primary school, I always have a buku rampaian just for drawing purposes. In this book, I would draw footballers, cool superbikes and any cool cartoon characters that I found in comics. At this stage, I was heavily influenced by cartoonists of Ana Muslim; an educational comic that I could buy because my mom won't let me buy Ujang, Dragon Ball and other comics that she described as 'tak berpekdah' stuffs.

My drawing wasn't really top notch at that time. I can't draw lips, fingers and feet of human and if I did, it all looked weird. But still, I was considerably good amongst all other kids in the school. Everybody would ask me to look at my buku rampaian to look at my new and latest 'masterpiece'. Haha. Especially girls! I tell you fellow gentlemen, chicks dig artists!

But that didn't last long until I got into secondary schools. After UPSR, I went to boarding schools. And usually in boarding school, you can't squeeze your hobby time in your tight schedule. Plus, the school that I went to, is a frickin' science school! It was hell. It was like all everybody could talk about was frickin' science, science and science!

So, for 5 long years I hadn't picked up where I left off after primary school. My drawing skills are still there but it didn't progress much as I haven't got any time to practice. An hour of Art class per week didn't help me at all. My sketch books were filled with shitty drawings. Girls didn't look at my drawings anymore. Hahaha. I felt like I'm just another regular loser in the house. 

After SPM, I got a wee bit of time to waste. So, I got back into drawing and I started sketching a lot of personalities in newspapers. Thank god, I still keep these shitty sketches. It reminds me of how much I suck at drawing at these days and how much I've changed in the past 10 years.

Thierry Henry

Arsene Wenger

Ruud van Nistelrooy

Matt Perry of Friends sitcom


And I thank Allah for leading me into the righteous path. That I'm not much of an artist as I thought I could be. Hahaha.

Photo

Wednesday, December 8, 2010

pada 10:50 AM


Labels:
,

Are you freakin' kidding me???

Sebagai rakyat Malaysia yang mahukan yang terbaik untuk negara, gua lagi suka refer diri gua sebagai rakyat Malaysia berbanding orang Melayu Malaysia. Maka, oleh sebab itulah gua agak kritikal dengan golongan ultra-Melayu seperti budak-budak PERKASA, geng-geng Biro Tatanegara dan orang-orang Melayu yang bermati-matian memperjuangkan ketuanan status 'Bumiputera'.

Source: FOA

Okay. Gua dah dapat rasa budak-budak keyboard warriors, ultra-Melayu dah start nak hentam gua. Chillax. Hold your horses. Bagi gua masa untuk terangkan pendapat gua.

Mengikut pemahaman gua, kontrak sosial yang telah ditanda-tangani oleh wakil semua kaum di Malaysia mempersetujui bahawa golongan Bumiputera adalah golongan yang diberi keutamaan dalam pembangunan kerana golongan ni yang paling ketinggalan antara kaum-kaum lain.

Niat asal kerajaan pada masa itu adalah untuk bagi peluang golongan Bumiputera untuk catch up dengan kaum-kaum lain dalam bidang ekonomi khususnya. Dan untuk memberi keyakinan orang Melayu yang hilang setelah dijajah selama lebih 400 tahun.

Sampai sekarang, kontrak sosial ni masih diteruskan dan alhamdulillah peristiwa 13 Mei tidak lagi berulang. Bangsa Melayu semakin bijak, berkeyakinan dan ramai yang sudah berjaya. Meskipun orang Melayu masih bukan kuasa dominan dalam ekonomi Malaysia, orang Melayu perlu akui bahawa mereka sudah jauh berkeyakinan dan berani berbanding 53 tahun yang lepas.

Untuk pengetahuan semua, ekonomi Malaysia masih berada di takuk yang sama sejak tahun 1990 - tahun pelancaran Wawasan 2020. Kita masih berada di kelas 'middle upper income' dengan pendapatan perkapita sekitar USD8260 - berbanding USD15500 untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. (Baca)

Dude, yang ghairah sangat nak jadi negara maju ni apahal?

Well, jadi negara berpendapatan tinggi bermakna korang akan menikmati kualiti dan taraf hidup yang lebih tinggi. Korang takkan dapat gaji permulaan RM2000 dengan bekerja sebagai jurutera. Korang takkan dapat servis broadband yang slow macam siput, takkan kerja 60 jam seminggu untuk gaji RM3000 sebulan dan akan dijanjikan kenaikan pangkat berdasarkan produktiviti kerja korang.

Yelah...gaji naik pun kalau harga barang naik, apa guna beb?

Masa ni la Bank Negara kena bertindak untuk mengawal kadar inflasi negara. Kenaikan gaji sebanyak 10% sepatutnya boleh meningkatkan 'purchasing power' korang sebanyak 5%. (Baca) .Korang akan jadi kaya 'sikit' dari sebelum ini. Hati-hati. Jumlah 'sikit' ni besar nilainya bagi golongan proletariat.

Sekarang kita dah tau kenapa pentingnya jadi negara berpendapatan tinggi. 

Gua rasa sudah sampai masanya semua orang Malaysia bekerjasama, berganding bahu untuk memajukan negara.

Sudah sampai masanya kita hapuskan kronisme. Sudah sampai masanya kita mengamalkan sistem meritokrasi dalam beberapa bidang tertentu, bukan sistem kuota. Sudah sampai masanya kita liberalisasikan ekonomi. (Baca). Sudah sampai masanya kita berhenti berkata "aku Melayu, lu Cina, ko India".

Dude, ko cakap senang la..Melayu dah la makin terkebelakang dalam pendidikan dan ekonomi. Ni kalau diserahkan kuasa politik, apa lagi yang kita ada?

To all pessimist out there, do me a favor please. Would you please jump off a cliff already? And to all racists out there, masa korang sekolah agama dulu pernah belajar tak pasal 'husnus-zann' dalam subjek Akhlak? Yang buruk sangka kat orang lain apahal? Buang lah prejudis terhadap kaum lain. Grow the fuck up.

Gua cuma berharap untuk sementara, kita lupakan ketuanan Melayu, status Bumiputera and all that shit. Bila kita terlalu obses dengan semua tu, seolah-olah kita akan layu terkulai tanpa kuasa sosio-politik. Semua ni menggambarkan seolah-olah kita paranoid dengan kemungkinan kehilangan kuasa. 

Mana keyakinan kita, beb?

Photo

Thursday, December 2, 2010

pada 8:03 PM


Labels:
,
,
,
,

Seniority
Dipos oleh avid

Masa gua sekolah dulu, senioriti adalah salah satu protokol sosial. Korang langgar protokol ni, bermakna korang mencari nahas dengan senior. Dan senior tak suka kalau korang cari nahas. Sebab bila korang cari nahas, senior 'terpaksa' belasah korang. Bila senior belasah orang, senior kena gantung sekolah. Bila senior kena gantung sekolah, kawan-kawan senior pulak 'terpaksa' belasah korang. 

This vicious circle will never stops, I tell ya. Gua rasa semua sekolah asrama buat perangai macam ni.

Jadi, selama mana gua bergelar junior, gua kena panggil senior gua dengan panggilan 'abang'. Walaupun abang tu lagi pendek dari gua, gua kena panggil abang jugak. Walaupun abang tu dari puak lembut, gua kena panggil mereka abang jugak.

Bila gua jadi senior, gua pulak dipanggil abang. Perasaan bangga dan ujub tu mekar membunga-bunga. Hakikatnya, gua budak lompat. Jadi, gua sebaya/lebih muda dari dia orang. Keh keh keh.

Tetapi hal sebaliknya berlaku dalam dunia blogging. Kalau ikut protokol sosial sekolah gua, gua patut panggil mereka kak Zara, abang Faizal, kak Wanie, kak Nurazreen, kak Husna, kak Nani dan abang Paan. Dan yang paling menakutkan, gua kena panggil budak ni abang Kimi!

Tapi bila gua drop comment dalam blog mereka, it's my default setting to pretend that there is no such thing as seniority in blogosphere. Sebab gua dah terbiasa in the real world. Malah, gua dapat nickname 'orang tua' masa kat sekolah simply because i talk like an old man. I could talk about old men stuffs like World War II for hours on a daily basis.

So, buat blogger-blogger tua (ya, korang tua) semua, maafkan saya kalau saya tak address akak-akak, abang-abang dengan panggilan sebetulnya. Walaupun saya tak address seniority akak-akak dan abang-abang semua, saya tetap hormat akak-akak dan abang-abang semua. Lagipun bukankah pepatah mengatakan, yang tua dihormati, yang muda disayangi?

Photo

Wednesday, December 1, 2010

pada 10:36 PM


Labels:
,
,

A New Crap
Dipos oleh avid

Just so you know, I've just finished my exam which means I'm gonna write about my good-for-nothing life, some useless facts and some lame thoughts of mine. Again. And as for now, I'm working on it but I can't post it right now because I need a scanner to put some pics which apparently I don't have. 

So, for now you guys might wanna take a look at Blogbusters for my new crap. And as usual, I write about some useless facts that no one gives a damn care about. If you find that blog informative or anything, be one of the followers. Would ya?

All right, you guys read that while I'm gonna go to a cinema and not watch 2 Alam.

Photo

pada 11:39 AM


Labels:
,

As a music fanatic, I love watching music movies. And by music movies, I don't mean music documentaries or biopics. I mean real movies with a fiction plot, great soundtracks and the occasional cameo appearances from music legends.

Yeah, I'm talking about movies like Juno, Rock N' Roll High School, Once, Scott Pilgrim vs The World, Suck, This Is Spinal Tap, August Rush and of course School of Rock!

School of Rock was one of my movie collections that brought tears to my eyes. Hahaha. Now, I'm telling you guys, I'm not really the kind of guys who would be weeping easily over melancholic soap operas or romantic movies. As an 'abang long' and as a man, I was taught by my dad to conceal any sad feelings to myself. 

OMG. I'm gay after watching School of Rock! LOL (Credit: A Story)

School of Rock is movie for rock fans. It's all about rock and roll attitude from start to finish. In this movie, a fraud teacher, Dewey Finn (Jack Black) 'uses' a bunch of prep school kids to be his bandmates and crews for Battle of Bands. The kids are talented in music but they don't seem to possess the rock and roll attitude. So, Dewey teaches these kids everything they should know about rock and roll. The history, theories....all of it!

Rock n' Roll mind map

The movie is so good that I decided to bore you guys with my take and perspective on this movie and what kind of reflection does it have in our real world.

1. Dewey Finn (Jack Black)


Dewey represents the kind of ideal musician IMO. He was kicked out of his own band due to his crazy stage antics while the band is trying to pose a 'serious musician image' to secure a deal from record label. This literally reflects much to our 'indie' scene. Some formerly proclaimed 'indie' bands have gone all corporate in order to be the next big thing on TV and radio when all that matters is your music integrity.

2. Ned Schneebly (Mike White)



Ned represents the kind of musicians who give up on their dream due to creativity blockage, lack of musicianship, not having pretty face or not being fit enough to survive in music. Since the emergence of MTV, a lot of musicians were forced to give up on their music dream for lacking the 'it' factor. Some of them tried to stay 'indie' but eventually being 'indie' doesn't give you the money. So, they quit and become pretty much like any other proletariat. 

3. Zack Mooneyham (Joey Gaydos Jr.)


Zack represents music prodigies from the good old Mozart to Bj√∂rk. These prodigies are insanely talented that they even start writing their own materials and capable of playing 2-minutes guitar solos below 12 years old! 

4. Freddy Jones (Kevin Clark)


Freddy represents the kind of punk rockers in real life. He mentioned that he likes burning stuffs, much like a typical and anarchy attitude which are usually best portrayed by punk rockers. He did mention a reference to punk rock in this movie which is: "Sex Pistols never won anything". Plus, he wears a Green Day Warning Tour t-shirt during the credit roll performance. Punk's not dead!!

5. Katie (Rebecca Julia Brown)


As a bassist, I was a little bit disappointed by lack of significant scenes involving Katie. Plus, Katie didn't get to perform his bass solo during the credit roll performance. Bummer. I think movie fails to fully capture how important the sound of bass in a band despite its low end sound. Anyhow, Katie represents girls in a rock band, much like Kim Gordon of Sonic Youth, D'arcy Wretzky of Smashing Pumpkins, Chua of Kotak, kugiran Candy (ingat tak?) and many hot rock and roll chicks out there!

6. Tomika (Maryam Hassan)
 

Tomika represents every musicians who suffers major insecurity issue due to their physique. Be it a 'gempal' body, an ugly face (yes Justin Bieber. It's you) or a crippled body (pakcik-pakcik main keyboard di pasar malam). They have an enormous talent but the world isn't a nice place to live on. But there are some of 'em who made it like Adibah Noor, Aretha Franklin, Queen Latifah and many more!

I omitted the keyboardist because he's pretty much like Zack the guitarist. They're both prodigies.

Selamat berweekend, y'all!

Picture credit: Listal and Movie Screenshots
Idea credit: Blog Obe

Photo

Saturday, November 27, 2010

pada 9:30 AM


Labels:
,
,

Dalam episod Amazing Race Asia yang lepas, gua sempat tengok dengan mak dan adik-adik gua. Dalam episod tu, Malaysia ada tinggal satu sahaja lagi wakil dalam race. Dan ya, gua rooted for Malaysian team.
Two sorry asses from our very own Malaysia
Dalam episod tu, ada satu insiden dimana team Malaysia dapat first trip naik bot di Bali. Masa ni, team Filipino yang dianggotai dua baldy-assholes jadi tak puas hati dan marah dengan team Malaysia sebab team Malaysia dapat 'cop' (dibs) first trip masa tengah rebut-rebut nak 'cop' trip masing-masing. Macam biasa lah, dua Filipino douchebags ni buat muka tak puas hati kat team Malaysia.

Yep. Douche gila muka.


Nak tau apa team Malaysia buat regarding this incident?

Depa mintak maaf kat team Philippine tu! Gua macam tak percaya. Gila baik sial team Malaysia. And sure enough, masa race berlangsung team Malaysia got distracted by this incident, made a bad choice and they were out of the race for good. Daripada no.2 jatuh ke last place. Nice job, team Malaysia.

It's frickin' race! What do you expect? You hurted your opponents and you don't apologize to them. So what if they got pissed by you? Big deal. It's a competition. In competition, you respect your oppenents BUT you don't feel sorry to your opponents especially when you kicked their ass!

Tapi, dah memang nature orang Malaysia macam tu...

I get it. Orang Malaysia ni lemah lembut, bersopan-santun dan berhati murni. But guess what? There is no award for being the nicest team in Amazing Race! Anugerah Fan Favorite pun takde.

Sebenarnya, gua lagi suka tengok kalau orang Malaysia tak jadi naif sangat dan jadi super-competitve. Orang yang kompetitif akan buat apa sahaja (pada masa yang sama patuhi peraturan pertandingan) untuk capai kemenangan. Kalau dalam pertandingan boleh terajang opponent, dia akan terajang dengan full force. No mercy. Takde kesian-kesian. 

Macam jugak dalam sukan sepak takraw. Gua rasa annoyed gila bila orang pertikaikan yang team Malaysia terlalu fokus menari depan jaring daripada main takraw betul-betul. Guess what? Apa yang Futra Abd. Ghani buat tu (menari depan jaring), adalah perkara normal dan dibenarkan dalam sukan sepak takraw.

Tujuannya adalah untuk intimidate your opponents. Crush 'em before the game is even started. Kalau korang betul-betul peminat sepak takraw, korang akan tahu apa yang Futra buat tu dah dikira biasa-biasa je. Malah, team Thailand pernah buat lagi teruk, lagi celaka dan lagi intimidating dari tarian Futra.

Masa zaman kegemilangan tekong servis kuda Thailand yang paling awesome, Suebsak Phunsueb dan team mates nye akan meraikan satu mata yang diperolehi dengan berlari keliling gelanggang dalam satu round sambil membawa gambar raja mereka. Baru satu point beb! Yang menariknya, antics ni hanya dilakukan bila lawan team Normanizam, Azlan Mubin dan feeder yang gua lupa dah namanya.

Tapi gua tengok team Thai sekarang tak buat benda tu dan elok je menang emas?

Well, kalau korang baca akhbar Thai, coach Thai kata persembahan Malaysia masa final adalah sub-par. Servis tekong selalu sangkut. Bila tak sangkut pulak, servisnya tak kencang. Montel dan comel untuk diangkat pemain-pemain Thai. Jadi, apa pointnya Thai nak menari kalau lawan dia pun sayur?

Memang silap team takraw Malaysia la for acting like a bunch of assholes tapi tak competitive and not up to standard. Macam mana pun, gua tetap puji team takraw sebab kalahkan Korea; the rising nation in sepak takraw.

I wish Malaysian would be more competitive. Humble tu humble la jugak, tapi takde la sampai nak mintak maaf kat opponent korang bila korang tengah bertanding and kicking some asses. Be ruthless. Buat muka garang. And most importantly, don't be SORRY for being awesome!

Picture credit: AXN-Asia

Photo

Wednesday, November 24, 2010

pada 7:08 PM


Labels:
,

Popular Posts