(Tribute buat cikgu-cikgu baru)
Satu hari masa gua Form 4, gua ada kelas kimia kat makmal macam biasa. Cuma yang tak biasanya adalah hari tu cikgu baru masuk. Cikgu kimia lama cuti bersalin. Gua tengok cikgu baru tu cun la jugak. Tudung dia pin kat dua-dua belah. Kiri dia pin, kanan pun dia pin. Tulisan kat whiteboard pun nampak skema. Teratur walaupun makin lama makin condong ke bawah. Lagipun cikgu baru suka pakai marker biru. Gua panas sikit cikgu pakai marker merah ni. Ha, kan dah meraban dah ni.
Kembali kepada nostalgia gua. Hari tu walaupun itu kelas pertama dia, cikgu baru nak buat gak eksperimen. Eksperimen mengkaji sifat halogen. Ada macam-macam halogen dari pelbagai ragam budaya tersedia. Fluorin, klorin, bromin, iodin suma ada. Cikgu baru assign group gua buat bromin. Bau bromin macam babi. Sesak hidung gua menghidunya meskipun dilarang cikgu baru.
Gua start eksperimen dengan memilih penitis pilihan hati gua. Dengan cermat, gua bukak penutup botol bromin tu. Serta-merta, bau mencucuk hidung tersebar di sekeliling member kelas gua yang tertonggok tengok gua mengkaji peel bromin macam mana.Eeeuuw!! Gua buat cool je. Lepas tu, dengan cermat juga gua sedut bromin tu pakai penitis. Lepas sedut, gua angkat penitis tu untuk dipindahkan ke silinder penyukat. Tengah-tengah nak memindah tu, tiba-tiba bromin dari penitis tu tertumpah. Tertumpah lak kat tempat cantik. Kat jari telunjuk dan jari hantu kiri gua! Gua rasa nak menangis. Tangan gua pedih gila babi. Bromin tu hakis habis-habis tangan gua. Cikgu baru dengan cemasnya suruh gua basuh tangan gua cepat-cepat. Masa gua basuh, pedihnya tangan gua bertambah berkali-kali ganda. Gua nak menangis tapi awek-awek kelas gua semua tengok dengan cemas. Yang nak menangis pun ada. Jadi, gua basuh tangan gua sambil buat muka cool. Member gua siap kutuk on the spot lagi. "Perghh....cool gila lu kena bromin." Celaka Yazid.
Selepas keadaan tenang seketika, cikgu baru tanya gua ok ke tak. Gua cakap gua cool je. Padahal dalam hati rasa nak mencarut je. Sakit gila babi. Gua tengok dua jari kiri gua berdarah-darah sampai nampak putih-putih. Cikgu baru cemas macam dia pulak yang kena. Keh keh.
Disebabkan eksperimen gua hari Isnin, kelas lain yang plan nak buat eksperimen pada hari berikutnya tak jadi buat. Eksperimen batal. Cikgu je demo.
Tapi yang paling best, cikgu baru tak putus-putus tanya gua macam mana. Padahal bukan salah dia. Keh keh. Siap bagi mnyak gamat dua botol tu. Dua botol beb. Dua botol. Kalu satu habis, ada satu lagi. Baik kan cikgu baru ni?
Sentiasa Suka Cikgu Baru
Dipos oleh
avid
Thursday, October 22, 2009
pada 6:11 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 nyamuk:
October 22, 2009 at 7:05 PM
Permalink this comment
haha..
aku terbayang-bayang bila kau kate bau macam babi...
lu budget cool la?
balik umah nangis.mcm wa xtau.=p
October 22, 2009 at 7:32 PM
Permalink this comment
terselah kegatalan anda...
October 22, 2009 at 10:29 PM
Permalink this comment
Muahaha~
Aku nak anggap ini tribute buat aku~
Aku kan amik Kimia~
=]
Muahaha~
aku ingat lagi student aku dulu~
Kena HCl 0.5 M dah cakap, nanti lubang tak tangan saya~
Rasa nak bagi penampar~
October 23, 2009 at 3:25 AM
Permalink this comment
@ lumut
lu jgn main2...dah bape taun gua x nangis ni beb...haha...
@ razman
lu x gatal?
@ zara
ahaha....sarkastik gile budak tu...
October 23, 2009 at 6:14 AM
Permalink this comment
Suh jela cikgu tu tolong basuhkan tgn ko tu~~~
apa kisah...
October 23, 2009 at 7:10 AM
Permalink this comment
Aslmualaikum..
mcmni kne hari2 pn tkpe..hehe
October 23, 2009 at 10:45 PM
Permalink this comment
jatuh hati sudah barangkali? hem
October 24, 2009 at 3:08 AM
Permalink this comment
@ anike
kang pengetua nampak kena buang kerja cikgu tu kang...
October 24, 2009 at 3:09 AM
Permalink this comment
@ yusuf
x leh gak bro...pedih de terasa lagi tuh...hehe
@ daffodil
asal suma org ingat gua jatuh ati kat cikgu baru?
October 24, 2009 at 2:49 PM
Permalink this comment
pergh!!!layout baru..gempak..alah..lu da ade awek la..kimsalam awek lu yg guna intro mcm tuh.bgus2.keskeskes.
June 15, 2013 at 7:40 AM
Permalink this comment
Are beneficial products and solutions, and discover be somewhat likes to show off often of which.
Young adults start using off-road produce pretty big plans.
Whirlpool gives one specific combination that costs
a smaller amount of. It's even the selfsame main reason why Burger king drink has a reminder near the eye lid proclaiming that these caffeine containing drinks are awesome.
Here is my page: electric stoves ovens reviews [http://toasterovenpicks.com]