• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

If there is one thing I could say about stereotypes, it is that they ain't true at all. Like Irish are bad drunks. Canadian are afraid of dark. English have bad teeth. Chinese eat anything that moves. Kelantanese are bad-asses (in a bad way). Malaccan curse like a docker.

Bila gua baca entri akak ni, gua teringat cerita makcik gua. Makcik gua yang sorang ni kehilangan anaknya dalam satu kes samun. Lepas siasatan dijalankan, dua orang pemuda Kelantan ditangkap and the rest is rock and roll history. Not important.

Lepas kematian anaknya, makcik gua jadi paranoid dengan orang Kelantan. Benci, takut, geram. Tiap-tiap kali gua datang rumah dia, makcik gua ni selalu 'nasihatkan' gua jangan rapat dengan orang Kelantan. Jangan percaya dengan orang Kelantan bla bla bla.

Tapi gua tetap berkawan dengan budak Kelantan macam biasa. Gua mengaku orang Kelantan ni kuat berasabiah, suka berjalan sesama clique tapi sepanjang pengalaman gua berkawan dengan dorang, orang Kelantan ni hilarious, funny and easy going. 

I'm sorry auntie (Lek, silap aku njlok dingapuro. Wes suwi orak ngomong jowo). I just think you have no right whatsoever to judge people before you know 'em. You see, I cherished every moments I spent with your son.  You know how close we were back when I was a kid. He used to be my coolest cousin ever. From him, I learnt how to make meriam palung, touched my first guitar and listened to XPDC tunes in his room. Yup, I missed him.

Gua tak paham kenapa kita cepat bersikap prejudis terhadap orang lain. Beria-ria fuck fuck Israel padahal bukan semua orang Israel sokong dan terlibat dalam Zionism. Beria-ria hentam blogger yang berpemikiran liberal, kononya berkiblatkan barat padahal mereka sekadar bertanyakan pendapat bukannya mengeluarkan fatwa. 

All right. Let's make this a lil' bit more interesting.

I am a Muslim of Javanese descendant. My family and I practice good old Malay traditions which basically revolves around Islamic life. But, I listen to all kind of 'bad' musics, I watch a lot of western TV shows and I hate how local TV shows turn out these days. One day, I would love to befriend with Jews and I believe they can't be any worse than us Malaysians. Last but not least, I believe aliens exist.

Hahaha. Judge gua sekarang!

Photo

Saturday, October 30, 2010

pada 12:12 PM


Labels:

Too Hot for a Teacher
Dipos oleh avid

Masa gua form 2, dalam subjek Kemahiran Hidup kena belajar Prinsip Akaun. Untuk belajar subjek ni, semua budak kena beli buku lejar. Setiap kali habis kelas, cikgu Rohana akan bagi soalan suruh buat dalam buku lejar. Siapa tak siap, kena berdiri kat koridor luar kelas dan siapkan.

Bermulanya saat belajar prinsip akaun ni, gua tahu gua BENCI subjek ni. Gua rasa nak makan-makan je buku lejar ni dengan harapan buku lejar tu akan keluar sebagai tahi. Lagi sedap nak menganjing, bila bukan gua seorang yang tak suka subjek ni.

Jadi, setiap kali ada homework akaun, gua akan cop buku lejar Chem atau Hazim dulu. Chem dan Hazim suka akaun. Budak-budak lain termasuk gua tak suka. Jadi tiap-tiap kali Chem dan Hazim nak start buat homework akaun, kita orang akan tangguhkan perlawanan sepak tutup botol sewaktu prep malam di kelas.

Tetapi semua itu berubah bila cikgu Rohana cuti bersalin dan digantikan dengan cikgu Naslinor. Ketibaan cikgu Naslinor merubah minat gua dan rakan-rakan dalam akaun. Gua semakin rajin menelaah buku teks dan makin pandai buat homework sendiri. Ketabahan dan kesabaran cikgu Naslinor dalam membimbing kita orang, membuatkan kami bertambah rajin dan tekun mempelajari prinsip akaun.

Bullshit. Hahahaha.

The truth is, Cikgu Naslinor was (and I hope still is) hot. Kalau dalam skala 1-10, gua bagi 8.7. You see, memakai tudung dengan kedua-dua hujung tudung disempangkan ke bahu (catch my drift?) tidak boleh dilakukan di kelas tingkatan 2 yang rata-rata budak lelakinya baru menjejak pubety. With a pretty smile and adorable attitude, she quickly established herself as our favourite teacher within what...? Two classes? In my case, it took 15 of minutes of her introducing herself in our class to become my 3rd favourite teacher of all time. Hahaha..all time, beb!

Thanks to Cikgu Naslinor, semua budak yang dulunya benci akaun, suka kelas prinsip akaun. Masing-masing berebut-rebut tanya soalan dengan harapan Cikgu Naslinor akan datang dekat ke meja dan tunjuk dengan jarinya yang comel. And if you're funny, she'd make this childish giggle that makes you wish the class didn't last for the next 3 hours.

Natijahnya, Chem dan Hazim semakin dipinggirkan. Budak-budak gua dah tak main sepak tutup bola lagi dah masa prep malam. Budak-budak perempuan geleng-geleng kepala, tengok perubahan positif budak-budak laki.

Personally, Cikgu Naslinor did help me on this subject. Dia memang pandai mengajar akaun. Gua masih benci akaun, tapi thanks to her gua boleh buat homework gua sendiri. I think that's why I inducted her in my all-time favourite teacher list. A list of teachers who changed my sorry life. 

Sementara itu, kat Italy sekumpulan mak bapak di sebuah sekolah Katolik berprestij di Milan bertindak meng-transfer anak-anak mereka atas sebab Miss Tacconelli pernah muncul seksi dalam satu video lama yang tersebar di Internet. I find this completely absurd. Bukannya Miss Tacconelli pakai bikini pun ajar budak-budak tu. Ceh back up Miss Tacconelli tuh! Bukannya cikgu gua pun! Hahaha.

So, what do guys think? Hot teacher: Inspiring or Distracting?


Photo

Friday, October 29, 2010

pada 3:16 PM


Labels:

Member gua ada tanya gua apa nama sedap untuk kedai serbaneka baru dia. Gua jadi excited jap, jadi gua mula hamburkan beberapa nama untuk dia. Tapi, last-last dia pilih 'Hop-In' sebagai nama kedainya. Dari segi definisi 'hop in' tu sendiri memang dah cun dengan tujuannya untuk tarik pelanggan masuk kedainya. Catchy pun catchy. So, kalau lu orang pergi stesen bas Bandar Tasik Selatan dan nampak ada kedai nama 'Hop-In', masuk la! Lu orang petik nama avid gunner, sure dapat diskaun punya! Ha ha.

Anyway, berkaitan dengan nama kedai, gua ada beberapa cadangan untuk sape-sape yang nak bukak bisnes tapi nak nama kedai yang distinctive yet catchy.Ye la, kadang-kadang bosan jugak bila balik-balik nama Restoran Kak Nyah, Peter File (sebut laju-laju!) Engineering Sdn. Bhd jugak yang diletaknya. Tak kreatif!

Brilliantly done! (Credit)

1. Jenis perniagaan: Kedai disco, kelas tarian, kelas balet, dangdut etc.
Nama perniagaanAttic Monkeys 
Tagline: "I Bet You Look Good on the Dancefloor"
 
Deskripsi: Huh? Huh? Genius, right? Bayangkan bila pakcik-pakcik dangdut nampak signboard kelab dangdut yang tertera tagline tu. Atau mungkin dari business card korang. Self-esteem mereka akan meningkat dan mereka akan melupakan persepsi negatif masyarakat bahawa 'orang tua duduk rumah bawak bertaubat sudah la'. Kaum lelaki akan lebih berani mempelajari tarian balet sebab dia orang tau Arctic Monkeys bukan budak-budak gay. Ha ha ha. Maka, market audience bisnes kelas balet korang akan lebih meluas dan tidak terhad kepada golongan wanita dan gay sahaja.



2. Jenis Perniagaan: Premis permainan paintball, laser tag di Ulu Kelang, Ulu Klawang
Nama perniagaan: Sack Pistols
Tagline: "Anarchy in the UK"

Deskripsi: Tagline ni memberikan gambaran bahawa pelanggan boleh mempraktikkan ke-anarki-an masing-masing di dalam premis perniagaan korang. Setelah berjam-jam berada di dunia luar yang penuh dengan undang-undang, premis lu orang membolehkan pelanggan go mental and 'kill' people. Hey, kita pun ada beast dalam diri kita apa? Remember Dr. Jekyll? Lagi cun, masa pelanggan main lu orang pasang lagu berhantu Sex Pistols ni dalam premis biar terserlah sikit ke-anarki-an mereka. Ha ha ha.


 
3. Jenis Perniagaan: Romantic, fancy restaurant
Nama perniagaan: Guy le Sebastienne
Tagline: "Angels Brought Me Here"

Deskripsi: Tagline ni membolehkan pelanggan meraikan first date mereka di dalam restoran lu orang yang terkenal dengan 'Valrhona chocolate souffle with a raspberry sauce, topped with caramelized bananas and hazelnut gelato' dan good old red syrup (instead of red wine ha ha ha). Satu hari nanti, si perempuan pasangan tersebut akan teringat kenangan 1st date di restoran lu orang dan berkata: "Yes, my angel brought me here ~".


4.Jenis Perniagaan: Muzium-muzium di Malaysia
Nama perniagaan: Creep
Tagline: "With Arms Wide Open"

Deskripsi: Seperti yang diketahui, muzium bukanlah sebuah destinasi popular bagi keluarga di Malaysia untuk menghabiskan masa berkualiti bersama-sama. Sebaliknya, mereka lebih gemar ke fun fair, taman tema air dan pantai-pantai peranginan. Jadi, korang boleh lah re-brand muzium korang ke tagline ni. Tapi gua tak pasti, bisnes lu orang boleh naik atau tak sebab Creed sendiri pun dah takde dah. Entah ada orang ingat lagi ke entah? Ha ha ha.


5. Jenis Perniagaan: Kedai-kedai pakaian wanita 'terkini'
Nama perniagaan: Acnes Monica
Tagline: "Tak Ada Logika"

Deskripsi: Kalau korang jual baju-baju wanita macam tank top, baby-T, short jeans, low-cut jeans atau senang kata apa-apa pakaian wanita yang kecik-kecik, tapi mahal nak mampus (e.g RM69.90 for a size S baby-T yang ada print 'funky' or whatever), eloklah letak nama dan tagline di signboard kedai seperti yang gua cadangkan. Many boyfriends will find it hard to contain their smirk that their girlfriend think their boyfriend enjoy buying them things from your store


p/s: I won't sue you guys for using these names. Tapi, hulur-hulur la free coupon sikit. Ha ha ha.

Photo

Wednesday, October 27, 2010

pada 11:40 AM


Labels:

Case is Closed
Dipos oleh avid

Yeah. I've returned all of her stuffs back. We're all good. Those who don't know the real story, please stop speculating. Case is now closed.

Photo

Monday, October 25, 2010

pada 3:11 AM


Labels:
,
,

"Dude, lu nak kuar makan tak ahad malam?"

"Bro, agak-agak tak buat apa tu kita gi tengok wayang la amacam?"

"Dude, jamming minggu ni kita orang bayar. Lu belanja canai je. Amacam?"

"Dude, nak tengok Arsenal kalah tak esok?"

Persahabatan lelaki. 4 tahun lepas jarang-jarang gua dapat mesej macam ni.

Photo

Saturday, October 23, 2010

pada 9:26 PM


Labels:
,

Stuffs From Old Girlfriend
Dipos oleh avid

I need you guys to help me with this problem. I've been wrecking my brain trying to get the bottom of this but I just can't get it right.

My ex wanted me to return all of my stuffs that she'd given to me while we were dating. All the birthday cards, anniversary cards, letters and her personal pictures. I would happily return the pictures but the birthday cards?? Really? 

She explained that getting back that stuffs is part of her 'getting over me' processes. That's exactly what baffles me much. Somehow, she needs that stuffs (which practically are my stuffs since she gave 'em all as a GIFT) and burn them all to the ground to get over me. I think that is just plain crazy and insane.

The social convention of gift giving is practically simple.When you present a gift to someone, acceptance is assumed, unless they actually, physical or vocally, reject it. But since I accepted it, it becomes my property. And as a result, a gift given and accepted cannot legally be revoked by the giver.

Here's my points:

1. Well it's not exactly my intention to cling on her by not getting rid of her stuffs. It's just when I give 'em all to her, it's like the past 4 years of my life was all for nothing. 

2. At least, when I have the all the letters and cards I knew I made a girl happy. I knew that I made her feel special. 

3. It was kind of my testimonial of how well I was doing for the past 4 years. That I'm a hell of boyfriend (ha ha ha).

4. Who would revoke someone's birthday card? It's just plain crazy.

4. AND, if there is one person who I feel is qualified enough to tell me to get rid of these stuffs, it would be my next girlfriend. Not my ex.

Honestly, I don't like my chances on this one knowing that majority of my blog readers are female. But, I do think I have some valid points to defend my stance. You guys are the jury. If the majority roots for me, the letters and cards stay with me. But if they don't,  I would totally give 'em all back to her.

Now, if you guys will excuse me I'm gonna sleep this off and let Pete and Carl heal my wound.



Photo

pada 6:39 AM


Labels:
,

Being in a relationship is kinda like being in a band. Mula-mula, kita masuk je band entah apa jadah sebab kita fikir, yang penting kita dapat main muzik dan mengutip pengalaman. Bila dah lama lepak sama, kita akan nampak belang sebenar band mates kita. Then, masa ni la cabaran untuk kekalkan cohesion antara band mates kita bermula.

Gua suka idea brader gitaris/gila-babi-tinggi/belajar-di-UK/kacak/bijak-nak-mampus aka reverie malaya ni. Dalam satu entri brader ni, dia menterjemahkan dinamik hubungan antara lelaki dan perempuan dengan satu graf. Malangnya, brader ni tak lukis pulak graf tu. Jadi gua lukis la graf ni khas untuk pembaca-pembaca yang jenis visual learner.


Dalam hubungan lelaki dan perempuan, akan tiba satu masa dimana kita akan rasa annoyed (terganggu@menyampah?) atau mungkin marah dengan pasangan kita meskipun benda tu kecik. Masa fasa suka sama suka, benda tu kita tak nampak/pura-pura tak nampak sebab kita dibutai oleh sindrom 'wow-minah/mamat-ni-hot-la!'. Tapi tidak lagi bila hubungan sampai di fasa post-kapel/kawin.

Masa ni kita akan akan tau yang dia minat Justin Bieber. Masa ni la kita tau yang dia ni pengotor, pakai jeans tak basuh sebulan. Masa ni kita tau dia percaya Justin Bieber adalah lelaki walaupun hakikatnya Justin Bieber ni faggot. Masa ni kita tau dia tak pandai masak nasik. Masa ni kita tau dia beraspirasi nak anak 10 orang. Masa ni kita tau dia suka nyanyi lagu baby, baby, baby oh baybey...

Bila nak nampak belang, kita ada dua pilihan. Berterus terang dan bergaduh atau berdiam diri dan biarkan rasa menyampah tu membukit menggunung sampai meletup. Bila dah bergaduh atau meletup, kita ada pilihan lagi. Resolve our differences and start finding a common ground or we part ways.

Berbalik kepada simile ciptaan gua. Being in a relationship is kinda like being in a band. Lu orang kenal The Ramones? Bagi gua, this godfather of punk music is the perfect example of how to resolve our differences. Vokalisnya, Joey Ramone dan gitaris, Johnny Ramone adalah dua individu yang sangat kontra. They were always at opposite ends in every aspect of life.


Joey merupakan seorang yang ultra-liberal, ada je benda nak protes kat kerajaan, sentiasa melihat politik sebagai suatu yang corrupted. Manakala Johnny seorang yang ultra-konservatif, sentiasa sokong kerajaan, dari zaman Reagen sehinggalah zaman Bush Sr (bapak GW Bush). Nak tambah spice kat permusuhan mereka, Johnny curi awek Joey; Linda dan kahwin dengan Linda. Joey punya frust sampai banyak lagu dia cipta termasuklah yang paling notable, The KKK Took My Baby Away untuk menceritakan kesedihannya bila Linda tinggalkannya. 


Dah gaduh apa cerita elok je depa stay dalam The Ramones dari 1975-1996?

Thay have 'the fix' of being The Ramones. Whenever they were performing as The Ramones, they'd just forget the differences and numb the pain of their differences by throwing a super kick-ass live show. Joey would sing the songs with his trademark hiccups and Johnny would play his guitar with super fast strumming style.

With 'the fix', Joey was not some loser who lost a girl and Johnny was not some bastard who stole Joey's girl. They were Joey Ramone and Johnny Ramone. 

So, lu orang dah jumpa 'the fix' dalam hubungan lu orang belum?

"We were real. We were unique. We're like four unique individuals. It's a chemical thing. It's a strong chemical imbalance.  Opposite attract and all that crap" - Joey Ramone

Photo

Thursday, October 21, 2010

pada 10:04 PM


Labels:
,

Everybody Hates Abang Long
Dipos oleh avid


Chris Rock is right.


Jadi abang sulung memang seksa. Lagi-lagi, bila adik-adik perangai sekor-sekor macam celaka. Gua boleh kata Chris Rock bernasib baik sebab dia ada 2 orang adik je. Gua ada 4 orang adik. Bermakna gua kena deal 2 kali ganda masalah daripada Chris Rock. 

Masa gua kanak-kanak, gua deal dengan 3 orang adik. Adik no.4 gua lahir masa gua dah masuk asrama. Kalau nak banding dengan adik-adik, gua yang paling hitam. Adik-adik gua semua putih melepak. Perangai sekor-sekor pun lain-lain. 

Yang no.2 perempuan, tapi rebellious mengalahkan Johnny Rotten. Yang no.3 laki, kat rumah diam menikus, kat sekolah gila babi otai. Yang no.4 laki jugak, suka benda-benda klasik. Orang nak tengok kartun, dia tengok cerita P. Ramlee. Orang dengar HotFM, dia alih Klasik Nasional. Yang bongsu, kuat main malas belajar.

Kenapa gua cakap jadi abang sulung, payah? Here's why:

1. Setiap pagi sabtu, gua akan basuh tiga pasang kasut. Satu kasut gua, dua pasang lagi kasut adik-adik gua. Tengah gua terbongkok-bongkok menyental kotoran kasut dan stokin, dua adik gua ni terkangkang depan TV tengok kartun Mickey Mouse.

2. Tiap-tiap kali adik gua berak, gua la yang kena bukak pampers, basuh berak, cuci bontot depa. 

3. Nak pergi sekolah/padang permainan/masjid, gua kena bawak adik gua sekali naik basikal. Zaman kecik-kecik dulu, adalah sesuatu yang sangat-sangat tak cool bagi kanak-kanak lelaki macam gua untuk bawak basikal tapi adik duduk belakang. Tapi bawak member, takde hal punya. Keh keh keh.

4. Tiap-tiap kali waktu rehat sekolah, gua kena check adik gua kat kantin. Makan apa, beli apa, jangan kotorkan baju bla bla bla.

5. Yang paling tak best, bila pergi kedai adik-adik gua dapat jajan, gua kena mengalah. Kalau makan, gua dapat makan kepak ayam je. Adik-adik gua dapat dada, peha. Pernah sekali time makan sup, gua dapat kaki ayam je T_T.

Mak dan ayah gua selalu anggap gua dewasa (depa cakap: 'dah besar'). Bila gua tanya kenapa gua selalu kena mengalah, depa selalu kata gua dah besar. Gua kena mengalah. Masa kecik, gua tak paham kenapa gua kena mengalah. Gua marah dengan mak ayah gua. Bila marah, gua selalu merajuk sorang-sorang dalam bilik. Gua selalu terpikir yang mungkin gua ni anak angkat je. Itu pasal gua hitam. Itu pasal gua kena mengalah. Ha ha ha. 

Tapi, bila gua makin besar panjang, lain pulak halnya. Gua dapat makan dada ayam. Gua dapat conquer TV. Mak gua makin baik hati kat gua. Bapak gua sembang-sembang dengan gua pasal padi, serai macam kawan dia. Yang paling best, apa yang gua cakap, mak gua suruh adik-adik gua ikut. Ha ha ha. 

Tapi disebabkan gua dah terbiasa mengalah, gua takde hal bagi adik perempuan gua tengok Adamaya time gua tengah sedap layan Mega Engineering. Gua takde hal  bagi adik bongsu gua makan dada ayam memandangkan badannya kecik bebenar. Gua tak lah suka-suki suruh adik gua terjun masuk parit walaupun gua ada kuasa veto kat rumah. Masa ni lah, baru gua tahu kenapa mak gua suruh buat benda-benda kat atas masa gua kecik.

So, the next time you see any abang long, you gotta give them the big piece of chicken. They ate chicken's feet the whole time during their childhood, you know?

Photo

Sunday, October 17, 2010

pada 12:06 AM


Labels:

Last Tuesday, me and my classmates were having a 'special' class. A 'Harvard Business School Case Study' class. Before the class, we were given a case study and briefed what we should do before the class. You see, we were given a case study about Exxon-Mobil's dilemma over its oil pipeline project in Chad and Cameroon and we were asked to make a decision whether Exxon-Mobil should or should not proceed the project.

The scenario: Back in 1990s, Chad was and is still one of the poorest countries in the world. So does Cameroon. There were oil fields in southern part of Chad and a lot of foreign oil companies had been interested to 'develop' oil-drilling operations in there. Eventually, ExxonMobil, Shell and Elf got the rights to drill the oil but environmentalist were all over them because the project would harm the environment. Shell and Elf bailed out from the project and tadaa...! Exxon-Mobil was on their own. The pressure from the persistent environmentalists' were mounting. Should they proceed with the project or not? Go.

Prior coming to that class, I did my fair share of readings. I was like "Woa..gila babi jahat ExxonMobil ni..". Tak sedar ke projek ni merosakkan alam sekitar, bla bla bla..But then I realized something. And to my surprise I never thought it would change my perspective in this case.



Chad is a landlocked country, which means it doesn't have any international port, which means it has a great disadvantages in economy because they can't have international trades. With civil wars spreading like a wildfire across the country, doing business in Chad is almost impossible. The infrastructures in Chad is so poor that it has only 165 miles paved road.

(Notice that Chad is called Ndjamena here: credit)


Having oil fields is almost like the next best thing ever happened to Chad. Finally, they have something worth to be exported. Being a poor country in an open, capitalist-minded economy, they need miracles like this to turn their fate around. It is estimated that they would be able to increase their GDP by 45-50% per year. With this, the quality life of Chadian would improved; with exception to the government's corruption practice of course.

As for environmental issues that were raised by many environmentalists, they could always hire environmental consultants from third parties to draw an outline for them. Abuse of human rights (especially to the aborigines, indigenous tribes) can be avoided by hiring anthropological experts from Peace Corps. Besides, should ExxonMobil had given up on this project, Sudan and Libya would take over the project anyway. And we can't  be assured that these countries would do better job taking care of the environment; any better than these fully experienced global oil companies.

(ExxonMobil hired the late Dr. Ellen P. Brown as an anthropological expert to consult with the locals. It is known that she could speak Chad southern's dialect: Credit)


So, yeah. Basically, that's the reason and explanations why I kissed Exxon-Mobil's ass the other day.

p/s: Just so you know, eventually Petronas and Chevron formed a consortium with ExxonMobil for this project.

Photo

Saturday, October 16, 2010

pada 10:32 AM


Labels:

Bas ekspres eksiden lagi. Senario 'bangau oh bangau' berulang. Orang ramai salahkan kerajaan. Kerajaan salahkan syarikat bas. Syarikat bas salahkan bos syarikat bas. Surat khabar start bising. Masa ni la sibuk nak buat poll had laju apa yang sesuai. Berita TV buat liputan khas. Seminggu dua, senyap balik. 5 bulan karang, eksiden balik. Bising balik. Same old same old.

Tak ada apa yang silapnya dengan speed limit kita. Lebih kurang sama je dengan negara lain. Bas pun sama je dengan bas di negara lain. Yang lain, sikap memandu kita.

Cakap pasal nak ubah sikap ni, gua memang tak berkenan betul dengan orang yang cadangkan kempen kesedaran/minggu kesedaran/bulan kesedaran. Dalam karangan, boleh la nak goreng point tu. Bagi gua, nak ubah sikap kena ada 'cofactor'. Dalam biologi, cofactor ni boleh dianggap secara kasar sebagai 'helper molecules'. Dalam konteks situasi sekarang ni, gua cadangkan benda bawah ni sebagai cofactor:

Aplikasi ilusi optik untuk meningkatkan alertness pemandu di jalan raya.


Gua cadangkan Jabatan Kerja Raya lukis gambar polis, atau pegawai JPJ memandangkan agak kurang logik budak bermain di atas lebuhraya. Paling penting kena pelbagaikan lukisan atas lebuhraya. Mana la tahu, pemandu-pemandu mungkin akan terbiasa dengan lukisan tu. Lukis la gaung ke, neraka ke sekali sekala.

Photo

Wednesday, October 13, 2010

pada 2:21 PM


Labels:


Gua start dari soalan 6 bulan lepas (April 2010).

1. ko virgin ke?
Well, what do you expect? Pfft.

2. budu atau belacan?
Belacan. sampai mati. yeah, budu banyak protein tapi belacan banyak anti-oksidan. Makan ikan/ayam pun boleh dapat protein dah. 

3. knape ko pelik r?
Gua tak paham. Pelik tang mana?

4. bila last time dating? lalala
Seminggu sebelum masuk bulan puasa. Then, lepas seminggu berpuasa, she dumped me. 

5. Dekat sebulan lu x update
Soalan ni ditanya 4 bulan lalu, bermakna Jun lepas. Jun lepas cuti semester. Cuti itu hari, gua bizi jadi babysitter. Yup, a babysitter. Akan dicerita dalam entri akan datang.

6. apa itu bola
Bebola testis ang! Next!!

7. lama dah x blogging?dah kawen ker?
Nope. Jadi babysitter. Dan rumah gua takde internet.

8. yeke budak kg? kg mane? ;)
If you must know, Kampung Sg. Nipah. Kampung kelahiran Khir Toyo. Sebuah kawasan kampung yang tiada liputan 3G di sebuah negeri maju (Selangor Maju 2005, my ass) yang dihampar bendang padi seluas mata memandang. Sebuah kampung yang diberkati dengan remaja-remaja kampung tipikal; lepak main gitar di simpang, gadis-gadis kampung naik moto bawak adik jalan petang-petang dan tahi lembu bersepai-sepai di jalan raya.

9. bgs blog kamu. university student eh?
(Loud, multiple coughs) 

10. apa maksud "Ndaknya mau, nolongnya idak" ? ndaknya tu apa benda?
Hahaha. Ni ler bahasa perak bagan mak gua. Ndaknya tu maksudnya 'hendaknya' la. Payoh no ker? 

11. bibik rubi n05 kata ko hensem..btol ke?
Ahahaha..I get this. Anyway, rubi n05 ni restoran bawah fakulti gua. Bibik lu orang tau la apa jadah kan.

Photo

Sunday, October 10, 2010

pada 10:12 AM


Labels:
,

Kalau balik kampung embah (nenek belah bapak) gua, lu orang kena berlatih. Berlatih membunuh nyamuk dengan satu jari dan tenang tika diserang konco-konconya yang mahu membalas dendam. Gua belajar ilmu ni bila selalu tengok embah.

Kalau orang lain, bila nyamuk hinggap ditamparnya nyamuk sekuat-kuat yang boleh. Bila terlepas, macam sawan babi gayanya. Tapi embah tenang. Dibiarnya nyamuk landing sedap-sedap dulu, kemudian ditenyehnya dengan jari telunjuk. Ada penjelasan logik kenapa teknik embah mustajab.

You see, mata nyamuk ni macam skrin heat detector. Depa mana boleh tengok kaler-kaler macam mata kita. Tapi mata depa boleh kesan haba. Boleh nampak kaler merah macam heat detector. Kalau lu orang tampar nyamuk tu gila babi, kulit akan panas. Itu pasal, nyamuk suka attack sampai boleh jadi sawan babi. Tapi dengan teknik tenyeh satu jari, kulit masih tenang sepoi-sepoi bahasa.Tak caya, try.

Baru-baru ni, kerajaan mengumumkan untuk try kaedah 'genetically-modified (GM) mosquitoes' untuk memerangi denggi. Ok, what the frak is this GM mosquitoes?

GM mosquitoes ni terdiri daripada nyamuk-nyamuk jantan yang dibiakkan dan telah diubah gennya dan kemudiannya akan dilepaskan ke persekitaran sasaran. Nyamuk jantan ini kemudiannya akan ber-woohoo (yeah, gua main The Sim) dengan nyamuk betina. Nyamuk betina beranak, tapi anaknya mempunyai gen yang akan membunuh dirinya sendiri ketika muda. Generasi muda nyamuk akan merosot jumlahnya, dan manusia hidup dengan harmoninya.

Kerajaan rancang nak test kat Bentong dan Alor Gajah dulu (haha, pindah la cepat-cepat). Tapi kenyataan terbaru dari Kementerian Kesihatan mengatakan kerajaan masih 50-50 pasal keputusan melepaskan nyamuk-nyamuk GM ni. Katanya, National Biosafety Board tengah menilai projek ni.

Gua tak lah pesimis sangat dengan kaedah biological control ni. Tapi, biarlah dikaji secara mendalam dahulu. The Cartagena Protocol on Biosafety mencadangkan tempoh kajian minimum 10 tahun sebelum apa-apa organisma yang GM digunakan secara komersial. 

Ingat, kerajaan takde rush nak guna nyamuk ni. Lagipun, best apa rotong-yogong bersihkan masjid, sekolah, dan taman perumahan? Boleh makan free.
  

Photo

Saturday, October 9, 2010

pada 11:23 AM


Labels:
,

Dari dulu sampai sekarang, gua mengaku gua ni agak couch potato jugak la. Lagi-lagi bila kena berderet cerita best kat TV. Gua tak nak cerita pasal ke-couch-potato-an gua. Tapi gua nak komplen pasal pengisian rancangan TV tempatan dan impaknya terhadap masyarakat.

Gua tak peduli apa orang-'sofistikated'-yang-claim-tak-tengok-TV-tapi-baca-buku-je cakap pasal golongan yang suka tengok TV macam gua. Bagi gua, tengok TV boleh jadi kegiatan berilmiah kalau kena caranya. In fact, masa gua bercita-cita nak jadi pengetua sekolah, gua beraspirasi nak tubuhkan kelab Televisyen sebagai salah satu badan beruniform. Pebesem (PBSM) gua mansuhkan.

Dulu-dulu masa kecik, gua suka tengok cerita Joe Jambul. Bagi adik-adik yang ahad paginya tengok kartun Ben 10, Joe Jambul ni satu 'game show' di mana 3 buah sekolah yang diwakili 2 orang murid akan berentap menguji ilmu logik, geografi, kajian tempatan, sains dan matematik dalam usaha menjejak watak virtual Joe Jambul dan rakan-rakanya yang keji. 

Setiap pagi ahad, lepas basuh kasut sekolah gua akan bersarapan depan TV sambil tengok Joe Jambul. Paling gua tak boleh lupa, bagaimana sekolah gua masuk rancangan tu dan kalah 1st round lagi sekaligus menepati ramalan awal yang 'sekolah kampung memang tak pernah menang Joe Jambul'. 

Yang gua persoalkan, kenapa RTM tak sambung dan renew Joe Jambul? Cerita ni sangat berpengaruh sampai membuatkan gua teramatlah suka subjek Kajian Tempatan dan Geografi sampai la sekarang. In fact, gua pernah terbaca majoriti budak yang lepas peperiksaan celaka - PTS darjah 3 di Malaysia, adalah terdiri dari penonton tegar Joe Jambul.

Kita fast forward ke zaman sekarang. Tom Tom Bak, Idola Kecil, Pondok-Pondok. What the frak? Cabaran ke-enam dalam wawasan 2020 menyatakan hasrat negara untuk membina masyarakat berfikiran sains (scientific-thinking). Kita ada kurang satu dekad dan adik-adik kita berangan-rangan nak masuk Idola Kecil semasa kelas Kajian Tempatan. 

Beralih kepada rancangan brader-brader akak-akak pulak. Ok. I might touch some nerves here by talking about this but some has to. Satu sebab kenapa gua kurang berkenan dengan sesetengah hasil produksi Malaysia (tak kira la filem, drama, TVfilm) adalah kerana kebanyakan hasil produksi ni menganggap seolah-olah rakyat Malaysia ni bodoh. Contoh:

1.Tema kebanyakan drama-drama tempatan yang membosankan. Isteri curang sebab suami sibuk kerja, suami curang, mak mentua jahat, cinta terlarang, kekasih lama merayu diterima cintanya balik, orang miskin dihina, samseng kapel dengan ustazah jadi baik.

2. Terlalu banyak cliche daripada pembaharuan idea. Mazlan Pet Pet dari dulu sampai sekarang dihantui imej Senario. Balik-balik buat trompet mulut tu. Orang gemuk masih dijadikan bahan lawak. Kalau makan kat rumah kampung, mesti makan nasi kosong ceduk kuah sikit-sikit. Suap nasik pun berterabur nasik kat lantai. Orang jahat mesti pakai jaket kulit.

3. Teknik camera shot yang sangat lesu. Kalau ada adegan cakap-cakap dalam kereta, kamera mesti dari seat penumpang belakang.

4. Sound effect dan lagu latar yang menjengkelkan. Gua hampir tak percaya masih banyak drama yang pakai sound effect yang sama dengan kartun 'Kacang' TV1 tiap-tiap kali ada babak lawak.

5. Skrip yang tak berilmiah, tak natural dan yeah, cliche. Orang suka tengok cerita P.Ramlee berkali-kali ada sebabnya. Salah satunya, dialog yang kedengaran natural. Bahlol, tolol, kepala hotak berjambul...

Look. Gua tak berilmu pun dalam bab-bab perfileman ni. Tapi gua tau apa yang gua nak. Gua nak pengarah-pengarah drama/filem tempatan lebih berani mencabar penonton Malaysia dengan menampilkan tema-tema yang fresh. 

Misalnya, buat drama pasal engineering. Untuk tarik penonton wanita, pakai lah pelakon kacak-kacak. Untuk tarik penonton kanak-kanak, tambah la watak kanak-kanak sebagai anak engineer ke.  Untuk tarik penonton yang tak paham engineering, penulis skrip kena lah kreatif untuk menggambarkan engineering ni sesuatu yang boleh difahami dengan menambah unsur humor dalam skrip. Untuk tarik penonton dari budak-budak sekolah, pakailah pelakon wanita yang cun-cun macam Lisa Surihani. Insyaallah, budak-budak sekolah, kanak-kanak bila ditanya 'apa cita-cita kamu?', mereka akan menjawab:

"Saya nak jadi engineer macam dalam drama _________ tu!"

Photo

Thursday, October 7, 2010

pada 9:38 PM


Labels:

Jam 6 pagi. Matahari masih belum nampak kelibatnya. Burung-burung bagaimanapun sudah bertebaran berkicau-kicau mencari rezeki sesuap cacing. Ayam di hutan sebelah rumah bersahut-sahutan mengkokok. Malaikat banyak lalu kot. Ustazah gua cakap ayam berkokok masa subuh sebab nampak malaikat.

Gua masih enak terlena di atas toto sambil meyeluk kedua-dua belah tangan di celah kedua-dua paha gua. Sejuk. Sejuk-sejuk pun kipas masih ligat berputar pada speed '3'. Nak halau nyamuk. Pernah pakai ubat nyamuk tapi habis kena tendang gua sampai terbakar karpet bilik. Pernah juga pakai ridsek tapi nyamuk kampung ni bukan macam nyamuk iklan TV. Nyamuk TV nyah nyah semua.

Mak sibuk di dapur. Tak buat nasi goreng, tengah buat cekodok la tu. Tak pun lempeng. Paling cikai pun mak buat roti bakar. Tepat 6.15 pagi mak akan datang bilik, bukak lampu, kejut gua. Mak cuma panggil nama je, tapi biasanya gua boleh bangun. Bangun-bangun, gua termenung kejap. Ligat memikir hari ni hari apa. Hari ni ada PJK tak. Hari ni ada Kajian Tempatan tak. Kalau takde, semangat nak pergi sekolah tu 'down' sikit.

Siap mandi, dengan terketar-ketarnya gua menyarung baju sekolah. Tiap-tiap malam sebelum sekolah, mak seterika baju sekolah gua. Lengan dan bahu baju memang tajam lepas mak seterika. Tapi usaha mak agak sia-sia sebab balik sekolah, baju sekolah dah rupa baju menoreh. Kasut yang kapur putih memang legam. Tiap-tiap hari mak marah bila gua balik sekolah. Mak kata pergi belajar ke, pergi main. Gua tak pernah jawab.

Setiap kali sarapan, mak buat air teh manis. Sambil makan sarapan, fikiran gua menerawang rehat nanti nak main apa. Dan tiap-tiap hari jugak masa gua tengah sarapan ni, Radio Malaysia Selangor akan pasang lagu Lemon Tree. Gua sampai hapal walaupun tak tau lagu tu cakap pasal apa.

Lepas sarapan, dalam 6.45 pagi gua akan duduk di buaian samabil pakai stokin. Hari masih gelap. Dalam hati, gua menyumpah seranah Tun Dr. Mahathir sebab ubah time zone semenanjung Malaysia. Kalau tak, jam masih pukul 5.45 lagi. Boleh layan tidur lagi. 

Tepat pukul 7, jiran gua keluar. Tiap-tiap hari kita orang pergi sekolah bersama. Gua terus memanggil mak. "Mak...! Mak....! Nak gi sekolah ni...". Mak gua yang tengah menyiram bunga-bunga cepat-cepat lap tangan dengan kainnya. Gua salam, kucup tangan kasar mak. "Belajar rajin-rajin. Main-main kang, mak hantar sekolah hindu estet kang..". Mak selalu ada cara unik bagi gua semangat belajar. Lepas mak, gua dapatkan bapak gua yang tengah sedap layan blues hisap rokok sorang-sorang bawah pokok jambu. Gua salam cium tangan ayah. Kemudian ayah bagi duit belanja gua 50 sen.
***

Daripada zaman gua, sampai la zaman adik-adik gua sekarang ni rutin mak tak berubah langsung. Langsung. Pukul 5.30 bangun pagi, mandi, sembahyang, buat sarapan, pukul 6.15 kejut adik-adik gua pergi sekolah, menyapu halaman rumah, siram pokok bunga, salam dan sambung kerja rumah balik. Tak jemu-jemu. Padahal umur makin meningkat. Melihat mak gua bekerja, memasak, menyapu, mengemas rumah umpama seolah-olah melihat masa membeku. Penyapu lidi yang sama, kain baju yang sama, rutin yang sama. yang berubah cuma tempat dan masa. Tapi ada satu benda lagi yang tak berubah. 

Penghargaan gua terhadap jasa-jasa mak sejak dari gua lahir sampai sekarang. Selamat hari lahir, mak.

Photo

Wednesday, October 6, 2010

pada 8:26 PM


Labels:

Everybody Loves Funny Geeks
Dipos oleh avid

I've got a problem and I need you guys to help me.

I love cracking laugh at jokes, puns, banters (and sometimes insults). Even if it was a bad one (i mean really really bad that somehow it creates uncomfortable silence) I would give a slight smile with lips stretching to my left cheek.

Quite frankly, I love making jokes too. I love jokes so much that I wanna take it to movie, get married and get it pregnant. But here is the problem. I have encountered in so many times before, that sometimes when I pulled a joke people just don't seem to get it. It startled me. The timing (yeah apparently you have to pick a moment to tell your jokes. Go check on Wiki) couldn't have been more perfect. And most definitely it wasn't all bad jokes really. Take a look onto these:

1."Hey, I've found the stuffed toy cow that you wanted. It's so cute that it makes the teddy bear next to it looks so damn ugly. <-- the girl thought I was blaming the teddy bear for not being able to buy the goddamn cow. What the frak?

2. Instead of saying I'm single I always say "I'm now the vice president of kelab bujang of (any affiliations)". <-- Lots of people didn't get this one too.

3. I love Douglas Adams so much that I borrowed his pun "You can tune a guitar, but you can't tuna fish. Unless of course, you play bass."<-- my jamming buddies didn't get it and it created uncomfortable silence afterward.

It's a small matter but I don't know why it bothers me so much. So, before I start screaming "What the frak is wrong with me!!" in public and go mental, somebody needs to explain this to me. Or you know, you could just throw a bottle at my head.

Photo

Tuesday, October 5, 2010

pada 10:59 AM


Labels:

Popular Posts