• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Klasik 1998
Dipos oleh avid

Tahun 1998 merupakan tahun sibuk bagiku pada masa itu. Sebagai ketua kelas darjah 3 Maju, setiap pagi aku datang ke sekolah seawal 7 pagi untuk memastikan rakan-rakan sekelasku mematuhi jadual tugasan kebersihan kelas. Bukannya tugas yang mudah untuk aku memastikan mereka mematuhinya. Datang sekolah awal-awal asyik duk sembang pung pang pung pang pasal wrestling je. Tatapi aku maklum dengan keletah kekanak-kanakan mereka. Mereka masih mentah untuk gusar tentang tahap kebersihan kelas.

Satu hari, Cikgu Paoziah mengumumkan pertandingan keceriaan kelas di perhimpunan mingguan sekolah. Kelas yang terbersih akan mendapat hadiah hamper jajan. Aku syak Apollo Bar pun pasti ada pada hamper itu. Aku tak mendengar apa-apa dari mulut Cikgu Paoziah selepas beliau memperkatakan sesuatu tentang hadiah hamper jajan. Tanganku menggeletar menahan rasa tidak sabar untuk memegang penyapu. Tak pernah aku berasa begitu sejak kali terakhir aku menggunakan penyapu untuk memburu lalat di kenduri sunat (khatan) Padeli.

2 jam sebelum pengadilan kelas terbersih dibuat, aku orang paling sibuk. Hampir kesuluruhan kelas aku sapu. Hanya selepas dihalang oleh Penolong Kelas Zarina barulah aku berehat. Seluruh kelas bersorak memberikan sokongan.

************

"Kamu suma gotong royong ke sapu kelas?" Cikgu Kamariah bertanya sambil menikmati Roka.

"Tak. Ahmad yang sapu satu kelas" jawab Faizal dengan mulut penuh dengan Kabi. Tak sopan langsung.

Aku menikamati Apollo Bar tanpa mempedulikan dunia. Ya, aku tahu Cikgu Kamariah tengah usha aku dari jauh...

Photo

Thursday, July 30, 2009

pada 8:34 PM


0 nyamuk:

Popular Posts