Nanjing terkenal di China kerana sejarahnya. Nanjing merupakan bekas ibu negara Republik China. Pada 13 Disember 1937, Nanjing ditawan bala tentera Imperial Japanese Army semasa perang Sino-Jepun II. Semasa tempoh ditawan, ratusan ribu tawanan perang dan orang awam dibunuh manakala puluhan ribu wanita dirogol oleh askar Jepun.
Satu lagi fakta menarik pasal Nanjing ialah pada tahun 2001, Nanjing menjadikan Bandar Melaka sebagai salah satu 'sister cities' nya.
Baru-baru ini, Nanjing menjadi terkenal lagi berikutan kes langgar lari yang melibatkan mendiang Yueyue, budak perempuan 2 tahun yang dilanggar kenderaan sebanyak 2 kali, dibiarkan merana oleh 18 orang awam yang lain sebelum diselamatkan oleh seorang makcik sapu sampah. Yueyue koma dua hari sebelum meninggal dunia.
Yueyue sebelum kena langgar van |
Yueyue terbaring tak bermaya, bersama pakcik yang berperangai setan. |
Kejadian itu berlaku di Fushan, bukan di Nanjing. Tetapi nama Nanjing ni naik kerana peristiwa 'Hakim Nanjing'.
Pada tahun 2006, seorang lelaki bernama Peng Yu (ironically nama blog Yusuf Mujahiddin) menyelamatkan seorang makcik tua yang pengsan selepas cedera terjatuh di jalan. Peng Yu menghantar makcik tersebut ke hospital. Malangnya, Peng Yu dituduh oleh keluarga makcik tua itu sebagai dalang yang menyebabkan makcik tua itu cedera.
Kes itu dibawa ke mahkamah dan Peng Yu didapati bersalah atas alibi 'kalau dia tak bersalah, kenapa dia nak tolong makcik tu?'. Atas rayuan orang ramai, hukuman Peng Yu dikurangkan dan beliau diminta membayar 10% daripada kos rawatan makcik tua itu.
Sejak kes Peng Yu, orang ramai di China fobia untuk menolong mangsa kemalangan. Bulan lepas, seorang pakcik 88 tahun terjatuh di pintu masuk pasar dengan muka ke lantai dahulu. Pakcik tersebut dibiarkan merana selama 90 minit sebelum mati kerana 'pernafasan tersekat yang disebabkan oleh pendarahan dalam hidung'.
Semuanya gara-gara takutkan nasib sendiri jadi macam Peng Yu.
***
Di Malaysia, orang cakap jangan menjaga tepi kain orang. Orang putih cakap; mind your own (tambah carutan di sini) business. Tapi kalau sampai libatkan nyawa orang lain, gua rasa kita haruslah menjaga kain orang lain dan juga perniagaan mereka. Sebab dalam kes bapak dera anak bini ni, kita dai ikut perangai orang China - bukan Cina.