• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Hans Landa Affectation
Dipos oleh avid

Beberapa minggu yang lepas, gua menonton filem Inglorious Basterds, sebuah filem drama fiksyen era Perang Dunia Kedua. Hidup gua berubah selepas menonton filem tersebut dan semuanya pasal Hans Landa, salah satu watak dalam filem tersebut yang dilakonkan oleh pelakon Austria, Christoph Waltz.

Dalam filem tersebut, Hans Landa merupakan seorang detektif Nazi yang boleh bercakap 4 bahasa dengan fasih. German, English, French dan Italian. Selepas menonton filem tersebut, gua berazam mahu belajar bahasa ketiga. Cuma masalahnya sekarang, bahasa apa?

Kriteria yang gua tetapkan untuk bahasa ketiga adalah bahasa tersebut mestilah berada dalam senarai enam bahasa rasmi di PBB. Ini bermakna antara bahasa Arab, Mandarin, English, French, Russian dan Spanish. Memandangkan gua jarang tidur di kelas English semasa sekolah, gua boleh anggap English sebagai bahasa kedua gua.

1. Arab

Kali terakhir gua belajar bahasa Arab adalah ketika kelas tafsir Al-Quran di masjid semasa bulan puasa yang lalu. Gua ada asas bahasa Arab. Gua hapal lagi fiil madhi, mudhorik dan amar bagi hua, huma, hunna sampai nahnu. Dan yang lagi bagusnya, kebanyakkan perkataan Melayu disadur dari perkataan Arab.

Tapi memandangkan betapa 'tricky' nya nak belajar fiil amar (kerana tiada struktur tertentu), struktur politik ahli-ahli Liga Arab yang menunggu masa untuk diruntuhkan oleh revolusi rakyat, gua tak melihat kelebihan bahasa Arab dari semua sudut kecuali dari sudut spiritual. Tapi, mungkin gua perlu kerapkan menghadiri kelas tafsir tu.

2. Mandarin

Gua jangkakan dalam masa dua dekad akan datang, bahasa Mandarin akan menjadi lebih dominan dan mungkin akan menjadi lingua franca satu dunia satu hari nanti. Apabila China mengambil alih sebagai kuasa ekonomi dunia dari US satu hari nanti (Hans Rosling menjangkakan 27 Julai 2048 berdasarkan data statistik), semua orang akan bercakap Mandarin dalam urusan ekonomi.

Sebagaimana orang Portugis cakap Melayu semasa era kegemilangan Melayu Melaka sebelum some douchebag bernama Mahmud datang memerintah.

Anyway, gua dah mula mini-usaha untuk mempelajari Mandarin dari kawan sekerja gua secara tak formal. Amat malang sekali apabila dia lebih expert bercakap dalam dialek Teochew. But still..

3. French

French adalah salah satu bahasa yang gua minat kerana 'idiosyncracy' nya yang lembut dan sedap didengar. Tambahan pula tarikan yang ada pada bahasa Perancis kepada gadis-gadis. Tak caya, cuba panggil gadis korang mademoiselle (French), senorita (Spanish), bitch (English) dan cik (Melayu). Tengok yang mana satu dia paling layan.

4. Spanish

Spanish adalah bahasa yang gua dah minat untuk belajar sejak hari gua bertemu dengan Neladine Vasquez di skrin komputer semasa menonton My Name Is Earl. Disebalik stereotaip yang buruk yang diberikan media US terhadap gadis-gadis Hispanic, mereka tetap hot di mata gua. Hahaha.

Gua dah mula dengan membeli kamus English-Spanish, 3 CD belajar Spanish untuk didengar di kereta dan mp3, download subtitle spanish untuk ditonton bersama How I Met Your Mother, follow twitter Fabregas dan kawan-kawan Barcelonanya dan menggantikan 'i love it' dengan 'me gusta' dalam perbualan seharian.

Photo

Sunday, October 2, 2011

pada 11:07 AM


Labels:
,
,

7 nyamuk:

October 2, 2011 at 1:38 PM
Permalink this comment

said...

russian?

October 2, 2011 at 3:51 PM
Permalink this comment

said...

bahse jepun dh x termasuk ye??

Anonymous

October 2, 2011 at 5:12 PM
Permalink this comment

said...

Mari cuba french! :D
Aku pun tgh cuba2 :)

Anonymous

October 2, 2011 at 5:12 PM
Permalink this comment

said... This comment has been removed by the author.
said...

membe gua cerita, die tgk video ustaz shiekh apa tah..ustaz tu cakap, china tak kan boleh jadi kuasa besar ekonomi dunia selagi israel tak lenyap

October 6, 2011 at 10:15 AM
Permalink this comment

said...

@ a little less conversation
wow. correlation antara kewujudan israel dengan dominasi ekonomi china ada basis ke? ada link video tu?

said...

membe aku tu cerita israel sebenarnya menguasai ekonomi dunia..tapi dia jadikan US sebagai patung..nak tahu lebih lanjut try cari dalam youtube "Sheikh Imran Hosein" tapi kena cari sendiri la part mana ustaz tu cerita pasal ekonomi dunia..aku pun x sempat nak buka..hehe

Popular Posts