Rabu adalah hari kedua favourite saya selepas hari Jumaat sejak saya masuk darjah Lima dan mengharungi kokurikulum (koko) buat kali pertama. Di sekolah rendah, seseorang perlu mendaftar masuk tiga kelab untuk aktiviti kokurikulum (badan beruniform, persatuan akademik dan persatuan sukan). Saya mendaftar masuk menjadi pengakap sebagai badan beruniform saya kerana di sekolah saya, PBSM banyak disertai oleh budak-budak laki yang selalu kena rembat di muka bila bermain bola pada waktu rehat.
Hari koko di sekolah rendah memang ditunggu-tunggu. Setiap Rabu pada pukul 11 pagi, Cikgu Fauziah Ibun akan mengumumkan samada koko berjalan seperti biasa atau dibatalkan. Bila koko berjalan seperti biasa, saya tak perlu datang ke sekolah petang. Dan pada setiap Rabu pukul 3.30 petang, cerita Dash Yankuro akan disiarkan di TV3. Habis cerita pukul 4, barulah saya pergi koko.
Masuk sekolah menengah, priority utama saya adalah terus menjadi pengakap. Di sini, keahlian adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Saya rela masuk English Language Society (which was a nightmare for me at that time) daripada miss line Persatuan Pengakap.
Sepanjang saya menjadi pengakap, saya banyak berjalan dan bercamping. Itu sebab saya suka Pengakap. Saya pernah join jambori negeri, peringkat kebangsaan sehinggalah peringkat dunia di Thailand semasa darjah 6. PBSM mana ada pergi camping. Setahu saya, dorang punya aktiviti tahunan adalah tunggu tepi padang masa sukan tahunan sambil menghabiskan air sirap.
Masuk universiti, saya diberi satu pilihan daripada berpuluh-puluh kelab yang ada. Sepanjang dua semester berkoko, dua-dua semester saya pilih kelab sukan. Kelab bola tampar dan sepak takraw. Saya pilih kelab sukan kerana kelab sukan tak payah buat folio bagai dan setiap kali meeting, kami tak payah mula dengan ummul kitab al-Fatihah tapi terus main.
Cuma malangnya, sejak dari sekolah rendah sehinggalah universiti persatuan sukan gemar membatalkan koko. Kadang-kadang sebab hujan. Kadang-kadang sebab kunci stor hilang. Kadang-kadang penasihat persatuan sendiri yang pemalas nak mampus.
Meskipun sekarang saya dah takde koko dan kerja takde hari koko, saya tetap merindui koko dan menyayangi hari Rabu - hari koko.