• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Kebelakangan ni, ramai orang cakap pasal PTPTN. Bagi gua, cadangan pakatan pembangkang untuk menghapuskan hutang bekas pelajar yang meminjam dari PTPTN adalah sesuatu yang merepek. Dulu masa pelajar ni tanda tangan di borang persetujuan meminjam, mereka dah bersetuju yang mereka akan masuk ke alam hutang. Jadi, bila ada orang janji akan kasi cincai hutang mereka, dah pasti mereka akan undi pembangkang.

Kebanyakkan pro-kerajaan akan senada dengan gua di perenggan pertama. Tapi ini tak bermakna kerajaan kesayangan meeka telah melakukan kerja yang bagus seperti diharapkan. Muhyiddin kata duit sebanyak tu patutnya diperuntukkan kepada pembangunan negara. Pembangunan my ass.

SMART Tunnel yang sekarang nampak macam 'tak smart' masih tak dapat mengelak banjir kilat. Pihak SMART kata masalah itu disebabkan oleh limpahan air dari Sungai Gombak dan Sungai Batu yang berada di luar bidang kuasa mereka (SMART dibina untuk mengalirkan lebihan air di Sungai Klang dan Sungai Ampang). Adakah SMART memberitahu yang mereka tak terfikir pun pasal Sungai Gombak dan Sungai Batu semasa design sistem tersebut? Well, that was RM1.9 billion well spent.

Baru-baru ni pulak, Najib kata Malaysia perlu capai GDP sebanyak 5-6% setiap tahun untuk mencapai status negara maju pada 2020. Well, guess what? Dalam buku laporan ETP, Majlis Tindakan Ekonomi kata Malaysia perlu capai 7-8% setiap tahun. Mana satu yang betul?

Baru-baru ni juga, kerajaan mengumumkan bantuan RM500 dan macam-macam bantuan sara diri kepada rakyat seperti beras, gula dan minyak percuma di pusat agihan yang dikendalikan wakil rakyat. Adalah bagus bila kerajaan prihatin tapi apabila gua nampak pemilik kereta Toyota Camry, Honda Civic dan macam-macam lagi kereta sedan import tersenyum lebar membawa sehingga dua tiga beg yang berisi beras, gula dan minyak, gua mula mempertikaikan samada ini program bantuan rakyat atau program meraih undi rakyat.

Berbalik kepada cerita budak PTPTN, masalah ni sebenarnya bukan masalah Malaysia sahaja. Di Britain dan US, semua sudah maklum untuk masuk universiti anda perlu jadi nerd atau star athlete di sekolah dan score biasiswa dari top foundations, atau guna duit simpanan atau masuk ke alam hutang dengan meminjam dari bank. Dalam kes kita, bank yang dimaksudkan adalah PTPTN.



Dalam hal ni, gua setuju dengan cadangan TTGB. Kurangkan pelajar atau naikkan cukai. Lambakan penganggur di kalangan graduan bukanlah kerana tiada peluang pekerjaan (at least in engineering profession), tapi kerana terlalu banyak budak universiti yang pasif atas nama merendah diri, tak adventurous atas nama takut gagal dan masih membaca Harian Metro sebagai wadah bacaan harian.

Photo

Thursday, April 12, 2012

pada 1:00 PM


Labels:
,
,

0 nyamuk:

Popular Posts