• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Ada sebabnya kenapa gua jarang menulis pasal perihal bola sepak meskipun bagi sesiapa yang mengenali gua secara peribadi, gua kaki bola sejati. 

Bila gua bercakap pasal kaki bola sejati, gua maksudkan benda pertama yang gua buat apabila melayari internet adalah bukak Guardian Football dan Telegraph dahulu. Gua baca Zonal Marking sebagai wadah bacaan mingguan dan mengambil nota sebagai tips untuk digunakan dalam FM 2012. Benda pertama yang gua check semasa tengok bola adalah tengok line-up pemain dan figure out taktik permainan kedua-dua pasukan dan menaakul keputusan perlawanan macam pundit. 

Senang kata, bila gua bercakap pasal bola gua bercakap dari pandangan seorang football nerd. Statistics, weakness, strengths, tactics, transfer rumours, contract details - you name it. Gua boleh bercakap tentang 4-4-2 berjam-jam. Gua boleh bercakap tentang Sergio Busquet dan Javi Martinez tentang posisi mereka dalam kelab masing-masing yang terhasil dari evolusi centre back. Gua berani katakan Zainal Raawop jauh lebih berpengetahuan dalam bola sepak berbanding Hasbullah Awang.

And nobody would've waste their time reading a nerd's blog. Dan itulah sebab gua tak menulis pasal bola sepak di blog.

Photo

Tuesday, May 22, 2012

pada 7:30 PM


Labels:
,
,

Dalam keluarga gua, hari ibu, hari bapa dan hari kanak-kanak sedunia tak pernah diraikan malah disebut-sebut pun. Malah, hari jadi bapak gua yang lepas disambut dengan makan ketam berlada yang dibeli dengan duit bapak gua juga yang akhirnya habis dalam perut gua juga. Pada hari jadi mak gua, gua meraikan dengan menulis sebuah entri di blog tentang mak gua yang mendapat kurang dari 10 komen dari strangers.

Kadang-kadang, bila gua baca surat khabar tentang hari ibu di mana anak bawak mak pergi shopping, pergi spa dan jalan-jalan bawak makan, gua terasa apa agaknya reaksi mak gua apabila gua buat benda serupa. Semasa hari ibu tahun lepas, gua menelefon mak gua untuk mengucapkan selamat hari ibu dan terpaksa mengharungi 2 minit awkward silence kerana tak pernah-pernah gua buat perangai ucap-ucap selamat kepadanya selama ni.

Keluarga gua bukan peminat amalan ucap-mengucap selamat. Benda ni untuk keluarga-keluarga kat pekan dan surat khabar, rasanya. Sebab sumpah gua rasa awkward gila sebut 'Selamat Hari Ibu, mak' kepada mak gua. Mungkin adik perempuan gua penah buat tapi bagi kami adik-beradik lelaki yang lain, gua berani jamin kami tak pernah buat. Heck, gua sendiri tak boleh nak panggil mak gua ibu, mami atau umi. Hahahaha.


Tapi what we lack in communication, we make up with action. Kami turun kebun tiap-tiap pagi ahad, bagi minum dan makan lembu setiap hari, kemas bilik setiap hari, tolong siang ikan dan sayur, tolong beli barang kat pasar, tak ubah setting color dan contrast TV, tolong pijak badan ayah, tolong tarik jari kaki mak dan belajar elok-elok supaya mak tak masukkan kami ke sekolah estet. 

Gua dah banyak kali cerita pasal mak gua kat blog seperti ini dan ini. Memang dah banyak kali dan gua takkan berhenti. Nora Roberts should write about her. Heck, Helen Keller should write about her even though she was only 3 when Ms. Keller died.

I wonder if people would buy a book about my mama. And I shall name it 'My Mama Is Awesome - even Barney pleads to be her wingman". Happy Mother's Day!

Photo

Friday, May 11, 2012

pada 8:00 AM


Labels:
,
,

Misteri Nusantara TV3
Dipos oleh avid

Malam semalam, gua menonton Misteri Nusantara, sebuah rancangan dokumentari mistik sekitar Nusantara - atau mengikut kata Cikgu Aziz, cikgu sejarah Tingkatan 3 gua - Malay Archipelago. Gua tak dapat menjelaskan sebab kukuh kenapa gua tengok rancangan tersebut memandangkan kebelakangan ni TV3 banyak menyiarkan benda-benda merepek seperti drama 3 Janji lakonan Liyana Jasmay.

Dalam episod malam semalam, krew Misteri Nusantara pergi ke sebuah kampung di Sabah untuk merungkai misteri 'bubu yang menari'. Menurut cerita asalnya, hanya penduduk kampung ni sahaja yang pandai buat bubu menari. Dan upacara ni katanya sudah lama tak dijalankan sehinggalah krew Misteri Nusantara singgah di kampung tersebut.

Secara asasnya, dalam upacara ini bubu tersebut perlu disediakan secara khas dari sejenis kayu buluh yang gua dah lupa namanya. Dan hanya seorang pakcik tua di kampung itu sahaja yang tahu membuat bubu tersebut. Setelah siap, bubu tersebut akan dibalut/dipakaikan dengan baju wanita yang telah meninggal dunia. Kemudian, bubu tersebut akan diasapkan dengan kemenyan sambil dibaca Yasin dan mantera jampi secara berterusan dan bubu tersebut akan menari dengan sendirinya.


Daripada apa yang gua tengok, upacara ni taklah se-mistik yang gua sangka. Asap panas yang dihasilkan kemenyan akan memenuhi ruang dalaman bubu (baju wanita bertindak sebagai insulator) dan akibatnya bubu tersebut boleh terangkat-angkat (hence dikatakan bubu tersebut menari). 

Asap kemenyan yang panas akan memanaskan udara didalam bubu tersebut dan menghasilkan daya tujahan keatas kerana udara panas kurang mampat berbanding udara sejuk. Daya tujahan tersebut itulah disangka-sangkakan sebagai kuasa mistik yang menyebabkan bubu tersebut menari.





Gua tak kisah sangat dengan kesahihan tradisi orang kampung tersebut sebab mereka sendiri pun dah lama tak buat benda ni. Tapi apabila TV3 menyiarkan cerita yang membodohkan orang dari pagi sampai malam, sampai kat Buletin Utama pun nak membangangkan orang, gua tak tahu apa hala tuju TV3 sekarang.

Dan tak hairanlah mak gua layan Showdown malam-malam.

Photo

Wednesday, May 2, 2012

pada 9:00 PM


Labels:
,

Popular Posts