• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Dalam keluarga gua, hari ibu, hari bapa dan hari kanak-kanak sedunia tak pernah diraikan malah disebut-sebut pun. Malah, hari jadi bapak gua yang lepas disambut dengan makan ketam berlada yang dibeli dengan duit bapak gua juga yang akhirnya habis dalam perut gua juga. Pada hari jadi mak gua, gua meraikan dengan menulis sebuah entri di blog tentang mak gua yang mendapat kurang dari 10 komen dari strangers.

Kadang-kadang, bila gua baca surat khabar tentang hari ibu di mana anak bawak mak pergi shopping, pergi spa dan jalan-jalan bawak makan, gua terasa apa agaknya reaksi mak gua apabila gua buat benda serupa. Semasa hari ibu tahun lepas, gua menelefon mak gua untuk mengucapkan selamat hari ibu dan terpaksa mengharungi 2 minit awkward silence kerana tak pernah-pernah gua buat perangai ucap-ucap selamat kepadanya selama ni.

Keluarga gua bukan peminat amalan ucap-mengucap selamat. Benda ni untuk keluarga-keluarga kat pekan dan surat khabar, rasanya. Sebab sumpah gua rasa awkward gila sebut 'Selamat Hari Ibu, mak' kepada mak gua. Mungkin adik perempuan gua penah buat tapi bagi kami adik-beradik lelaki yang lain, gua berani jamin kami tak pernah buat. Heck, gua sendiri tak boleh nak panggil mak gua ibu, mami atau umi. Hahahaha.


Tapi what we lack in communication, we make up with action. Kami turun kebun tiap-tiap pagi ahad, bagi minum dan makan lembu setiap hari, kemas bilik setiap hari, tolong siang ikan dan sayur, tolong beli barang kat pasar, tak ubah setting color dan contrast TV, tolong pijak badan ayah, tolong tarik jari kaki mak dan belajar elok-elok supaya mak tak masukkan kami ke sekolah estet. 

Gua dah banyak kali cerita pasal mak gua kat blog seperti ini dan ini. Memang dah banyak kali dan gua takkan berhenti. Nora Roberts should write about her. Heck, Helen Keller should write about her even though she was only 3 when Ms. Keller died.

I wonder if people would buy a book about my mama. And I shall name it 'My Mama Is Awesome - even Barney pleads to be her wingman". Happy Mother's Day!

Photo

Friday, May 11, 2012

pada 8:00 AM


Labels:
,
,

5 nyamuk:

May 11, 2012 at 9:18 PM
Permalink this comment

said...

gua juga mengalami keadaan yang sama
tak pernah nak berucap ucap ni. awkward nak mampus

May 12, 2012 at 11:04 AM
Permalink this comment

said...

Actually dalam culture family aku pun lebih kurang la macam family kau. But somehow bila anak-anak mula duduk asrama, masuk U, tak pasti siapa yang mulakan tiba-tiba slowly berubah (mungkin sebab terikut-ikut kawan-kawan kot). Masa kecil dulu awkward gila kot even cakap Happy Birthday pun kat mak aku. Hehe.

But even dah berubah pun, takde kot wish Selamat Hari Ibu or Happy Mother's Day. Just buy something or bagi layanan lebih istimewa something like that la. Tapi pernah tahun lepas kot kakak ipar aku call Mama wish Happy Mother's Day, nampak Mama macam seronok pula. Hehe. Unpredictable mak aku tu.

Okay dah panjang sangat. But I can tell that you have a very great bonding with your mother, which is very good.

May 12, 2012 at 11:47 AM
Permalink this comment

said...

aku pun xpernah2 nak wish happy ape2 kat family aku..aku tau rembat hadiah mak aku time teachers'day je sbb tike 2 mak aku akan bwk balik hadiah satu bonet kereta..haha

May 12, 2012 at 9:28 PM
Permalink this comment

said...

aku pun rasa janggal pasal benda nie...
4 me, everday is mother's day...
n my present is tolong dia buat keje umah hari2...
yg akhir ye 2 dh mmg keje aku...
kalau aku x buat, x de sape lagi nk buat...

May 17, 2012 at 6:43 PM
Permalink this comment

said...

sama. jangan kata wish, date segala jenis date pon aku tak ingat. umur pon nak kena congak lepas tengok note dalam henpon.

tapi aku faham perasaan mak aku. makin besar, tinggal jauh, dia rindu oh. and aku sms kat dia wish.

dia seronok aku rasa

Popular Posts