• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Petang tadi gua terpaksa keluar pergi Giant sorang-sorang. Ijal dah balik rumah. Bob kerja. Faries memang tak sedap dibawak bershopping. Syafique tak mandi-mandi dari pagi tengok cerita Korea. 

Gua tak biasa sebenarnya pergi shopping sorang-sorang ni. Bukan takut kena rogol. Dan bukan juga sebab gua nak beli kondom atau pregnancy test. Sebab gua dah biasa pergi berteman.

Salah satu benda yang gua paling benci melebihi dari Manchester United, murtabak rasa selipar dan ulat bulu adalah shopping. Gua benci time gua nak beli kasut, salesgirl dan orang ramai tengok gua try kasut tu. Gua benci gua kena try baju di luar dressing room. Gua benci orang ramai bersimpang-siur menyesakkan mall. Gua benci masa gua jalam-jalan, salespersons tanya gua macam-macam.

Masa gua dengan ex gua senang sikit kerja gua. Gua dengan gembiranya biar ex gua lead gua bershopping. Gua ikut belakang je. Dia kata saiz M, gua beli saiz M. Dia kata baju belang-belang, gua beli baju belang-belang. Salespersons datang, pandai je mulut dia dodge. 

Kalau bershopping dengan member lagi senang. Beli tanpa pikir-pikir. Kalau datang nak beli beras, dapat beras, bayar dan terus blah. Takde nak stop dengan bahagian home appliances ushar peti ais, microwave semua. Kalau takde beras, kita beli megi. Takde nak mengada pergi cari beras kat tempat lain.

Tapi bila shopping sorang-sorang, gua jadi ralit. Daia ke FAB? Daia merah jambu ke Daia kuning? Kena round Giant 3-4 kali baru jumpa gula. Salespersons datang menyerang, gua jadi blur. Nasib baik ramadan-ramadan ni salespersons 'slow' sikit. Pegang bakul shopping pun dah rasa macam gay dah.

Habis beli barang gua terus balik. Macam biasa, gua restock balang gula gua. Senang sikit nak mengeteh malam-malam. Gua usha cukur baru gua. Peh, selamat tinggal la misai porno gua! Gua usha satu benda lagi. Tak jumpa-jumpa. Gua check resit gua. Babi, lupa nak beli Daia!

Photo

Tuesday, August 31, 2010

pada 10:20 PM


Masa gua kecik-kecik dalam darjah 2-3 gitu, gua pernah tanya opah gua.

"Dulu masa merdeka 31 Ogos mula-mula dulu opah pergi tak Stadium Merdeka?"
"Tak ade lah...opah kerja kutip taik musang kat kebun koko dulu masa tu.." jawab opah gua sambil sibuk menyusun arang buat kuih bakar.
"Mak pergi tak?" tanya gua tak paham-paham. Dah opah gua terbongkok-bongkok mengutip taik musang apa jadah mak gua nak pergi ke KL?
"Ah...takde lah...mak ko duduk rumah je. Masak..."
"Mak masak apa?"

Opah gua seraya terus keluar rumah. Dibiarnya arang tunggang langgang kat dapur. Kalau dilayannya budak macam gua, memang tak pernah siap kerjanya.

Membayangkan yang 53 tahun lepas opah gua bertungkus-lumus cari rezeki dan sekarang duduk lepak rumah bergelumang dengan arang untuk bisnes kuih bakarnya memberi idea kepada gua betapa jauhnya kita datang untuk capai tahap yang kita berada sekarang ni.

Gua selalu tertekan masa gua sekolah bila orang veteran banding-bandingkan zaman dulu dengan zaman gua. Dulu takde buku, sekarang ada buku. Dulu pergi sekolah kaki ayam, sekarang pakai kasut Jazz Pallas. Apa? Nak gua jalan kaki pergi sekolah baru puas hati apa? Gua misinterpret mesej mereka. How wrong I am. Mereka nak gua hargai Jazz Pallas gua yang sekarang je. Syukuri nikmat yang ada. Jangan jadi celaka marah bapak sebab tak beli Converse.

Bagi gua, sambutan kemerdekaan bukan sekadar memperingati Rentap, Datuk Maharajalela, Tunku Abdul Rahman, Yap Ah Loy semua. Sambutan kemerdekaan juga untuk memperingati moyang gua yang berhijrah dari Kepulauan Jawa ke Malaya dengan harapan dapat mencari rezeki halal disamping peluang menunaikan haji naik kapal yang ditawarkan penjajah British untuk setiap buruh dari kepulauan Jawa yang datang bekerja di Tanah Melayu.

Untuk memperingati moyang lu orang yang datang dari Siam selepas membina landasan kereta api maut Thailand-Burma. Moyang lu orang yang terbongkok-bongkok tanam padi di petak sawah yang dialiri Terusan Wan Mat Saman. Moyang lu yang mengayuh sampan seawal jam 5 pagi menghantar budak hulu ke sekolah. Moyang lu yang menulis artikel surat khabar Utusan Melayu (bukan Utusan Meloya sekarang ni) di bawah jelaga pelita dengan pen buluh dengan menggunakan sistem ejaan Jawi era pre-Matlob.

Kerana usaha moyang kita, we can afford to make mistakes these days. Kita boleh 'fly' asrama. Kita boleh bergaduh dekat wall Fesbuk pasal kuih raya. Kita boleh terlepas peluang beli unit saham Bumiputera. Kita boleh meng-alibaba-kan tender kontrak kerajaa. Kita boleh rasuah pihak berkuasa. Kita boleh bergaduh di Dewan Rakyat pasal hal tak berkaitan dengan rakyat. Kita boleh main bola macam gampang.

Gua ada soalan. For how long exactly do we have to keep up living this crap and when do we have to start live our life purposely just like our ancestors did? No.No. Don't sweat yourself to answer it. It's rhetorical. 



Photo

Monday, August 30, 2010

pada 9:41 PM


Seni Bergotong-royong
Dipos oleh avid


Sejak dari kecik, gua dah dididik dengan nilai perpaduan. Bayangkan la, masa gua 5 tahun lagi bapak gua hantar melanjutkan pelajaran bukan ke tadika kemas yang pakai kemeja kotak-kotak kecik merah, bukan ke tadika bimbingan islam yang berselawat masa nak balik rumah. Tapi Tadika Perpaduan yang menyanyi 'sayonara sayonara moga berjumpa lagi' masa nak balik rumah.

Kat Tadika Perpaduan, gua banyak berinteraksi dengan budak-budak cina miskin (cina kaya pergi tadika Disney), budak-budak India estet, dan budak-budak Melayu yang rata-ratanya suka buat replika ular masa sesi bermain tanah liat. Tak kreatif langsung. Tengok, gua dah melalut.

Anyway, dah namanya Tadika Perpaduan kalau budak-budaknya tak bersatu-padu memang tak payah letak nama 'perpaduan' la. Baik letak nama 'Tadika Huru-Hara' atau 'Chaotic Kindergarten'. Gua ingat ada satu hari tu, masa kita orang nak nyanyi lagu Negaraku, gua yang ditugaskan untuk mengangkat bendera perasan bendera Malaysia hilang dari tiang bendera. Cikgu gua jadi pelik.

Sorang member gua bagitau pada petang semalamnya, dia nampak 2 orang anak India panjat dan curi bendera tu. Punyalah bersatu-padu budak-budak Tadika Perpaduan ni, satu tadika termasuk dengan cikgu yang memasak tu sekali berjalan ramai-ramai ke rumah budak India tersebut. Last-last, member gua tu cakap lebat je. Tapi, poin nya kita orang bersatu-padu.

Bila gua masuk asrama, tiap-tiap ahad dari pukul 8-10 pagi ada sesi gotong-royong bersihkan bilik dan asrama. Mula-mula lu orang bersihkan bilik dengan roommate dulu diikuti dengan bersihkan kawasan asrama dengan semua orang. Kalau bilik yang dah di-inspect masih kotor, satu bilik kena denda.

Denda pulak bukan macam denda aspuri. Aspuri punya denda memang hek eleh punya level. Lompat bintang. Bersih longkang minggu depan. Aspura punya denda barulah celaka. Buat 'helikopter' (tangan cecah tanah sebagai axis, pusing accordingly) selama 10 minit. Buat 'Vespa' (squat dengan tangan lurus ke depan macam naik vespa) selama 10 minit. Memang tiap-tiap ahad aspura jadi bersih gila babi. Masuk isnin, jadi neraka balik.

Jangan tertipu. Sepanjang masa gua ber'vespa, body gua tak pernah jadi sesolid begini.


Bosan tu memang bosan la. Kalau gotong-royong ni menyeronokkan, memang takkan ada la aedes. Untuk menyeronokkan aktiviti ni, macam-macam kita orang buat. Tukar nama jadi 'rotong-yogong', denda gampang-gampang, buat pertandingan 'wing' terbersih. Poin nya satu, memupuk amalan bergotong-royong dan tolong-menolong.

Masuk universiti, memang sangat pelik lah kalau budak-budak laki bangun awal buat gotong-royong bersih bilik pagi ahad. Budak perempuan gua pernah jugak dengar. Maka, tak hairan lah bilik-bilik member gua termasuklah gua sendiri macam neraka. 

Tapi, kalau ada aktiviti gotong-royong melibatkan masak-masak BBQ, masak-masak bubur lambuk, masak-masak lauk berbuka dengan member-member memang gua tak lepas. Sebab bagi gua, masa aktiviti-aktiviti ni la gua nak ber-bonding dengan member-member yang gua takat kenal 'gitu-gitu' je. Masa ni la gua nak gelak-gelak. Masa ni la gua nak belajar benda-benda yang gua tak tahu.

Tapi ada satu benda yang gua hangin pasal gotong-royong ni. Golongan yang mengulat bila masuk bab gotong-royong ni. Ndaknya mau, nolongnya idak! Ada sesaja alasannya. Patut la takde awek. Macam mana nak tackle awek kalau dah kerjanya duduk bilik membuta. Alih-alih kerjanya mencari awek kat Fesbuk. Terang-terang, budak tu kata 'looking for friendship' kat info page. Ndak juga flirt. Urgh! Get a life.

Kesimpulannya, gotong-royong sangat bermanfaat kepada kelangsungan hubungan sosial manusia yang sihat kerana gadis-gadis sentiasa ada di mana-mana gotong-royong. Janganlah anda memperbodohkan diri sendiri dengan mengorat Ahn So Hee (Wonder Girls) lantaran ter'flattered' selepas menerima friend request daripadanya. Bak kata ahli-ahli rotong-yogong yang lain: Get a life, dude!


Photo

Sunday, August 29, 2010

pada 9:49 PM


Popular Posts