• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Petang tadi gua terpaksa keluar pergi Giant sorang-sorang. Ijal dah balik rumah. Bob kerja. Faries memang tak sedap dibawak bershopping. Syafique tak mandi-mandi dari pagi tengok cerita Korea. 

Gua tak biasa sebenarnya pergi shopping sorang-sorang ni. Bukan takut kena rogol. Dan bukan juga sebab gua nak beli kondom atau pregnancy test. Sebab gua dah biasa pergi berteman.

Salah satu benda yang gua paling benci melebihi dari Manchester United, murtabak rasa selipar dan ulat bulu adalah shopping. Gua benci time gua nak beli kasut, salesgirl dan orang ramai tengok gua try kasut tu. Gua benci gua kena try baju di luar dressing room. Gua benci orang ramai bersimpang-siur menyesakkan mall. Gua benci masa gua jalam-jalan, salespersons tanya gua macam-macam.

Masa gua dengan ex gua senang sikit kerja gua. Gua dengan gembiranya biar ex gua lead gua bershopping. Gua ikut belakang je. Dia kata saiz M, gua beli saiz M. Dia kata baju belang-belang, gua beli baju belang-belang. Salespersons datang, pandai je mulut dia dodge. 

Kalau bershopping dengan member lagi senang. Beli tanpa pikir-pikir. Kalau datang nak beli beras, dapat beras, bayar dan terus blah. Takde nak stop dengan bahagian home appliances ushar peti ais, microwave semua. Kalau takde beras, kita beli megi. Takde nak mengada pergi cari beras kat tempat lain.

Tapi bila shopping sorang-sorang, gua jadi ralit. Daia ke FAB? Daia merah jambu ke Daia kuning? Kena round Giant 3-4 kali baru jumpa gula. Salespersons datang menyerang, gua jadi blur. Nasib baik ramadan-ramadan ni salespersons 'slow' sikit. Pegang bakul shopping pun dah rasa macam gay dah.

Habis beli barang gua terus balik. Macam biasa, gua restock balang gula gua. Senang sikit nak mengeteh malam-malam. Gua usha cukur baru gua. Peh, selamat tinggal la misai porno gua! Gua usha satu benda lagi. Tak jumpa-jumpa. Gua check resit gua. Babi, lupa nak beli Daia!

Photo

Tuesday, August 31, 2010

pada 10:20 PM


16 nyamuk:

August 31, 2010 at 10:47 PM
Permalink this comment

said...

haha...aku dah paham sbb ape ko dtg kelas ade bau...haha..=P

August 31, 2010 at 10:53 PM
Permalink this comment

said...

haha..lain kali ajak aku g beli barang..

August 31, 2010 at 11:20 PM
Permalink this comment

said...

Buat shopping-list lain kali ok ;p

Selamat berpuasa. Jangan pergi baram sesorang, nanti sesat. Hohoh!

August 31, 2010 at 11:29 PM
Permalink this comment

said...

kahkahkah. gua pun keluar sorang2 tadi!

September 1, 2010 at 12:18 AM
Permalink this comment

said...

kne ade shopping list la bro. baru systematics. tu lah lenkali follow mak kau g shopping barang2 dapur. baru lah ade pengalaman lebih sikit.

September 1, 2010 at 1:46 AM
Permalink this comment

said...

salesperson tu, mmg annoying,

tp dah dorang punya tugas kan? huhu.

tp yeah, tugas kita, pembeli, adalah untuk halau dorang, syuh2!

err.. mamak! daia satttuuuuuu!!!

September 1, 2010 at 5:26 AM
Permalink this comment

said...

pegang bakul dah macam gay.hahahaha

bukan la ..itu ciri2 ke-ayahan. lepas ni dah ada bini, dia suh lu pegang tas tangan dia okkkkk:PPP


ps:oh sales person memang agak menjengkelkan.tp aku faham itu dah kerja dia:)

September 1, 2010 at 9:18 AM
Permalink this comment

said...

hahahaha!
tak boleh bayang kau shoppping sorang sorang pegang bakul cari Daia.
mana ada gay, comel apa macam tu.
aku suka tengok bapak2 shopping barang rumah.
eh kau bukan bapak2 eh?
ok sorry.

September 1, 2010 at 9:38 AM
Permalink this comment

said...

hahaha..ko ada sindrom road not taken la ni..tak tahu antara dua.

take care!

September 1, 2010 at 10:57 AM
Permalink this comment

said...

haha, pastu mesti x basuh baju kan?

September 1, 2010 at 11:20 AM
Permalink this comment

said...

cian dengan 'baXX'..
hahahah~

aku tak berapa suka shopping~
aku akan list kan apa aku nak~
aku amik apa aku nak, bayar, maybe singgah makan sorang2, then, balik, blah~

=)

September 1, 2010 at 11:44 AM
Permalink this comment

said...

kim salam ex ye..

September 1, 2010 at 5:02 PM
Permalink this comment

said...

@ meera^da cute..*_*
demit kau mira..haha...

@ iyllienaz
kalau boleh belanja skali, aku ajak karang..

@ Kuey san
tak rock la buat2 list nih..hehe

@ m.a.n.n.e.q.u.i.n
berlinangan tak air mata lu td?

September 1, 2010 at 5:06 PM
Permalink this comment

said...

@ erine roslan
sangat lah tak rock kalau aku follow mak pergi shopping. volunteer beli barang utk mak la baru rock.

@ sastraboy
dey mapley!

@ FaizalSulaiman
tu la pasal. kerja halal tuh.

@ Husna Hadzarami
kenapa aku x gembira dipanggil comel? haha

September 1, 2010 at 5:08 PM
Permalink this comment

said...

@ [z@ck]
gua rasa macam tu jugak la

@ famy
basuh pakai sabun mandi la. baru rock.

@ LORD ZARA 札拉
x suka shopping? that makes two of us.

@ zul efron
tampo nak?

September 1, 2010 at 9:37 PM
Permalink this comment

said...

erkkkkkkkkkk??

hahaha :P

*berfikir*

Popular Posts