Gua mendail nombor telefon yang tertera di iklan. Hajat gua mahu menambah duit sikit-sikit. Kot-kot kalau kumpul, boleh lepas nak upgrade motor. Tak lama mendail, panggilan gua dijawab oleh seorang lelaki.
Perbualan gua dengan lelaki itu sekejap sahaja. "Nanti saya call awak semula..". Itu yang diberitahu kepada gua selepas gua mengaku terus terang yang gua bukan budak TESL. Syarat kerja sambilan tersebut ada menyatakan kelebihan kepada budak TESL.
Sejurus gua menamatkan panggilan, gua dah tahu apa nasib gua. Gua takkan dapat kerja bodoh tu. Mentang-mentang lah gua bukan budak TESL, gua terus dicop tak layak untuk kerja menterjemah tersebut. Budak yang tak ambil TESL terus dicop tak pandai English. Budak TESL semuanya bagus-bagus English nya.
Kalau dia test gua dan memang terbukti gua tak boleh nak menterjemah, boleh jugaklah gua nak terima. Tapi kalau di-reject berdasarkan sijil semata-mata, memang gua rasa dia bodoh.
***
Pada musim pertama The Apprentice (US version yang ada Donald Trump tu), gua ada peserta favorite. Namanya Troy McClain, seorang broker hartanah. Gua minat personalitinya yang gua rasa ada dekat-dekat dengan gua punya personaliti. A bold risk taker, a good team player and an eternal optimist. Keh keh keh.
Troy bertahan sehingga di minggu ke-13. Dua minggu sebelum finale. Di minggu ke-13, Troy dipecat oleh si tua kutuk Donald Trump kerana Troy hanya mempunyai diploma sekolah tinggi - satu kelayakan yang sangat rendah jika nak dibandingkan dengan dua orang pesaingnya yang masing-masing mempunyai ijazah dari Harvard Business School dan Princeton University.
A high school graduate? Bertahan sampai minggu 13 dalam banyak-banyak lulusan universiti? You gotta give him some credits!
Sejak dari episod tu, Donald Trump menduduki no.6 dalam senarai orang yang paling gua benci.
***
Zaman sekarang ni, ramai orang belajar dengan niat yang salah. Asal ada PhD dan Master degree, mula lah buat perangai celakanya. Pendapat lepasan sekolah dan kolej komuniti langsung dibangkangnya. Budak Giat Mara yang bekerja di bengkel dikatanya budak hisap dadah, mat rempit.
Yang belajar agama sampai ke Mesir sana, mula lah dengan perangai tipikal serbanitas nya. Orang dengar Black Sabbath dikatanya sembah setan. Bila orang quote dari Kurt Cobain, dikatanya bertuhankan muzik dan hedonisme. Jumpa hipster yang pakai gelang spike, terus dicopnya masuk neraka.
Gemuk terus dicop tak cantik. Tak berkereta terus dicop miskin. Tak pakai tudung terus dicop masuk neraka. Tak ada ijazah terus dicop tak berkelayakan. Hitam terus dicop tak kacak. Follower tak ramai terus dicop blog tak best. Kena buang sekolah terus dicop jahat.
Don't you think we live in a superficial world?
32 nyamuk:
January 21, 2011 at 9:16 AM
Permalink this comment
setuju.
manusia senang menjatuhkan hukuman pada manusia yang lain sedangkan diri sendiri tak ada hak untuk menjatuhkan hukuman itu.
english kau power. bentang sikit sijil MUET kau depan die. atau banding dengan sijil MUET budak TESL yang lain. hahaha~
January 21, 2011 at 9:17 AM
Permalink this comment
January 21, 2011 at 9:18 AM
Permalink this comment
Thats the typical mindset. heh! why do you think DrM pencen so early??
January 21, 2011 at 10:18 AM
Permalink this comment
ape marah marah nie bro.. koh koh..
marah kena rejek masa apply keje kaa..kaa marah sebab orang orang yang skeptikal??..
koh koh koh... gurau bro!
January 21, 2011 at 10:44 AM
Permalink this comment
normal.
mentaliti manusia tak pernah berubah!
January 21, 2011 at 10:49 AM
Permalink this comment
nice one bero
mentaliti yg perlu diubah..
sekurg2nya beri peluang buktikan sesuatu dan tak stereotype semua org
January 21, 2011 at 11:00 AM
Permalink this comment
stujuk!!
January 21, 2011 at 11:46 AM
Permalink this comment
gua nk tau sape ranking pertama org yg dibenci.
tu je.
January 21, 2011 at 1:18 PM
Permalink this comment
Terkena tempias jugak dalam kes ni. Huhu. Penindasan!
January 21, 2011 at 2:37 PM
Permalink this comment
aku sokong!
banyak kali benda mcm ni terjadi. Apa jadah ntah kalau takde sijil je, kau tak berkelayakan.benci owhh
January 22, 2011 at 5:07 PM
Permalink this comment
absolutely i agree wif u!
ketara sgt time aku praktikal ni!
budak2 sijil die pandang sebelah mata..tp budak2 dip n degree terbeliak die tgk..sian lak ak tgk dak praktikl yg ada sijil je...dgn ak boss ok dgn dak sijil ckp nak mrah je..entah pape..padahal same je. budk tu leh wat keje gak. xde beza pun.
January 22, 2011 at 5:22 PM
Permalink this comment
mentaliti sekarang... aku ada sijil CCNA, tapi takut nak p kerja kat network company sebab setiap kali skillbase dulu, mesti hacus hinggusss saje... buat malu je kalau company tu amik kerja, tiba2 VLSM pun aku tak reti nak kira. ada apa la pada sijil.
January 22, 2011 at 6:29 PM
Permalink this comment
emo la lu bro..cm bdk2
February 1, 2011 at 2:13 PM
Permalink this comment
normallah tu.. manusia yg xpernah nak fikir panjang.. suka mengadili orang lain tanpa adili diri sendiri..
February 1, 2011 at 2:20 PM
Permalink this comment
this is about mentality!
dr dulu org tua2 dok develop benda nih, lama2 jadik tradisi!
aper lecturer aku ajar hegemony!
susah dowh pk cam nih.
macam org yang grad 4 flat tuh hebat sgt?
hebat laa hebat dgn buku dgn teori!
in real life?
dorng mcm ulat, ulat yang reti baca buku je laa, nak keje? hancusss!
same goes to benda2 lain laahh.
tp erkk, budak kena buang sekolah ada ker yang tak jahat? huh?
February 1, 2011 at 2:32 PM
Permalink this comment
indeed. skali pndang cntik tros cop cntik. padahal bekotak2 bedak ada kasi kaver cela. tu cth la kan.
tp ade ke kene ngene ngn entri ni. macy ade knl sorang ni. phd. ta suke ktrg pgl puan je, nak kne pgl dokter, yela pnt die blaja katenye. tp y xbest bile da jd org besau ni sme bnde cm die je btol.. maksaklah..
bdw macy dtg sini dr blog hellioz y xde la sengal mne~ daa
February 1, 2011 at 2:35 PM
Permalink this comment
salam
saya dapat je kerje penterjemah.
walaupun saya takde TESL.
apa yang saya ada ialah SPM n MUET
bos saya ialah jenis bos yang "tengok hasil kerja dulu baru nilai".
kan best kalo semua bos camtu. hikhik
February 1, 2011 at 4:12 PM
Permalink this comment
Superficial world~
great word to describe the world..
nilai benda dari luaran, x tgk lg hsil nye mcm mne.. Cara judgement yg x sesuai.. Cam adik Wawa blaja kat IKM, org pndg rendah.. Dunia maju, fikiran masih keitnggalan..
Wawa dtg dr blog hellioz.. He's right, its worthwhile to read your blog =D
February 1, 2011 at 5:25 PM
Permalink this comment
salam ziarah.
dah baca sikap manusia yang pandai.
cuma nak tau ranking pertama sampai sepuluh orang yg dibenci siapa?
dah ada dlm entri sebelumnya ke???
February 1, 2011 at 9:56 PM
Permalink this comment
well said mate!
February 2, 2011 at 3:26 AM
Permalink this comment
sma la ade gak pglmn mcm tu.. (hakikatnye english mmg hancus pon! haha) so,xley nak slhkan sesape..anggap je xde rezeki sudeh..
February 2, 2011 at 10:33 AM
Permalink this comment
manusia memang dilahirkan suka judge before pakai otak. rasa diri bagos sangat membuatkan manusia suka banding2, judge2.
February 3, 2011 at 2:48 AM
Permalink this comment
"give him some credit"
bukan
"give him some credits".
"give some credits" bermaksud memberi nasihat.
nasib baik die tak amik ko keje.
February 3, 2011 at 9:41 PM
Permalink this comment
sikap skeptikal manusia yang tak boleh diubah sebab otak jumud.
February 6, 2011 at 3:41 AM
Permalink this comment
hehe..
jgn plak kata sijil xde nilai, abistu nk nilai pkai ape lak kan?
to be fair, klau ada 2 candidates translator dan 2-2 sama leh translate, sorang ada TESL sorang takde, xkan nak amik yg xde plak kan? apa guna kawan tu study TESL penat2 ye tak?
still, kalau bos pi amik yg xde sijil, tntu ada sbb lain, rupa paras etc. Prejudice jgk kn?
ahah, relax bro. For each their own destiny 'as promised' :)
February 8, 2011 at 1:21 PM
Permalink this comment
February 11, 2011 at 1:10 PM
Permalink this comment
to be a translator..i think it is a must for the candidates to have certified qualification...reason? sebab jadi translator kena betul2 faham pengunaan ayat & the correct use of grammar..kalau tak, mungkin salah terjemahannya..and if that is the case, how could we help to improve our country's level of English? betul tak?
but from the different aspects that u mentioned..most of them are true in today's context..some are prejudice, some are just bad judgement...tak boleh salahkan jugak mereka2 ini because we were brought up that way..the norms and culture of the east..relaxlah..janganlah frust sgt..takder rezeki tue..
February 14, 2011 at 10:37 AM
Permalink this comment
i agree with what u said about sijil and stuffs but i have some problems with those ::
"Yang belajar agama sampai ke Mesir sana, mula lah dengan perangai tipikal serbanitas nya. Orang dengar Black Sabbath dikatanya sembah setan. Bila orang quote dari Kurt Cobain, dikatanya bertuhankan muzik dan hedonisme. Jumpa hipster yang pakai gelang spike, terus dicopnya masuk neraka.
Gemuk terus dicop tak cantik. Tak berkereta terus dicop miskin. Tak pakai tudung terus dicop masuk neraka. Tak ada ijazah terus dicop tak berkelayakan. Hitam terus dicop tak kacak. Follower tak ramai terus dicop blog tak best. Kena buang sekolah terus dicop jahat.
Don't you think we live in a superficial world?"
fistly dear... orang2 serbanitas tu cuba menjalankan perintah agama.. true.. ada yang salah cara dan kdg2 menyakitkan hati api reality hurts dear... adakah mereka yang salah atau kita yang salah? kenapa nak buat benda yang tuhan larang pastu blame orang yang cuba nak nasihatkan kita? pasal tudung pulak... kalau dah memang wajib pakai tudung tapi still nak ignore and be ignorant... itu terpulanglah tapi kalau orang cakap xpakai tudung masuk neraka... jangan nak marah2 sebab memang betul pun... so bawak2lah bertaubat k..
March 24, 2011 at 9:59 AM
Permalink this comment
I agree with cikgu huda
April 9, 2011 at 4:44 PM
Permalink this comment
Booooo .....
September 7, 2011 at 4:05 PM
Permalink this comment
Dang!
Sebijik kene kt batang idong.
Blajar cra nk hilangkn penyakit judgemental ni. Ada cara?
December 11, 2011 at 6:07 AM
Permalink this comment
LUMRAH MANUSIA BENDA YANG BAIK BUAT TAK NAMPAK BENDA BURUK TERANG2 NAMPAK.