Petang hari itu indah. Aku menyarung jersi Perak FA RM 20 aku cemas-cemas. Hati aku gusar memikirkan aksi-aksi yang bakal aku terlepas. Oneng dan Beckham dah memekik-mekik dalam blok. Kucar-kacir aku dibuatnya. Cis, boleh lak boxer ni tersangkut-sangkut kat kaki time-time camni. Siap berpakaian riadah, aku melangkah keluar bilik.
"Suharto (Sly) mana?"
Oneng memekak lagi. Luar biasa sungguh semangat dia petang tu. Biasa nampak time-time camni la dia layan Smallville kat TV Singapore tuh. Oneng berasap. Sly tengah tengok Spambob sementara menunggu Smallville start.
"Woi, budak pompuan pun bole tinggal Smallville nak beriadah, Jom arr..."
Sly mengalah. Pok Cek yang kebetulan tengah tengok sama, terasa. Lima minit kemudian, diorang siap dah kat kawasan lapang tempat kami main bola sebab masing-masing maleh nak main bola jauh-jauh.
Siap bahagi team, perlawanan bermula. Macam biasa, aku main full back kanan. Ikut hati aku nak je main attacking midfielder, tapi disebabkan versatiliti aku dan kebolehan aku untuk baca game dengan baik, aku mengalah ke posisi Willy Sagnol. Aku satu team dengan Oneng selepas aku tadah tangan sama-sama dengan dia masa kami la li lat tali tamplom.
Oneng main winger kiri. Padahal right-footed. Konon-kononnya ala-ala Franck Ribery la tu. Kawasan kubu pasukan kami diserang. Oneng terpaksa turun membantu pertahanan. Dapat bola, Oneng clear jauh-jauh. Bola melayang....jauh....melayang....dan jatuh tepat atas pinggan nasi goreng cina sorang mamat Cina di warung sebelah padang bola kami. Cina tu panas. Kami bertempiaran lari.
"Wei, korang tak main bola ke?" Zol yang tengah main karom jadi pelik. Baru 5 minit main dah habis game.
"Nak tengok Smallville ni..Lana kan awek aku," Oneng jawab perlahan tapi bersahaja.
Sly ajak budak-budak yang main bola karate Oneng masa tu jugak..
Clark Kent Bermain Bola Sepak
Dipos oleh
avid
Saturday, February 7, 2009
pada 2:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 nyamuk:
February 7, 2009 at 9:53 PM
Permalink this comment
hahah..oneng,sly..zaman dolu2 nye cte...