• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Let's talk about minyak, shall we?

Jika gergasi-gergasi syarikat minyak gagal menemui blok minyak terbaru untuk dikorek, dijangkakan dalam masa 40 tahun akan datang, bekalan petroleum dunia akan habis. Ini bermakna jika benar, pada tahun 2050-an kita akan menggunakan sumber tenaga baru. Apa-apalah, geotermal ke, solar ke, biofuel ke...anything!


Senario sekarang menunjukkan kita bahawa harga minyak sentiasa meningkat. Biasalah, bila permintaan melebihi pengeluaran produk, harga produk akan naik. Tambah-tambah dengan populasi penduduk dunia yang makin naik. Ini asas ekonomi. Itu sebab siapa cakap Petronas dan kerajaan tamak haloba sebab naikkan harga minyak, gua labelkan bangang. Dan perlu gua jelaskan kat sini, gua bukan pro-kerajaan whatsoever.


Sebab minyak nak habis, maka sebab itulah kita banyak dengar perkataan sustainable energy, biodiesel, solar energy, electric car, hybrid and whatnot sejak 10 tahun kebelakangan ni.


Di benua Eropah dan Amerika, negara-negara seperti Jerman, Brazil dan Amerika Syarikat sudah mula aktif menghasilkan biodiesel dan bioetanol dari sumber-sumber seperti jagung, canola, bunga matahari, soya dan tebu. 


Tetapi masalah timbul apabila majoriti pengusaha/petani sumber-sumber tersebut memilih untuk menjual hasil tanaman mereka kepada pengusaha biodiesel dan bioetanol. Ini menyebabkan harga makanan yang berasaskan sumber tersebut naik melambung kerana takde orang nak jual hasil tanaman mereka kepada pengusaha produk makanan. Semua nak jual kepada pengusaha biodiesel dan bioetanol sebab kapasiti pengeluaran biodiesel semuanya besar-besar sehingga 100000 metrik tan setahun (di Amerika) sedangkan kapasiti pengeluaran minyak masak hanyalah sehingga 100 metrik tan setahun.


Di Malaysia dan Indonesia, banyak kelapa sawit ditanam untuk memenuhi keperluan biodiesel  dan minyak masak dunia. Masalah timbul apabila pengusaha tanaman jagung dan soya menuding jari kepada Malaysia dan Indonesia atas isu 'deforestation'. Dapat pulak Indonesia yang bangang, yang pergi tanam kelapa sawit banyak-banyak sehingga harga minyak kelapa sawit jatuh. Ditambah pulak dengan Malaysia yang lembab nak menjelaskan hal sebenar tentang isu 'deforestation'. Akibatnya, satu Eropah dan Amerika boikot kelapa sawit.


Terima kasih kepada budak-budak biologi (ehem!), ada satu penyelesaian kepada semua isu ni. Jawapannya ialaha alga.


Ideanya ialah menternak alga dan mengekstrak minyak yang terkandung dalam alga. Minyak yang terkandung dalam alga Botryococcus braunii mempunyai persamaan dari segi fizikal dan kimia dengan minyak petroleum. Alga-alga dari species lain mempunyai minyak yang sama sifat fizikal dan kimianya dengan minyak sayuran lain seperti kelapa sawit, soya dan kacang-kacang lain. Dari minyak sayuran kita boleh buat biodiesel.


Ini bermakna, kita boleh menggunakan minyak dari alga sebagai bahan api kenderaan dan juga sebagai minyak masak.


Bagusnya alga ni, kita tak perlu tebang pokok untuk tanam alga. Satu hektar alga yang diternak menghasilkan beratus-ratus kali lebih banyak minyak dari sehektar tanaman kelapa sawit, soya dan lain-lain.


Tapi selagi kita masih paranoid dengan perubahan/revolusi teknologi, selagi itulah kita akan jadi pengguna teknologi. Bukannya pioneer dalam teknologi. Julai 2011 baru kita terhegeh-hegeh nak campur biodiesel dalam minyak petroleum (sedangkan Thailand dah buat sejak 2002), sampai kiamatlah kita jadi kuli Amerika.


Orang lain dah sibuk ternak alga, kita sibuk ternak lintah. Orang lain ternak laga, kita buang alga. Orang lain ternak laga, kita baru terhegeh-hegeh nak mandatorikan campuran biodiesel dalam minyak kenderaan. Apa benda yang merdeka? Jilat bontot depa, apa benda yang merdeka?



Photo

Monday, April 18, 2011

pada 10:31 PM


Labels:
,
,
,

10 nyamuk:

Anonymous

April 18, 2011 at 11:17 PM
Permalink this comment

said...

nicely said bro. aku baru tau pasal alga. betul ke?

April 18, 2011 at 11:47 PM
Permalink this comment

said...

thank you so much for the info.aku siyes tak tau.adess

April 19, 2011 at 12:59 AM
Permalink this comment

said...

laga ke alga? hik hik hik

April 19, 2011 at 12:59 AM
Permalink this comment

said...

lagu tentang tentang memang kena bab2 kuli menguli ni

April 19, 2011 at 2:45 PM
Permalink this comment

said...

@ balqissy
typo sikit je pon..keh keh

April 19, 2011 at 3:44 PM
Permalink this comment

said...

jilat jgn x jilat.. klu bole isap kot skali la.. kahkahkah...

said...

aku suka entri ko ni bro..skang ak salah satu kontraktor projek biodiesel methyl ester ni..baru ak tau MPOB tehegeh2 nk produkkn biodiesel ni..haha

April 25, 2011 at 12:50 AM
Permalink this comment

said...

Jagjit Kaurah tu ke yg pioneer discover tentang penggunaan alga sbg substitute bahan api kenderaan? pehh

Anonymous

December 22, 2012 at 3:29 AM
Permalink this comment

said...

Have you ever thought about including a little bit more than just your articles?
I mean, what you say is fundamental and all.
Nevertheless think of if you added some great pictures
or video clips to give your posts more, "pop"!
Your content is excellent but with images and video clips, this website could
undeniably be one of the most beneficial in its niche. Excellent blog!
Here is my webpage ... bacalao

Anonymous

January 2, 2013 at 4:23 PM
Permalink this comment

said...

It's very effortless to find out any matter on web as compared to books, as I found this paragraph at this web site.
My blog :: hong kong airlines

Popular Posts