• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Gua taklah ikut sangat perkembangan perkahwinan Kate Middleton dengan William Arthur Philip Louis, apatah lagi menghayati keindahan gaun putih pengantin perempuan. Dari perspektif gua, perkahwinan mewah diraja ni macam nak 'rubbing it in my face' yang golongan ploletariat hanya layak tengok dan mimpi sahaja untuk berkahwin macam mereka. Haha.
Maybe, it's just me.

Jadi, agak menarik membaca entri ini dari perspektif seseorang yang memang mengimpikan perkahwinan ala fairytale ni. Meskipun ianya agak ironik bila blognya dibagi nama 'Not A Fairytale'. Haha. Dan, berikut merupakan lima benda yang gua belajar dari perkahwinan diraja tersebut.

1. Baju pengantin lelaki tak semestinya kena sepadan dengan pengantin perempuan.

Kenapa orang Melayu punya baju pengantin kena sepadan? Sepanjang hidup, gua pernah jumpa pengantin lelaki yang pakai baju pengantin berwarna pink, hijau dan macam-macam lagi kaler yang pelik-pelik. Dan gua bersimpati sebenarnya dengan brader-brader ni. Tak pakai pink karang, tak kahwin pulak.

Masa ni lah, benda yang kita belajar dari subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (aliran Ekonomi Rumahtangga) akan diaplikasikan. Dua warna yang sesuai, apabila disatukan akan nampak lawa. Merah dan putih. Khakis dan putih. Dan dari subjek ni jugaklah, gua tahu brader-brader black macam gua tak boleh pakai baju hijau, oren dsb. Haha.

After all, bukan ke perkahwinan ni penyatuan dua manusia yang berbeza? Bukan ke perkahwinan ni macam sekeping syiling dengan dua permukaan yang berbeza? Jadi, baju perkahwinan lain-lain warna ni boleh menjadi satu metafora pada hari perkahwinan.

2. Upacara bersanding adalah upacara merepek.

Bersanding yang asalnya dari adat perkahwinan Hindu merupakan upacara perkahwinan yang membazir masa, merepek dan paling tidak produktif. Jika dilihat tujuan asal bersanding adalah untuk memperlihatkan kehenseman dan kejelitaan pengantin kepada orang ramai.

Tapi bagi gua, idea memperlihatkan kejelitaan seorang pengantin dengan cara melabuhkan bontotnya di kerusi sepanjang hari (sitting on her ass) adalah merepek. Dalam budaya Barat, idea ni dipersembahkan dalam upacara tarian ballroom. Maybe it's just me, but I'd rather watch a newlywed couple dance with grace than a newlywed couple sitting on their their asses, acting like a pair of dolls or something.

3. China will copy anything. I mean, anything.

Gaun perkahwinan Kate Middleton direka oleh Sarah Burton dari syarikat Alexander Mcqueen. Dan harganya mencecah sehingga RM188,000. Lebih kurang 6 tahun gaji bapak gua.

Di Beijing, lebih 700 kilang baju perkahwinan  sudah mula kerja-kerja meniru gaun perkahwinan tersebut untuk dijual kepada orang kebanyakkan yang teringin nak kelihatan hot macam Kate Middleton. Tetapi macam barang tiruan China yang lain, gaun perkahwinan tersebut tidak akan dilengkapi dengan tiga kain dalam berenda, renda bersulam tangan menggunakan teknik 'carrickmacross' dan kain satin putih dari kualiti yang sama seperti Kate Middleton.

4.  "We're supposed to have a small family affair"

Itu yang diperkatakan oleh Prince William kepada Micheal Middleton, bapa Kate semasa berdiri di altar. William seperti yang ramai sudah maklum, tidak pernah berselindung menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kehidupan monarki dirajanya dan hidup seperti rakyat kebanyakan seperti ibunya, Diana. Satu ironi memandangkan ramai daripada kita berangan-angan nak jadi anak raja.

5. Prince William baru dapat lesen L


 

Photo

Tuesday, May 3, 2011

pada 6:39 AM


Labels:
,
,
,

8 nyamuk:

said...

sekeping syiling dengan dua permukaan yang berbeza.love it!

May 3, 2011 at 8:49 AM
Permalink this comment

said...

good. yaeh...i learned something.

May 3, 2011 at 11:12 AM
Permalink this comment

said...

ade lagi 1 benda yg patut kita tau...
baju kawin kate x ade byk labuci² macam baju pengantin org mlayu...
ringkas n simple aje...
^O^

May 3, 2011 at 1:00 PM
Permalink this comment

said...

I'm planning my wedding (kalau ada or foreveralone) to be like omputih style. Nikah kat pejabat agama je. Sanding segala takde. Guests limited. Kurang kos jimat belanja. Tapi kalau mengikut masyarakat melayu, "kena tangkap basah ke apa kawen koboi gini". Acane tu?? Jenuh menjawab nanti plak. Huhuhu

Anonymous

May 3, 2011 at 9:49 PM
Permalink this comment

said...

setuju. tapi memang selalunya perkahwinan melayu, baju wajib sedondon.. baru lah sehati sejiwa..

dan suka phrase "sekeping syiling dengan dua permukaan yang berbeza?"

style!

May 3, 2011 at 10:55 PM
Permalink this comment

said...

cmne lah ko bleh terpikir 'sekeping syiling dengan dua permukaan yg berbeza..'

hahaha..

May 4, 2011 at 1:12 AM
Permalink this comment

said...

sejak bila kau bijak bab2 baju pengantin?
carrickmacross bagai.

May 4, 2011 at 1:08 PM
Permalink this comment

said...

@ takky
ada lagi ke orang pakai labuci jadah suma tu?ingat ni era 80-an lagi ke apa? haha

@ gha sudin
then kau dah buktikan yang orang melayu ni memang perangai buruk, suka buruk sangka.

@ erine
kalau dua2 pakai kaler sesuai takpe. macam mana pulak kalau brader-brader kental yang kena pakai pink tu?

@ dale
sejak aku date dengan awek budak ekonomi rumahtangga

Popular Posts