• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Kerana saya seorang budak yang kuat berangan.

Cita-cita gua sentiasa berubah mengikut sesuka hati gua. Bermula dari angan-angan ingin menjadi juruterbang ketika di tadika (sebab di tadika gua, ada sebuah poster huruf 'P' untuk 'pilot' dengan gambar seorang pilot berkaca mata hitam berdiri dengan takburnya di hadapan kapal terbang) sehinggalah angan-angan ingin menjadi penulis siri komedi di TV.

Tapi kehidupan tak semudah dan seindah berangan.

#1 Kapitalis

Cita-cita ni tercetus semasa gua tengah ketagih dengan rancangan realiti TV 'The Apprentice'. Tapi tak pula gua nak jadi macam Donald Trump. Cuma gua rasa gua boleh buat sebab gua ada idea dan minat. Gua cuma perlu cari beberapa rakan kongsi untuk berkongsi modal yang juga menawarkan kepingan 'puzzle' yang terakhir untuk melengkapkan personaliti gua sebab gua rasa gua tak cukup 'persistent' untuk menjadi kapitalis.

Kalau mengikut angan-angan tu, gua mencipta 'brand' gua sendiri. Macam Colgate. Orang tak panggil ubat gigi. Macam Clorox. Orang tak panggil peluntur. Dan nama brand tu adalah 'Muzo'. Muzo ni adalah brand yang sinonim dengan mee segera dimana perencahnya di-sealed dalam 'edible sachet'. Maknanya, pengguna hanya perlu campak peket perencah terus dalam rebusan mee dan peket tersebut akan larut bersama-sama perencah kuah mee tersebut. Tak perlu kokak atau penat-penat cari gunting untuk bukak peket perencah. 

Disebabkan peket perencah tersebut diperbuat daripada polimer karbohidrat (macam plastik cekelat udang dan pil kapsul), maka peket perencah tersebut boleh dimakan. Maggi akan bankrap dan gua akan beli semua syer Maggi dan re-brand kepada 'Muzo'. Semua orang akan makan Muzo dan Maggi akan menjadi sejarah seperti Reebok.

#2 Jurulatih kelab bola sepak

Ini memang gua pernah pertimbangkan secara serius bila gua memenangi 3 trofi Champions League, 7 gelaran Bundesliga dan 7 trofi German Cup bersama Bayer 04 Leverkusen. Itu belum masuk European Super Cup dengan World Cup Championship lagi. Di England, gua merangkul 1 gelaran Liga Coca-Cola Championship bersama Scunthorpe dan 1 gelaran FA Cup bersama Birmingham. 

Ni bukan main save-save game sebelum masuk perlawanan beb. 

Gua juga fleksibel dengan aspek taktikal bola sepak. Selesa dengan formasi kegemaran 4411, gua juga boleh main 442, 433 Barcelona, 424 Invicible Arsenal, 4132, 442 Diamond sehinggalah ke formasi 3 pertahanan. Testimoni hebat macam ni kalau takde sekolah nak ambik gua jadi manager memang rugi gila lah. 

#3 Bintang rock

Sejak dari zaman mula-mula gua dengar Iklim sampailah sekarang. Bohonglah kalau takde orang yang berangan nak jadi artis. Haha. Kalau tak, masakan kat Malaysia sampai ada lima enam pertandingan sama pada satu-satu masa?

#4 Penulis

Semasa di sekolah, gua paling suka kalau ada homework esei. Haha. Gua tahu orang lain tak suka, tapi entah kenapa gua suka. Malah, homework English essay pun gua suka buat meskipun English gua memang menjengkelkan semasa di sekolah. 

Jadi, semasa di sekolah gua sentiasa membayangkan dah besar nanti gua menjadi penulis novel thriller macam Ramlee Awang Murshid, atau penulis kolum di surat khabar macam Astora Jabat, atau penulis bahagian Top Story di majalah Penthouse.

Jujurnya, gua menulis di blog lantaran menyedari hakikat bahawa gua takkan menulis sebgai mata pencarian rezeki hidup gua. Shit happens, y'know?

#5 Penerbit siri sitkom TV

Semasa kecil, gua suka menonton Pi Mai Pi Mai Tang Tu arahan Hatta Azad Khan. Tetapi gua tak tahulah sama ada Hatta Azad Khan dah nyanyuk bila gua dapat tahu dia juga mengarah filem Senario Asam Garam. Kualiti komedi dua produknya ni macam langit dan bumi.

Tetapi beberapa filem Afdlin Shauki banyak meyakinkan gua yang orang Malaysia taklah layan komedi slapstik sahaja. Orang Malaysia dah bijak. Mereka boleh layan komedi satira, parodi malahan geek comedy juga. Malangnya, Afdlin Shauki tak buat TV series. Natijahnya, kita dihidangkan dengan sinetron bodoh dan drama Kencana Holdings juta-juta yang tak habis-habis.

Jadi, gua tertunggu-tunggu bila Malaysia akan melahirkan Chuck Lorre versi Malaya sendiri? Atau mungkin Liz Lemon versi Malaya? Anyone?

Photo

Saturday, April 2, 2011

pada 2:18 PM


Labels:
,
,
,

17 nyamuk:

April 2, 2011 at 2:35 PM
Permalink this comment

said...

hahah... byk cita2 lu.. tulah susah nk tgk series2 yg best kt malaysia..

April 2, 2011 at 6:41 PM
Permalink this comment

said...

cita-cita juruterbang memang angan2 gua dulu.tapi bila start belajar physics ni terus gua down.
bukan otak math.

April 2, 2011 at 7:27 PM
Permalink this comment

said...

Hahahaha!
Mantap ah angan-angan ko ni.
Kalo dapat jadi penerbit siri sitkom pon best jugak.
Tapi idea ko untuk hasilkan Muzo tu memang memang bernas!
Edible sachet!
Good!
Aku nantikan.

:D

April 2, 2011 at 7:34 PM
Permalink this comment

said...

aku suka angan2 edible sachet tuh. power idea ko.eh boleh dikembangkan lagi neh.takde yg mustahil la weh. mcm vending machine yg dulu leh kuarkan air, skunk dah leh kuarkan topup. aku berangan nak letak rendang dalam tu kemudian export pd bebudak yg tak balik raya.hahahaha

kalau penulis komedi gelap? (dark comedy) aku suka genre tuh.

April 2, 2011 at 8:36 PM
Permalink this comment

said...

hehe, aku pun suka berangan jadi cam no 1 tu. padahal jadi contestant pun tak layak hahah

Anonymous

April 2, 2011 at 8:45 PM
Permalink this comment

said...

gua pernah berangan join the apprentice LOL

said...

elok gak klau ko nk wt muzo tu..ko wt utk sume produk..nti ak beli eskrem ke xyah ak bkk plastik, terus mkn je..

Anonymous

April 3, 2011 at 8:19 AM
Permalink this comment

said...

aku suka idea muzo tu.... style!

April 3, 2011 at 11:33 AM
Permalink this comment

said...

hahaha aku suke cta2 ko no 1!idea ko cam logik pulak..tetibe rase nak makan gula2 udang tu..mane nak cari skrg!!

April 3, 2011 at 4:33 PM
Permalink this comment

said...

@ hayla
ironik sebab untuk jadi pilot kau cuma perlu tahu theorem phitagoras, dinamik bendalir, mekanik bendalir dengan hukum newton kedua dan ketiga je...

@ judiene
kalau ko nantikan, sampai kiamat la xde benda ni. baik kau curi idea aku ni dan buat sampai kaya. dah kaya, send me checks!

@ faizal
dark comedy pun aku suka jugak. buktinya aku minat semua karya quentin tarantino.

@ alexandriana
tak perlu masuk the apprentice untuk buktikan kualiti keusahawanan. with the right attitude (and money), you can do it.

@ a little less conversation
idea tu x praktikal buat kat aiskrim sbb karbohidrat cenderung untuk jadi kristal (crystallization) sebab molekul ais akan terbentuk di celah-celah ruang polimer aku. haha. sorry man!

@ erine
idea je style. bila idea ni dah kena curi dan dibuat orang lain, dah tak style dah. hahaha.

@ wanie
aku sanggup bayar 2 ringgit untuk 2 keping cekelat udang tu. artifak dah skang benda tu, wanie.

April 4, 2011 at 1:00 AM
Permalink this comment

said...

Gua pernah bawa Selangor menang piala kelab2 dunia 5 kali dan bawa Malaysia menang World Cup sekali..naib johan sekali.

Takde main save-save sebelum game

April 4, 2011 at 1:24 AM
Permalink this comment

said...

@ fnd
tipu

April 4, 2011 at 11:37 AM
Permalink this comment

said...

Terlalu hebat utk dipercayai kan?haha.ini football manager lah.pc aku pada masa tu nauzubillah lembab..sekali save makan masa 4-5 minit.so bila dah dah separuh season bru aku save.aku main sampai tahun 2024.Final World Cup Malaysia kalahkan England 2-0..hampir sebelas pemain Malaysia main kat oversea. Selangor dah start menang piala kelab dunia sejak 2018..kalahkan chelsea/barcelona. Player Malaysia paling mahal di dunia. Gila.

April 4, 2011 at 8:14 PM
Permalink this comment

said...

@ fnd
aku tau ni fm punya kerja bagi selangor menang world club championship. mesti fm 2006 punya keje. bila main lama2, player malaysia punya ability dah jadi mcm messi dah.haha.

April 5, 2011 at 1:46 PM
Permalink this comment

said...

kalau kau masuk american inventor dgn idea edible sachet tu, mungkin kau dah jadi the next donald trump..haha

di malaysia kita hanya mampu berangan

April 14, 2011 at 1:47 PM
Permalink this comment

said...

Salam Avid Gunner,

FYI, http://aderberani.blogspot.com/2011/04/komen-kepada-5-pekerjaan-angan-angan.html

Kthanxbai

April 27, 2011 at 10:11 PM
Permalink this comment

said...

Cool.

Popular Posts