Prolog
Gua belajar dari Barney Stinson, kalau gua nak jadi pekerja yang indispensable kepada majikan, gua kena ada identiti unik sendiri. Satu identiti yang memisahkan gua dengan pekerja lain. Dalam episod tu, Barney memberi contoh 'Food Guy' seperti yang dilakukan oleh seorang pekerja yang selalu membawa makanan kepada rakan sekerja.
Jadi, bos dan rakan sekerjanya memanggilnya the 'Food Guy'. Dan sememangnya dia pekerja yang indispensable. Kalau dia dipecat, siapa yang nak bagi makan free?
Bab 1: Mencari Identiti
Gua cuba mempraktikkan nasihat Barney di tempat kerja gua. Di ofis, gua tak boleh jadi the Food Guy kerana gua boleh bangkrap dengan hampir 7 orang bekerja di ofis gua untuk diberi makan. Gua hampir buntu memikirkan identiti apa yang gua nak jadi.
Bab 2: The Encyclopaedia Guy
Gua cuba menjadi the Encyclopaedia Guy. Setiap kali bersembang dengan rakan sekerja, gua cuba selitkan fun fact bagi setiap topik yang disembangkan. As it turns out, nobody likes a smartass. Gua dah jadi macam Buzzkill pulak dah.
Tengah depa sedap-sedap mengutuk bos gua yang (seorang wanita Cina 30-an) memang suka multitask (sebab dia suka buat 2-3 kerja pada satu-satu masa), gua memberitahu adalah normal bagi perempuan untuk multitask sebab shaft yang menghubungkan hemisfera kanan dan kiri otak yang dipanggil corpus collasum lebih tebal di otak perempuan berbanding lelaki. Maka sebab itulah perempuan boleh memasak 2 lauk sambil bergosip sambil menjaga anak sambil membebel.
Oh God, I should've known.
Bab 3: Pencarian Identiti Lagi
Gua terus cancel jadi Encyclopaedia Guy. Jadi, gua terpaksa mencari identiti yang baru. Oh, boy.
Bab 4: Bersembang Dengan Akak
Satu hari, semasa gua sedang berehat-rehat sambil cuba mencatat rekod terpantas Minesweeper, seorang akak datang menyapa gua. Dari sapaan, kami bersembang panjang. Entah macam mana, dia boleh bercerita tentang suaminya yang liat nak berhenti rokok. Dari cerita liat berhenti rokok, akak tu melencong ke masalah suaminya yang jeles pasal gaji akak tu lagi besar dari gaji suaminya.
Gua dengar, dengar, sengih sikit-sikit, angguk sikit-sikit, gelak sedas-dua, bagi cadangan mana yang perlu dan bila gua dah tak tahan, gua mintak izin nak pergi jamban.
Bab 5: Identiti Baru
Esoknya, akak tu datang cerita kat gua pasal gurau-senda antara dia dan suaminya pulak. Bila dia bercerita pasal gurau-senda, biadaplah kalau gua tak gelak. Jadi, gua gelaklah mana yang patut.
Esoknya lagi, akak yang lain pulak cerita pasal pengalaman dia berkapel dengan bekas pakwenya. Habis cerita pakwe pertama, cerita pakwe kedua pulak. Kemudian pakwe ketiga. Gua dengar sampai gua terpaksa buat simulation project gua di rumah.
Esok-esoknya lagi, akak yang lain pulak datang bercerita kat gua pasal pakwenya yang menggatal dengan perempuan lain. Kemudian dia bercerita pasal zaman remajanya yang tak pakai tudung, pakai ketat-ketat semua.
Epilog
10 nyamuk:
June 1, 2011 at 11:56 PM
Permalink this comment
hahaha jadi Dr.Love la lepas nie..
suwitt sangattt~~
June 2, 2011 at 4:23 AM
Permalink this comment
on a more serious note,just come early to work,work after hours without complain,and work like hell.indispensable to the company yes,but eventually inseparable from work,yes. =_=
June 2, 2011 at 6:18 AM
Permalink this comment
hahahah, u will be LEGEN...(wait 4 it)...DARY, yup. LEGENDARY in ur ofis ^O^
June 3, 2011 at 1:36 PM
Permalink this comment
apa yang words keluar dari mulut kau kt diorg ni, hehe, diorg cerita hal peribadi dorg kt ko, ko lak cite balik kt sni, tebaek aaa .. hehe
June 5, 2011 at 1:05 AM
Permalink this comment
paling mudah nak buat jadi Fooc Guy la. ramai jer jadi macam tu kat opis aku. tapi, bagi aku mmg aku tak mampu nak praktikkan la. boleh bankrupt, walaupun dijamin murah rezeki sebab jamu orang. murah rezeki pun, itu pun dalam jangka masa yang panjang. well, kita ni manusia yang tak suka bersabar lebih gemar memilih jangka pendek.
eh, aku melencong ker?
June 9, 2011 at 3:00 AM
Permalink this comment
tunggu smpai part dorang bukak cter dlm kelambu. itu yg buat aku rasa malu gila. dorg relax je. agaknya org2 yg dah kawen kebanyakan mmg camtu...lulz
June 9, 2011 at 11:22 AM
Permalink this comment
kirenya kau dah dpt indentiti sendiri lah kan...hahahaha
June 17, 2011 at 11:17 PM
Permalink this comment
nice...means u r a gud listener..probably u shud open a seesion wif ur reader la Dr Love...;)
June 24, 2011 at 3:55 PM
Permalink this comment
kiranya, kau ni golongan akak akak jugak la ni? keh3
September 8, 2011 at 8:42 PM
Permalink this comment
cool la bro!