Sabtu lepas, gua baca artikel pasal blogger Hanis Zalikha dan emaknya yang juga merupakan blogger. Selain dari fakta yang mak dia nampak muda gila disebalik umur 45 tahunnya, gua takde benda sangat nak komen selain berangan-angan kalau-kalau artikel tu cerita pasal gua dan mak yang berblogging. Itupun kalau dia pandai la hal-hal komputer ni. Nak check SMS pun suruh adik gua buatkan. Keh keh.
Here's five things she might write if she were a blogger.
1. Kritikan makanan restoran/gerai-gerai
Satu benda yang mak gua suka sembang dengan gua adalah betapa tak sedap makanan luar. Bapak gua taubat beli kuih, nasik lemak, mee goreng untuk sarapan sebab mak gua mesti ada cadangan penambahbaikan. Mak gua jenis rela bangun pagi pukul 5.30 pagi, masak nasik lemak, sambal, kacang semua semata-mata tak nak bagi kami adik beradik makan nasi lemak luar yang disifatkannya 'entah pahape'.
Yang selalu menjadi mangsanya adalah makcik-makcik jual nasik lemak pagi-pagi, semua anney-anney restoran mamak di seluruh Malaysia, pengusaha-pengusaha kuih raya dan Adabi. Mak gua jenis rela suruh gua memandu 30 km ke Hutan Melintang untuk membeli serbuk kari Cap Penangkap Ikan daripada membeli serbuk kari Adabi di kedai sebelah rumah.
2. Cerita-cerita orang dahulu
Gua rasa semua orang tua suka buat benda ni. Tak terkecuali mak gua. Mak gua suka menceritakan pengalamannya yang perlu angkut air dari perigi, cuci lantai setiap hari untuk mengingatkan kami adik beradik betapa malasnya kami mengemas bilik.
Ceritanya yang kerja mengambil upah mengutip najis musang di kebun koko di Bagan Datoh untuk membayar yuran SPM adalah untuk mengingatkan kami betapa perlunya untuk score dalam peperiksaan. Dan ceritanya melihat Pak Andak gua kena ikat di pokok sepanjang malam kerana balik lewat maghrib adalah untuk mengingatkan kami supaya balik rumah sebelum azan Maghrib.
3. Seni
Mak gua jenis artistik juga sebenarnya. Semasa dia bersekolah, dia pernah melukis mural di dinding bangunan sekolah dan diberi upah seringgit untuk hasil kerjannya. Dan mak gua mempunyai tandatangan yang paling lawa pernah gua tengok sepanjang hidup. Dia juga expert bab-bab menganyam tikar dengan corak-corak yang tak pernah gua terpikir.
Jika dia ada blog, mungkin dia akan memberi petua dan tips-tips menganyam tikar, ketupat kepada anak-anak dara zaman sekarang yang malam rayanya dihabiskan dengan berSMS dengan pakwe daripada menolong maknya menganyam ketupat.
4. Resepi masakan tradisional
Benda-benda rare macam rendang tok, lepat labu, lempeng susu, lempok deghoyan, sambei deghoyan, tapai pulut, kuih bakor ni tak ramai dah tahu. Apatah lagi nak membuatnya.
5. Selok-belok pertanian runcit-runcit belakang rumah
Mak Hanis Zalikha masa mudanya kerja model. Mak gua masa mudanya kerja FAMA, sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memasarkan hasil tuaian petani. Pengalamannya bekerja di FAMA membolehkan dia tahu selok-belok tanam-menanam sayur-sayur di belakang rumah dan cara untuk memasarkan hasil tuaian tanpa kena kencing dengan orang tengah.
Di belakang rumah gua sekarang ni, mak gua dah tanam ubi, daun kari, serai, cabai, labu, betik, kacang panjang, terung dan lidah buaya. Dengan hasil tanaman ni, mak gua dah jimat duit membeli sayur sikit-sikit dan pencuci muka. Pernah sekali hasil jualan labu mak gua melebihi hasil jualan pisang bapak gua. Padahal kalau nak banding dengan keluasan tanaman bapak gua, mak gua tanam labu tak sampai 1 ekar pun.
15 nyamuk:
May 24, 2011 at 12:59 AM
Permalink this comment
awesome gile mak ko...
tabik spring giler la wei...
seriously mak ko mmg hebat....
May 24, 2011 at 1:00 AM
Permalink this comment
Awww!
Tetibe aku rasa sayu pulak baca entry ko ni.
Bangun pukul 5.00 pagi semata-mata nak buat breakfast? Wow!
High five to your mom!
:)
May 24, 2011 at 1:18 AM
Permalink this comment
rare!
*rindu blog ni.
May 24, 2011 at 1:53 AM
Permalink this comment
haha, kebanyakan mak macam tu kot
suka masak, rajin, berbakat
sbb depa dulu hidup susah
tu semua benda kena pandai dan buat
tiba2 gua tringat kat mak gua
adeiii
May 24, 2011 at 3:16 AM
Permalink this comment
hahah.. kdg2 buat tak dgr je bila dia duk membebel.. tp bila fikir balik semuanya ada betulnya..
May 24, 2011 at 7:53 AM
Permalink this comment
terbaik ar mak-mak kita kan?
perok ghopenye.hihi
May 24, 2011 at 9:41 AM
Permalink this comment
This post really makes me smile. Appreciate your mother ya! =)
May 24, 2011 at 10:48 AM
Permalink this comment
mak ko hebat.......
tepuk*
May 24, 2011 at 11:29 AM
Permalink this comment
Nenek aku pun bangun pagi2 buat sarapan..klu sesape ada hati nak sarapan kat kedai..kena cop orang kaya dgn dia...
May 24, 2011 at 11:29 AM
Permalink this comment
Nenek aku pun bangun pagi2 buat sarapan..klu sesape ada hati nak sarapan kat kedai..kena cop orang kaya dgn dia...
May 24, 2011 at 11:29 AM
Permalink this comment
Nenek aku pun bangun pagi2 buat sarapan..klu sesape ada hati nak sarapan kat kedai..kena cop orang kaya dgn dia...
May 24, 2011 at 1:42 PM
Permalink this comment
dan2 aku syg mak kau wehh..tp memang btol.arwah nenek aku pun pesen cmtu gak..sonok dgr dorang cite nih.erghh.kena bebel memang panas gak laa.hahahaha
May 24, 2011 at 2:10 PM
Permalink this comment
aku terimbau kenangan raya plak bila baca tentang awek awek bersms di malam raya.. hahahaha... genuine..
May 24, 2011 at 10:19 PM
Permalink this comment
pencuci MUKA???
sungguh ke ni avid..
May 31, 2011 at 12:58 PM
Permalink this comment
mak mak kita memang gituuu...tapi kenapa la org kita sekarang tak boleh jadi macam mak2 kita dulu...heee