• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Brader A dan Brader B
Dipos oleh avid

Malam tadi, gua meraikan sambutan tahun baru dengan meleraikan pergaduhan antara dua rakan yang mengancam nak bunuh sesama sendiri atas sebab yang gua sendiri tak tahu. Semuanya bermula bila brader A terajang pintu bilik sebelah gua berkali-kali dari 11.20 pm sehinggalah 11.45 pm. Brader A tak jerit apa-apa pun. Cuma terajang pintu bilik brader B macam orang gila.

Bila brader B balik dan terserempak brader A di depan biliknya - menerajang pintu biliknya macam setan, brader B terkejut dan mula lari. Tak sempat brader B membuka langkah seribu, brader A meluru dan menerkam brader B. Tapi, tak sempat brader A nak belasah brader B, orang ramai meleraikan pergaduhan. Termasuklah gua yang bertanggungjawab memegang kaki brader A sambil berteriak Woa! Woa! Woa! berkali-kali.

Tahun 2012 tak banyak memberi rasa optimis kepada semua orang. Rakyat marhaen tak optimis yang kehidupan mereka akan bertambah baik ekoran krisis ekonomi Amerika pada 2008. Ekonomi masih tunggang-langgang. Tak stabil. Gua tengok ramai rakyat Singapura menyedari hakikat ni dan mula menyimpan dana kecemasan sebagai langkah berhati-hati pada tahun 2012. Semua dah plan nak kumpul duit untuk beli aset hartanah ketika ekonomi merudum (dijangka pada 2012) hanya untuk dijual balik ketika pasaran hartanah naik balik kelak.

Gua tahu ramai yang tak percaya mitos purba kaum Mayan, tetapi bila propaganda yang dunia akan berakhir pada 2012 dah dibuat sampai ke filem, sedikit sebanyak membuatkan orang jadi pesimistik tentang prospek 2012.

Pada tahun 2012 jugak dijangka akan diadakan pilihanraya umum. Dan buat pertama kali, gua layak untuk mengundi. Hanya belum daftar. Hahaha. Parti pimpinan kerajaan mengalami kemerosotan sokongan orang muda manakala parti pembangkang pulak tak lebih macam tin kosong. Parti tengah-tengah pulak (i.e KITA) yang kononnya dicanang-canang bakal menjadi parti alternatif yang besar; kini dah macam parti hari jadi Bob, murid tahun tiga yang takde kawan sebab Bob berak dalam seluar masa kelas Fekah di sekolah agama. Paling mengecewakan, parti KITA dah jadi balaci pembangkang pulak dah sekarang.

Setiap tahun, gua masuk ke tahun baru dengan tiada harapan atau azam. Orang cakap kita mesti kena ada azam supaya kita tahu mana kita nak tuju. You know what? Fuck that shit. Azam-azam seperti nak naik pangkat, nak cari calon isteri, nak berjaya itu ini - semuanya dah dikodkan dalam DNA manusia dari zaman Paleolitik sehinggalah sekarang. Manusia memang dikodkan untuk mencapai sesautu tanpa perlu di sebut-sebut sampai tak jadi buat.

Gua cuma rasa, idea berada di tahun baru memberi satu paradigma kepada kita yang kita boleh dapat satu 'permulaan baru'. Fresh start. Clean slate. Tapi kenapa kita tak bagi fresh start kepada diri sendiri setiap hari? Kenapa setiap tahun? Sebab kalau kita set azam kita secara harian (berbanding dengan setaip tahun), azam kita lebih kecil. Bila lebih kecil, lebih mudah tercapai. Bila mudah tercapai, kita jugak happy.

Sebagai contoh, hari ni gua berazam untuk update blog pada hari ni - mission accomplished. Gua happy. Tapi bila gua berazam pada tahun ni gua nak update selalu, gua rasa berat. It's doable tapi berat. Lantas, gua malas nak buat. Esok gua berazam taknak update. Jadi, kita tengok samada esok bakal menjadi hari cemerlang bagi gua sebagaimana hari ni.

Photo

Sunday, January 1, 2012

pada 12:34 PM


Labels:
,
,

4 nyamuk:

January 3, 2012 at 12:47 AM
Permalink this comment

said...

terbaik...
^O^

January 12, 2012 at 12:26 PM
Permalink this comment

said...

well said..
mari kita sama2 mengundi buat pertama kalinya...

January 21, 2012 at 7:42 PM
Permalink this comment

said...

seriously, i want to know more about brader A and B!!!

January 21, 2012 at 7:42 PM
Permalink this comment

said...

seriously, i want to know more about brader A and B!!!

Popular Posts