Maharaja Lawak Mega (MLM) dah lama habis tapi baru-baru ni je gua berkesempatan untuk tengok siri rancangan tersebut. Meskipun gua dah tau siapa pemenangnya, gua tetap nak tengok kerana memang minat gua kepada rancangan komedi.
Semasa buzz MLM tengah panas, gua dengar-dengar cerita orang yang Mr. Os ada masuk. Sebagai anak kelahiran Perak, Mr. Os ni menjadi kebanggaan anak Perak. Tak banyak loghat Perak masuk TV masa zaman 80-an tetapi Mr.Os memecah tradisi tersebut.
Selain tu, gua dengar Bob Kuman pun masuk jugak. Terus terang gua cakap, Bob Kuman tersangat-sangatlah underrated. Orang cakap Sharifah Shahira tu lawak. Abon ni lawak. Fuck that shit! Figuratively, Bob Kuman makan Abon dan berak Sharifah Shahira. Ada satu scene dalam Jutawan Fakir yang melibatkan Bob Kuman yang gua ingat sampai sekarang sebab selalu buat gua pecah perut. Dalam scene tersebut, Bob Kuman cakap satu perkataan je.
"Pendekkan".
Rowan Atkinson tak perlu melontarkan sebutir perkataan pun untuk buat orang gelak. Bob Kuman hanya sebut satu perkataan sahaja untuk buat gua teringat-ingat scene tersebut sampai sekarang. It takes a sheer class to make people laugh with barely speaking.
Berbalik kepada MLM, daripada apa yang gua tengok kebanyakkan comedy sketch yang ditunjukkan dari kebanyakkan kumpulan menunjukkan mentaliti penduduk tiga negara yang terlibat ni masih kolot, ortodoks dan kaku.
Pelawak dari Indonesia masih membuat lawak terhadap golongan minoriti. Orang genit disamakannya dengan monyet. The short man with funny voice dibuli-buli macam golongan kelas ketiga.
Yeah, torment the runt and have a laugh - What are we? 1930's society? |
Pelawak dari Malaysia kebanyakkannya masih kolot, kaku dan tak berani bereksperimen. Pelawak yang banyak berlakon dengan drama-drama RTM masih buat lawak bodoh drama RTM. Pelawak yang hip sikit dan selalu muncul di TV3 pulak masih buat komedi slapstik ala-ala Senario yang dah basi sejak 2000.
Yang dari Singapura lagi merepek. Gua mengharapkan dah jadi negara maju ni, komedinya juga maju kehadapan. Tapi, macam Chef Wan - gua hanya ada dua adjektif untuk dua pelawak Singapura ni. Meroyan dan merepek. Menamakan kumpulan sendiri sebagai 'Gebu' hanya kerana mereka berbadan gebu sahaja dah menunjukkan yang status negara maju tak menjamin kemajuan paradigma masyarakat negara tu sendiri. Lepas ni apa pulak? Menamakan kumpulan sendiri 'Melayu' sebab semua ahli kumpulan orang Melayu?
Bagi gua, selagi kita masih membuat lawak terhadap golongan gemuk, genit, jalan kengkang, hitam dan golongan minoriti yang lain, selagi tu lah kita takkan maju. Selagi kita takut mengambil risiko untuk bereksperimen di luar comfort zone kita, selagi tu TV kita akan keluarkan drama-drama merepek.
0 nyamuk: